BAB 2

Romance Completed 5231

Usai menunaikan solat Asar pada petang Ahad itu, Farzana segera bersiap untuk ke tempat yang selalu dikunjunginya.Bangku ditepi tasik.Menyaksikan keindahan kuasa ALLAH di tepi tasik itu,membuat dia tidak putus-putus mengucapkan kata-kata yang memuji kepada Yang Esa.

“Ana nak pergi ke mana?” Encik Basri bersuara apabila melihat anak saudara isterinya itu tergesa-gesa turun dari tangga rumah banglo dua tingkat miliknya itu sambil menggalas beg gitar.

“Pak Cik, Ana nak pergi kat tempat biasalah.Kat tepi tasik.Ana pergi dulu ye.” Jawabnya pantas.Encik Basri hanya mengangguk-angguk.Tiada bantahan yang cuba dilontarkan.

Sebaik sahaja sampai di tepi tasik itu, dia memarkir basikalnya itu di bawah pokok beringin yang renek.Di bawah pokok itu terdapat sebuah bangku tempat dia selalu bermain gitar.

Dia duduk di bangku kayu itu. Bahang matahari sudah mula hilang.Gitar merah jambu itu dikeluarkan daripada sarungnya.Baru sahaja Farzana ingin memetik gitarnya itu, sepasang suami isteri bersama dua orang anak perempuannya melintasi di hadapan Farzana.Ekor matanya melihat keluarga itu. Bahagia. Alangkah indahnya kalau Papa dan Mama masih ada.Mengapa dalam banyak-banyak ujian yang ku terima, ujian inilah yang sukar untuk aku terima.Mengapa Tuhan?Kejamkah aku kerana sukar menerima semua ini?Fikirannya menerawang.

“Maafkan saya cikgu, saya tak dapat buat yang terbaik” Farzana menyatakan kekecewaannya kerana gagal menyampaikan pidatonya dengan lancar.

“It’s okay.Farzana, ini ada panggilan untuk awak.Cikgu harap awak bertenang ye” Cikgu Azmah menghulurkan telefon bimbitnya kearah Farzana.

“Kenapa ni cikgu?” Hati Farzana mula merasakan sesuatu.Tangan pantas mengambil telefon bimbit itu.

“Assalamualaikum Ana, ni Mak Cik. Sebelum Mak Cik cakap kat Ana, Mak Cik harap Ana banyak-banyak istighfar ye nak” Nada sedu sedan Puan Hasnah berbicara mendatangkan keraguan.

“Ke…ke..napa Mak Cik?” Farzana mula berasa bimbang. Getaran hatinya tidak dapat dikawal.

Puan Hasnah mendiamkan diri. Lama.

“Mama dan Papa Ana dah takda.Mereka kemalangan.” Puan Hasnah menjawab dalam tangisan yang teresak-esak.Dia memutuskan talian.

“Cikgu..” Farzana terduduk. “Papa!! Mama!!” Dia meraung tanpa mempedulikan mereka yang berada disitu.

“Kenapa tinggalkan Ana.Tak..tak..Mama dan Papa tak mati kan cikgu?” Tangisannya semakin galak.Kolam air mata tidak mampu dibendung lagi.

“Tak mati kan cikgu?! Jawablah!” Dia menggoncang-goncang tubuh kecik Cikgu Farzana.

Cikgu Farzana tidak memberi sebarang reaksi lantas memapah Farzana yang kelihatan lemah itu ke arah keretanya.Dia harus cepat sampai ke hospital.

“Ais-krim, aiskrim!” Laungan si penjual ais-krim itu mengejutkannya daripada kisah lima bulan yang lalu.

Air mata yang gugur di pipi itu disapu.Ada esakan kecil di sebalik tangisan itu.Setiap hari dia tidak akan terlepas dari mengingati peristiwa itu. Setiap kali mengenang peristiwa itulah, air matanya tidak dapat ditahan. Seakan-akan air matanya juga memahami keadaan dirinya.Peristiwa kehilangan orang yang di sayang. Sampai bila aku harus begini menangisi nasib yang tidak akan mengubah kehidupan yang dulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience