Haris memandu pulang dengan tenang selepas menghantar Azam ke lapangan terbang. Banyak perkara yang mereka bualkan tadi. Bukan hanya bualan kosong, tetapi perbualan seorang lelaki kepada seorang lelaki, yang matang semestinya.
“Kau yakin dia akan terima dengan mudah.” Azam menyoal. Haris sangat sukar ditebak, dia tidak tahu apa perancangan sahabat baik nya itu.
“I guess.” Haris jongket bahu. ‘Mungkin.’
Azam gelak kecil, menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kau memang cari nahas kau tau tak. You never know how women can be, man. They really are unpredictable. Apatah lagi Suria tengah mengandung sekarang.” Azam teringatkan sendiri isterinya Lisa yang sedang mengandung sekarang. Banyak ragam, fikirnya.
“Yeah I know. Aku Cuma harap Suria faham nanti.” Tambah Haris. Azam mengangguk perlahan.
“How’s Wardah?” Azam menyoal perlahan. Diperhatikan riak wajah Haris yang tidak berubah.
“She’s fine.” Jawab Haris. “I think.” Tambahnya lagi.
“Everything had been settled down before I came here.”
“Bagus lah kalau macam tu.” Luah Azam. “Just remember to take good care of Suria. Lisa dah warning aku awal-awal sebelum aku datang sini. Suruh ingatkan kau.”
Haris tergelak mendengarkan itu. ‘The power of women.’ Fikirnya.
“I’ll take care of her best friend okay. Bagi tau Lisa not worry. It’s not the same like before anymore.” Wajah Haris ceria meluahkan perkataannya itu. Ya, segalanya sudah berbeza sekarang.
‘People make mistakes whether for them to learn or to lost.’
“I’ve learnt from the past.” Tambah Haris, memandang Azam meyakinkan sahabatnya itu.
“You really did know what you’re doing. Patutlah boleh dapat dua.” Azam gelak di hujung ayatnya.
“Shut up.” Haris menumbuk bahu Azam perlahan. ‘Nak perli aku lah tu.’
“Alright. Apa-apapun, all the best.” Ucap Azam. Sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Haris. Dia sentiasa menyokong setiap tindakan Haris selama mereka telah menjadi sahabat.
Walaupun pada saat Haris mengatakan cadangan untuk menikahi Wardah – satu-satunya rancangan yang Azam tidak setujui. Namun dia yakin dengan tindakan Haris, dan dia yakin Haris juga sudah memikirkan baik buruk tindakannya. Dan hikmah terbesar yang terjadi disebalik tindakan itu.
Tidak ada siapa yang mampu mengetahui apa yang ada pada masa hadapan. Dan perancangan Allah s.w.t buat hambaNya.
Ya, Haris juga tidak pernah menyangka akan jalan hidupnya kini. Tidak semua peracangan yang kita anggap baik itu adalah baik. Dan perancangan Allah s.w.t buat hambanya ialah salah satu yang kita tidak pernah jangkakan.
Menikahi Suria lima tahun yang lalu juga ialah sesuatu yang dia tidak pernah sangka akan berlaku.
Hidup bersama dengan seseorang yang tidak pernah dia kenali, itu juga ialah sesuatu yang dia tidak jangkakan.
Pertama kali dia bertemu dengan Suria sewaktu majlis pertunangan mereka, Haris akui perasaan cinta itu tidak wujud. Tanggapan pertamanya terhadap Suria; gadis itu manis dan tidak dinafikan Suria memiliki kecantikan yang unik.
Raut wajah Suria mampu memberikan ketenangan pada mata yang memandang. Dan oleh sebab dengan ketenangan yang hadir itulah menguatkan lagi keputusan Haris untuk menerima calon pilihan orang tuanya itu.
Haris tersenyum mengenangkan perkara itu. Sekarang, pada detik dia akui dia mencintai Suria. Tempoh lima tahun pernikahan mereka telah memupuk cinta tersebut. Bila dikenangkan semula bagaimana terasa hilang arahnya Haris bila dia menerima email daripada Suria beberapa bulan yang lalu.
Bagaimana minda Haris begitu celaru memikirkan akan kehilangan individu yang telah mengisi ruang di dalam hatinya. Haris tidak dapat untuk membayang perkara itu untuk terjadi dalam hidupnya – untuk kehilangan Suria; tidak sama sekali selagi masih diizinkan oleh yang maha Esa.
Kereta yang dipandu Haris tiba di hadapan bangunan tempat tinggal mereka. Dia melangkah keluar dengan hati yang tenang, dipandang bangunan yang berdiri di hadapannya. ‘This is it. This is the moment. The time has come.’
Langkah diatur masuk ke dalam bangunan tersebut. Seperti biasa Haris menyapa pak jaga yang berada di lobi. Melangkah masuk ke dalam lif, butang tingkat ke rumah mereka ditekan.
Melangkah masuk ke dalam rumah tidak seperti kebiasaannya, Suria tiada untuk menyambut kedatangan Haris.
“Assalamu’alaikum.” Salam yang diberi juga tidak bersahut.
Langkah Haris diatur terus ke arah bilik tidur mereka. Mungkin Suria sedang tidur, fikir Haris. Pintu bilik dibuka, tetapi kosong, Suria tiada di situ.
Dahi Haris sudah berkerut apabila kelibat Suria memang tidak dia temukan di dalam rumah itu. Pelik. Suria tidak pernah tidak memberitahu Haris jika dia ingin ke mana-mana. Bahkan sejak Haris sudah berada di Australia ini, setiap aktiviti Suria sentiasa bertemankan dirinya.
Telefon pintar disauk daripada poket jaket yang tersarung pada tubuhnya. Serta-merta nombor telefon Suria didail. Beberapa deringan panggilan masih tidak disambut.
Haris masih tidak berputus asa. Nombor isterinya masih tetap dihubungi. Haris sudah mundar-mandir di ruang tamu.
“Pick up the phone Suria.” Deringan tetap kedengaran namun masih tetap tidak bersambut.
Tanpa sebarang pilihan Haris terpaksa menghantar pesanan whatsapp kepada Suria. Dia risau. Tersangat risau dan pesanan yang dihantar tetap tidak meredahkan kerisauan yang sudahpun menghuni jiwa Haris.
Langkahnya dibawa ke dapur. Gelas yang sudah dipenuhkan dengan air, diteguk dengan rakus.
Nafas ditarik dalam, Haris cuba menenangkan dirinya yang sudah semestinya tidak berhasil. Mindanya tidak dapat untuk berfikir. Sekali lagi nombor Suria cuba dihubungi, namun perbuatan Haris terhenti dengan pesanan whatsapp yang diterima daripada Suria.
******
Sneaker yang dipakai Suria diselaputi pepasir pantai yang ditendang oleh langkah kecilnya. Lautan yang terbentang luas di hadapan mata tidak pernah tidak memberikan ketenangan buat dirinya setiap kali dia menghadapi masalah.
Nafas disedut perlahan, bauan udara pantai mampu ditangkap oleh deria pada sinus. Perutnya diusap perlahan saat terasa pergerakkan si kecil yang sedang menumpang di situ. Ciptaan Allah s.w.t yang sentiasa penuh dengan suatu kekaguman buat manusia, untuk mengambil iktibar daripadanya.
Bukan hanya pada ciptaanNya, tetapi juga pada ketetapan yang telah Dia tentukan buat hamba-hambaNya. ‘Ketetapan buat diri aku?’ Hati Suria berbisik perlahan. ‘Blessing in disguise.’
Suria ketap bibir. Telefon pintar dari dalam bag silang masih lagi terasa bergetar. Panggilan daripada Haris yang entah buat kali ke berapa masih tidak diendahkan oleh Suria. Dia tidak boleh untuk berbicara dengan Haris buat masa ini.
Suria takut ayat-ayat yang akan terungkap daripada mulutnya nanti hanya akan menyakitkan mereka berdua. Kerana melihat Haris sakit juga turut membuatkan hatinya sendiri pedih.
Pesanan whatsapp yang diterima daripada Haris dia baca.
‘Sayang where are you?’
Sayang? Suria tertanya-tanya tentang sayang itu. Dia sayang Haris. Dan Suria tahu perasaan itu sama. Haris mudah menuturkan sayang dan mudah juga untuk menunjukkannya melalui setiap perbuatannya. Sangat kontra dengan Suria bila dalam bab menunjukkan kasih sayang. Dia tidak begitu mahir. Walaubagaimanapun Suria tahu Haris sayang pada dirinya. Tidak ada keraguan pada fakta itu.
Tapi kenapa? Kenapa? Haris sangat diluar pengetahuan Suria. Sukar dijangka.
‘I am out for some air. I’ll be back soon.’ Pesanan whatsapp dibalas.
Meskipun Suria bercadang untuk turut tidak mengendahkan pesanan daripada Haris itu. Tetapi dia tidak sanggup. Mengenali Haris, Suria tahu sikap bertanggungjawab lelaki itu sering membuatkannya sentiasa risau dan sentiasa mengambil berat akan orang-orang sekelilingnya.
Salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada seorang suami yang Suria cari, ketika dia mengambil keputusan untuk menerima pinangan keluarga Haris dulu. Dapat Suria bayangkan bagaimana Haris akan berasa risau andai tidak mendengar khabar daripada dirinya yang keluar rumah tanpa pengetahuan suaminya itu. Haris sangat mengambil berat akan dirinya. Dan Suria cukup tahu tentang hal itu.
Dan Suria tahu pada saat dia menjadi isteri Haris lima tahun yang lalu, dia akan mencintai lelaki itu. Menyayangi seseorang yang tidak pernah dia kenali seolah-olah adalah sesuatu yang mustahil.
Tetapi Suria tidak pernah salah dengan keputusan yang telah dia ambil. Meskipun pada saat permintaan Haris untuk berkahwin dengan Wardah. Perasaannya cintanya pada Haris malah semakin kuat. Meski dia cuba untuk menafikan.
Suria hanya takut pada perasaan sakit, dan kecewa. Disebabkan hal itulah dia tidak begitu mudah untuk menyayangi seseorang. Dia mungkin terlihat kuat pada zahirnya, tetapi tidak pada dalamannya. Dia rapuh. Namun Suria kerap menyatakan pada dirinya sendiri – setiap apa yang dia alami sekarang ini, ada individu yang mengalami perkara yang lebih teruk jika dibandingkan dengan apa yang dia sedang hadapi sendiri.
‘Wardah.’ Hati wanitanya berbisik. Suria tidak tahu apa yang perlu dia rasakan pada saat ini.
Telefon pintar di dalam genggamannya sekali lagi bergetar.
‘Tell me where you are. Abang datang ambil.’
Suria melepas keluh. Perkara yang sangat dia tidak suka lakukan. Tetapi semakin kerap menjadi kelakuan dirinya akhir-akhir ini.
‘Tak apa. I am going home now.’
Lautan yang terbentang luas di hadapan dia pandang. Ia terlihat tenang, dan ketenangannya mampu membuatkan setiap hati yang celaru turut merasakan tenang. ‘Subhanallah.’
Tetapi kadang kala lautan yang sama itu juga mampu menghantar gerun pada mereka yang terleka. Terlalu lama berlayar di dalam keindahannya sehingga lupa akan rebut petir di tengah lautannya.
Bagi mereka yang kuat mungkin mampu sahaja keluar daripada ribut itu. Tetapi andai ditakdirkan oleh yang maha esa sebaliknya, siapa kita untuk melawan takdirnya.
Dan siapa Suria untuk melawan takdir Allah s.w.t buat seorang hamba sepertinya. ‘Blessing in disguise.’ Mungkin dia belum melihat semua itu, fikir Suria. Tetapi mungkin nanti, siapa yang tahu.
Suria bangun daripada duduknya. Tidak terasa tubuhnya yang sudah sejuk disebabkan dia keluar rumah tadi tanpa memakai jaket. Hanya sepasang baju panas oversize, sweatpants dan lilitan labuh selendang pada kepalanya.
Dia memang belum terbiasa dengan cuaca di bumi kangaru ini. Jika dibandingkan dengan penduduk tempatan yang berpakaian seperti pada cuaca kebiasaanya – dengan Suria yang mudah sungguh berasa sejuk cara pemakaian mereka sangat berbeza.
Dengan perlahan Suria berjalan meninggalkan kawasan pantai yang masih dihuni oleh orang ramai. Tidak susah untuk dia mendapatkan teksi di situ untuk pulang ke rumah.
Suria ketap bibir apabila sekali lagi telefon pada tangannya berdering. Si suami masih tidak jemu untuk membuat panggilan. Kepala dia sandarkan pada kerusi di bahagian tempat duduk penumpang itu. Pening memikirkan keadaan yang berlaku sekarang.
Perjalanan Suria tidak lama untuk sampai ke kawasan rumahnya. Selesai membayar tambang teksi, Suria tidak terus melangkah dari tempat dia turun daripada teksi tadi. Bangunan kediamannya selama beberapa bulan di Australia ini dipandang lama.
Fikiran Suria celaru. Bagaimana dia akan berhadapan dengan Haris? Meminta penjelasan daripada lelaki itu? Atau terus membiarkan perkara tersebut memakan hatinya sendiri.
Dia berasa marah dan sakit hati pada masa yang sama. Perasaan yang sangat Suria benci.
Zikrullah dibaca di dalam hati. Langkahnya perlahan diatur.
Share this novel