BAB 11

Romance Completed 5231

“Seingat Ibu, beberapa bulan sebelum Rayyan pulang ke sini, Rayyan ada telefon Ibu cakap nak bawak seseorang ke rumah kita.Siapa?” Puan Hasnah memulakan bicara setelah air kopi itu dihirup.Syukur kerana hari ini Rayyan boleh menemaninya membeli-belah.

“Tiada siapa-siapa lah Ibu” Jawabnya ringkas.

“Daripada mata Rayyan, Ibu dapat rasakan Rayyan sembunyikan sesuatu. Betul kan?” Puan Hasnah meragui kata-kata anak-anaknya.Dia tahu benar perangai anaknya itu.

“Ermmmm, Rayyan nak balik seorang gadis Korea dan nak kenalkan kepada Ayah dan Ibu.” Kalau boleh, dia tidak mahu lagi menyentuh hal itu. Bukan mahu melupakan tetapi takut kalau-kalau dia tidak dapat menahan perasaan.

“Then? Where she is?” Puan Hasnah menyoal lagi.

“Rayyan kenal dia baru je. Kami kenal pun sebab urusan kerja.Beberapa bulan kenal, dia menyatakan hasratnya nak masuk Islam.Beberapa hari lepas itu,dia memeluk Islam dan pada hari itu juga,dia nyatakan hasratnya untuk memiliki Rayyan sebagai suaminya.Jadi kami bercadang untuk berjumpa ibubapa masing-masing sebelum mengikat apa-apa pertalian.” Dia sebak tetapi berjaya disembunyikannya. Nafas cuba ditarik.

“Ibu teringin nak jumpa dia.Habis tu macam mana? Dia sibuk ke Rayyan sebab tu tak datang Malaysia?”Puan Hasnah terlalu teruja mendengar cerita Rayyan.

“Dia dah pergi menghadap Allah Ibu.Dia kemalangan dua minggu selepas dia memeluk Islam.” Rayyan tidak mampu meneruskan kata-kata.Dia menunduk memandang lantai. Akhirnya, dia kalah dengan emosinya.Airmata mulai gugur.Saat diri ini bersedia untuk menjadi suami buatmu,dikau pergi menghadap Ilahi.Ku tahu Dia lebih menyayangimu, melebihi aku mencintaimu.Walaupun, rasa cinta ini belum diungkapkan kepadamu,Aisyah,ku yakin kau kini sudah mengetahuinya.Semoga Allah pertemukan kita di Jannah-Nya.

“Maafkan Ibu nak.”Puan Hasnah memandang pilu anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience