BAB 9

Romance Completed 5231

Sepasang angsa sedang bermain air. Tasik itu luas.Pelbagai kehidupan yang bernafas di situ.Farzana ralit memerhatikan angsa itu.Cantik dan putih.

“Hidup ini Allah sudah jadikan berpasangan bukan?” hatinya berbisik.

“Siapakah yang bakal menjadi pasanganku?Mampukah dia sebaik Papa?”hatinya berbisik lagi.Dirinya meronta-ronta mahukan jawapan.Wajah Rayyan melintasi fikirannya.Segera digeleng-geleng kepala. “Ah,kenapa dia?!” dia bermonolog.

“Kenapa dia apa?” Rayyan mendekati gadis itu.Dadanya turun naik.Letih kerana berlari mencari Farzana di kawasan tasik.

“Abang ni kenapa?Kat mana Ana ada, abang pasti akan ikut. Ana nak balik dulu” Dia bangun dari bangku berkonkrit itu. Konsentrasinya melihat pasangan angsa itu terganggu.Bukan.Konsentrasinya untuk berkhayal terusik dengan kehadiran lelaki itu.

“Kejap. Duduk!” Perintahnya seperti guru disiplin.Jarinya menuding ke arah bangku itu.Isyarat supaya Farzana tidak berganjak dari tempat duduk itu.

“Abang nak cakap sekejap” dia bersuara setelah Farzana ikuti perintahnya itu.Sengaja dia berkeras kerana Farzana sukar mendengar kata-katanya.

Baru sahaja dia ingin mengambil tempat di tepi Farzana,badannya ditolak.Nasib baik dia dapat mengimbangi badan.Kalau tidak,dia pasti jatuh.

“No, you can’t sit here.Duduk kat bangku sana.Tak manis orang tengok.”Farzana menuding jarinya ke arah sebuah bangku yang kira-kira sepuluh meter dari bangku yang didudukinya.

“Main kasar la budak ni.Okay.Abang pergi as long as Ana kena dengar apa yang Abang nak cakap” Rayyan menuju ke arah kerusi bangku itu.

“First and foremost, Abang nak bagi Ana ini.” Sekeping foto dikeluarkan dari poket seluarnya.

Farzana terkejut.Itu foto Mama dan Papa! Baru sahaja dia ingin bangun untuk menuju ke arah lelaki itu, Rayyan tegas bersuara. “Sit there Ana.” Farzana berhenti daripada menghayun kaki. “Kenapa?” Farzana bingung.Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh Rayyan ni!

“Kalau nak gambar ni, duduk dulu dan dengar satu syarat dari Abang” Suara dikuatkan sedikit supaya butir bicaranya jelas sampai ke telinga Farzana.

“Tu milik Ana lah! Kenapa Abang nak bersyarat-syarat pula? Abang jahat! Semalaman Ana cari gambar tu, rupa-rupanya ada dengan Abang!” Dia memberontak.

“Banyak pulak cakapnya.Selama ni bisu je” Kata Rayyan sinis.

“Apa?Ana tak dengar.Please Bang.I want that photo!” Katanya dengan api marah yang baru bernyala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience