BAB 1

Romance Completed 5231

Jari-jemari mulusnya memetik gitar berwarna merah jambu di atas ribanya itu.Komputer riba dihadapannya merakam setiap aksinya. Hanya badan dan gitar merah jambu itu yang kelihatan di dalam rakaman itu.Malu baginya untuk menampaknya wajahnya. Usai menyanyi lagu Big Big World dendangan asal penyanyi Barat bernama Emilia itu, dia segera menyunting rakaman itu dan memuatnaikkannya di laman Youtube.

Itulah rutin hariannya.Jika tidak mengemaskini blog miliknya, dia pasti menyanyi lagu nyanyian mana-mana artis di dunia ini atas permintaan ramai di laman saluran Youtube itu.Yang pasti, tiada seorang pun manusia mengenali dia di alam siber itu.Dan sejujurnya, temannya hanyalah alam siber.

Dari luar kedengaran Puan Hasnah memanggil anak saudara perempuannya itu.Pintu biliknya diketuk “Ana,jom turun makan. Ibu dah sediakan makanan ni.” Puan Hasnah semakin membimbangi keadaan anak saudaranya itu. Pintu bilik dikuak. Kelihatan Farzana bersama komputer ribanya.

“Ana tak lapar lagi la mak cik.” Balasnya ringkas.

“Ana belum makan dari pagi tadi lagi sayang.Jomlah.Ibu dah sediakan.Kesianlah Ibu.Penat-penat Ibu masak,Ana pulak tak mau makan” Puan Hasnah cuba memancing belas kasihan Farzana yang sudah dianggap anak kandungnya sendiri.

“Nantilah Ana turun makcik..errr.. ibu.” Dia berasa janggal untuk menyebut panggilan itu.

“Janji?” Puan Hasnah cuba mendapatkan kepastian Farzana. Jari kelingkingnya diangkat sebagai lambang satu perjanjian yang harus dipatuhi.

“Ye, Ana janji. Nanti Ana turun.Ana nak settle sikit lagi hal ni” Farzana memaut jari kelingking dengan jari kelingking ibu saudara yang menjaganya selama hampir lima bulan itu.

Kepada readers blog Merah,Merah tinggalkan kalian dengan klip rakaman lagu cover Merah iaitu Big Big World by Emilia.Merah dah lapar! Nak makan.Tata!

Dia menghabiskan ayat-ayat terakhir di entri blognya itu. Perutnya sudah “merengek-rengek” meminta diisi.Sebelum melangkah keluar, tudung yang tersangkut di belakang pintu diambil dan disarungkan ke kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience