Bab 9

Romance Completed 11113

Sudah genap seminggu sejak ketibaan Haris di bumi Australia, dan sepanjang seminggu itu juga lah kedua-dua Haris dan Suria dihujani dengan panggilan telefon daripada tanah Malaysia. Kedua-dua ibu bapa Haris dan Suria tidak pernah lepas walau sehari pun daripada ‘bertanya khabar’ mereka, itu lah kata-kata ibu bapa mereka setiap kali panggilan telefon diangkat – ingin bertanya khabar katanya.

Suria tahu mereka risau apatah lagi sejak Haris mengkhabarkan tentang berita kehamilan mereka. Ya, mereka. Kata Haris bukan Suria seorang yang mengandung, “We’re pregnant, that’s my baby in there.” Tutur Haris sambil menunjuk perut Suria. “So, yes we’re pregnant.” Sambungnya lagi. Dan Suria hanya geleng kepala dengan kata-kata suaminya itu.

‘But it does make sense though.’ Fikir Suria.

Satu perkara yang Suria cuba untuk elakkan ialah rasa risau daripada kedua-dua ibu bapa serta mertuanya setelah mengetahui dia sedang mengandung. Sama seperti Suria, keguguran yang dialaminya beberapa kali itu turut memberikan kesan buat mereka. Bukan perasaan sedih atau menyalahkan takdir. Tetapi rasa takut dan, risau kecewa – risau Suria kecewa.

Tetapi pada Suria, dia sebenarnya tidak ingin dilihat dengan pandangan simpati walaupun daripada ahli keluarganya sendiri. Dia dapat menerima ketentuan bahawa dua kali kandungannya keguguran itu bukanlah rezekinya, ia hanya pinjaman sementara yang perlu disyukuri. Oleh sebab itu jugalah Haris juga sama tidak mempamer rasa kecewa, kerana mereka sama-sama redha.

Tidak hanya risau dan ambil berat tentang kesihatan Suria, dan Haris juga, ibu Suria malah sempat mencuci telinganya itu dua tiga kali bila mengetahui Suria sedang mengandung ketika dia ‘menghilangkan diri’. Menurut ibu Suria untung sahaja dia tidak mempunyai penyakit jantung, kerana dia memang terkejut bila diberitahu Haris yang Suria mengandung, dan sudah pun masuk bulan keenam kini.

“Suria tak hilang ibu. Suria ada hantar email kan dekat ibu. Tak boleh ke ibu anggap je Suria pergi melancong masa tu.” Suria cuba bela diri, dimana dia tahu tidak akan berkesan jika dengan ibunya.

“Banyaklah kamu punya melancong. Keluar tak minta izin suami...” Tidak habis kata-kata ibunya Suria memotong lagi. “Suria ada minta izin dengan abang Haris lah bu...”

Ibu borek anak rintik, ibu Suria juga tidak memberikan anak perempuanya itu peluang untuk menyambung ayatnya, kerana dia terus memotong ayat Suria. “Kemana kamu bagi tahu Haris. Singapura? Hah, minta izin sangat lah tu.” Sindir ibu Suria.

Perbualan mereka itu berlanjutan dengan segala 1001 nasihat daripada ibu Suria. Dan sempat juga dia berpesan kepada Haris agar menjaga anak perempuannya yang dengil itu. Haris hanya gelak dan Suria julingkan mata mendengarkan kata-kata ibunya itu. Jangan anaknya lahir nanti suka menjulingkan mata sudah, fikir Suria. Tetapi walau apa pun semua itu ialah rezeki daripadaNya, minda Suria mengingatkan kembali.

Namun di satu sisi lain pula, bila ibu mertuanya menghubungi Haris, suaminya itu pula yang kena bebel dengan umi. Tidak hanya umi, abah juga sama, nasihat serta teguran diberikan pada Haris yang hanya mengangguk dan berkata ‘Ya’ pada setiap butir bicara orang tuanya. Tetapi kepada Suria pula, umi sentiasa dengan lembut tutur katanya, meskipun Suria tahu dia ialah pihak yang bersalah.

Namun begitu satu perkara yang Suria perasan pada pengamatannya, tidak ada walau seorang pun daripada mereka yang menyebut tentang Wardah atau bercerita tentang madunya itu. Mungkin mereka hanya ingin menjaga perasaannya; fikir suria. Bukankah dia menghilangkan diri kerana Wardah yang akan berkahwin dengan Haris beberapa bulan yang lepas. Dan kini sudah pun menjadi isteri kedua yang sah kepada suaminya itu, dua minggu selepas dia terbang ke Australia.

Hati Suria tertanya-tanya. Bagaimana agaknya dengan madunya itu. Suria tiba-tiba terasa dirinya pentingkan diri sendiri. Haris bersama dengannya kini di bumi Australia ini, sedangkan Wardah yang baru sahaja berkahwin dengan suaminya itu ditinggal sendiri di tanah air.

“Astagfirullahal’azim.” Suria sedar dia sudah menyebabkan suaminya tidak berlaku adil. Meskipun, dia akui dia masih belum menerima sepenunya perkahwinan Haris dengan Wardah, tetapi dia sedang belajar untuk redha. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t itu adalah lebih baik daripada apa yang dirancang manusia. Dan demi kepentingan anak mereka dan semua ahli keluarga serta orang-orang di sekeliling mereka, Suria harus belajar untuk menerima hakikat itu.

Komputer riba Suria letakkan di atas meja kopi. Angin pagi dari balkoni menghembus masuk daripada french window yang dibiar Suria terbuka luas. Haris sedang menyediakan sarapan buat mereka di dapur. Begitulah bagaimana rutin Suria berubah sejak kedatangan suaminya itu di sana. Hampir semua tugas-tugas rumah diambil oleh Haris sekarang.

“Abang akan jadi househusband, memandangkan abang tengah menggangur sekarang ni. Dan Suria pula yang kerja, so abang akan buat semua kerja-kerja kat rumah ni okay sayang.” Begitulah kata Haris pada Suria bila dia cuba menegah suaminya itu daripada melakukan semua itu. Menurut Haris dia telah menggambil cuti yang panjang daripada kerjanya, untuk bersama Suria di sini.

Suria pula apabila mengetahui perkara itu malah semakin risau rasa hatinya, banyak persoalan timbul dalam mindanya. Dan Suria akan bertanya tentang perkara itu pada Haris nanti. Dia tidak mahu Haris berat sebelah dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang beristeri dua. Pada Suria, dia yang berbadan dua bukan menjadi alasan untuk dia mendapatkan lebih perhatian daripada Haris.

Lamunan Suria terhenti bila Haris duduk di sebelahnya, “Fikir apa sayang, sampai abang panggil pun tak dengar.” Tutur Haris memandang wajah Suria yang sudah berpaling menghadapnya.

“Owhh, abang panggil ke, sorry. Tak perasan pula.” Suria garu kepala dan tersenyum.

“Breakfast’s ready.” Haris berkata dan melihat ke arah komputer riba Suria di atas meja kopi. Suria sedang melakukakn kerja-kerja editorialnya, seperti biasa dari rumah.

“Alright then. Jom lah makan.” Suria terus bangun mendengarkan kata-kata Haris, dia sentiasa berasa lapar bila bercakap tentang makanan. Tidak kiralah samada Suria sudah mengisi perutnya ataupun belum. Haris tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya memandang Suria yang sudah bangun dan menuju ke arah meja makan.

“Hungry eh?” Soal Haris sambil turut sama mengikuti langkah Suria.

“Starving.” Jawapan Suria memecahkan tawa Haris. Suria tidak peduli, memang dia berasa sangat lapar pagi-pagi begitu.

Bihun goreng Singapura, panas terhidang di atas meja. Aroma yang enak memenuhi deria bau Suria semakin memaksa perutnya untuk berdondang sayang. Tidak menunggu lama, Haris dan Suria menjamah sarapan mereka, seperti biasa penuh selera. Dan Suria pula, lupa sebentar akan persoalan yang bermain dalam mindanya tadi.

Selesai bersarapan, Suria kembali kepada kerja-kerjanya tadi. Manuskrip yang perlu dia edit itu terlalu memberikan impak kepadanya yang membaca. Dalam pada membaca untuk membuat kerja, Suria turut terpaksa bermain dengan perasaanya yang agak sensitif sejak mengandung ini, bila jalan cerita itu begitu menyentuh hatinya.

Penulis mengetengahkan tema kemanusian. Menceritakan perjalanan hidup seorang gadis yang berkelana mengenal dunia. Melihat dunia yang sebenar-benarnya. Suria baru separuh jalan daripada membaca manuskrip itu. Kesihatannya yang agak tidak menentu akhir-akhir ini memang tidak membantu langsung dia melakukan kerja-kerjanya.

Manuskrip dalam tangan Suria letak di atas meja. Memutuskan untuk mengambil masa berehat daripada kerjanya sebentar. Suria mengusap perutnya perlahan. Matanya dipejamkan. Merasakan pergerakkan bayinya yang sedang membesar di dalam rahimnya itu. Dia tersenyum bahagia. Buat seketika bibir melafaz kata syukur. Hebatnya perancangan Allah s.w.t buat dirinya.

‘We never knew what’s the wisdom in everything that had happened in our life until we reached some point where got through it. And realizing how everything has been in its place all of this while.’ Suria menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan potongan ayat-ayat daripada manuskirp itu. Ya, dia juga tidak sedar dengan segala perkara yang sudah terjadi dalam hidupnya sehinggalah dia melalui semua itu dan melihat sendiri hikmah disebaliknya. Mungkin selama ini Suria menyangka dia telah menjadi muslim yang sebenar. Cukup dengan hanya mengerjakan perintah tuhan, dan dia pun menjadi muslim sejati. Tetapi siapa yang tahu tahap iman manusia selagi mereka tidak diuji. Sekali lagi Suria menganggukkan kepalanya, setuju dengan monolog sendiri.

Dalam beberapa bulan ini sahaja banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan Suria. Dalam kehidupan rumahtangganya dengan Haris. Penambahan ahli baru. Dan Suria tidak maksudkan bayi dalam kandungannya itu. Tetapi madunya, Wardah. Hati wanitanya diuji dengan perkara yang semestinya tidak akan pernah menjadi sesuatu yang disukai oleh mana-mana wanita yang bergelar isteri. Tetapi dia cuba mencari hikmah disebalik segalanya. Suria lebih sedar akan rasa sayangnya pada Haris kini. Rasa tanggungjawabnya untuk mempertahankan masjid yang telah mereka bina. Mungkin sebenarnya lebih baik dia mengalah dan redha dengan ketentuan takdir daripada menentang arus kehidupan yang sudah tetap buatnya.

“Ya. Allah sedang menguji aku.” Tutur Suria perlahan hanya pada pendengarannya.

Bahkan sebenarnya bukan dia sendiri yang sedang diuji pada masa ini. Bukan dia sendiri yang sedang mengalah sekarang. Haris. Wardah. Suaminya mungkin sedang diuji dengan tanggungjawab untuk dia berlaku adil. Dan Wardah pula harus mengalah secara tidak langsung dengan tindakan Haris yang mencari Suria dan kini sedang bersama dengan Suria di bumi Autsralia ini. Akal rasional Suria mula memainkan peranannya. Dia perlu berbincang dengan Haris tentang semua ini. Keluh kecil dilepaskan.

‘Pening pula kepala aku kalau macam ni.’ Fikir Suria. Tangannya masih mengusap perut yang membuncit.

Haris yang sudah selesai membersihkan pinggan mangkuk selepas mereka bersarapan tadi tidak lepas daripada memerhatikan Suria dari arah dapur terbuka. Entah apa sahaja yang sedang bermain dalam minda isterinya itu. Suria dilihatnya terlalu banyak berfikir kebelakangan ini. Sebenarnya bukan hanya Suria tetapi dia sendiri juga sedang memikirkan tindakannya seterusnya. Perancangan buat mereka. Kehidupan mereka. Mencongak segala kemungkinan yang akan terjadi di masa akan datang.

Mematikan fikiran terhadap perancangannya, Haris membawa langkah mendekati Suria yang sedang duduk di atas sofa panjang di ruang tamu. Kepala Suria tersandar ke belakang. Isterinya itu masih memejamkan matanya sambil tangan mengusap perutnya. Haris suka melihat Suria begitu. Dia berasa lebih ingin melindungi Suria. ‘Fragile yet strong and precious.’ Bisik hatinya.

“You’re not sleeping are you sayang?” Haris menyoal dan melabuhkan punggungnya di samping Suria. Suria senyum kecil mendengarkan soalan itu.

“I am about to drift into my deep slumber. But abang dah kacau. Hurm.” Suria buka mata, dan memandang Haris dengan mata yang segaja dikecilkan. Buat muka kononnya Haris memang sudah menganggunya.

“Owh. I am sorry my dear wife. Tak kan nak biarkan suami sayang ni terjaga seorang-seorang di pagi yang cukup indah ini, without a company. Bosan lah abang.” Luah Haris membetulkan duduknya ikut sama bersandar ke belakang.

“Besides, sayang dah banyak sangat tidur akhir-akhir ni...” Bisik Haris perlahan tapi masih dapat ditangkap pendengaran Suria. Isterinya itu sudah menjegilkan matanya memandang Haris.

“What?! Amboi pandai pula abang kutuk Suria kan. I am just tired okay. Bukan selalu pun Suria tidur siang.” Suria mencebikkan bibir dan berpeluk tubuh.

“Nah. Abang saja je, kan sayang dah buka mata besar-besar tu.” Tutur Haris sambil ketawa kecil. “Now talk to me I am bored.” Sambungnya lagi. Dan sekali lagi membuatkan Suria melongoh.

“No. I want to sleep. If you’re bored talk to this little one in here. She’s awake.” Tutur Suria, menunjuk ke arah perutnya dan terus memejamkan mata.

Haris hanya ketawa kecil. ‘Cakap dengan perut. Eh, cakap dengam baby dalam perut pun jadilah.’ Bisik hati Haris. Tubuhnya dibawa menunduk, sebelah tangannya melingkari pinggang Suria dan sebelah lagi mengusap perut isterinya itu.

“Assalamualaikum. Anak daddy.” Tutur Haris dekat pada perut Suria.

“I am thinking of making her calls us ibu and baba nanti.” Potong Suria dengan mata yang masih terpejam.

“Aren’t you supposed to sleep sayang?” Sambung Haris dan menetapkan pandangannya pada wajah selamba Suria.

“I am.” Jawab Suria yang membuatkan Haris ingin sahaja menjulingkan matanya.

“Okay anak baba. Ibu suruh baba, tukar panggilan. Jadi sekarang baby panggil baba okay. Baby dengar tak?” Bicara Haris yang mendapat respon dengan pergerakkan daripada perut Suria, membuatkan senyuman secara automatik terus terukir pada wajah Suria dan Haris.

“Baby can you ask ibu. Kenapa lately ni ibu banyak sangat berfikir. Asyik termenung je baba tengok?” Sambung Haris.

Walaupun dia berbicara dekat dengan perut Suria tetapi soalan itu secara tidak langsung ditujukan terus buat isterinya itu. Membuatkan Suria membuka sebelah matanya mencuri pandang Haris. Rasanya ini ialah masa yang sesuai untuk dia mengemukakan tentang persoalan dan hal yang ingin dia bincangankan dengan Haris.

Haris pula memang sudah bersedia menanti respon daripada Suria, dan membaca riak wajah isterinya itu. “Apa yang buat abang rasa yang Suria banyak berfikir?” Soal Suria yang sudah membuka luas pandangannya menghala pada Haris itu.

“Just to let you know wifey. Abang tahu banyak tentang Suria. More than what you yourself know.” Terang Haris memandang tepat anak mata Suria. Membaca apa yang terpamer daripada tingkap hati isterinya. Dan ya, dia kenal sungguh isterinya itu. Perkongsian hidup mereka lima tahun lebih ini sudah membuatkan dia mengenal Suria dengan lebih dalam lagi. Meskipun mereka tidak pernah saling mengenali sehinggalah hanya selepas berkahwin.

“You’ve been so zoned out lately. What is it sayang. I am here. Abang sedia dengar.” Sambung Haris lagi.

Suria melepas keluh kecil. Benar kata Haris. Suria memang agak jauh dalam fikirannya kebelakangan ini. Dia bukan berkhayal, tetapi memikirkan segala hal yang telah terjadi. Memikirkan tentang kahidupan mereka sekarang dan selepas ini. Memikirkan segala kemungkinan yang akan mengambil alih jalan hidup yang mereka rencanakan.

“Hello.” Petikan jari di hadapan wajah Suria mematikan terus fikirannya. “Tengok tu abang tengah bercakap dengan Suria sekarang ni, boleh pula sayang mengelamun kan.” Tutur Haris yang sudah menegakkan duduk tubuhnya berhadapan dengan sisi Suria.

“Orang bukan mengelamun lah. Tapi berfikir. Beza tau.” Balas Suria tidak mahu mengalah.

“Alright, alright. Mrs. Always Right. Apa dia yang sayang tengah fikir tu. Tell me.” Tutur Haris dan mengangkat tangannya tanda mengalah. Suria gelak mendengarkan kata-kata Haris itu. Dan membuatkan Haris turut sama tersenyum memandang Suria. Bahagia.

“No. Actually...” Suria cuba mengatur bicara. Bibir diketap. Bagaimana dia ingin meluahkan apa yang dia ingin katakan itu tanpa turut berasa janggal. ‘Tak kan tak janggal kan kalau nak bercakap tentang madu sendiri. Of course tak kan.’ Bisik hatinya sendiri sarkastik.

“You know. Abang dah seminggu lebih kat sini. Family kan Malaysia pun dah banyak kali buat panggilan ke sini. So...” Suria berjeda.

“So...??” Soal Haris meleret. Jadi?

“Wardah. What about her? Abang ada tanya khabar dia kah? She’s your wife too abang. Ingat tu. Suria tak nak abang abaikan tanggungjawab abang pada dia. You have been just married. Suria tak rasa abang patut tinggalkan dia lama. Dan tolong jangan salah anggap. Suria tak halau abang atau apa pun. In fact I love it that you’re here. But I am being pregnant, bukan alasan untuk abang lebihkan masa abang kat sini. So, I think it is time for you to go back home. Balik Malaysia.” Luah Suria panjang lebar. Dia sendiri tidak menyangka dapat meluahkan semua yang terbuku dalam mindanya itu sekali gus. Dan di akhir ayat Suria suaranya diperlahankan, takut kata-katanya itu mengguris hati Haris.

Haris terkebil-kebil mendengarkan kata-kata Suria. Dia hilang ayat sendiri untuk menjawab luahan isterinya itu. Namun dalam pada masa yang sama dia juga gembira mendengar tutur kata Suria.

‘In fact I love it that you’re here.’ Ayat itu terngiang dalam gegendang telinga Haris. Tidak langsung menangkap ayat-ayat yang lain. Sekurang-kurangnya sekarang dia tahu bahawa isterinya itu gembira dia berada bersama di sana.

Haris berdehem mebetulkan kotak suaranya sambil mengambil masa untuk dia mengatur ayatnya. “Abang dah call dia. In fact I always give her a call. Untuk bagi tahu dia khabar abang, khabar kita.” Tutur Haris. Dia dapat mengesan riak perubahan pada wajah Suria. Meskipun tidak ketara namun perubahan kecil itu tetap mampu dia kesan. Haris tersenyum.

“Owh.” Hanya itu balas Suria.

Sudah tentulah Haris akan menghubungi isterinya yang satu lagi itu. Wardah. Mungkin sahaja Haris tidak pernah menghubungi Wardah ketika kehadirannya ada sama dengan suaminya itu. Mungkin Haris menghubungi Wardah hanya selepas dia dihantar oleh Haris ke tempat kerja. Mungkin Haris sengaja tidak memaklumkannya bahawa suaminya itu sudah pun membuat panggilan kepada madunya. Mungkin... mungkin. Segala kemungkinan muncul dalam kotak minda Suria.

Entah kenapa Suria berasa cemburu dengan tiba-tiba. Dia cuba untuk menghalang rasa itu daripada hadir tetapi dia tidak mampu. Malah prasangka buruk mulai menjajah akalnya. Suria beristighfar dalam hatinya. Dia tidak ingin syaitan berjaya menanam prasangka itu dengan lebih dalam lagi dalam hatinya. Baiklah, dia cemburu. Itu dia akui. Kerana dia wanita – isteri, dan hanya manusia biasa – yang punya perasaan.

Haris masih menanti tindak balas lanjut daripada Suria. Memainkan rentaknya sendiri. Ingin melihat bagaimana respon isterinya itu.

“How is she? Dia sihat?” Soal Suria semula.

“She’s fine ahamdulillah. Dia kirim salam pada Suria few days back. Abang lupa nak sampaikan pada sayang.” Haris senyum kecil. Suria menjawab salam itu perlahan.

Haris kagum melihat Suria. Kagum dengan kekuatan isterinya itu menghadapi situasinya sekarang. Perempuan mana yang sanggup dimadukan, apatah lagi untuk menerima dengan rela setelah itu. Membayangkan sahaja Suria menyayangi orang lain tidak langsung terlintas dalam minda Haris. Bagaimana pula isterinya itu akan betah dengan dirinya yang dimadukan. Reaksi Suria itu andai berada di dalam sesuatu profesion dia sudah pasti dianggap seorang yang profesional. ‘Takkan lah nak anggap isteri yang profesional dalam kerjaya bermadu pula.’ Haris menggeleng kecil menghalau fikirannya itu.

“Tapi abang. Suria rasa abang patut balik Malaysia. Jumpa Wardah. Jalankan tanggungjawab abang sebagai suami dia.” Meskipun berat ayat-ayat itu namun Suria terpaksa dengan rela menuturkannya. Dia perlu mengingatkan Haris. Kehidupan mereka tidak lagi sama seperti dahulu. ‘It’s no longer about the both of us. But it’s about you, her, me, us and everyone.’ Fikir Suria.

“Abang kena adil.” Sambung Suria lagi. Dia menelan liur. Entah bagaimana dia mampu untuk mengatakan itu semua. Dia kuat. Ya, dia harus kuat. Perut diusap perlahan bila bayi dalam kandungannya itu bergerak-gerak. Demi bayinya – bayi mereka.

Mendengarkan kata-kata Suria itu, Haris seolah-olah terpegun. Pandangan tidak lepas daripada wajah Suria. Meneliti setiap aspek wajah itu. ‘I hurt you so badly. But why...’ Kata-kata itu hanya terluah dalam minda Haris.

“No. I don’t think that’s necessary.” Tutur Haris setelah dia dapat mengawal sedikit emosi yang sudah bercampur aduk dengan rasa terharu dan rasa bersalahnya itu.

“Kenapa pula?” Suria sudah mengerutkan keningnya hairan. Bukankah Haris mencintai Wardah. Tidakkah lelaki itu ingin menghabiskan masanya bersama dengan gadis yang baru sahaja dia nikahi itu.

“Wardah tak ada dekat Malaysia sekarang.” Sambung Haris.

“Wardah pergi mana?” Bingung Suria memikirkan.

“Dia dapat tajaan daripada syarikat untuk dia ambil few months courses dekat US.” Jawab Haris mendatar. Wardah telah terbang ke Amerika hanya seminggu sebelum Haris berlepas ke Australia. Hanya itu yang dia tahu.

Pada Suria pula, barulah dia faham kenapa Haris mengatakan yang Wardah bersetuju untuk suaminya itu menetap dengannya sehinggalah dia bersalin nanti. Kerana Wardah juga tidak berada di Malaysia saat ini. Jika tidak, sudah pasti Haris tidak semudah itu untuk terus memutuskan tinggal bersamanya di Australia. Suria mengangguk-anggukkan kepalanya. Fikiran buruk yang cuba menerombos masuk ke dalam mindanya diusir jauh-jauh.

“Abang tak ada perancangan nak lawat Wardah kat US?” Suria menyoal lagi. Haris pula hanya berharap agar perbualan mereka tentang topik itu berakhir sekarang.

“Nope. She’s probably gonna be busy. Abang tak nak mengganggu.” Jawab Haris ringkas.

Dia cuba menafsir segala persoalan yang ditimbulkan oleh Suria. Meskipun dia pasti akan satu hal namun dia juga masih ragu. Haris tahu Suria cemburu, meskipun isterinya itu mengambil berat tentang Wardah. Tapi kenapa? Kenapa Suria seperti hanya menerima semuanya dengan rela. Haris ingin tahu rasa hati Suria sebenarnya. Adakah sama sepertinya.

Suria menghela nafas dalam. Haris seperti mengelak daripada membincangkan akan hal rumahtangganya dengan Wardah. Mungkin Haris Cuma tidak ingin mencampur adukan urusan antara mereka bertiga, begitulah fikir Suria. Tidak ingin bersangka buruk lagi. Dia faham ada hati yang perlu dijaga dalam setiap perkara yang akan mereka lakukan sekarang. Tetapi Suria juga tidak sedap hati. Dia tidak ingin membiarkan Haris alpa dengan tugasnya dan dia seperti mengambil kesempatan itu untuk bersama dengan suaminya pula. Kerana andai Haris lupa maka dia wajib memberi peringatan.

“Can I talk to Wardah?” Pinta Suria tiba-tiba. Dia perlu berbicara dengan madunya itu. Untuk meleraikann segala kekusutan yang telah dia cipta dua bulan lebih yang lepas. Pasti sahaja tindakan yang dia ambil itu telah memberikan kesan pada majlis perkahwinan Haris dengan Wardah.

Haris terkejut mendengar permintaan Suria. Riaknya sedaya upaya dikawal. Ayat cuba diatur untuk dia memberi alasan pada Suria.

“Rasanya tak payah sayang. Don’t worry. Like what I have said, she understands. I think you just worry too much dengan benda-benda yang tak ada pun. Is that what you have been thinking lately?” Haris menyoal cuba untuk mengalihkan topik perbualan mereka.

“Suria... Cuma...” Suria hilang kata. Memang perkara itulah yang sedang bermain dalam mindanya semenjak dua menjak ini. Dia melepas keluh. Haris faham benar apa yang sedang menjajah mindanya, fikir Suria. Pandangannya dikalihkan pada jari jemari yang direhatkan diatas ribanya. Hilang kata.

Haris memandang tepat wajah Suria yang sudah menunduk. Dia tersenyum. Isterinya itu sangat matang dalam menangani perasaannya sendiri, walaupun dia mampu mengesan dan menafsir riak Suria. Tetapi Haris tetap kagum dengan penerimaan Suria. Dia sedar tentang salah satu daripada sifat Suria yang dia sudah kenali sepanjang perkahwinan mereka. Isterinya itu tidak mudah mempamer perasaanya melalui kata-kata tetapi lebih kepada dalam aksi dan tindakannya. Tetapi bagaimana dia terlepas pandang akan hal itu Haris juga tidak tahu. Atau mungkin dia yang kurang menghargai selama ini, fikir Haris.

Senyuman tidak lepas daripada terukir pada wajah tampan Haris. Memerhatikan aksi Suria yang masih menunduk itu. Dia berasa bahagia. Dia tidak pernah tahu begini bahagia rasanya dengan hanya memandang sesuatu atau lebih tepat seseorang yang telah halal buat diri manusia. Memandang isterinya sendiri. Entah kenapa baru dia sedar sekarang, setelah lima tahun mereka berumahtangga.

Suria yang terasa sedang diperhatikan itu panggung kepala dan memandang tepat wajah Haris. Suria sudah tidak berasa janggal lagi bila memandang terus anak mata suaminya itu. Dia yang melihat Haris dengan senyuman simpulnya itu berkerut kening bingung. Sedangkan baru sahaja tadi mereka berbincang dengan agak serius. Suaminya itu sudah pun tersenyum sendiri sekarang.

“Kenapa abang pandang Suria macam tu?” Soal Suria dan tangan dibawa meraba-raba wajahnya. “Is there something or anything on my face?” Soalnya lagi memandang Haris.

Haris gelengkan kepalanya. “No. There’s nothing.” Tuturnya. “I was just thinking that I have to look at you more often. Look. As in looking at you.” Sambung Haris lagi sambil membuat gaya menunjuk ke arah Suria.

“And why is that?” Soal Suria hairan.

“No reason.” Jawab Haris tersenyum. Dan menyambung dalam hatinya, ‘So that I’ll appreciate you more, every single day.’

Suria julingkan matanya dan hanya menjongketkan  bahunya. “You’ve become a weirdo every passing days.” Tutur Suria dengan nada bercanda.

Haris menganggukkan kepalanya. “Yes I agree. That’s what love can turn someone into.” Balasnya berserta gelak kecil.

Tutur kata Haris itu hanya membuatkan wajah Suria sedikit merona. Begitulah sisi romantik Haris yang sentiasa menambat hatinya. Dan dia tahu kata-kata suaminya itu ikhlas. Seperti apa dan bagaimana dia tahu? Semua itu tidak dapat diluah dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasa. Dan dia merasakannya.

Banyak persolan yang bermain dalam minda Suria, dia matikan buat masa sekarang. Mungkin hanya masa dan waktu dapat menjawab segalanya. Dia membalas pandangan Haris. Andai Haris ada di dalam waktu itu, maka dia sanggup menunggu. Bukankah waktu juga menyedarkan Suria akan rasa sayangnya pada Haris kini. Allah berikan mereka waktu – masa – yang perlu dihargai, sehinggalah tiba saat Dia mengambilnya kembali nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience