Bab 4

Romance Completed 11113

Suria sedang menyediakan makan malam di dapur. Fikiranya sudah dibuang jauh tentang bagaimana dia ingin berhadapan dengan suaminya nanti. Meskipun rasa bersalah sedang menyelubungi diri Suria, namun dia terpaksa. Tidak ingin melihat kekecewaan lagi pada diri Haris nanti. Cukuplah hanya dia sendiri.

“Assalamualaikum.” Suara memberi salam dari muka pintu dapur menyentak fikiran Suria.

“Waalaikumsalam, awal abang hari ni.” Kening Suria sedikit bertaut melihat Haris yang sudah pun berada di rumah sejam lebih awal daripada kebiasaan dia pulang dari pejabat. Lelaki itu meleraikan ikatan tali lehernya. Lengan kemejanya sudah pun disinsing sampai ke siku.

“Isteri abang ni kan tak sihat sebab tu abang balik awal.” Haris mendekati Suria.

“Lagipun abang sendiri tak rasa sedap badan juga. Daripada abang stay office lama-lama dan kerja tak jalan-jalan juga better abang balik. Dapat juga bersama dengan isteri abang ni.” Tutur Haris. Suria sudah berada dalam rangkulannya. Erat.

Lama mereka begitu, Suria memeluk pinggang Haris kejap. Wajahnya pada dada lelaki itu. Jantung Haris yang berdetak membawa irama yang menyenangkan pada Suria. Rasa bersalahnya terhadap sang suami semakin meningkat.

‘What should I do’ Bisik hati Suria, dan tanpa sedar dia mengeluh perlahan.

“What’s wrong?” Haris menyoal hairan.

“Tak da apa-apa. Tiba-tiba rasa rindu pula dekat abang.” Jawab Suria jujur. Entah mengapa kerinduan itu datang tiba-tiba. Adakah mungkin kerana dia menyedari akan hakikat yang sedang dia rancangkan itu.

‘I am sorry’ bisik hati kecilnya.

“Nak rindu apanya. Abang kan dah ada depan Suria ni.” Haris gelak kecil. Dia juga rindu.

Pelukan Haris dileraikan Suria. “Well, tak siap lah Suria masak kalau kita macam ni je.” Suria tergelak kecil teringat dia yang sebenarnya tengah memasak itu.

“Ada apa yang abang boleh tolong. Suria dah sihat ke ni. Kalau tak biar abang je yang masak.” Haris tenung Suria meminta kepastian.

“Saya dah okay lah abang. Tapi kalau abang nak tolong boleh juga.” Senyuman dilemparkan pada Haris yang sudah mengambil pisau daripada tangan Suria.

“Bagus juga. Cepat siap, dapat makan awal sikit sebelum maghrib.”

Petang itu hari mereka berjalan seperti suami isteri biasa. Tidak ada kebimbangan Suria tentang perkahwinan Haris dengan Wardah nanti. Haris juga leka melayan telatah Suria yang manja itu. Rutin mereka yang dulu berjalan seperti biasa.

‘Let’s just cherished what left now...’ bisik hati Suria, gembira melihat sinar mata Haris ketika memandang dirinya. ‘...While it lasts.’

* * * *

Suria hanya mengkhabarkan pada Yasmin yang dia memerlukan cuti yang agak panjang. Meskipun Yasmin menolak permintaan Suria itu namun akhirnya dia tetap mengalah bila Suria mengatakan yang dia akan kembali berkerja semula di situ. “Bila aku dah cukup rehat nanti.” Terang Suria berserta gelaknya melihat cemberut pada wajah Yasmin.

“Haih, kenapalah aku rasa macam kau nak pergi jauh je tinggalkan aku.” Yasmin buat wajah sedih memandang Suria. Suria hanya gelak. Kalau lah Yasmin tau rancangan dia, mahunya sahabat baiknya itu mengamuk.

Tiada siapa yang tahu akan perancangan Suria. Malah tentang kandungannya juga dia langsung tidak memberitahu sesiapa. Cukuplah kekecewaan yang mereka alami sewaktu dia keguguran dulu, bukan sekali tetapi dua kali.

Kepada Haris dia terpaksa berbohong menggunkan nama Yasmin dalam perancangannya. Menyatakan yang dia dan Yasmin terpaksa menghadiri seminar editorial yang dianjurkan di Singapura. Dan memang kebetulan Yasmin ada memberitahu Suria yang dia akan menhadiri seminar tersebut.

“It’ll be for a week.” Jelas Suria kepada Haris.

“A week?! You gonna leave me for a week. Kejamnya sayang, siapa nak teman abang nanti.” Haris tayang wajah meminta simpatinya.

“Alah. Apa kata, dalam tempoh satu minggu tu abang biasakan dengan Wardah. She’ll become your wife soon, dalam dua minggu lebih ni lagi nanti. Jadi why not kan.” Niat Suria hanya ingin mengusik Haris, tidak sedar pula kata-katanya membuat suaminya terasa.

Haris terus senyap selepas mendengar kata-kata Suria itu. Hanya keluhan yang kedengaran daripada mulut lelaki itu. Suria sudah cuak, sedar dia tersalah kata. Walaupun pada Suria kata-katanya adalah satu kenyataan.

“Erm. Abang marah ke. I am sorry.” Cuba memancing Haris yang sudah membelakanginya.

“Sometimes, I wonder if you really do love me.” Kata-kata Haris itu menyentap Suria. Suria terus senyap. Tidakkah Haris sedar cinta Suria padanya selama ini.

“Dah lah jom tidur.” Haris menarik Suria yang sedang khusyuk dengan fikiranya itu, berbaring. Suria hanya mengikut tanpa kata. Haris menyelimuti Suria dan dirinya. Tidur mereka jauh dalam kesunyian.

* * * *

Atas permintaan Suria sendiri, Haris tidak menghantarnya ke lapangan terbang. Suria hanya menggunakan perkhidamatan teksi. Bila Haris bertanyakan kenapa Yasmin tidak mengambilnya. Suria menyatakan yang Yasmin sudah terlebih dahulu berangkat ke Singapura sehari lebih awal daripadanya.

“Abang. Suria nak minta maaf about last night, and about everything.” Suria tenung anak mata Haris. Dalam maksud kata-kata Suria itu. Dia meminta maaf terhadap apa yang akan dia lakukan, pada masa akan datang ini.

“I was wrong too sayang. But, anyway apology accepted.” Haris berseloroh. Suria hanya ketawa. Perkara ini lah yang dia suka pada Haris, tidak pernah ada pergaduhan antara mereka yang berpanjangan. Haris bukanlah seorang suami yang meletakkan ego lelakinya pada aras yang tinggi. Haris adalah seorang yang pemaaf.

Namun andai sahaja Haris tahu akan apa sebenarnya yang akan dilakukan oleh Suria, mampukah lelaki itu memaafkannya nanti. ‘I am sorry abang. I really am’ kata-kata itu hanya berbisik dalam hati Suria.

Sebuah teksi sudah pun menanti di hadapan rumah mereka. Suria berpamitan sekali lagi dengan Haris. Kucupan hangat lelaki itu di dahi Suria, menyamankan dirinya. Mungkin itu – tidak, itu ialah pasti, ialah kucupan terakhir daripada suami yang dicintainya itu.

Suria memasuki teksi tersebut, yang kemudian meninggalkan kawasan rumah mereka. Membawa pergi bersama luka dalam diri Suria. Perutnya diusap. Andai satu nyawa itu tetap terus hidup dalam rahimnya, Suria minta dikuatkan semangatnya untuk membesarkan anaknya itu nanti.

Dan andai sahaja itu hanya pinjaman sementara buatnya, Suria berharap agar dia tetap tabah menempuh segala dugaan dalam kehidupan itu. ‘Ampunkan segala dosa-dosa ku ya Allah’ Suria bebisik lemah. Titis-titis air mata, tidak segan-segan membasahi pipinya.

Telefon pintarnya dikeluarkan. Akaun gmail nya di buka. Folder draft Suria buka, membaca semula isi kandungan sebuah email yang sudah dia tulis ketika membuat perancagan ini. Email untuk Haris, dimana Suria telah menyatakan permintaannya untuk berpisah dengan Haris.

Suria minta diceraikan, segala sebab-sebab atas permintaannya iu juga terkandung sama dalam email tersebut. Dan email itu akan dia hantar kepada Haris sebaik sahaja setelah seminggu dia menjejakkan kaki di bumi asing itu. Suria akan berhijrah ke Australia. Dia berharap agar bumi Australia itu akan memberikan permulaan baru baginya.

Selamat tinggal kehidupan lama, selamat tinggal Haris. Meskipun tindakan Suria ini agak kelihatan memberontak. Namun inilah kehidupannya sewaktu belum berkahwin dulu. Sering mengembara. Atas sebab itulah juga ibu bapa Suria yang risau akan anak mereka itu mengambil keputusan untuk mengahwinkan Suria dengan Haris.

Tetapi, bermula saat ini. ‘We’re back to the beginning’ sebagaimana semuanya bermula, beginilah akhir cerita Suria. Monolognya membawa kepada permulaan yang baru. Mungkin inilah jalan hidupnya, sebab cinta tidak bererti memiliki. Doa Suria semoga Haris berbahagia dengan cinta pertamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience