Tujuh Belas

Romance Series 19246

Beg yang sudah aku siap kemaskan sejak tadi aku letak kan ke tepi. Naufal yang masih tidur itu aku tatap. Laci meja solek aku buka, aku lihat ubat-ubat yang memenuhi laci itu. Sudah seminggu aku tinggalkan ubat ini kerana aku tidak mahu hidup aku bergantung pada ubat sahaja.
Tetapi aku tidak sanggup untuk susahkan Naufal. Beg kecil yang berada di atas meja itu aku ambil dan aku isikan dengan ubat-ubat itu.

“Sayang dah bangun? Kan baru pukul 1 pagi” Soal Naufal dalam keadaan mamai.
“Dah. Baru je bangun, ini tengah make sure semua nya tak tertinggal.”

Terasa pinggangku di peluk erat. Naufal meletakkan dagunya di bahu ku, tidak mahu dia lepaskan walaupun seketika pelukan ini. Kami berdua berpelukan seperti mempunyai gam di tengah-tengah. Melekat dengan erat.

“Kalau tertinggal pun rumah ummi dengan abi. Awak jangan risaulah. Nanti lepas kita masuk rumah baru, saya ingat nak buat kenduri kecil-kecilan. Macam kenduri doa selamat. Boleh tak?” Soal Naufal.

Aku hanya mengangguk. Aku isteri jadi aku mesti turutkan apa yang Naufal mahukan. Syurga aku terletak padanya, dan dia juga syurga aku.
Aku memusingkan badan menghadapnya. Rambut nya yang serabai itu aku betulkan. Pipi nya aku picit, hidungnya aku cuit lembut.
Bibirnya aku sentuh. Tidak pernah lagi aku menyentuh bibirnya. Malu, tidak sama sekali. Aku tidak tahu apa yang merasuk aku kali ini. Tetapi badannya yang tidak berbaju itu aku sentuh. Perlahan-lahan dan mendarat ke abs nya.

“Sayang…” Panggil Naufal.

Aku hiraukan panggilannya. Aku tidak tahu mengapa tetapi aku mahukannya.

“Sayang…” Panggilnya lagi.
“I want you.” Bisikku di telinga nya.

Naufal memandang aku seperti tidak percaya.

“Yasmin are you sure?” Soal Naufal. Dia tidak mahu Yasmin rasa terpaksa.

Aku angguk perlahan. Mata aku merenung semula matanya, lama.
Dia mengeratkan lagi pelukan itu.
Terasa hangat. Terasa seperti terbit satu rasa sensual di dalam dirinya.

Tangan Naufal yang tadinya memeluk pinggangku perlahan-lahan turun ke bawah. Sebelah tangannya membelai leher jinjangku dengan penuh perasaan. Berdebar, takut. Itu yang aku rasakan.
Tetapi aku tidak mampu untuk menolak sentuhan ini yang semakin lama semakin sensual.
shirt yang tersarung ditubuhku di tanggalkan. Satu demi satu terdedah di hadapannya. Dia mula merapatkan bibirnya ke bibirku. Tangan aku berpaut pada lehernya.

Bibir kami bertemu. Kemudian terhenti.
Dia memandang sepasang mata ini dengan tajam. Lemas.
Dia memandang wajahku, lama.
Mencari kepastian sama ada patut diteruskan atau tidak.
Tidak lama, bibir itu aku ragut semula.
Diam. Membatu.

Segera tubuh ini diangkat dan dibaringkan.
Kamar yang sunyi dan malap itu hanya diselubungi asmara.

*****

“Sayang oh sayang..” Badan Yasmin dia goncang lembut. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Dia tidak mahu terlambat untuk menunaikan solat subuh.

“Hmm” Jawab Yasmin dalam mamai. Kepalanya dia masukkan ke dalam selimut. Dia tidak mahu bangun. Malu.

“Dah nak subuh. Tak perlu malu, bukannya saya tak tengok pun tadi.” Usik Naufal. Selimut yang menutupi kepala Yasmin dia tarik.

Wajah Yasmin yang mula kemerah-merahan itu dia tatap. Comel betul isteri aku ni.

“Kalau awak malu sangat. Bawa selimut ini sekali masuk bilik air. Itupun kalau awak rasa malu dengan saya ni.” Usik Naufal lagi dan lagi.

Yasmin mengendahkan usikan Naufal dan cuba untuk bangun tetapi dapat dia rasakan kudrat nya hilang. Terasa sakit di seluruh badannya.
Mahu dia mengadu sakit pada Naufal tetapi takut diusik nya lagi.
Dia gagahkan juga berdiri dengan selimut membaluti tubuhnya yang tanpa seurat benang.

“Boleh ke tak tu?” Soal Naufal risau.
“Boleh.” Balas Yasmin sepatah.
Kalau nak tunggu Yasmin tu sampai bilik air mahu lambat mereka nak mula solat subuh. Segera dia melangkah ke arah Yasmin dan di gendong Yasmin ke bilik air.

“Kalau sakit cakap. Saya ini tak jahat lagi nak usik and maaf sebab buat awak sakit.”

“Ha?” Soal Yasmin bingung.

“Sakit tu. Abang minta maaf.”

“Eeee abang. Dah keluar.” Halau Yasmin. Aku dalam sakit ni sempat lagi dia nak mengusik.

Pintu ditutup rapat. Naufal menggelengkan kepala. Baju yang bersepah itu dia kutip dan dimasukkan ke dalam bakul. Tersenyum seorang dia apabila mengingat kejadian semalam. Tidak sangka nakal juga Yasmin ni.

****

Aku membuntuti Naufal turun. Beg-beg pakaian dia sudah masukkan ke dalam kereta selepas subuh tadi. Hari ini kami akan berpindah ke rumah baharu. Hanya kami berdua dan selepas itu mungkin bertiga jika diizin tuhan.

“Yasmin tak tinggal apa-apa kan?” Soal Ummi.
“Tak Ummi. Yasmin dah kemas semua tapi ada sikit baju yang Yasmin tinggalkan.” Ujarku.

“Am mana Abi?” Soal Naufal.
“Lepas sarapan tadi terus keluar. Katanya ada kecemasan dekat hospital. Dia minta maaf sebab tak dapat nak jumpa kamu berdua sebelum berangkat.” Ujar Abi.

Aku mengangguk faham. Hari ini pun hari terakhir Naufal bercuti. Esok dia sudah masuk kerja dan aku juga bakal membuka cafe tidak lama lagi.
Aku dan Naufal menyalam Abi dan Ummi.

“Ingat Yasmin. Walau macam mana berat ujian yang tuhan bagi buat kamu dan Naufal. Jangan pernah rasa putus asa.” Pesan Ummi.
“Baik Ummi. Kami berangkat dulu.”

Kami bertolak ke rumah baharu di Taman Duta Kenny Vale. Rumah itu pemberian hadiah perkahwinan dari Ibu dan Ayah Naufal. Terlalu mahal hadiah perkahwinan ini. Aku tahu mereka keluarga yang berada tetapi pemberian ini terlalu mahal dan berharga.

Lagipun rumah ini juga tidak jauh dari tempat kerja Naufal dan juga cafe aku. Kami selamat tiba di rumah yang bakal dihiasi momen indah kami bersama.

Naufal membuka pintu kereta dan menghulurkan tangannya.
“Jom sayang. Kita dah sampai.”

Aku menyambut huluran tangannya. Kami berpegangan tangan untuk masuk ke dalam rumah.
“Sayang dah ready?” Soal Naufal.
“Dah.” Ujarku.
“Bismillah.”

Pintu rumah dibuka. Ya Allah cantik sungguh hiasan dalaman rumah ini. Sama seperti yang aku bayangkan. Konsepnya menepati cita rasa aku. Terima kasih untuk semua ini.

Aku melepaskan genggaman tangan dan meninjau kawasan dalaman rumah. Interior design di dalam rumah kami berkonsepkan luxury dan white. Simple dan nice. Aku tahu Ummi dan Ibu sebuk menghias rumah ini sebelum aku dan Naufal diijabkabulkan.

Aplikasi WhatsApp aku buka. Terus aku membuat panggilan telefon bersama Ibu dan Ummi.

“Assalamualaikum Ibu, Ummi. Ya Allah, Yasmin suka sangat dengan rumah ni.” Ujarku teruja.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah Yasmin suka. Ummi bagitahu Ibu yang Yasmin suka rumah berkonsepkan white. Jadi ibu turutkan sahaja.” Ujar Ibu.

“Nanti kalau nak buat kenduri doa selamat bagi tahu Ummi dengan Ibu. Bolehlah kami datang awal sikit. Bantu apa yang patut.”

“Baik Ummi. Terima kasih sekali lagi Ibu, Ummi. Yasmin hargai semuanya.” Ucapku lagi.

Panggilan telefon aku matikan. Aku ke hadapan semula dan melihat Naufal yang termengah-mengah mengangkat beg-beg pakaian kami.
Kesian pula.

Aku cuba untuk menolong tetapi segera dihalang oleh Naufal.
“Berat ni sayang. Awak tolong bukakan pintu bilik utama kat atas.”

Mulut aku muncungkan. Aku mahu juga menolong, kalau tak boleh angkat yang berat bagilah aku angkat yang ringan.

“Okay, sayang angkat yang ini. Ringan sikit.” Pujuk Naufal sambil menghulurkan beg yang berisi ubat itu. Ringan sangat ini encik suami.

Aku turutkan sahaja dan aku naik ke atas. Pintu bilik utama aku buka.
Aku masuk ke dalam bilik dan terpapar katil yang dihiasi kelopak-kelopak bunga mawar merah itu.

Ada-ada sahaja lah Ummi dan Ibu ini. Beg ubat itu aku letak di atas meja solek yang kosong itu.

“Eh ada bunga.” Tegur Naufal.
“Yes. Ini mesti Ummi dan Ibu yang buat.” Ujarku.

Naufal meletakkan beg di dalam bilik pakaian. Besar juga bilik tidur ini.
Aku menarik Naufal untuk merehatkan dirinya seketika. Mesti dia penat angkut beg dari bawah ke atas.

“Ummi dan Ibu kirim salam. Tadi saya call nak ucapkan terima kasih. Em abang kalau hari ini kita order food panda je boleh tak? Saya tak larat nak masak.” Soalku.

Naufal tersenyum. “Boleh sayang. Tadi saya check fridge dah ada bahan-bahan basah semua tu. Saya ingatkan nak keluar beli barang dengan awak tapi ibu dah sediakan semuanya.” Ujar Naufal.
Tudung bawal aku tanggalkan dan aku letakkan di tepi meja kecil di sebelah katil. Aku baring di atas kelopak bunga mawar itu. Badan Naufal aku tarik untuk baring bersama aku.

“Abang pusing badan. Abang meniarap.” Suruhku.

Dia hanya mengikut sahaja apa yang aku cakapkan. Perlahan-lahan aku urut badannya untuk melegakan segala otot-otot nya yang keletihan.
Baju nya aku selak, tangan aku menyentuh kulitnya. Sengaja aku usapkan dengan lembut dan penuh sensual.

“Sayang. Hmm.” Luahnya.

Aku usap lagi dan lagi.

“Sayang pagi lagi ini. Jangan macam-macam.”

Belakang badannya aku tepuk.

“Saya sentuh je. Ish awak ni.”

Akhirnya aku baring semula dan lama-kelamaan kami berdua tertidur akibat keletihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience