BAB 15

Romance Completed 5231

Dalam kesamaran lampu spotlight itu.Dia melihat gadis itu berada di atas bangku.Di tempat biasa.

“Berani betul perempuan ni.” Dia bermonolog.Bulan dan bintang menemani gadis itu.

Dia mendekati.”Assalamualaikum Ana”

“Waalaikummussalam,Abang terkejut Ana. Abang buat apa kat sini.Majlis abang dah nak start bukan?Pergilah balik” hatinya masih seperti dulu.Berdebar-debar apabila memandang lelaki itu.Ya, dia harus melupakannya.Satu jam dari sekarang, dia harus melupakannya.

“Majlis Abang tak lengkap tanpa Ana.” Jawabnya terus terang.

“Tak elok Abang ada kat sini.Tempat ni gelap.Abang pergi dulu.Nanti Ana follow dari belakang” dia mengawal riak suara yang seakan-akan mula berubah.

“Ana pergi dulu.Tak elok tau perempuan ada kat tempat gelap macam ni.Kalau apa-apa terjadi macam mana.Siapa yang susah?Abang,Ibu dan Ayah jugak.Sudahlah.Balik la ke rumah sekarang.Ibu risau sangat tu.”

“Ermm, oklah, Ana pergi dulu.”Dia mulakan langkah.Laju.Takut jika ada mata-mata yang memerhatikannya.

Bukkkkkk! “Aduh!” dia tersadung.Dia tidak nampak akar yang besar itu.Kakinya mula terasa sakit.Dia meraba-raba dahinya.Ada cecair mula keluar darinya.

“Ana! Kenapa ni.Kalau berjalan tengok lah kat bawah.Tempat ni gelap” Rayyan terkejut.Dia segera mendekati Ana. Gadis itu cuba untuk bangun.Tetapi gagal. Kakinya terseliuh.

“Tak pe Bang Ana okay.Abang pergi dulu.Majlis dah nak start ni”

“Jangan fikir fasal majlis abang.” Dia segera membantu gadis itu untuk bangun.

Sebuah kereta proton Wira melintasi kawasan itu berhenti. Beberapa orang lelaki berusia lingkungan 60-an keluar dari kereta.

“Apa kamu buat ni.Berdua-dua dalam gelap. Siap berpegangan tangan lagi?!” Suara salah seorang daripada mereka meninggi.

***

“Kahwinkan aje dia orang Senah.Bukan aku sorang je nampak.Kawan-kawan aku juga nampak.Berpegangan tangan dalam gelap.Bukan namanya maksiat itu?!” kata pak cik tua itu.

“Pak cik, nampak tak dahi ni berdarah.Berapa kali saya nak cakap yang saya ni jatuh.Rayyan cuma bantu saya.”Fazana mula tinggikan suara.Kahwin? Tak mungkin!

“Sebelum kamu jatuh, apa yang kamu berdua buat.Berdua-duaan bukan.Tempat gelap.Tiada orang, macam-macam boleh berlaku!”balas Tok Imam yang ada juga di tempat kejadian.

“Kita kahwin kan aja diorang ni.” Ada suara yang mencadang.

“Kita selesai cara elok.Jangan bertindak melulu”Encik Basri mulai bersuara.Sukar baginya untuk percaya. “Rayyan,cuba jelaskan.”

“Betul cakap Ana.Kami tidak buat apa-apa.Kami berada di situ tak sampai lima minit.Saya ke sana nak suruh dia balik.Lagipun tempat tu gelap.”

“Kamu ingat kami boleh percaya! Alasan semata-mata! “Pintas seorang pemuda.

“Kahwinkah dia aja Encik Basri.” Ada lagi yang mencadang hal yang sama.

“Tidak! Saya tak akan berkahwin dengan dia.Kau orang ada otak, cuba buka minda seluas-luasnya.Lihatlah luka di dahi ini,cuba kau orang jangan bertindak melulu.Saya tak akan kahwin!Ibu ayah, percayalah, Ana tak buat semua ini.” .Api kemarahan Farzana semakin membara.Air matanya keluar tanpa ditahan lagi.

Dia berjalan menuju ke biliknya perlahan-lahan.Kakinya masih sakit.Pakaiannya dikemas satu per satu.Pagi esok dia mahu pergi! “Aku hanyalah perosak majlis.Malu!” bisiknya.

“Kita batalkan pernikahan ini Kak. Anak akak tak layak untuk anak saya.Saya malu” Salmah bersuara setelah lama hanya menjadi mata dan telinga.

“Kita boleh selesaikan”Puan Hasnah cuba menenangkan keadaan.

“Jom Faaria.Kita balik.Ada banyak lelaki lain yang sesuai untuk kau.”Salmah mengheret tangan anak perempuan tunggalnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience