BAB 17

Romance Completed 5231

“Ye Ana sudi.” Senyumannya meleret.Rayyan yang sedang ralit memberi ikan di kolam kaget akan kehadiran gadis itu. Rayyan membisu.Dia masih terkejut.SUDI??! APA MAKSUD DIA?

Ibu berlari menuju ke arah Farzana. “Ana, ibu rindu Ana.” Air mata Puan Hasnah mulai gugur.Pipinya yang basah itu segera disapu dengan hujung lengan baju kurungnya.Gadis itu dipeluk.Lama.

“Maafkan Ana Ayah Ibu sebab dah lama tak balik.Ana sebenarnya malu.Kerana Ana, Abang Rayyan tidak jadi berkahwin.Ana malu sangat Ibu,Ayah”

“Ana tak salah.Ibu tak pernah salahkan sayang.” Puan Hasnah masih dalam tangisan.

“Kami pun bersyukur kerana tak dapat menantu macam Faaria tu.Budak tu bukan elok perangainya pun.Kehulur-kehilir dengan jantan lain.Nauzubillah” tambah Encik Basri.

***

“Terima kasih sebab sudi terima Abang” Rayyan berdiri di tepi bangku itu.Isterinya tersenyum.Manis. Semoga dia ketua bidadariku nanti! In shaa Allah.

“Ana yang patutnya berterima kasih. Abang dah banyak ajar Ana tentang kehidupan. Tentang kebergantungan kepada Allah.” Balasnya.Sepasang angsa berenang beriringan di tasik itu.Diikuti empat ekor anak mereka.Bahagia.

Rayyan mengambil tempat disisi isterinya.Farzana masih kekok. Jika dulu ada jarak antara dia dan suaminya tetapi kini semuanya sudah halal. Dia perlu biasakan diri.

Kepalanya dilentokkan di atas bahu suaminya.Jari-jemarinya menggenggam erat jari-jemari suaminya.Seperti Ji Eun dan Lee Young-Jae dalam drama siri popular Korea,Full House.Deruan angin petang menenangkan sepasang suami isteri itu.Matanya dikatup.

“Syokkan love after marriage.Semuanya terasa “fresh” dan baru” dia memberi buah fikirannya.

“Ya. Syok sangat.Inilah permulaan kita” Rayyan mencubit pipi isterinya. Dia membetulkan tudung bawal isterinya itu.

“Terima kasih. Abang, can you translate this?” Farzana menghulurkan sebuah diari.

“Haaaa, pandai Ana selongkar laci Abang ye.?” Diari Aisyah disambut.

“Sorry Abang.Ana nak tau sangat apa yang Noona(kakak) Aisyah tulis.Ana nak tahu pesanan Noona Aisyah kepada isteri abang.Ana kan isteri Abang.Ana nak tahu yang tu je.Yang lain tak mahu tahu.” Farzana memberi tujuan sebenarnya.Dia takut kalau-kalau Rayyan memarahinya.

“Betul Ana nak tahu?” Rayyan menyoal untuk kepastian.

“Yelah.”jawabnya ringkas.

Rayyan membuka diari itu.Dibacanya.

“Kepada isteri Rayyan yang cantik.Jika aku tidak dapat bersamanya dan tiada jodoh dengannya, aku mohon kamu menjaganya sebaik mungkin.Jaga hatinya kerana dia adalah anugerah Allah kepadamu. Hormatilah dia.Perbetulkan silapnya jika ada salahnya.Jangan kamu meragui cinta dia kepadamu kerana aku yakin dia sedang menyayangimu sepenuh hatinya walau aku pernah singgah di hatinya. Percayalah. Dia adalah untukmu.” Tenang sahaja Rayyan membacanya.

“Baik sangat Noona Aisyah.Semoga syurga miliknya.” Kata Farzana perlahan. Ayat-ayat itu amat meninggal kesan kepadanya. Dia berjanji unuk berusaha menjadi isteri yang solehah.

“Kalau Abang pergi tinggalkan sayang suatu hari nanti macam mana?” Rayyan menyoal.Anak matanya memandang wajah isterinya.Ada riak sedih.

“Kenapa abang tanya macam tu?” Farzana tunduk memandang kakinya yang berstokin itu.

“Pandanglah Abang. Abang tanya aje kan.”

“Ana redha. Ana sudah letakkan kebergantungan Ana seratus-peratus kepada ALLAH.Abang,Mama,Papa,Ibu,Ayah adalah pinjaman ALLAH kepada Ana.Tiada yang kekal selain ALLAH.”Farzana menjawab tenang.

“Bijak isteri Abang.Sudah matang.” Dia tersenyum ke arah isterinya.Kepala isterinya diusap-usap.Farzana terasa seperti keanak-anakan apabila dilayan sebegitu.

“Abang, uhibbuka fillah.Abang, Ana nak buat pengakuan.” Bisiknya perlahan ke telinga suaminya.

“I love you more sayang till Jannah.In shaa Allah.Apa dia?”balas Rayyan. Rayyan membuat isyarat supaya Farzana meletakkan kepalanya di atas bahu.

“Blog Merah Jambu tu Ana punya.”Dia tergelak kecil.

“Oooo. Blog Ana rupanya.Bukan main ye sorok-sorok.Ni kalau tak bagitau , mesti sampai bila-bila Abang tak tahu. Tapi blog tu dah lama Ana tak update kan?”

“Ye, Ana rasa nak buat blog baru. Tak mau dah guna blog tu.Nak delete.Video-video Ana melalak pun dah delete.Malu pulak bila tengok semula”

“Emmm, ikutlah.Yang pasti, Abang nak penulisan Ana itu lebih ke arah kebaikan. Jangan ada lagi melalak-melalak tu.”

“Okay bos!” Dia buat gaya tabik hormat. Rayyan tergelak besar. Macam budak-budak.Tak apa perangai macam budak-budak asalkan pemikiran seperti dewasa.

“Jom balik. Kali ni Ana pulak yang kena kayuh.Abang duduk belakang.” Kata-katanya seolah-olah arahan

“Hah?Ana mana larat.” Dia buat-buat muka sedih.

Comel! Rayyan mencubit pipinya.”Okay okaylah.Abang gurau je.Jom balik.Malam ni jemaah sama-sama yer?”

Farzana mengangguk.Sememangnya institusi kekeluragaan yang kukuh bermula dari pemilihan pasangan hidup yang menjaga solat. Jika dia berdisiplin menjaga solatnya, in shaa Allah, dia pemimpin terbaik keluarga.

“Syukurku pada-Mu atas nikmat ini. Andai dia pergi sebelum aku,aku redha. Andai aku pergi dahulu sebelumnya, kuharap dia redha.Sesungguhnya kami semua perlu bergantung pada-Mu,Ya ALLAH.Kuatlah diri ini”Doanya perlahan di dalam hati. Tubuh suaminya dipeluk.Rayyan mengayuh perlahan-lahan basikal itu membelah angin senja itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience