BAB 14

Romance Completed 5231

“Ana sihat tak?Demam dah sembuh ?” itulah soalan pertama Puan Hasnah ajukan kepada Farzana.

“Alhamdulillah Ibu. Dah sembuh.Ana okay sahaja.Cuma kadang penat.Sekarang ni pun study week.Sorry Ana tak dapat balik.Ana nak fokus betol-betol untuk exam kali ini.Ibu sihat?”balasnya.

“Sekejap je masa berlalu, dah nak habis dua semester Ana belajar.Ayah ada pesan kat Ibu, kalau Ana belajar betul-betul untuk peringkat Diploma ni, Ayah nak tangguh pengajian Ana ke peringkat ijazah pula nanti kat luar negara. Ana nak?” Puan Hasnah menyatakan berita gembira itu.

“Tak payah la kot Ibu.Buat ijazah dalam negara pun dah bagus.” Dia tidak mahu menyusahkan orang tua itu.

“It’s up to you.Peluang ni datang hanya sekali.” Puan Hasnah tidak memaksa. “Abang Rayyan sudah nak nikah 3 minggu lagi.Cuti semester tak lama lagi kan.Bolehlah Ana tolong-tolong Ibu nanti masa cuti”

“Hah?” Dia terkejut.”Dengan siapa Ibu?”Perasaan aneh mula menjalar.Ada riak kecewa yang mula merubah kondisi wajahnya itu. Tangannya terketar-ketar memegang telefon.

“Dengan Kak Faaria. Anak Mak Su Salmah” meskipun dia berat untuk melepaskan anaknya itu, Puan Hasnah akur atas alasan ingin membalas budi.Rayyan juga akur.

***

Kelibat Farzana tidak kelihatan.Dia mencari-cari gadis itu. Sejak Farzana pulang dari rumah petang tadi, batang hidung Farzana masih tidak kelihatan.Mana dia pergi? Seolah-olah dia cuba menjauhi diri daripada Rayyan. “Adakah aku merinduinya?Ah! Lupakan.Ada satu jam lagi aku akan diijabkabulkan.Tiada wanita lain yang akan muncul selain isteriku”dia menyedarkan dirinya.Syaitan terus akan menyesatkanya.

“Ana mana Ibu?”Dia bertanya sebaik sahaja Ibu memasuki biliknya itu.

“Entahlah, Ibu tak tahu.Puas Ibu cari seluruh rumah.Tak jumpa.” Puan Hasnah menyatakan kerisauannya.

“Yan rasa Yan tahu dia kat mana.” Tetiba Rayyan bergegas keluar dari biliknya.

“Yan! Majlis Yan ada satu jam lagi.Biarlah Ayah yang cari.”

Laungan Ibunya tidak dihiraukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience