BAB 7

Romance Completed 5231

Farzana meraba-raba tangan di atas rumput.Malam semakin tua.Dia tidak berputus asa untuk mencari foto yang hilang itu. Hati hampa kerana foto itulah yang paling dikasihi walaupun foto bersama arwah sudah berkeping-keping tersemat di dalam album. Salakan anjing di rumah sebelah menakutkannya.

“Ana buat apa tu?” Encik Basri bersuara sebaik sahaja matanya tertancap pada tubuh yang amat dikenali itu.Farzana terkejut.Dia tidak menjawab.Malah meneruskan misi pencariannya.

“Ana,dah malam ni, Ana cari apa?” Puan Hasnah pula ingin merungkaikan persoalan yang masih belum dijawab oleh Farzana.

“Pak cik dan makcik, Ana cari foto Mama dan Papa.Hilang.” Jawabnya dalam gelisah. Angin malam terasa hilang ke tulang.Sejuk.Matanya melilau di segenap halaman yang luas itu

“Ana yakin ke hilang?Atau Ana lupa letak.Dah lah Ana.Foto Mama dan Papa kan banyak lagi dalam simpanan Ana. Esok boleh cari lagi.Lagipun gelap ni. Jom lah masuk.Tidur.” Encik Basri cuba memujuk Farzana.

“Pak cik,mak cik, tahu tak foto tu penting bagi Ana.Mak cik dan Pak Cik takkan faham perasan Ana.Sudahlah,Mak Cik dan Pak Cik pergilah masuk tidur.Ana nak cari lagi”Nada suaranya agak meninggi.

Encik Basri dan Puan Hasnah diam dan berlalu pergi. Susah baginya untuk melentur hati yang degil itu.

Farzana meneruskan cariannya. Tubuhnya menggeletar.Angin malam semakin galak menyapa kulit tubuhnya.Ada sendu dan tangis.Dia masih mencari.

“Masih mencari lagi.Abang sure Ana takkan jumpa.” Rayyan yang berkemeja-T biru itu menghampirinya.

“Abang ni kenapa hah? Please let me alone.” balas Farzana dengan perasaan marah makin membuak setelah mendengar kata-kata lelaki itu.

“Dah la Ana.Jom masuk rumah.Dah nak pukul 12 malam ni.” Rayyan cuba memujuk.

“Abang yang patut masuk.Pergilah!” nada suaranya tidak dapat diperlahankan lagi.

“Okay fine.Tapi apa yang Abang nak cakap, awak takkan jumpa gambar tu.Nah awak ambik baju sejuk ni” Rayyan meletakkan baju sejuk itu atas bahu Farzana. Farzana terkesima.Ada perasaan halus mula menjalar.Dia hanya melihat Rayyan berlalu pergi.

“Astaghfirullah.” Hatinya mula beristighfar.Hatinya tidak boleh lalai.

Dia masih lagi cuba mencari foto itu.Dari kejauhan, Rayyan memerhatinya dari balkoni tingkat dua rumah banglo itu. “Kejam aku?” hatinya bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience