Selama ini perkara yang sering menghantui diri setiap wanita sedang dia hadapi. Ya, dia sendiri. Tutur kata yang terluah dari bibir sang suami melukakan hati kecilnya.
“In sha Allah, abang akan berlaku adil. Tanggungjawab abang pada sayang akan tetap abang laksanakan.” Haris meminta daripada Suria, isterinya yang sedang tunduk menekur jari jemari.
Suria tidak menyangka akan pertemuan semula Haris dengan Wardah ternyata membawa kepada permintaan suaminya ini. Bagaimana dia ingin berkata, apa yang kurang pada dirinya. Selama ini tidak pernah dia tidak memenuhi segala tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Hanya pada satu perkara sahaja dia belum mampu.
“Anak.” Suria cuba bersuara. “Sebab anak ke bang?? Sebab Suria belum dapat melahirkan zuriat abang.”
Suria bukan tidak mampu begitu juga dengan Haris. Bahkan Suria sudah pernah mengandung sebelum ini. Namun manusia itu hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah s.w.t pastilah yang lebih baik. Kandungan Suria tidak pernah lekat lama, sudah dua kali dia mengalami keguguran dalam tempoh lima tahun perkahwinan mereka ini.
Kesedihan yang dia alami itu subhanallah hanya tuhan yang tahu. Namun selama kehidupan rumahtangga mereka ini Haris tidak pernah menampakkan kekecewaan yang amat kerana dia yakin akan apa yang Allah s.w.t simpan buat mereka suami isteri. Tetapi mengapa sekarang Haris meminta untuk berkahwin lagi satu.
“Abang...” Haris cuba meleraikan simpulan pada kata-katanya. Bagaimana hendak dia menerangakan segalanya pada Suria.
Permintaan Haris ini bukan hanya berasaskan pada alasan anak semata-mata tetapi juga hati. Wardah ialah cinta pertamanya, mereka pernah merancang untuk berkahwin sebelum dia bertemu dengan Suria.
Namun keluarga Wardah tidak menyetujui perancangan mereka. Memandangkan Wardah ialah satu-satunya anak tunggal dalam keluarga mereka, keluarga gadis itu ingin melihat anak mereka terlebih dahulu mencapai impian dalam kerjayanya.
Wardah telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Dia dan Haris masing-masing telah membawa haluan sendiri cuba untuk melupakan antara satu sama lain. Petemuan mereka semula setelah lima tahun ini ternyata telah menyemai semula rasa cinta itu. Apatah lagi faktor kerja yang memerlukan mereka untuk sering bersua muka.
Suria pernah bertemu sekali dengan Wardah ketika dia mengunjungi Haris di pejabat suaminya. Meskipun dia perasan akan perubahan riak pada wajah Wardah apabila Haris memperkenalkannya sebagai isteri lelaki itu, namun Suria tidak pernah mengesyaki apa-apa. Suria yakin Haris setia pada dirinya, kerana suaminya itu begitu terbuka bercerita kepadanya tentang masa lalu mereka berdua ketika Suria betanyakan tentang Wardah.
Membawa ingatan kepada Wardah, minda Suria mencongak sesuatu. “Kenapa Wardah??” Disoal Haris yang terlihat serba salah itu.
“Kalau hanya semata-mata kerana zuriat ramai lagi perempuan lain yang abang boleh kahwin. Tapi kenapa Wardah?” Nada Suria sudah menunjukkan tanda-tanda cemburu. Siapa yang tidak kan?
Haris perasan akan perubahan intonasi suara isterinya itu. “Kenapa tidak Wardah, Suria?” Tanpa sedar kata-katanya itu sudah manambahkan lagi dalam pada luka yang baru dia hadiahkan kepada Suria.
Suria tersenyum sinis. ‘Ya kenapa bukan Wardah kan. Dia kan cinta pertama awak.’ Namun bisikan itu hanya terlontar dalam kotak minda Suria sahaja.
“Do you love her?” Suria kembali menyoal. Haris mengeluh perlahan. Masakan dia ingin menyatakan ‘Iya’ dengan terang-terang begitu kepada Suria.
Suria kalih pandangannya kepada Haris. Dia inginkan kepastian – adakah suami yang mengaku mencintai dirinya itu, mencintai wanita lain yang telah berjaya menggugat kedudukannya dalam hati Haris. Lelaki itu hanya senyap, dan tahulah Suria akan jawapan kepada soalannya itu, meskipun dia cuba untuk menafikan.
Air mata Suria mengalir laju tanpa dia sedari. Dia tidak betah lagi berhadapan dengan sang suami, insan yang sangat dia cintai selapas Allah, Rasul dan kedua-dua orang tuanya. Suria bangun dan membawa langkahnya laju meninggalkan Haris. Tudung yang sedia tersangkut di pintu keluar itu dia sarung. Keluar daripada rumah itu. Rumah yang selama ini merakamkan segala kenangan indah mereka berdua seolah-olah menghimpit jiwanya.
* * * *
Suria belum lagi memberikan apa-apa keputusan kepada Haris. Pada Suria buat apa meminta izin daripada dirinya, adakah Haris akan membatalkan perancangannya untuk berkahwin dengan Wardah sekiranya dia mengatakan tidak bersetuju. Sudah tentu Haris tidak akan berbuat demikian. Suria sedar akan perbezaan antara dia dan Wardah. Gadis itu indah paras rupanya, baik pekertinya tidak ada yang kurang pada matanya dan semestinya tidak ada kurang pada mata Haris juga.
Apa yang paling utama ialah Suria yakin Wardah juga memiliki hati Haris, suaminya. Tidak ada apa yang tinggal lagi buat dirinya.
‘Perlukah aku minta cerai je dengan Haris kalau memang dia nak kahwin dengan Wardah’ bisikan hati wanita Suria pula menghasut dia meminta perkara yang sangat dibenci oleh Allah s.w.t itu.
‘Tapi kalau aku masih isteri Haris dan terpaksa bermadu, aku mungkin juga akan tetap berlaku nusyuz. Aku tak kan ikhlas dengan Haris’ Suria sudah menarik keluh panjang.
“Assalamualaikum.” Suara yang menyapa Suria menyentapkan dia dari lamunan. Akibat daripada terkejut juga dia yang segera berpaling itu telah terlanggar gelas kaca yang diletakkan di atas meja.
Haris yang terkejut melihat kejadian itu segera menerpa Suria. Telapak tangan Suria berdarah akibat daripada serpihan kaca daripada gelas itu. Namun kerana tidak menyedari akan hal itu Suria sudah pula cepat-cepat ingin membersihkan serpihan-serpihan kaca yang sudah bertaburan dilantai. Takut akan mencederakan mereka pula nanti jika tidak dibersihkan dengan segera.
Dia yang ingin berlalu tersentap semula ke belakang. “Sayang bleeding ni.” Pergelangan tangannya sudah berada dalam genggaman Haris. Suria bingung sekejap lalu membawa pandangannya pada telapak tangan sendiri. Suria menelan liur yang terasa kering di kerongkongnya.
Haris sudah menyeret Suria perlahan menuju ke arah sinki ingin membersihkan luka telapak tangannya itu. Suria yang namun teringat kembali pada permintaan Haris dua hari lepas itu membawa bara ke dalam hatinya.
“It’s okay. Saya boleh buat sendiri.” Dia cuba meleraikan genggaman Haris. Lelaki itu mendesit.
“Dah. Jangan nak mengada-ngada. Suria tu takut darah. Biar abang yang buat.” Haris berkata dengan tegas.
“I have to learn to handle this kind of thing. Lepas ni kena buat sendiri juga kan.” Ada maksud tersirat dalam kata-katanya itu. Tetapi Haris tidak mengendahkan. Tangan Suria dibawa kepada air yang mengalir di sinki.
“I told you yang abang tetap akan laksanakan tangungjawab abang sama seperti sekarang takkan ada yang kurang.” Tutur Haris menangkap akan topik yang cuba Suria timbulkan.
“Yes of course.” Suria memandang Haris yang sudah memandang tepat wajahnya itu. Meminta kepastian akan kata-kata Suria tadi.
“Marry her. Abang tak payah pun sebenarnya minta izin daripada saya. Abang mampu.” Suria menundukkan pandangannya. Tidak kuat dia memandang kegembiraan pada sinar mata Haris mendengarkan perkhabaran itu meskipun lelaki itu cuba untuk mengawalnya.
* * * *
Suria meghembuskan nafasnya. Perlahan langkahnya menuju ke arah di mana dia memarkir keretanya. “Terima kasih Suria. Terima kasih sebab restui Abang Haris untuk berkahwin dengan akak.” Begitulah luah Wardah ketika bertemu dengannya tadi. Wardah sebaya dengan Haris yakni tua tiga tahun daripada Suria. Terpancar kegembiraan pada wajah gadis itu tadi.
“Abang pun mesti gembira macam tu kan.” Berbicara sendiri, Suria tersenyum. Namun senyuman itu datang ditemani dengan air mata yang semakin deras mengalir pada lekuk wajahnya.
Suria mencengkam dadanya kuat. Sakit terasa. Bagaimana dia akan melalui semua ini pada masa-masa yang akan datang sepanjang hayatnya. “Kuatkan aku Ya Allah.” Kepala Suria sudah tesandar pada stering keretanya. Seolah-olah merehatkan kepenatan yang dia lalui. Penat menanggung perasaan sendiri.
Setelah Suria mengkhabarkan akan persetujuan yang sudah semestinya kerana terpaksa dia lakukan itu, Wardah meminta untuk bertemua dengannya. Meskipun dia sebenarnya tidak kuat untuk berhadapan dengan gadis tersebut, namun Suria gagahkan juga demi menjaga air muka suaminya.
Air mata Suria semakin deras mengalir, terasa penyesalan menyelubungi dirinya. Tegahkah dia melihat Haris berbagi kasih dengan wanita lain. Dadanya semakin kuat dicengkam. Teringat akan Wardah yang sudah pun membahaskan Haris dengan panggilan abang.
Begitu mudahkah hati Haris beralih-arah. Suria senyum sinis. Hati Haris tidak pernah beralih-arah, Wardah itu sememangnya adalah individu yang telah pun menghuni hati suaminya lama sebelum dia memiliki Haris.
Atau adakah sebenarnya Haris tidak pernah mencintai dirinya, dan dia tidak pernah pun memiliki Haris. Suria semakin bermain dengan perasaan sendiri. Segala andaian buruk semakin menerjah minda dan hatinya.
“Astaghfirullahal’azim.” Kepalanya dibawa tegak dan bersandar pada kerusi kereta. Suria menghapus sisa air mata pada wajahnya. Enjin kereta dihidupkan dan dia berlalu dari tempat itu.
Share this novel