BAB 8

Romance Completed 5231

Blog Merah Jambu menjadi “sarapannya” pada pagi itu.Meskipun tidak mengenali siapa penulis blog itu.Tetapi dia sangat menyukai akan penulisan penulis itu. Kadang-kadang dia akan mendengar nyanyian gadis Merah Jambu di Youtube.

Entri terbaru dibaca perenggan demi perenggan. Entri pada kali ini menceritakan tentang penulis itu kehilangan foto kenangan bersama keluarganya.

Merah sangat sayangkan foto itu kerana disebalik foto itu, ada ungkapan yang selalu merah baca sebagai sumber kekuatan.Walaupun Merah masih belum setabah Sumayyah dan Yasir, tetapi Merah cuba untuk mengikuti nasihat yang tercatat di belakang foto itu. Merah rindukan arwah.

Apabila dia terbaca akan penulisan itu, dia terus teringat akan Farzana.Merah senasib dengan Farzana.Adakah Farzana mempunyai perasaan yang sama seperti Merah? Ah! Kesiannya. “Foto itu harus dikembalikan” bisiknya perlahan.

Dia mengambil foto yang diselitkan di dalam diarinya dan membawa kotak yang sederhana besar itu. Lalu berlari-lari turun ke dapur.

“Merah mana Ibu?” tanyanya kepada Puan Hasnah yang sedang menyapu jem strawberi di atas sekeping roti.

“Merah, siapa Merah?” Puan Hasnah pelik.

“Eh! Silap.Ana mana?”

“Entah, pagi-pagi dah keluar.Pergi ke tasik la tu.” Jawab Puan Hasnah selamba.

“Oh,okay.Thanks Ibu” dia tergesa-gesa ke arah pintu utama.

“Kenapa tergesa-gesa Rayyan?” tanya Puan Hasnah.Pelik melihat anaknya itu.

Soalan ibunya tidak dijawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience