BAB 6

Romance Completed 5231

Rayyan mendekati gadis itu.Farzana sedang leka menaip sesuatu di komputer ribanya itu.

“Ehem.” Dia berpura-pura berdehem. “Buat apa tu?” Dia sengaja mengajukan soalan itu meskipun tahu akan gerak laku gadis yang berkulit putih itu. Rasa malu akan kejadian di dapur tempoh hari masih bersisa.Tapi dia gagahi jua.Inilah saatnya untuk dia bersemuka dengan gadis itu setelah beberapa hari tidak berpeluang.Manakan tidak, sebaik sahaja nampak akan muka Rayyan, Farzana pasti mencari ruang untuk mengelak.

“Tak da buat apa-apa” Farzana melihat raut wajah “sepupunya” itu.Kacak. Segera pandangannya dialihkan. Dalam tergesa-gesa,dia menekan butang “shut down” dan segera bangun dari bangku kayu yang dibina oleh Encik Basri di halaman rumah yang luas itu.

“Nurul Farzana Natasha.Can we talk for a while.Just a few minutes.Can we?” Rayyan geram akan tindakan Farzana yang selalu sahaja lari daripadanya.

Farzana berhenti mengorak langkah. Dia tercegat di situ untuk beberapa saat.Badannya dipusing dan menghadap Rayyan.Dia masih malu untuk berhadapan dengan lelaki itu.

“Apa dia?”tanya Farzana ringkas.

“Abang Rayyan nak mintak maaf fasal beberapa hari yang lepas.Abang tersilap pel…”

“Ana dah maafkan” pantas dia memotong kata-kata Rayyan.Malu yang tak tertanggung.Dia berlari anak memasuki rumah banglo itu.

Rayyan hanya memerhati Farzana berlalu pergi.Dia terpinga-pinga melihat lagak gadis itu. Dia yang masih berdiri segera menduduki bangku kayu itu. Sebaik sahaja dia duduk, matanya terpandang satu keping foto di atas rumput hijau. Dia mengambil foto itu.Matanya merapati gambar yang agak kabur itu.Dia tersenyum. Gambar Farzana semasa kecil di dukung oleh Papa dan Mamanya. Dia belek ke belakang gambar itu kalau-kalau ada memo yang tertulis di belakang gambar tu.

“Anak Mama dan Papa yang comel.Semoga Nurul Farzana Natasha membesar dengan baik.Anak yang elok langkahnya,elok budi bicaranya,cantik akhlak di pandangan Allah,Rasul,Mama dan Papa.Doa kami, semoga kamu teguh pegangan agama dan sentiasa diberi kekuatan.” – MAMA PAPA LOVE YOU

Di bawah memo yang cukup indah itu terdapat sebaris ayat.Rayyan membaca memo yang bertulisan sangat kecil itu. Dia merapati foto itu.Gayanya seolah-olah orang rabun. “Keciknya tulisan” dia bermonolog.

“Ana tak kuat tanpa Mama dan Papa. Ujian yang paling berat bagi Ana kehilangan kamu berdua. L”

Gugur manik-manik jernih dari matanya. Dia dapat merasai kesedihan jiwa gadis itu. Dia faham. Air matanya disapu. Peristiwa dua bulan sebelum pulang ke Malaysia sudah cukup untuk dia memahami keperitan yang ditangguh “sepupu”nya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience