BAB 3

Romance Completed 5231

“Berbeza bukan Farzana yang dulu dan yang sekarang?” Puan Hasnah memulakan bicaranya setelah secawan teh dan beberapa potong kek dihidangkan ke atas meja kecil itu. Dia menuju ke arah pokok tanamannya.Dia membelek-belek daun pokok bunga yang ada di halaman itu dan disiram.

“Ya, lima bulan yang menunjukkan perbezaan kriteria yang ketara. Tak sangka dia boleh berubah sebegitu rupa.” Balas Encik Basri selepas menghirup teh yang dihidangkan isterinya itu.Tekak yang kering, akhirnya dibasahkan juga.

“Apa kita nak buat bang? Bimbang juga saya.Berpatah-patah kita tanya, sepatah je dijawabnya Rindu pulak nak tengok dia senyum macam dulu.Ceria macam dulu.Bimbang la saya tengok dia tu.”Puan Hasnah melahirkan rasa kerisauannya itu.

“Awak slow talk la dengan dia.Mungkin dia masih terkejut.Yalah,sekelip mata saja Mama dan Papa meninggal.Abang ingatkan, bawa dia tinggal kat rumah kita ni, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesedihannya.Tapi parah.Tiap-tiap hari asyik termenung. Terperap dalam bilik. Apa dia tahu buat, main laptop,nyanyi lagu” Encik Basri meluahkan rasa yang sama.

“Entah lah Bang. Saya akan cuba nasihatkan dia.Tapi takut juga kalau nasihat saya ni langsung tak tembus masuk dalam hati dia. Lagi takut kalau dia salahkan takdir.Salahkan Yang Satu” Balas Puan Hasnah sambil tangannya ligat membuang daun-daun kering yang gugur di sekeliling pokok bunga di dalam pasu besar itu. Baja ditabur sedikit berharap pokok bunganya itu hidup subur.

Encik Basri hanya mengangguk setuju. Susuk tubuh Farzana yang menuntun basikalnya ke garaj diperhatikan. “Kamu dah balik nak. Mari sini makan kek yang Ibu buat ni.” Encik Basri menawar sambil tersenyum manis ke arah gadis itu.

“Takpalah Pak Cik, saya dah kenyang.”Balas Farzana ringkas lalu pantas menapakkan kakinya ke dalam rumah.

“Itulah Farzana.Kalau ajak makan susah sangat.” Puan Hasnah mengeluh perlahan.

“Bang, Rayyan dah nak balik tiga bulan lagi, tak sabarnya saya.Katanya dia nak balik seseorang.Siapalah agaknya.” Suara Puan Hasnah bertukar ceria.

“Bakal menantu kita kot!” Encik Basri meneka.

Puan Hasnah tersenyum ceria.Jika betul tekaan suaminya itu, pasti rumah ini bertambah serinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience