BAB 12

Romance Completed 5231

Farzana menyibukkan diri dengan membaca buku-buku ilmiah.Lama dia tidak membaca.Kalau baca pun, buku-buku pelajaran sebelum peperiksaan SPM beberapa bulan yang lepas.Dia mahu menjadi sekental Sumayyah dan Yasir.Dia tidak boleh mengalah. Dia mencapai beberapa buah buku yang baru dibelinya dan keluar dari rumah itu.Cuaca pada petang itu sungguh baik.

Basikalnya dikayuh tenang menuju ke tasik.Sebaik sahaja memarkirkan basikal berwarna pink itu dibawah pokok beringin, dia melihat kelibat seseorang menduduki bangku yang selalu menjadi tempatnya duduk. Dia kenal akan tubuh itu. Dia menuju ke bangku yang berdekatan.

Dia memandang wajah itu.Tampak sedih. Lelaki itu memegang sebuah diari.

“Abang ada masalah?”Suaranya dilantun lebih kuat memandang jarak mereka berdua agak jauh.

Rayyan tersedar dari lamunan. Dia beristighfar.

“Bagilah salam dulu.”

“Assalamualaikum Abang.Ada masalah ke?”Farzana tergelak kecil.

“Waalaikummussalam Farzana.Tiada masalah. Kadang-kadang dia muncul dalam hati.”

“I think I know. Ibu ada cerita kat Ana semalam sebelum tidur” dia sudah mengagak.

“Apa yang Ibu cerita?”Rayyan menyoal.

“Fasal bakal isteri Abang.Orang Korea tu.Nama Islam dia Aisyah kan?” Dia hanya menjawab ringkas. Takut untuk dipanjang-panjangkan cerita.

Untuk beberapa seketika, mereka diam.

“Abang kuat.Tak macam Ana. Abang ada juga sedih, tapi Abang tidak terlalu mengenangi dia.Lebih-lebih lagi dia bakal menjadi suri hati Abang.”

“Macam Abang selalu kata.Letakkan kebergantungan kita pada Allah.Tipulah jika tiada langsung sedih,pilu dan hiba.Tapi kita boleh mengawalkan dengan selalu mengingati-Nya” jawab Rayyan tenang.

Kata-kata Rayyan menguatkan lagi semangat Farzana.Dia kagum akan lelaki itu.

“Diari sapa itu bang?” dia menyoal.

“Diari Aisyah. Dia ada pesan suruh sampai diari ini kepada bakal isteri Abang jika dia bukan jodoh Abang sehari sebelum dia kemalangan.Dia tulis dalam bahasa Korea.Nak bagi Ana baca pun memang Ana tak faham punya.Yang Ana tahu saranghae,Oppa,annyeong haseyo je kan?” Rayyan mengusik.Dia tergelak bila Farzana membuat muka muncung dan menjeling ke arahnya.

“Biarlah! Abang tau Abang buat salah apa dengan Ana?”

“Abang buat salah apa?Ada ke?”

“Abang duduk atas bangku Ana!” dia menjerit kuat.

“Eh, ye ke? Kejap ye.” Matanya melilau mencari sesuatu.Lama dia mencari. Setiap inci bangku itu diperhatikan.

“Abang cari apa.”Farzana mulai pelik akan tingkah laku Rayyan.

“Cari nama Farzana.Tak da pun kat bangku ini.Kalau bangku Ana, mesti ada nama empunya kan?” dia tergelak besar.

“Abang ni kan! Memang nak kena! “ Farzana menunjuk isyarat penumbuk. Rayyan ketawa besar. Farzana memandang tasik terbentang itu. Buku yang dibawanya dibelek.

“Bertuahnya isteri abang nanti dapat Abang.” Hatinya berbisik.Ada getaran kecil mula bermain di hatinya setiap kali memandangnya.Adakah aku sudah jatuh cinta? Pelikkah jika aku jatuh cinta.Ini fitrah bukan?Tapi ia harus dikawal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience