BAB 4

Romance Completed 5231

Daun pintu rumah dikuak perlahan-lahan.Langkah kakinya diatur selangkah demi selangkah.Perlahan dan berhati-hati. Susuk tubuh seorang wanita sedang khusyuk membasuh pinggan mangkuk didekati.

“Ibuuuuu!! Yan rindu Ibulah” Tangannya memeluk erat tubuh wanita itu.

Bukkk! Sepantas kilat tubuhnya terjelopok di atas lantai. “Aduh!Sakitlah Ibu.Ni Rayyan la Ibu.”

“A..a.apa awak buat ni?” Tubuhnya menggeletar.Degupan jantungnya tidak stabil.Takutnya tiada reda.

OOOOpppss! Rayyan tersilap peluk orang.Alamak!

“Ana. Abang mintak maaf.Silap orang.Abang ingatkan….” Tergagap-gagap Rayyan memberi penjelasan. Malunya bukan kepalang.Terasa darah mula menyerbu mukanya itu. Dipandang sekilas muka Farzana yang sedang ketakutan itu. Gadis itu berlari keluar dari dapur itu. Puan Hasnah yang baru sahaja menapak di ruang dapur itu pelik melihat tingkah Farzana yang pucat seperti mayat itu berlari keluar dari dapur.

“Eh,anak Ibu dah sampai.Cakap nak bertolak esok.Ibu dan ayah baru rancang nak jemput kamu di KLIA.”Dia terkejut melihat Rayyan tercegat di sudut dapur itu.Dia tersenyum girang.Gembira dengan kepulangan anak lelakinya itu.Segera dia merapati tubuh dan memeluk Rayyan.

Rayyan masih bingung.Rasa malu masih tersisa. Cuba dikawal.

“Ibu sihat.Ayah mana?” tanya Rayyan ramah.Dia tidak mahu ibunya perasan akan perubahan riak wajahnya itu.

“Sihat.Alhamdulillah sayang.”Puan Hasnah mengusap-usap kepala anaknya itu.Gembira tidak terkira. “Pergilah rehat nak.Mana orang istimewa yang kamu nak kenalkan kepada Ibu tu?” Soalan Puan Hasnah itu sudah diramal.

“Takdalah Ibu.”Jawabnya ringkas.

Puan Hasnah pelik akan jawapan anaknya itu. Wajah anaknya itu kelihatan muram.Dia tidak mahu bertanya banyak.

“Mana buah tangan dari Korea?Takkan bertahun-tahun belajar kat sana tak beli apa-apa untuk Ibu?” Topik perbincangan dialih.

“Ada Ibu.Yan beli macam-macam untuk semua termasuk Ana juga” Disaat nama Farzana meniti di bibirnya, rasa malu mula menyerbu. Ah! Nak buat suprise, last-last aku pulak yang tersuprise! Ahhh.Malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience