BAB 5

Romance Completed 5231

“Kak, macam mana dengan perancangan kita dulu?”Adik bongsu Puan Hasnah,Salmah mula bersuara.

“Perancangan apa?”tanya Puan Hasnah.

“Nak jodohkan Rayyan dengan Faaria la.Hari tu Akak dah janji bukan nak satukan mereka berdua”Salmah membuka luas tajuk perbincangan yang dianggap serius itu.

“Eh,eh kamu ni. Bila masa Akak janji.Akak cakap In Shaa Allah aje hari tu.”Puan Hasnah membidas percakapan Salmah itu.

“Sama je lah tu.Akak kena ingat. Saya dan Abang Din dah banyak tolong akak dan Abang Basri.Masa syarikat akak hampir nak muflis, siapa yang tolong langsaikan hutang-hutang dengan bank. Budi yang baik harus dibalas bukan? Nothing is free.” balas Salmah sinis.

“Nantilah akak cuba bincang perkara ni dengan Rayyan dan Abang Din.” Hatinya terasa sebak.Tajam kata-kata Salmah membuatkan dia berkecil hati.Tidak pernah disangka Salmah mengungkit kembali pertolongan dia dahulu. Perlukah dia membalasnya dengan cara ini ?

“Okaylah kak. Saya balik dulu.Saya harap akak tunailah permintaan saya tu ye”Dia bangun dari sofa dan angkuh berlalu pergi.

Perbualan mereka berdua dicuri dengar oleh Rayyan. “Ye, mungkin saat ini aku juga memainkan peranan penting untuk membalas jasa Pak Su Din”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience