Haris dan Suria sedang bersiap-siap untuk keluar. Tidak ada walau sepatah kata pun yang meluncur keluar daripada mulut kedua-dua mereka. Tidak daripada Suria yang sentiasa ceria. Dan tidak pula daripada Haris yang sedar akan isterinya yang agak berat mulut sejak dari malam tadi. Haris cuba memberikan ruang buat Suria sebelum dia membuka langkah untuk mengetahui punca perubahan sikap Suria.
Setelah siap mengenakan pakaian yang agak tebal – memandangkan keadaan suhu yang masih agak sejuk di luar meskipun perubahan musim sudah mengambil tempatnya – Suria sudah ingin melangkah keluar daripada bilik tidur mereka. Langkahnya namun terhenti bila Haris yang sedang duduk di birai katil itu terlebih dahulu merentap perlahan tangan Suria.
“Kenapa?” Soal Suria kebingungan. Dia sudah berdiri statik di tempatnya.
“Abang yang sepatutnya tanya soalan tu pada Suria.” Jawab Haris lembut.
Suria hanya kerut kening. Kedua-dua tangannya kini berada dalam genggaman hangat tangan si suami.
Suria yang sedang berdiri di hadapan Haris kini dipandang lelaki itu tepat pada anak mata. Haris cuba untuk menafsir kata hati si isteri yang tidak terluah melalui jendela sepasang mata coklat itu.
“You have been so quiet since last night. What’s wrong sayang, hurmm?” Soal Haris sekali lagi.
Suria sudah menunduk menekur lantai di bawah kaki. Haris begitu mudah membaca tingkah laku dan perangainya. Kerisauan yang cuba diselindungi daripada pengetahuan si suami ternyata tidak berjaya sama sekali.
Suria lepas keluh kecil. Ditampalkan senyuman kecil pada wajahnya agar Haris tidak risau.
“There’s nothing. Maybe because I am just not feeling very well. That’s all.” Jawab Suria dalam senyumannya.
“Really.” Haris tunduk menggeleng-gelengkan kepala sambil tertawa kecil. Jawapan Suria nyata sekali tidak berkesan padanya.
Dia kemudian mendongak memandang Suria yang hanya mempamerkan wajah tidak bersalahnya. Anak mata Haris memanah tepat anak mata isterinya. Ingin melihat berapa lama Suria mampu melawan pandangannya bila dia sedang tidak berkata benar.
Suria ketap bibir dan terus menunduk ke bawah, memandang sepasang kakinya yang dibaluti stoking. Rasanya stokingnya yang berwarna hitam itu lebih menarik perhatian Suria, daripada berbalas pandang dengan Haris yang hanya akan membuatkan degupan jantungnya meningkat pagi-pagi itu meskipun tanpa sebarang senaman yang dilakukann.
Tingkah Suria hanya membuatkan Haris ketawa kecil. Wajah Suria masih tidak lepas daripada menjadi santapan matanya.
“Now tell me. What is it?” Haris menyoal lagi. Tangan Suria yang digenggam dielus lembut. Dia tahu benar ada sesuatu yang sedang menggangu fikiran isterinya itu.
Suria masih kaku. Perlukah dia memberitahu Haris akan kebimbangan yang bersarang dalam benaknya kini. Adakah mungkin dia hanya paranoid. Suria agak risau dengan kandungannya bila kesihatanya agak tidak menentu akhir-akhir ini.
“I am scared.” Tutur Suria perlahan seperti sedang berbisik.
Haris yang sedar akan intonasi Suria tahu isterinya memang sedang sangat risau. Suria jarang menunjukkan sisi lemahnya, tidak kira samada ketika dia sedang sakit, gusar maupun takut. Mendengarkan itu, Haris terus membawa Suria duduk sama disisinya.
“Scared of what?” Soal Haris. Bahu Suria dirangkulnya erat. Sisi wajah Suria tidak lepas daripada pandangan Haris.
“Suria tak tahu. Everything?” Jawab Suria lemah. Hari ini mereka berdua akan menghadiri temu janji bersama dengan doktor Suria. Keadaannya yang sering diserang pening dan tubuhnya yang tidak bermaya kebelakangan ini membuatkan Suria hadir dengan seribu satu spekulasi. Dia paranoid.
Haris masih belum membuka mulut. Masih menanti ayat seterusnya daripada Suria. Betapa dia berharap dapat berkongsi rasa yang ditanggung oleh isterinya itu.
“Scared of disappointment.” Jelas Suria. Kepalanya dikalih ke sisi, membalas pandangan Haris yang sedang melihatnya dengan pandangan yang agak sukar untuk Suria tafsirkan. Lelaki itu kemudian tersenyum, dan membawa tangan Suria yang dalam genggamannya tadi ke bibirnya. Mengucup lembut tangan Suria.
“Lives are bound to it sayang. To disappointment. Semua tu diluar kuasa kita. Benda yang kita cuba elak tapi, kadang-kadang Allah s.w.t datangkan. Not to let us down, but to bring us up. Above the place where we used to be in.” Tutur Haris perlahan dan teratur.
Dalam diam Suria mengiakan. ‘Blessing in disguise. Blessing in disguise.’ Bisik hatinya.
“But…” Suria berjeda. “What if I disappoint you? Disappoint everyone who cares for me?” Sambung Suria. ‘What if something happens to this baby? Again.’ Terusnya dalam hati.
Suria pandang tepat anak mata suaminya. Mencari sesuatu di situ.
Haris pula secara tidak langsung timbul rasa bersalah dalam jiwanya. Dialah yang sebenarnya telah mngecewakan Suria. Mengecewakan orang-orang yang mengambil berat akan diri mereka. Perasaan itu Haris tolak ketepi buat masa ini. Ada perasaan dan jiwa insan yang lebih bermakna yang perlu dia beri perhatian saat ini.
“What if.” Luah Haris. “Hanya kalau sayang.” Tuturnya lagi. “Perkataan kalau itu menandakan yang kita tidak redha dengan ketentuan yang Allah s.w.t dah aturkan buat kita. Menyatakan seolah-olah kita mempersoalkan perancangan yang Allah s.w.t telah tentukan buat setiap hamba-hambanya.”
Suria baru sedar akan hal itu. Tidak malukah insan kerdil seperti dirinya cuba untuk mempersoalkan takdir Allah yang maha esa, yang maha agung. ‘Astagfirullahal’azim.’ Suria beristighfar dalam hatinya. Lama mereka berdua senyap.
“Now I know where this conversation going.” Tutur Haris memecah kesunyian. Dia kini tahu perkara apa yang sedang membelenggu diri insan yang dia sayang itu. Yang sedang membelenggu diri Suria. Tubuh Suria dibawa rapat ke arahnya. Kepala isterinya itu sudahpun tersandar pada bahu Haris.
“Abang nak sayang dengar betul-betul. Dan ingat apa yang abang cakap ni.” Haris telan liur. Ini janjinya pada si isteri. Cukuplah sudah kesalahan yang telah dia lakukan dalam kehidupan rumahtangga mereka. Melukai insan yang dia cinta.
“No matter what...” Haris angkat tangannya dan tangan Suria yang masih dalam genggaman. “… I will never let go of this hold.” Tutur Haris pada telinga Suria.
Suria sudah tersentuh mendengar luahan daripada bibir suaminya itu.
“No matter what…” Dipandang wajah Suria disisinya. “…abang akan pastikan bahu ni sentiasa ada for you to lean in.” Jelas Haris lagi.
Tubir mata Suria yang sudah bergenang itu hanya menunggu masa sahaja untuk melimpahkan isinya. Suria telan liur kesat. Terasa sakit pada tekaknya menahan sendu.
“And no matter what…” Haris mengangkat dagu Suria. Membuatkan isterinya itu mendongak memandang ke arahnya. Air mata Suria sudahpun jatuh membasahi pipinya.
“I don’t what these eyes to shed tears no more.” Sambung haris lagi dan mengesat perlahan pipi Suria. Isterinya itu tersenyum kecil. Suria mengangguk perlahan.
Haris jatuhkan kucupan spontan pada pipi Suria yang serta merta membuatkan tona wajah isterinya itu berubah rona. Haris hanya gelak kecil dan meneruskan kucupannya pada dahi Suria pula. Lama. Dan dirangkul erat isterinya itu ke dalam pelukaannya.
Suria bahagia, bersyukur dan gembira. Jika dikira kesalahan Haris yang tidaklah merupakan suatu kesalahan pun jika dari sisi Islam itu, dan dengan layanan serta perlakuannya pada Suria. Suria pasti tidak dapat untuk menjatuhkan hukuman pada suaminya yang meminta untuk berkahwin lagi itu.
Mungkin ini yang dinamakan redha. Redha atas ketentuanNya. Tidak meratapi ujian yang ditimpahkan buatnya tetapi hanya redha. Suria tersenyum kecil.
“And now. Abang rasa lebih baik kita gerak sekarang. We don’t wanna miss our appointment sayang.” Tutur Haris sambil menarik tangan Suria untuk bangun.
Senyuman Haris lemparkan pada Suria yang seolah-oleh baru tersedar akan temu janji yang perlu mereka hadiri pada hari ini. Wajahnya yang muram tadi sudah berubah ceria. Memang sesungguhnya Allah s.w.t itu menciptakan setiap manusia berpasang-pasangan. Setiap pasangan yang akan menjadi menyejuk mata dan rasa kepada pasangan mereka. Suria senyum lagi.
Share this novel