Haris melangkah masuk ke dalam bilik tidur Suria. Atau lebih tepat bilik tidur mereka, sejak hampir dua bulan dia di bumi Australia itu. Langkahnya diatur perlahan menuju ke arah katil bersize queen itu.
Senyuman melebar pada wajah Haris, melihat Suria sedang tidur pulas. Bantal materniti elok berada dalam pelukan dan keliling isterinya itu. Suria kembali tidur selepas subuh tadi. Kebiasaan yang tidak biasa dia lakukan namun lenguh tubuhnya memaksa Suria mendaki naik kembali ke atas katil.
Perlahan-lahan Haris naik ke atas katil. Berbaring di sebelah Suria, niatnya untuk mengejutkan Suria untuk menjamah sarapan mereka ditangguhkan seketika.
Tangan kanan Haris menongkat kepala di sisi, dan tangan kirinya pula sudah bermain-main dengan rambut ikal Suria yang berwarna agak keperangan. Cukup panjang pada kegemaran Haris, yang pada pandangannya menambah sifat kewanitaan pada diri isterinya itu.
Padangan Haris yang sudah puas meneliti setiap ciri-ciri rambut milik Suria, kemudian beralih pada wajah si isteri pula. Wajah bujur sirih yang dihiasi dengan sepasang kening yang semulajadi terbentuk. Dia mengelus lembut kening Suria, membuatkan gadis sedikit bergerak dalam tidurnya namun masih tetap lena. Lekuk bundar mata Suria – sentiasa membuatkan Haris tercari-cari sinar mata itu setiap kali dia berbicara dengan Suria.
Matanya beralih pandang lagi – begitu juga dengan jemarinya yang sudah turun menyentuh seulas bibir Suria. Yang mana isterinya itu banyak mengadu akhir-akhir ini kulitnya agak kering membuatkan kulit bibirnya mengelupas dan berdarah.
“I found it sexy though.” Tutur Haris dari arah katil mereka beberapa hari lepas sambil memandang refleksi Suria pada cermin.
“What!?” Suria menyoal pelik. ‘Seriously.’
Haris bangun dan menuju kearah Suria. Dari belakang dia merangkul bahu Suria.
“That...” Jari telunjuknya menunjuk pada refleksi Suria di cermin. “…is sexy.” Sambung Haris dan tersenyum menahan keinginan sendiri. Suria hanya menjulingkan mata.
“It’s bleeding abang. Tak adanya yang sexy.” Tutur Suria sambil mengambil tisu dan mengelap darah yang keluar akibat daripada kulit bibirnya yang mengelupas.
Haris mengelengkan kepalanya. Dia memusingkan tubuh Suria menghadap dirinya.
“It is. And it makes me wanna do this.” Luah Haris sebelum dia membawa tubuhnya tunduk sedikit pada aras wajah Suria.
Beberapa saat itu terasa lama dan membuatkan Suria seolah-olah kehabisan udara. Rona wajahnya juga sudah bertukar tona. Meskipun setelah beberapa tahun mereka berumahtangga, namun setiap aksi lelaki itu terhadap dirinya sentisa meninggal kesan pada dirinya. ‘Butterfly I felt in my stomach, has now turned to this.’ Bayi dalam perut Suria juga aktif menendak perut ibunya.
“Ada orang yang cemburu ni.” Tutur Haris membuatkan Suria tergelak. “Guess so.” Dia menjongketkan bahu sambil mengusap lembut perutnya.
Senyuman Haris sudah bertukar kepada gelak kecil mengingatkan kejadian beberapa hari lepas itu. Dia suka bila tindakannya memberikan kesan begitu pada Suria. Melihat gadis itu sering bertukar rona, melihat isterinya itu yang sentiasa menahan rasa malunya, melihat Suria berada di sisinya kini.
“What else had I missed these past years?” Soal Haris perlahan pada dirinya sendiri.
“Macam mana abang boleh terlepas pandang apa yang dah ada depan abang selama ni?” Tutur Haris lagi.
“Macam mana abang boleh biarkan masa lalu mencuri masuk ke dalam masa depan kita?” Ibu jari Haris mengelus lembut pipi Suria.
Haris membawa tubuhnya lebih dekat pada Suria. Dikucup ubun-ubun isterinya, kemudian dahi Suria pula. Dan seterusnya kedua-dua belah pipi Suria. Gadis itu sudah begerak menandakan perbuatan Haris sudah hampir mengejutkannya daripada lena.
Perlahan-lahan Suria sudah membuka matanya. Beberapa detik kemudian matanya yang masih lagi bersisa kantuk itu terus terbuka dengan luasnya saat terasa hangat bibirnya dengan sentuhan bibir si suami. Meninggalkan Suria terkebil-kebil memandang Haris selepas lelaki itu melepaskan kucupannya.
“Ready to wake up Princess Aurora?” Soal Haris dalam nada guraunya, duduk tegak menghadap sang puteri yang sudah terjaga selepas menerima kucupan sang putera.
Suria masih tidak memberikan respon. Tindakan Haris sering sahaja meninggalkan dirinya dalam keadaan kagum.
Haris melepas keluh perlahan dengan senyuman masih terukir pada wajahnya. “Stop adoring your Prince Charming here, would you.” Luah Haris sambil mencuit hidung Suria.
“Sarapan dah siap ke?” Soalan pertama Suria membuatkan Hari melongoh.
“Dalam banyak-banyak benda, breakfast juga yang keluar daripada mulut sayang dulu. You don’t even think of me the moment you woke up. Just breakfast?” Haris menyoal.
Suria tersengih mendengar rajuk suaminya itu.
“Well, you’re more to like Prince Cook to me abang rather than Prince Charming. That’s why.” Tutur Suria tergelak kecil. Tangan dia hulur pada Haris, dan seperti biasa lelaki itu menyambut tangan Suria, dan menarik tubuh isterinya itu untuk bangun.
Perkara yang perlu mereka lakukan memandangkan perut Suria yang sudah ke depan itu menyukarkannya untuk bangun dari pembaringan dengan mudah jika tanpa bantuan.
Haris hanya geleng kepala mendengar kenyataan Suria.
“Prince Cook pun Prince Cook lah.” Balas Haris. “Hurry up, sarapan dah nak sejuk.” Tutur Haris.
“Bukan abang baru siap masak ke. Takkan lah breakfast dah nak sejuk kot.” Balas Suria memandang Haris yang sudah ingin melangkah keluar daripada bilik tidur mereka.
Haris kerut kening. Bagaimana dia ingin menyatakan pada Suria yang dia sudah pun siap menyediakan sarapan mereka. Tetepi dia telah mengambil masa yang agak panjang, mengagumi ciptaan tuhan di hadapannya tadi.
Senyuman kecil terukir pada wajah Haris. Angau pada isteri sendiri.
‘Is it a rare thing?’ Hatinya menyoal sendiri. ‘No, not at all…’ Haris terus bermonolog. ‘…not when you are in love.’ Balasnya dalam hati menjawab persoalan dalam minda sendiri.
“Let’s just say, yang abang perlukan sikit masa lepas siapkan breakfast tadi. Just a little time to just make sure everything is perfect.” Tutur Haris. ‘To make sure that my day is perfect.’
Dan dia tersenyum lagi, membuatkan Suria hanya terpinga-pinga dengan tingkah suaminya itu.
* * * *
Seperti kebiasaan hari-hari Suria sejak dia berada di bumi Autstralia ini, dia akan mengambil tempat di balkoni rumah tempat dia menetap itu. Pemandangan dari balkoni itu yang menghadap taman permainan tidak jauh daripada bangunan tempat tinggalnya.
Dua bulan pertama Suria dilaluinya agak susah. Dengan alahan yang agak teruk dan perasaannya yang agak sensitif. Melihat kanak-kanak kecil bermain di kawasan taman permainan itu sahaja mampu membuatkan Suria menitiskan air mata. Memikirkan akan ada kah peluang untuk bayi di dalam perutnya itu hidup membesar seperti anak kecil yang lain.
Namun siapa yang pernah menduga perancangan Allah s.w.t buat hamba-hambanya.
‘In every hardship comes ease. In every cloud; silver lining is peaking through.’ Suria membaca sebaris dialog daripada manuskrip baru yang dia terima pagi tadi.
Namun entah bagaimana membaca sinopsis cerita itu, sedikit sebanyak Suria seolah-olah membaca kisah dirinya sendiri.
‘Polygamy.’ Tema yang diketengahkan dalam cerita itu. Bagaiman poligami dalam istilah Islam itu sendiri. Poligami dalam kehidupan seharian. Tema poligami itu sendiri dikisahkan dalam sebuah cerita yang sangat realistik. Suria agak kagum dengan penulis cerita itu sendiri yang dia ketahui belum berkahwin, dan mampu untuk merungkai dan mengupas jalan cerita sebegitu.
Dan Suria pula, jangankan untuk menggambarkan. Melaluinya sendiri juga sudah menyulitkan bagi Suria. Kepala dia geleng-geleng, cuba untuk membuang semua perasaan dan fikiran buruk yang cuba untuk menceroboh mindanya.
“Apa yang digeleng-gelengkan tu?” Haris menyoal dari pintu dari dalam ruang tamu.
Suria sedikit tersentak, tidak sedar bila Haris sudah berada di situ. Atau lebih tepat tidak sedar lelaki itu yang sudahpun memerhatikan perubahan ekspresi wajahnya dari tadi.
“Tak ada apa-apa.” Jawab Suria mendatar. Tiba-tiba suasana janggal menyelubungi dirinya. Poligami. Dia. Mereka. Ironi sungguh fikir Suria.
Haris yang bersandar pada French door itu kemudian membawa langkahnya keluar sama ke balkoni. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Suria – yang dilihatnya seperti sedang cuba untuk memfokuskan perhatiannya pada apa sahaja selain daripada Haris dihadapannya itu.
Lelaki itu kerut kening. Sedang cuba untuk menafsir apa sahaja riak pada wajah si isteri namun gagal. Haris membuang fikirannya itu. Tangannya mencapai manuskrip yang baru sahaja diletakkan Suria di atas meja yang terletak diantara tempat mereka duduk.
Secara spontan kepala Suria ikut sama memandang manuskrip yang sudah beralih tempat dari atas meja dan kini ke tangan Haris. Liur ditelan terasa kering pada tekaknya. ‘Geez, awkward.’
“Manuskrip baru?” Soal Haris sambil membaca tajuk pada muka hadapan manuskrip tersebut.
Suria sudah pantas membawa computer riba ke atas kusyen kecil yang berada di ribaanya. Menekan apa sahaja kekunci pada papan kekunci yang dia tidak maksudkan. Sesekali matanya mencuri pandang dari ekor mata reaksi pada wajah Haris. Manuskrip masih dibelek oleh lelaki itu. Suria ketap bibir tanpa sedar.
Helaian diselak. Suria pasti benar Haris sudah tiba pada mukasurat dimana sinopsis ringkas cerita itu tercetak. Tanpa sedar ketapan Suria pada bibirnya semakin kuat. Sekilas dipadang Haris. Lelaki itu sedang membaca.
Haris yang seperti terasa dirinya sedang diperhatikan mengangkat wajahnya daripada memandang atau lebih tepat membaca manuskrip yang berada dalam tangannya. Sesaat sahaja dia lebih awal mengalih pandangan pada Suria, pasti dia sudah dapat menangkap sepasang mata milik isterinya itu.
Namun meskipun Haris tidak menangkap pandangan Suria tadi, dia yakin Suria sedang memarhatikannya – memerhatikan ekspresi wajahnya. Rasa bersalah? Bingung? Atau kagum. Dia tidak tahu ekspresi yang bagaimana Suria ingin lihat pada wajahnya saat dia membaca ringkasan cerita itu. ‘…Polygamy? How can one handle it? Not her of all the women?...’
“You’re gonna bleed yourself sayang.” Tutur Haris selamba, pandangannya ditanamkan pada individu dihadapannya itu. Sesekali bayu lembut meniup selendang yang terletak longgar pada kepala Suria.
“Hurm?” Suria sudah terkebil-kebil memandang Haris.
“Your lips gonna bleed again if you bite onto it like that.” Jelas Haris. Dia sedang membaca wajah Suria. Senyuman kecil dia tahan daripada terpamer pada wajahnya. ‘How innocent and ‘ignorant’ she is about… everything.’ Bisik hati Haris.
“Owh.” Suria melepas bibir bawahnya, yang ternyata sudah pun berdarah sedikit. Dia perlu minum lebih banyak air, fikir Suria.
Haris bangun dan masuk ke dalam rumah. Dia mengambil tisu dan segelas air dari dapur mereka.
“Here.” Haris duduk bersila di atas lantai di hadapan Suria. Tisu dihulurkan pada si isteri.
Suria mendesit sedikit saat bibirnya terasa pedih bila dia mengelap darah daripada bibirnya.
“Minum ni.” Haris menghulurkan gelas di tangannya pada Suria. Memerhatikan setiap gerak-geri Suria seperti dia sedang memerhatikan kanak-kanak yang berusia lima tahun.
Suria meneguk air daripada gelas sehingga ke titisan yang terakhir. Dia mengelap sedikit air yang mengalir dari sisi bibirnya dengan menggunakan hujung lengan baju yang dipakainya, setelah selesai mengosongkan gelas tadi.
Haris tersenyum memadang Suria. “Haus sangat ke sayang.” Seloroh Haris bila gelas sudah bertukar tangan daripada Suria ke dalam tangan.
“Well. Abang dengar kan apa doktor cakap hari tu. Kulit Suria kering, rahim pun. And I have to drink a lot more water.” Tutur Suria.
“Yeah. I better make sure you do.” Sambung Haris pula, membuatkan Suria tergelak kecil. Tahu benar akan perangainya yang sangat susah untuk minum air.
Buat seketika Suria lega sedikit dapat lepas daripada kejanggalan yang dia rasakan tadi. Dia berharap agar Haris lupa akan ekspresinya tadi. Suria sangat pasti suaminya itu membaca segala apa yang tertulis pada riakn wajahnya. ‘Just like an open book.’
Suria kembali pada computer ribanya. Kali ini menekan pada kekunci yang betul. Bersedia untuk memulakan kerja-kerjanya. Tapi tidak begitu lama bila Haris sudah kembali duduk di hadapanya.
“What do think?” Soal Haris tiba-tiba. Dia semestinya belum selesai dengan perkara tadi, perkara yang belum muncul tadi tetapi akan muncul kini.
Suria panggung kepala daripada computer ribanya kepada Haris di hadapan. Lelaki itu kelihatan sedikit serius, dan seperti terlihat sedikit riak mengusik pada wajahnya, atau adakah Suria tersalah pandang?
“About what?” Soalan kepada soalan Suria ajukan.
“This.” Jawab Haris sambil mengangkat semula manuskrip daripada meja.
“Owh.” Hanya itu yang terluah daripada bibir Suria. Haris masih memandang – menunggu dengan penuh rasa minat dengan jawapan daripada Suria.
Sedetik, dua detik, tiga – dan minit berlalu.
“Just ‘owh’ sayang?” Dia kembali menyoal Suria yang seolah-olah hilang sebentar dalam dunianya sendiri.
Suria memanahkan pandangan matanya membalas pandangan anak mata Haris. ‘So that he knows that I’ve accepted everything that had happened and that will happen.’
“She left me in amusement – the writer. Reading that just few pages, leave me with such high anticipation. To know what will happen next. Whats and hows?
‘And whys.’ Sambungnya di dalam hati.
“Apa yang sayang akan buat. If you were the girl?” Haris menyoal, soalan yang keluar lebih kepada kerana rasa ingin tahu.
‘I am, the girl.’ Bisik hati Suria. ‘No. I am not.’ Sambungnya lagi, kerana watak utama dalam cerita itu dipegang oleh isteri kedua. Dan dia pula ialah isteri pertama. Atau mungkin dia sebenarnya bukanlah watak utama di dalam cerita mereka. Tetapi isteri kedua itu. Wardah. Wardah ialah watak utama itu.
Suria menarik nafas dalam. Sebelum pandangan matanya yang sudah jatuh ke atas jari jemarinya saat Haris mengajukan soalan itu tadi, dia angkat semula. Dan membalas pandangan redup sepasang mata di hadapannya itu.
“I don’t know. Bet I’ll do what the character will do.” Suria menjongketkan bahunya.
‘Jawapan selamat.’ Bisik hati Haris, sedar bagaimana Suria ingin lari daripada persoalan tentang perkara itu. ‘Lari daripada soalan.’ Fikir Haris lagi. ‘I am sorry.’
“So Suria rasa suria kena habiskan baca manuskrip ni dulu. Then I’ll tell you.” Jawab Suria sambil tertawa. Ketawa yang sebenar, ‘It doesn’t hurt as much as it did before.’ Alah bias tegal biasa fikir Suria.
“But…” Tutur Haris. Memandang Suria semula, seperti biasa membaca wajah Suria.
“But..?” Suria menyoal.
“Abang rasa kalau Suria ialah seorang penulis. Bet you can write better.” Haris menanti perubahan riak Suria. Dahi Suria sudah berkerut sedikit.
“It’s haram to bet.” Luah Suria yang hanya membuatkan Haris tergelak.
“You start it first sayang.” Tutur Haris.
“Whatever.” Suria menjulingkan matanya tidak ingin mengalah.
“Seriously sayang. If you were to write that kind of story.” Sambung Haris setelah selesai ketawa, dan terus mengintepretasi riak wajah Suria.
Entah kenapa Suria tersenyum tiba-tiba. Sedikit sinis sebelum senyuman penuh terukir pada bibirnya.
“Just because I experienced the real things while the writer… just write. Is that what you tryna say abang.” Dan giliran Suria pula yang menanti jawapan Haris sambil menafsir wajah lelaki itu. Dia berharap dia bijak sedikit untuk dapat membaca riak wajah Haris. Bila dia tidak langsung dapat menafsir apa-apa.
“No, that’s not the reason.” Tutur Haris. Tubuhnya yang tersandar tadi dibawa tunduk sedikit ke hadapan. Merehatkan dagunya pada tangan yang terletak di atas lututnya.
Haris mencari anak mata Suria. Membiarkan Suria menbaca apa yang ada di dalam hatinya melalu dua pasang matanya itu.
“It’s because you got the feeling, more. The heart – that understands women’s heart. The softness – that can surely touch every heart.” Suara Haris seakan berbisik, tetapi masih dapat ditangkap dengan jelas oleh pendengaran Suria.
Mata Suria tidak berkedip dari tadi, membiarkan anak matanya terperangkap dalam pandangan redup mata Haris. Tidak ingin melepaskan pandagan itu takut dia tersalah tafsir, takut dia tidak pasti benar akan apa yang ingin disampaikan Haris.
Lama mereka begitu. Hanya berbalas pandangan. Membiarkan bicara bisu mereka yang saling bersahutan. Suria tahu jawapan pada soalan Haris, dan Haris tahu benar akan persoalan dalam minda Suria.
Haris kemudian bangun daripada duduknya. Melangkah ke arah Suria. Dia menunduk dan memberikan kucupan pada pipi kanan Suria.
“Dah nak zuhur, I’ll better get going.” Tutur Haris yang sempat menangkap perubahan rona wajah Suria.
“Abang akan jumpa Azam di masjid. And we’ll our guys out. You’ll be fine right sayang?” Haris menyoal Suria. Meskipun dia sudah memaklumkan Suria sebelum itu, namun Haris masih inginkan kepastian daripada Suria.
“Ya, Suria okay. Apa-apa nanti Suria call abang.” Balas Suria sambil tersenyum meyakinkan Haris. Tahu sungguh dia akan kerisauan Haris.
Sahabat baik Haris, Azam datang ke Australia atas urusan kerja dan mengajak Haris untuk berjumpa. Dia tahu akan perkara yang telah terjadi antara Suria dan Haris. Dan sebagai seorang sahabat tidak ada yang lebih dia inginkan selain kebaikan buat kedua-dua Haris dan Suria.
“You just don’t realize man, at least not yet.” Teringat Haris akan kata-kata Azam sewaktu dia dan isterinya Lisa datang melawat mereka di rumah beberapa bulan yang lepas.
‘Maybe I didn’t before. But I do now.’ Fikir Haris.
Suria bangun sama menghantar Haris ke muka pintu keluar. Tangan Haris dikucup, salam diucap.
Suria sudah ingin menutup pintu. “Erm, kejap sayang.” Haris yang tercegat semula di hadapan pintu rumah hanya membuatkan Suria terkebil-kebil.
“Abang lupa apa-apa ke?” Suria menyoal sambil meneliti ke dalam rumah andai ada apa-apa barang Haris atau kunci kereta yang tertinggal.
“Rasanya abang tak ada tertinggal apa-apa.” Sambung Suria lagi bila pasti tidak ada yang perlu Haris bawa, masih tertinggal di dalam rumah.
Sesaat Suria terpana dengan tindakan pantas Haris.
“That won’t do any bad, right?” Soal Haris tersenyum nakal sambil mengeyitkan mata pada Suria yang hanya menggelengkan kepalanya.
‘Gosh abang.’ Fikir Suria, wajahnya terasa hangat, ‘So is the lips.’ Fikirnya lagi.
“I love you. I’ll be back as soon. Assalamualaikum.” Bicara Haris sambil melangkah pergi.
“Waalaikumsalam.” Balas Suria sebelum Haris masuk ke dalam lif.
Suria menutup pintu bila bayang Haris sudah hilang di dalam lif yang sudahpun menuju ke tingkat bawah.
“And I love you too.” Tutur Suria di sebalik pintu.
‘It’s weird how you can love and hurt at the same time. Like you’re bleeding but the adrenaline secreted makes you feeling no pain.’
‘Is love’s the ‘adrenaline’, or is it you? Who makes me feeling no more pains.’ Suria hanya mematikan persoalan itu di dalam mindanya.
Dia kembali ke balkoni untuk mengemas kerja-kerjanya dan membawa masuk ke dalam rumah. Angin masih lagi bertiup dingin, tetapi cukup menyamankan. Suria tersenyum sebelum menutup french door rapat.
Dia kemudian melangkah menuju ke dalam bilik untuk bersiap menunaikan solat zuhur. Perut yang sarat membuatkan langkah Suria perlahan. Telefon pintar yang diletak di atas meja kopi berdering, dan membuatkan langkah Suria terhenti.
Suria mengeluh sedikit kerana terpaksa berpatah balik untuk mengambil telefon tersebut. Dalam pada masa yang sama azan pada telefon pintar itu juga berbunyi menandakan telah masuk waktu zuhur.
“Siapapun anda, who’s calling me right now. I’ll get to you later okay.” Tutur Suria sendiri ke arah telefon yang sedang berada di atas meja, dan meneruskan langkahnya menuju terus ke dalam bilik tidur mereka.
Share this novel