Bab 14

Romance Completed 11113

Haris berasa geram menunggu kepulangan Suria. Adakah begitu susah untuk Suria mengangkat panggilannya? Fikir Haris. Dia dapat menghidu sesuatu, gerak hatinya menyatakan begitu. Sedikit sebanyak perasaan marah juga mulai menyelubungi hati.

Entah untuk kali ke berapa Haris sudah meneguk air dari tadi. Perasaan risau turut menyelubungi dirinya. Dengan keadaan Suria yang sedang sarat,mengandung suami mana yang tidak risau.

Kedengaran pintu utama dibuka. Haris yang sedang duduk di bahagian dapur terus sahaja membawa kakinya ke luar menyambut kepulangan Suria. Wajah Haris sudah semestinya kelihatan tegang pada saat itu.

Salam kecil Suria beri, yang sudah semestinya tidak dapat ditangkap oleh telinga Haris. Dari saat dia melangkah masuk ke dalam rumah, Suria belum lagi mengangkat wajahnya daripada memandang lantai. Cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan pandangan suaminya itu.

Haris sudah berura-ura untuk memarahi Suria, namun membatalkan hasratnya saat menangkap riak wajah dihadapannya itu. Sejuk. Riak wajah isterinya itu sentiasa menyejukkan hati Haris.

Nafas dalam Haris tarik. Beristighfar beberapa kali dalam hati, dan mendekati Suria yang sedang menanggalkan sneaker yang dipakainya. Butiran pepasir pada kasut Suria tidak terlepas daripada pandangan mata Haris.

‘Something is wrong.’ Bisik hatinya. Wajah Suria diteliti. Dia tahu escape place Suria – pantai, lautan. Bila sahaja isterinya itu punya masalah, tempat itulah yang akan dikunjungi Suria.

“Where were you sayang. Abang risau tahu tak.” Tangan dingin Suria dibawa ke dalam genggamannya. Masih menyoal meski sudah tahu ke mana Suria pergi. Ataupun sebenarnya soalan yang paling tepat ialah, kenapa? Dan apa yang membuatkan Suria mebawa dirinya ke sana?

“You’re so cold.” Haris menggosok kedua-dua belah lengan Suria, cuba untuk menyalurkan kehangatan pada tubuh Suria.

“I am...” Suria cuba membuka bicara. Pandangannya dihalakan ke belakang Haris. Tidak ingin melihat bagaimana riak wajah suaminya pada ketika itu. Bimbang amarahnya meletus pada saat itu juga.

“I am tired. Suria masuk dulu.” Perbuatan Haris terhenti bila Suria mengalihkan tangan lelaki itu daripada lengannya.

Haris sudah semestinya tidak berpuas hati. Tidakkah Suria tahu bagaimana risaunya dia menanti kepulangan isterinya itu. Dan tanpa sebarang sebab dan alasan kenapa Suria tidak mengendahkan panggilan serta mengkhabarkan keberadaannya tadi.

Hati Haris panas. Dan syaitan mulailah mengambil kesempatan.

“Is that it?!” Suara Haris sedikit tinggi. Membuatkan Suria yang sudah ingin menuju ke arah bilik tidur mereka terhenti pergerakkannya.

Suria berpaling, dan buat pertama kali sejak dia melangkah masuk ke dalam rumah itu tadi wajah Haris dipandangnya tepat. Cuba mencari dua sinar mata lelaki itu.

‘Tell me. Tell me everything.’ Namun ayat itu hanya terluah di dalam minda Suria.

Suria mengelipkan mata beberapa kali, cuba untuk menghalang air mata yang sedang mencabar untuk mengalir daripada tubir matanya. Bibirnya dikertap kuat, dan perbuatan itu dapat ditangkap jelas oleh pandangan mata Haris. Suria sedang marah. Tetapi atas sebab apa?

“I was just out for some air. Takkan itu pun nak kena explain panjang lebar kot.” Suria ketawa kecil di hujung kata-katanya. Ketawa yang dibuat-buat.

Suria benci. Benci bila dia perlu mengeluarkan kata-kata yang dia tidak gemar luahkan apabila dia sedang dikuasai perasaan marah.

Haris yang sudah menangkap perubatan tona suara Suria cuba untuk menggunakan akal fikiran yang waras untuk menangani situasi itu. Api tidak boleh dilawan dengan api, tetapi perlu disejukkan dengan air. Dia perlu meletakkan sebentar egonya ke tepi.

“It’s not just it sayang. I was worried. You didn’t pick up the phone. And seeing you home, dalam keadaan sejuk begini. All I need is just a little explaination...” Haris belum sempat menghabiskan ayatnya bilamana kata-kata Suria seterusnya semakin mencabar egonya.

“I am home right. So nak risau apa lagi.” Suria mencekak pinggang, dan melepas keluh kuat. Terasa berat tubuhnya menampung perut yang sudah ke depan itu.

“Stop with the attitude could you? Kalau abang ada buat silap. Then tell me. And we can handle this as an adult.” Haris juga sudah tidak ingin mengalah, dia tidak boleh membiarkan Suria begitu sahaja.

Haris tahu ada sesuatu yang sudah menggangu emosi Suria. Tetapi dia tidak tahu apakah sesuatu itu.

Di pihak Suria pula, dia merasakan seolah-olah Haris sedang memerli dirinya.

“Attitude?” Suria peluk tubuh, dan sudah bersedia untuk melontarkan lebih banyak lagi kata-kata untuk membalas ayat Haris tadi.

“Owh. Look whose talking.” Meskipun kata-kata itu terluah dalam bisikan kecil, namun Haris tidak lepas daripada mendengar dengan jelas ayat itu keluar daripada mulut Suria.

Haris menarik nafas dalam, mngurut pelipisnya bila pening dia rasakan apabila tidak memahami perangai yang sedang ditunjukkan oleh Suria sekarang ini. Sejenak dia terfikir, adakah hormon wanita hamil sedang menguasai diri isterinya itu. Haris geleng kepala.

Dia memandang Suria yang sedang tayang muka selamba. Geram pula dia rasakan. Bukan geram kerana marah, tetapi lebih kepada geram memikirkan perangai Suria ketika mengandung ini. Pelik. Fikir Haris.

Lain yang dirancnag Haris pada hari ini, lain pula yang terjadi. Dia sungguh tidak menjangkakan kelakuan yang akan ditunjukkan Suria pada petang ini.

“Look. Abang tak tahu apa yang sayang fikir. Tapi kalau sayang perlukan apa-apa penjelasan daripada abang. Ataupun kalau abang ada buat apa-apa salah pada Suria. You need to tell me okay.” Perlahan dan teratur kata-kata Haris. Akhirnya dia mengalah juga. Tidak betah untuk bertikam lidah dengan seorang wanita dihadapannya itu

Haris mendekati Suria yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya kini.

Suria tidak memandang wajah Haris, dia malah lebih suka mematikan pandangannya pada dada lelaki itu yang kini sudah berdiri dengan jarak hanya sekaki di hadapannya. Haruman Haris dapat ditangkap oleh hidung Suria dengan kedudukan mereka begitu.

Kedua-dua bahu Suria digenggam oleh Haris lembut. Dia tahu Suria sengaja tidak memandangnya terus seperti kebiasaanya apabila mereka berbicara. Jadi Haris mengambil keputusan untuk menundukkan sedikit tubuhnya, dan membawa wajahnya pada aras wajah Suria. Suria sudah terkebil-kebil, tidak tahu untuk melarikan pandangannya ke mana lagi.

“I know I always have that effect on you.” Hari tersengih apabila dia dapat melihat dengan jelas wajah Suria yang sudah berubah rona.

Dengan niat untuk mengusik, Haris pantas mendekatkan lagi jarak wajahnya dengan wajah si isteri. Dan Suria yang tidak menjangkakan tindakan Haris itu dengan spontan terus memejamkan matanya.

Suria dapat merasakan helahan nafas Haris pada wajahnya.

“I haven’t done anything sayang. So, open your eyes please.” Haris cuba menahan senyuman daripada tersungging pada bibirnya apabila melihat reaksi Suria.

Pandangan tajam dihadiahkan Suria kepada Haris. Bukankah mereka sepatutnya sedang bergaduh sekarang ini. Dan Haris masih berhutang penjelasan ataupun Suria masih berhutang penjelasan juga pada Haris.

“Awwh. Someone’s not happy.” Haris masih cuba untuk mengusik Suria. Tidak dia endahkan pandangan amaran daripada isterinya itu.

“Suria tak ada masa nak layan perangai abang okay.” Suria melepaskan tangan Haris daripada bahunya. Dia terus berpaling dan sudah ingin melangkah meninggalkan Hari, tetapi lelaki itu lebih pantas untuk menghalang Suria. Digenggam kemas pergelangan tangan Suria.

Haris membawa diri mereka berdua duduk di atas sofa di ruang tamu.

“Seat here. Jangan cuba nak ke mana-mana.” Haris memberikan amaran pada Suria sebelum dia berlalu ke dapur untuk mengambil segelas air.

Gelas kemudian bertukar tangan bila Haris sudah melabuhkan punggungnya di atasa sofa berhadapan dengan Suria. Dia memerhatikan Suria menghabiskan air dari dalam gelas tadi dengan perlahan dan mengambil nafas dalam setiap beberapa tegukan.

Suria meletakkan gelas di atas meja kopi apabila setitis air pun sudah tidak ada yang tinggal daripada gelas itu. Keadaan menjadi senyap seketika. Kedua-dua mereka sedang memikirkan ayat masing-masing.

Haris masih cuba untuk menebak sebab-sebab kepada perubahan tingkah laku Suria petang ini. Raut wajah Suria ditelitinya, namun dia tidak mampu mendapatkan walau satu pun pembayang.

“Now tell me.” Haris membuka mulut. “What’s bothering you right now?” Soalan diajukan, bersedia untuk mendengar jawapan daripada Suria. Hatinya tiba-tiba berdegup dengan kencang.

Suria membalas pandangan Haris yang tepat memandang wajahnya. Tenang. Itu yang dia rasakan. ‘Dialah yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya agar dia merasa senang kepadanya...’ – Al ‘A’raf:189. Janji Allah s.w.t tidak pernah salah buat hamba-hambaNya. Di dalam hati Suria mengiakan hal itu.

‘Blessing in disguise?’ Adakah ianya ialah Haris. Individu yang pada suatu ketika dahulu hanyalah seorang yang asing pada diri Suria. Tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Haris dan Suria semestinya telah meletakkan segala percaturan seratus peratus pada tangan Al Mulk. Dia pemilik kerajaan yang sebenar.

Jadi, adakah kehidupan mereka ini ialah sebuah rahmat dan hikmah daripada semua yang telah terjadi.

Haris masih tertanya-tanya. Riak Suria tidak mampu untuk ditafsirkannya, tidak seperti kebiasaannya. Apa yang telah terjadi? Apa yang sedang bermain dalam minda isterinya itu. Haris melihat Suria melepaskan keluh perlahan.

“I’ve been always wondering abang. Sejak abang sampai Australia. Dah masuk dua bulan. You never mention or tell me something or anything about...” Jeda. Suria mengambil nafas lagi.

“...about Wardah.” Jelas kelihatan perubahan riak wajah Haris mendengarkan kata-kata Suria itu.

Suria mengalihkan pandangannya pada meja kopi di hadapan. “So, this afternoon. I decided to contact my madu.” Suria sengaja menekankan perkataan ‘madu’ itu.

Haris telan liur bila terasa tekaknya semakin kering. Dia sudah menjangkakan ke mana arah tuju perbualan mereka ini nannti.

Dan ini bukan perancangannya. Bukan begini seharusnya terjadi. Tetapi hidup sering sahaja menghantar selok-belok, turun naik perjalanan yang tidak dapat dijangka oleh manusia. ‘Kita merancang dan Dia juga merancang. Dan Dia adalah sebaik-baik perancang.’

“I can explain.” Tutur Haris. Tubuhnya dibawa duduk menegak. Dia memang perlu menjelaskan segalanya pada Suria. Dan dengan ini juga menjelaskan perubahan pada perangai isterinya itu tadi.

“Yeah, you should.” Suria melontarkan kata-katanya perlahan. “Tell me everything that I don’t know.” Padangan matanya dipanah tepat ke dalam anak mata Haris. Cuba untuk mengenal pasti sesuatu. Sesuatu tentang perasaan lelaki itu.

“Tell me what happened before you came here?” Dan selepas menuturkan itu, Suria tidak tahu apa yang dia rasakan pada saat ini. Love. Longing. Us.

‘Is this blessing in disguise?’

Mungkin bukan. Tetapi mungkin juga ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience