BAB 10

Romance Completed 5231

“Okay,straight to the point. Kalau Abang bagi ni, Abang nak Ana macam dulu. Tak ada guna kalau Abang bagi gambar ni kalau kata-kata disebalik gambar ini langsung tidak memberi kesan di hati.Boleh janji?” Rayyan ingin mengikat satu perjanjian dengan Farzana.Gadis itu tidak boleh dibiarkan terus meratapi kepergian Mama dan Papanya.Dia tahu, bengkak di mata gadis itu adalah akibat tangisan Farzana ketika mencari foto itu di halaman.Dia nampak semalam.

“Janji.”Jawabnya perlahan. Dia tidak pasti akan janji itu akan tertunai atau tidak.Ini soal perasaan!

“Apa?Abang tak dengar”

“Ana janji.”Farzana meningkatkan “volume”suaranya. “Bak sini, Ana nak” Tangan kanannya ditadah.Memohon agar dikembalikan foto itu.

Rayyan tidak menghiraukan. Dia berfikir sejenak.Sepasang angsa ditengah tasik dipandang.Dia tersenyum.

“Hidup ini perlukan kebergantungan Ana.Cuba tengok angsa itu, dia juga perlukan kebergantungan.Dia perlukan pasangan.Untuk apa? Untuk saling melengkapi dan terus hidup.Tapi kalau pasangannya mati macam mana? Sama juga seperti kita.Kita perlukan Dia.Dia pelengkap hati kita.Dia kekal.Kita bergantung pada Dia.Walau macam mana kecewanya kita,sedihnya kita, Dia pelengkap serpihan hati ni.Dia merawat luka di jiwa ini.Bergantung seratus-peratus pada manusia, akan merosakkan jiwa kita sendiri. Bila perginya manusia, kita sendiri hilang tempat bergantung.Jiwa kita merana.Kita lupa yang sebenarnya kebergantungan kita adalah pada Allah.” Rayyan diam seketika.

“Abang tak pernah rasa.Because you have both. Abang faham tak perasaan Ana? Sejak lahir ibu kandung Ana meninggal ketika melahirkan Ana.Ayah Ana juga pergi semasa Ana masih dalam kandungan.Mama dan Papa ambik Ana jadi anak angkat.Ana bahagia bersama diorang.Tapi untuk berapa lama Abang?Sekejap sangat.Ana masih terkejut.Abang boleh tak cuba faham Ana?” matanya merembes lagi manik-menik jernih.

“Abang faham dan Abang rasa.Sebab tu Abang datang nak tolong Ana.Pulihkan semangat Ana.Ibu dan Ayah Abang nak tengok Ana macam dulu.Ceria dan bersemangat. Sudahlah jangan menangis lagi.” Rasa kasihannya tertumpah. Esakan gadis itu kedengaran.Farzana cuba menahan.

“Abang ingat Ana suka jadi macam ni? Perasaan yang memaksa.”untuk seketika dia mulai bersuara.

“Perasaan boleh dikawal.” Jawabnya ringkas.Matahari mulai terbit meninggi.Bahang mulai rasa walaupun masih pagi.

“Macam mana Ana nak kawal perasaan sedih ini?” Farzana menduga Rayyan.

“Dekatkan diri dengan ALLAH.Bangun tahajjud setiap malam.Mohon Allah beri kekuatan hati” Rayyan terus bangun.Dia mendekati Farzana. Farzana hanya terpana seketika mendengar kata-kata itu.Aku lupa Tuhankah?

“Ana, Abang dah nak balik rumah. Abang ada beri hadiah dari Korea.Tu dalam kotak.” Rayyan menunjuk kotak yang ada belakang Farzana.Farzana memusingkan badannya.Sekilas kotak itu dipandang. Dia kembali menghadap ke tasik.Rayyan berlalu pergi dari situ.

Kotak yang ada dibelakangnya diambil dan dibuka.Dia tersenyum girang. Rayyan masih mengingati kegemarannya.Rayyan memberikannya pelekat,stoking,cawan,keychain yang semuanya terdapat gambar TOP dari kumpulann terkenal Big Bang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience