Tujuh

Romance Series 19249

Aku renung permandangan pagi yang indah yang disajikan oleh tuhan buatku. Bayu angin sejuk menampar lembut bahuku. Aku hirup secangkir kopi panas yang dihidangkan oleh ummi. Aku tenung telefon bimbit ku.

Kring! Kring!

Aku menjawab panggilan.
“Assalamualaikum. Good morning!”

Aku tertawa halus mendengar suara garau itu. Sungguh bersemangat jejaka ini di pagi hari.
“Waalaikumussalam. Good morning too Naufal.”

Kami berdua terdiam. Aku tenung cincin di jari. Cincin perkahwinan aku dan Imran.

“Kenapa awak call saya?” Soalku.

“Saya call ni sebab nak ajak awak lunch. Boleh ke?” Tanya Naufal.

Aku terdiam. Aku masih lagi dalam eddah, masih ada lagi 1 bulan. Tidak manis untuk keluar dengan lelaki lain dalam tempoh eddah ini tapi salah ke aku untuk berkenalan dengan lelaki lain. Salah ke aku untuk cuba meneruskan langkah ke hadapan.

“Naufal saya-”

“Awak jangan risau, ini lunch tanda perkenalan. Yasmin, you deserve to be happy too.”

Aku tenung semula cincin di tangan. Separuh dari jiwa ku masih lagi tersekat di kenangan lalu tapi separuh lagi dari jiwa ku yang lain mahu mengenali jejaka muda ini. Yasmin, yakin dengan diri. Sampai bila mahu meratapi kesedihan lalu. Kalau Imran boleh cari pengganti, kau juga boleh.

“Saya setuju, kita jumpa dekat pavi.”

“Okay. Thank you Yasmin.”

Aku bangun menuju ke wardrobe. Satu persatu pakaian di dalam almari aku tenung. Selepas beberapa minit berfikir, aku capai seluar jeans dan kemeja hitam. Aku padankan dengan shawl berwarna baby blue.
Jam polo aku pakaikan di tangan, handbag aku capai. Aku sembur perfume Dior ke tubuh. Aku turun ke bawah, aku lihat wajah Ummi dan Abi yang keliru dengan cara aku berpakaian hari ini yang tampak yakin.

“Princess Abi nak kemana lawa-lawa ni?” Soal Abi.

Aku tersengih. Ummi pandang wajah ku seolah-olah dia faham tujuan aku keluar berpakaian cantik hari ini. Pinggang Abi dicuit, Ummi berbisik di telinga Abi. Aku mencium tangan Ummi dan Abi lalu menuju ke pintu.
Aku masuk ke dalam kereta dan bergerak menuju ke Pavilion.
Setelah 30 minit memandu akhirnya aku sampai ke destinasi yang dituju.

Aku pakirkan kereta. Aku calitkan semula lipstick di bibirku.

Tuk..Tuk..

Seseorang mengetuk tingkap kereta ku. Aku keluar dari kereta alangkah terkejutnya aku apabila melihat figura kacak di hadapan ku ini. Dia segak berbaju kemeja hitam, sama dengan warna kemeja ku hari ini.

“Hai Yasmin.” Naufal lambaikan tangannya di hadapan Yasmin.

Yasmin kaku di hadapan Naufal. Bau wangian tubuh Naufal menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Tenang, itu yang dia rasakan.
Aku tersenyum kepada Naufal, sapaannya aku balas.

“Hai Naufal, macam mana awak tahu ini kereta saya?”

“Mestilah saya tahu, saya hafal number plat kereta awak.”

Aku pandang wajahnya, biar betul lelaki ni. Siap hafal number plat kereta, psycho ke apa Naufal ni.

“Saya tahu saya nampak segak hari ni, jom. Kesian perut awak lapar.”
Dia menarik hujung baju ku. Aku terseyum kecil, bahagia. Itu yang aku rasakan. Walaupun baru mengenali Naufal beberapa hari yang lalu tetapi aku dapat rasakan bahawa lelaki di hadapan ku ini mampu menceriakan hari-hari ku.

Kami berdua melangkah menuju ke restoran yang hendak dikunjungi.
Naufal memberhentikan langkahnya.
“Nandos okay tak? Ke awak nak makan makanan lain?” Soalnya.

Aku angguk tanda setuju. Aku seorang perempuan yang tak cerewet tentang makanan dari dulu sehingga sekarang, walaupun ketika aku masih bersama Imran. Aku tidak pernah menidakkan apa yang Imran mahukan. Kami berdua masuk dan duduk di tempat yang agak terceruk ke dalam. Aku mahukan privasi, aku cuma mahu berbual dengan Naufal.
Sementara menunggu makanan sampai, aku ambil peluang ini untuk bertanyakan beberapa soalan kepada nya.

“Naufal, kenapa saya? Kenapa?” Soal ku.

Mata helang itu merenung tajam ke dalam mata ku, tiada senyuman yang tercalit di bibirnya. Salah aku ke bertanya soalan yang begitu, aku cuma ragu-ragu. Aku tahu Hawa masih yang satu di dalam hatinya, jiwanya milik Hawa. Cuma Hawa.

“Sebab awak Yasmin. Saya cuma nak berkenalan dengan perempuan bernama Yasmin Aneesa. Salah saya ke?”

Aku renung mukanya. Tak mungkin, walaupun aku tak kenal lelaki ini. Aku tahu hatinya rindu akan wajah sang kekasih. Naufal, jangan tipu saya.

“Tapi awak milik Hawa. Hati dan jiwa awak cuma buat Hawa, 2 tahun Naufal. Tak semudah itu, awak kepunyaan Hawa.” Ujarku.

Naufal tundukkan pandangannya, terdengar keluhan berat yang keluar dari mulutnya. Runsing, itu yang terluah dari riak muka Naufal. Aku faham tak semudah itu, tetapi aku juga cuba keluar dari kegelapan ini mencari kebahagiaan.

“Yasmin, awak pula masih sayangkan Imran kan? Jiwa dan hati awak milik Imran. Ada peluang ke buat lelaki lain untuk menakluki hati awak? Masih ada?” Luah Naufal.

Aku terkedu. Sayangkah aku pada Imran setelah dilukai berkali-kali. Setelah diragut setia dan cinta yang aku beri selama 3 tahun melayari bahtera perkahwinan. Sayangkah aku?

“Masih ada buat lelaki yang betul-betul tuhan kirimkan buat saya. Tapi tak semudah itu Naufal, saya diceraikan kerana saya tidak sempurna. Diceraikan tanpa rela kerana saya menghidap kanser rahim. Saya bawa bala dalam hidup dia.”
Mata helang itu merenung ku kembali, tapi tidak seperti tadi. Mata itu memandang ku seolah-olah mengalirkan satu renjatan ke dalam tubuhku. Hangat dan tenang, itu yang aku rasakan. Rasa hangat dalam dakapan seseorang.

“Yasmin. Kisah kita berbeza, penderitaan yang berbeza. Mungkin pengakhiran yang sama untuk kali ini. Saya kematian kekasih hati, Hawa. Wanita yang saya sayang sepenuh jiwa dan raga. Selepas kematian Hawa, jiwa saya turut mati. Wanita yang ibu saya kenalkan, saya tolak kerana Hawa. Tapi Yasmin, sampai bila saya mahu hidup dalam bayangan Hawa? Sampai bila saya perlu ranapkan kebahagiaan saya demi Hawa. Terseksa jiwanya di sana.”

Aku tatap wajahnya, terlakar riak sedih pada mukanya. Jiwa lelaki ini dimatikan kerana sayangnya dia pada arwah kekasih hati. Tuhan, aku bukan Hawa. Kisah ku juga bakal meranapkan kebahagiaan yang dia cari. Aku tak mahu perkenalan ini pergi lebih jauh. Aku cuma mahu berkawan walaupun aku mula selesa dengannya. Tenang, itu yang aku mahu dari dia.

“Saya janda, saya tua dari awak. Saya penghidap kanser, saya bukan perempuan yang mampu menghidupkan semula jiwa awak. Saya juga bakal ranapkan dan runtuhkan hidup awak. Saya tak sempurna.”

“Yasmin, pertama kali saya lihat awak. Mata yang saya tatap ini, kuat jiwanya. Bila anak-anak di hospital panggil awak bunda. Saya rasakan yang awak terlalu sempurna. Kanser itu cuma penyakit, tapi penyakit itu tak mampu mematahkan semangat awak untuk hidup buat hari esok. Janda, itu cuma status. Saya tak takut dengan status awak. I’m fine, saya ikhlas nak berkawan dengan awak.”

Air mata yang ku tahan akhirnya tumpah jua. Kata-kata yang keluar dari mulut Naufal, tulus.
Belum sempat aku mahu memulakan bicara, makanan yang kami pesan sudah tiba. Kami berdua makan dengan senyap.
Setelah selesai menjamu selera kami bergerak menuju ke panggung wayang. Aku menolak ajakan Naufal tetapi katanya sudah 2 tahun dia tidak menonton wayang. Kesian aku padanya, disebabkan terlalu sayang pada Hawa dia lupakan semua kegembiraan yang dia mahu kecapi.

Aku menunggu Naufal membeli tiket dan popcorn, perut ku terlalu kenyang tapi aku gagahkan jua demi Naufal.
“Jom, movie kita dah nak mula.”
Dia menarik hujung kemeja ku, tersenyum aku sekali lagi. Dia masih tahu batasnya, walaupun dia memegang hujung kemeja ku. Dia tetap memastikan bahawa tangannya tidak bersentuhan dengan tanganku.
Kami labuhkan punggung di kerusi. Aku pandang sekeliling, tidak ramai orang. Aku baru teringat yang hari ini hari bekerja. Naufal memohon cutinya hari ini. Katanya mahu menghilangkan tekanan di tempat kerja. Aku juga tahu dia sedih tentang keadaan ijah. Anak kecil yang dia rawat dari hari pertama Ijah di masukkan ke dalam wad.

“Awak nak buat apa lepas ni?” soalnya berbisik.

Aku termenung. Sebelum aku berkahwin aku teringin nak buka satu pastry shop. Tapi aku kuburkan niat ku demi Imran.

“Saya nak ada my own pastry shop. Saya suka buat kek.” Ujarku.

Naufal diam lalu kami fokus semula menonton movie.

****

Mata helang itu merenung lembut wajah wanita cantik di hadapannya. Walaupun dalam keadaan gelap, masih terselah kecantikkan wanita itu. Dia juga berasa tenang apabila menatap wajah Yasmin.
Hawa.

Nama itu terlintas. Maafkan saya, Hawa. Tetapi saya sudah jumpa wanita yang mampu menghidupkan jiwa saya semula. Terima kasih Hawa untuk kenangan kita bersama. Saya doakan awak tenang di sana. Saya akan sentiasa akan selitkan nama awak dalam doa saya. Sentiasa.

Dan..

Yasmin, beri saya peluang. Beri sayang peluang dan ruang untuk bertakhta di hati awak. Ajal dan maut itu rahsia tuhan termasuk juga jodoh. Tetapi Yasmin saya yakin tuhan kirimkan awak buat saya. Saya tak kisah dengan penyakit awak. We fight together. Lebarkan sayap awak bidadari syurga. Kibarkan dan terbang dengan tinggi.

Tuhan, jika wanita ini benar buatku. Kau permudahkan semua, kau jadikan dia milikku. Aku mahu hargai setiap kenangan bersama dia, aku mahu meniti bahagia bersamanya. Insyaallah, dengan izin tuhan aku juga mahu lakarkan takdir yang kau tetapkan buat kami. Dua jiwa ini, aku mohon diberi bahagia sebelum kau tarik kembali.

Share this novel

Asnia Nia
2020-07-27 21:08:12 

best teruskn lgi :)

Asnia Nia
2020-07-27 21:08:11 

best teruskn lgi :)


NovelPlus Premium

The best ads free experience