BAB 16

Romance Completed 5231

Dua tahun dia menyepi. Pengajiannya di universiti itu berjalan seperti biasa.Dua tahun itu, dia tidak pulang ke rumah meskipun didesak oleh Puan Hasnah dan Encik Basri berkali-kali, dia tetap dengan pendiriannya.Ada beberapa minggu lagi dia akan menghadapi peperiksaan akhir. Dia merindui Ibu Ayah dan …. dan ..dan.. Rayyan.

Setiap hari lelaki itu pasti menghantar emel kepadanya. Bertanya khabar dan bercerita tentang Ibu dan Ayah.Lelaki itu seolah-olah mengerti akan perasaannya yang berbuak-buak ingin mengetahui keadaan Ibu dan Ayah. Tetapi satu pun tidak dibalas. Dia malu akan lelaki itu.Kerana dia, majlis perkahwinan itu dibatalkan.

Tetapi hari ini dia tidak menerima sebarang emel dari lelaki itu.Kemana dia?

Beberapa hari seterusnya,akaun emelnya dibuka lagi.Tiada apa-apa yang dihantar. “Mungkin Abang Rayyan sibuk”. Maklumlah Rayyan merupakan seorang jurutera.Pekerjaannya itu memerlukan komitmen yang tinggi dan selalu berada di tapak pembinaan.Dia meneruskan ulangkajinya.

Seminggu berlalu, dia membuka akaun emelnya.Ada satu mesej daripada Rayyan.

Abang, Ibu dan Ayah menunaikan umrah.Maaf kerana tidak berkesempatan untuk menghantar emel.Abang masih berada di Mekah sekarang.Abang ada suatu hajat yang sudah lama Abang pendam.Tapi abang tidak pasti sehingga abang menjejak kaki ke sini, Abang mulai yakin.Abang percaya keyakinan ini juga datang daripada ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim,

NURUL FARZANA NATASHA, MUHAMMAD RAYYAN ingin menjadikan awak sebagai pelengkap hati ini. Sudikah awak menjadi zaujah kepada Abang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience