“The baby is in a very healthy growth. But I bet she’s a little bit shy eh?”
Suria tergelak kecil mendengar kata-kata doktornya itu. Faham apa yang dimaksudkannya. Melihat kepada figura bayinya pada imbasan 4D itu. Tangan kecil anaknya itu menutupi sebahagian wajahnya.
“Just like her mother.” Haris berbisik dekat pada telinga Suria, sambil mengeratkan genggaman tangannya pada tangan si isteri. Suria hanya melemparkan jelingan kecil pada Haris mendengarkan itu.
Senyuman lebar menghiasi wajah kedua-dua pasangan itu. Haris tidak pernah menyangka hari ini akan hadir. Dapat meluangkan masa bersama-sama dengan Suria, menjalani tempoh kehamilan ini. ‘Who would ever know what Allah s.w.t holds for you.’ Bisik hatinya.
Sesi rebiu mereka diakhiri dengan nasihat tipikal gyno kepada setiap wanita hamil. Suria sangat selesa dengan gyno-nya, Doktor Mary. Doktor yang sudah dia kenali ketika pertama kali membuat rebiu di hospital itu sejak dia menjejakkan kaki di Australia.
Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut wanita lewat 40-an itu tidak ubah seperti kata-kata-kata menyenangkan seorang ibu.
Mengimbas kembali kepada saat pertama kali temujanji Suria, memang jelas terpampang kerisauan pada wajahnya yang tidak begitu menjangkakan apa-apa terhadap kandungannya itu. Mengambil kira sejarah kehamilannya sebelum ini.
“The fact, that your pregnancy is still in early stage, and taking account of your miscarriages before. I can definitely understand. But, you’re just paranoid sweetheart. Don’t stress out yourself. Because you’re doing just fine, and so is the baby.” Teringat akan lembut kata-kata yang meluncur laju daripada mulut Doktor Mary, sentiasa mengukirkan senyuman pada bibir Suria.
‘And now you’re seven months old baby.’ Hati Suria berbisik, sambil tangan mengusap lembut perutnya.
“And also I bet your husband did great job on taking care of, as you’ve gained a kilo and half. But it’s no bad news.” Doktor Mary berkata sambil tertawa kecil, melihat Suria yang sudah mengecilkan matanya memandang Haris yang hanya menjongketkan bahu tanda tidak bersalah dalam hal ini.
“Yes, of course. I can’t help it since my husband is such a good cook.” Suria berkata dalam gaya berbisik kepada Doktor Mary, tidak ingin Haris mendengar pujian langsung daripadanya. Namun Haris terus sahaja membalas dalam gaya yang sama, “Thank you.”
“It’s so rare to hear her giving me credit like that. So well, terima kasih saying.” Luah Haris sambil mengeyitkan matanya kepada ke arah Suria.
“My sugar level definitely going to rise seeing you two lovers.” Mendengarkan itu ketawa mereka bertiga pecah.
Haris memandang Suria tepat ke dalam anak mata isterinya, menghantar rasa terima kasih dan penghargaan buat Suria. Membuatkan Suria lupa sebentar akan apa yang sudah terjadi dalam kehidupan mereka berdua.
Kereta yang dipandu Haris perlahan-lahan berhenti di tepi jalan, tidak jauh dari situ sebuah tasik terbentang luas.
“Kita nak buat apa kat sini?” Suria menyoal tidak memandang Haris. Matanya hanya terpaku melihat keadaan diluar, dalam masa yang sama keinginan untuk keluar menuju ke arah tasik itu dengan lebih dekat mebuatkan Suria secara automatik membuka tali pinggang keledarnya.
“Sayang nak kita buat apa kat sini?” Haris menyoal dalam nada nakal. Melihat reaksi Suria yang seolah-olah mengatakan ‘seriously’ membuatkan Haris tergelak.
Kedua-dua Haris dan Suria keluar daripada kereta. Sapaan lembut dingin bayu yang bertiup membuatkan Suria ingin segera mendapatkan Haris. ‘He keeps me warm.’ Fikir Suria.
Haris menghampiri Suria, mendapatkan tangan si isteri ke dalam genggaman tangannya – erat tetapi penuh dengan kelembutan.
Langkah mereka seirima bersama menuju ke arah tasik, yang turut sama dilawati oleh beberapa ekor angsa.
“The weather is just so good. Jadi abang rasa, apa salahnya kita jalan-jalan kejap. Hand in hand like this.” Haris mengangkat tangan mereka yang tersulam kemas, mengeyitkan mata kepada Suria yang merasakan Haris agak ‘…Well, silly. Yet, attractive.’ Fikir Suria, sambil memandang tepat wajah Haris.
“I know you can’t help but adoring me.” Tutur Haris yang sedar akan cara pandagan Suria kepadanya itu. Dan sekali dia mengeyitkan mata pada Suria.
Suria hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Yes, I can’t help it.’
“Lagipun ada orang tu dari sejak keluar dari hospital tadi, tak habis-habis merungut pasal berat yang dah naik.” Haris jeling Suria di sisinya.
“Hurm, well, kalau lah orang tu hasn’t been so good taking care of me. Suria tak dah lah naik berat badan.” Balas Suria, tidak mengendahkan pandangan Haris yang tidak menerima kesalahan yang dijatuhkan padanya.
“I wasn’t talking about you sayang.” Sengaja Haris mengusik.
“I wasn’t talking about you too abang.” Jenaka Suria.
“Yes you are.” Tutur Haris.
“Nay.” Balas Suria bersahaja.
“Of course you are sayang. Because you did gain weight.” Haris sudah menjarakkan tubuhnya daripada Suria. Tahu akan menerima serangan daripada istrinya itu. Walaupun begitu genggamannya masih erat pada tangan Suria.
Seperti yang dijangka Suria sudah membulatkan matanya mendengarkan kata-kata Haris itu.
“What did you just say, abang.” Suria cekak sebelah tangan pada pinggangnya melihat Haris yang sudah tertawa besar.
Dengan segera Suria berpaling membawa langkahnya laju, meskipun dia tahu dia tidak akan dapat menjauh daripada Haris kerana tangan mereka yang masih tersulam kemas.
Dengan tawa yang masih tersisi Haria terus mendapatkan Suria. Dirangkul kemas bahu isterinya itu.
“Abang gurau je lah.” Tutur Haris, cuba mendapatkan wajah lurus Suria yang sudah menetapkan pandangannya tepat ke hadapan.
“Sayang.” Panggil Haris. Suria tidak mengendahkan. “Marah ke.” Mereka diam seketika.
Pasangan itu jatuh senyap. Meneruskan langkah mereka yang sudah agak jauh meninggalkan tempat mereka memarkir kereta tadi.
“Am I really has getting fat.” Soal Suria tiba-tiba. Haris tidak menyangka Suria mengambil serius akan hal itu.
“No you’re not. You just gained weight. But you’re not fat.” Jawab Haris jujur. Mendengar keluhan kecil daripada Suria membuatkan Haris menghentikan langkah mereka.
Tubuh Suria dihadapkan ke arahnya. Haris meletakkan kedua-dua tangannya pada bahu bahu Suria.
“Alright, why do women take this body weight things so seriously?” Haris menyoal dalam nada penuh tanda Tanya. Suria masih senyap, dia juga mengajukan soalan yang sama pada dirinya.
Suria kemudian hanya menjogketkan bahunya. Dia mendongak memandang Haris, masih teliti mendengar ayat-ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu.
“Sayang, just so you know. Your physical appearance alone is not what makes your husband loves you. There’s more than that.” Tutur Haris tersenyum kecil memandang wajah bingung Suria.
“Adakah itu mengesahkan kata-kata abang tentang Suria yang memang dah ge…” Tidak sempat Suria meneruskan kata-katanya, dia terus membeku dengan tindakan pantas Haris.
Lelaki itu dilihat Suria hanya tersengih penuh kemenangan bila Suria terus terkedu.
“Abang!!” Hanya itu yang keluar daripada mulut Suria. Tanggannya dibawa menyentuh pipi kanan yang masih terasa hangat dengan kucupan pantas Haris.
“I can do more than that. Kalau Suria tak berhenti cakap tentang berat badan. And all of that stuff.” Haris memberikan amaran, sengaja. Walaupun di kawasan tasik itu tidak ramai orang namun dia pastinya tidak akan bertindak lebih daripada itu di tempat awam.
“Macam mana orang perempuan tak fikir macam tu cik abang oii. Tell me you won’t look at those women in their tight yoga pants, and sport bra, with high pony tail over there.” Tutur Suria pantas ingin melihat reaksi Haris.
“Mana?!” Soal Haris sambil matanya bulat memandang wajah Suria.
Satu tamparan hinggap pada lengan Haris.
“Auchh. Sayang, I am not even turning my head away from you. I was just saying it.” Haris mngusap lengannya. Boleh tahan pedas juga tamparan isterinya itu.
“But you still asked.” Marah Suria.
“I was just kidding.” Jelas Haris sambil tersengih besar, dia sedar akan permainan Suria sebenarnya.
“Lagipun apa yang sayang cakap itu tak betul kan. There were no women in what’s so ever you said they’re wearing, at over wherever you said they are.” Sambung Haris.
“Uh huh? Apa yang buat abang cakap macam tu?” Suria masih tidak ingin mengalah.
“Sebab abang kenal sangat isteri abang ni.” Jawab Haris sambil mencuit hidung Suria.
“Apa maksud abang?” Suria menyoal kurang faham.
“Suria tak kan bagi tahu abang tentang benda yang tak patut abang tengok. Benda yang bukan hak abang.” Jelas Haris.
Suria geleng kepala tanda mengalah. Dia tersenyum, sedikit terkedu dengan fakta akan Haris yang begitu mengenali diri lebih daripada Suria mengenali dirinya sendiri.
“And one more thing. Even if there were those women you’re talking about…”
“…I pray to Allah that he keeps my gaze my sight just on you. Just for you.” Tutur Haris lagi
‘…Just for you.’ Entah kenapa kenyataan akhir Haris itu sedkit menjentik hati Suria, ‘Not just for me alone, anymore. I guess.’ Lintas mindanya.
Namun Suria mengambil keputusan untuk menolak tepi apa yang terlintas pada akalnya itu. Sang syaitan sering sahaja mengambil kesempatan pada setiap masa walau di mana sahaja.
Senyuman Suria lemparkan pada wajah Haris yang memandang tepat ke dalam anak matanya. Memandangnya dengan pandangan yang sentiasa menghantar getar yang menyenangkan hati Suria.
“In sha Allah.” Balas Suria.
Dan In sha Allah, Suria berharap akan tiba suatu ketika nanti dimana dia tidak perlu menganggap tindakan Haris mengahwini Wardah itu sebagai satu kesalahan tetapi, ‘As a blessing in disguise…’ Fikir Suria.
Mengesan perubahan riak sinar mata Suria, Haris sedar akan kata-katanya yang sudah meninggalkan satu lagi kesan pada isterinya itu.
Haris suka yang Suria amat mudah dia baca dan fahami, namun dalam pada masa yang sama dia juga benci akan hakikat dia sangat mengetahui kesakitan yang dia hadiahkan kepada wanita itu.
‘One fine day… one fine day, In sha Allah.’ Bisik hati Haris.
Senyuman yang terukir pada wajah Suria disebabkan oleh Haris, sedikit sebanyak membuatkan Suria lupa akan setiap prasangka yang sering bermain-main dalam jiwa wanitanya.
Dan pada Haris pula, betapa dia sangat beruntung dikurniakan Allah s.w.t wanita disampingnya itu.
‘The wound she’s trying to hide; she’s trying to conceal with those laughters all alone. Just makes me wanna make sure to keep her stay laughing and smiling. For I am the one who’s responsible for that invisible wound.’
“But abang. Abang pasti ke tak kan pandang walaupun there’s this really, beautiful, gourgeous young lady passing by you?” Soalan Suria memecah fikiran Haris. Masih ingin menguji suaminya itu.
Haris ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
“Not even a gaze?” Suria masih menyoal.
“Well, sayang, pandangan pertama kan tak haram.” Gurau Haris yang hanya mendapat balasan secubit dua cubit di lengannya oleh Suria.
Kaki mereka masih terus melangkah. Genggaman yang tersulam seolah-olah kedua-dua tangan mereka itu tercipta muat sempurna di antara keduanya. Sesekali Haris mengelus lembut atas tangan Suria dengan ibu jarinya. Yang sering menghantar kehangatan pada kedua-dua mereka, meskipun angin dingin masih ramah menyapa.
Buat seketika kedua-dua Haris dan Suria seakan berada dalam dunia mereka sendiri, bagaikan tidak wujud orang-orang lain yang turut sama berada di kawasan tasik itu. Menghargai momen pada saat itu, membuatkan mereka berdua lupa seketika akan apa yang sudah mengambil tempat dalam kehidupan rumahtangga mereka beberapa bulan ini.
Share this novel