Bab 6

Romance Completed 11113

Suria terjaga daripada lenanya. Deria baunya menangkap sesuatu yang enak. Dia cuba bangun, pergerakkan Suria agak sukar bila dia dalam keadaan berbaring dengan perut yang besar ke depan begitu. Membawa batang tubuhnya duduk, Suria merenggangkan badan. Perutnya juga sudah terasa lapar dengan bau makanan daripada luar.

Langkah diatur menuju ke bilik air, dan membasuh mukanya yang sedikit sembab daripada menangis itu. Selesai, Suria kemudian keluar daripada biliknya. Menuju ke arah dapur, Haris dilihatnya sedang memasak. Salah satu benda yang Haris gemar buat untuknya.

“Good morning, sunshine.” Haris menyapa, bila melihat Suria yang sudah duduk di kaunter bar dekat dengan bahagian dapur.

Suria hanya mencebik, ‘Good morning apanye dah nak masuk tegah hari ni’.

“Awak masak apa?” Suria bertanya ingin tahu, memang tiba-tiba selera makannya muncul. Bukannya dia tidak mengambil sarapan pagi itu, bahkan semangkuk besar bijirin dia habisakan.

“Your favourite. Spaghetti.” Jawab Haris dengan senyuman lebar. Suria sudah telan liur.

“By the way, your friend Aminah called. She said that she can’t make it today.” Jelas Haris.

“Awak sambut phone saya. Kenapa tak kejut aje saya tadi? She might have got wrong idea about man picking up my phone...” Suria sudah membebel tetapi dipotong Haris. “Abang bagi tau dia that I am your husband.” Terang Haris lagi dengan muka selamba.

“What?! Awak ni kan.” Suria geram di kerusinya. Aminah rakan sekerja Suria sepatutnya datang ke rumah hari ini untuk menyerahkan beberapa manuskrip untuk dia nilai. Kebanyakan waktu Suria berkerja dihabiskan di rumah. Memang itu yang termaktub dalam kontrak kerjanya.

Suria hanya perlu datang ke syarikat penerbitan tempat dia berkerja jika terdapat sebarang keperluan. Dan Aminah ialah salah seorang rakan kerja yang sentiasa membantu Suria, terutamanya untuk menghantar dokumen yang Suria perlukan, terus ke rumah.

“You should rest a lot. The baby of you need rest too.” Itulah kata-kata Aminah bila Suria menegahnya daripada melakukan semua kerja itu, kerana Suria merasakan dia sudah membebabkan gadis manis itu.

“What? Betul lah kan abang ni suami sayang. Kalau tak, tak adanya yang kat dalam perut tu.” Suria sudah mencerlung memandang Haris. Lelaki itu hanya mengeyitkan matanya sengaja mahu mengusik Suria.

“And one more thing, boleh tak jangan dan ber’awak-awak’ dengan abang. I am still your husband. And will always be your husband. And I don’t like it with that awak-awak sayang itu.” Tutur Haris memandang wajah cemberut Suria.

Suria bangun dari duduknya, agak sukar. “And. I. Don’t. Like. You. Get it.” Membalas kata-kata Haris dengan senyuman mencebik pada wajahnya.

Suria ingin berlalu ke ruang tamu, namun dia berpaling pantas apabila merasakan sesuatu menyapa pipinya. “What was that!?” Suria geram bila melihat Haris yang sudah berdiri di belakangnya dengan sengihan.

“What, what was?” Haris menyoal semula sambil menjongketkan bahunya kononya sebagai tanda tidak faham dengan soalan isterinya itu. Suria lap pipinya dengan lengan baju.

“Owh that.” Haris sengih, dan berjalan mendekati Suria. “Itu hukuman sebab tak dengar cakap abang.” Haris melangkah lagi lebih dekat. “And...” Dia berdiri tepat di hadapan Suria yang sudah mendongak memandang dirinya yang masih tersengih itu.

“...and I know you still like me. Love me. Miss me. Need me.” Tutur Haris meleret, suka mengenakan Suria. Pipi gadis itu sudah semkin merona. Suria ketap bibir kerana tidak mampu menahan ekspresi wajah sendiri. Apatah lagi kata-kata Haris itu sangat penuh dengan fakta.

Tiba-tiba Haris menangkap wajah Suria dalam telapak tangannya, dan mengelus pipi Suria. “I thought, Australia is still pretty cold right now. Are you that hot... or am I that hot, that you’re blushing so much?” Haris berjaya mengenakan Suria. Mata Suria sudah mencerlung menatap Haris.

“Stop it.” Suria menepis tangan Haris, dan ingin berlalu meninggalkan Haris. Berang diusik begitu. Dari dulu sehingga kini Haris tidak pernah gagal mengusik hati wanitanya.

Belum jauh Suria melangkah, tangannya kembali disambar oleh Haris. Memalingkan tubuh gadis itu menghadapnya semula. “Okay, okay. Abang minta maaf.” Kata-kata Haris masih bersulam dengan senyuman tipis melihat Suria yang marah.

“Dah jom makan.” Tangan Suria dipimpin dan dibawah melangkah.

“Tak nak. Tak lapar.” Suria cuba menarik semula tangannya dari genggaman Haris. Namun hanya mampu membuat langkah lelaki itu terhenti. Tangan Suria masih kemas digenggam Haris.

“Takkan lah merajuk kot sayang. I know you’re hungry. Baby pun lapar juga ni. I am sorry okay.” Haris cuba memujuk si isteri. Sepanjang perkahwinan mereka Suria tidak pernah merajuk sebegitu. Suria sangat matang dalam rumah tangga mereka, tidak suka memanjang-manjangkan perbalahan mereka.

‘Herm. Mesti pembawaan budak ni.’ Haris senyum memikirkan hal itu. Rajuk Suria tidak lama. Perutnya sememangnya memanggil-manggil minta diisi. Genggaman Haris dia leraikan dan kemudian melangkah sendiri ke dapur. Kedengaran ketawa kecil Haris dari belakangnya.

‘Don’t srikes on food Suria.’ Suria tidak kisah, dia tidak boleh berkompromi bila berkaitan dengan makanan. ‘Itukan rezeki’ bisik hatinya lagi.

Suria cuba tahan senyuman kegembiraannya bila Haris menghidangkan sepinggan spageti dengan sos tomato, di hadapanya. Parutan cheese yang sedang mencair, dan bauan herba segar membuatkan Suria telan liur.

“Here’s your meal madame. Enjoy.” Haris berkata dengan longhat orang Italy bertutur bahasa Inggeris.

Suria tidak mengendahkan Haris. Pantas sahaja sudu dan garpu berada dalam genggaman. Doa dibaca dalam hati. ‘Jangan sombong dengan rezeki yang tuhan bagi. Jangan sombong kepadaNya.’ Bisik hati Suria.

Haris hanya memandang Suria yang makan dengan berselera. Hidangannya sendiri tidak tersentuh, terlalu larit memerhatikan isterinya. Suria yang perasaan Haris yang asyik memerhatikannya itu mendongak. Matanya dikelip-kelipkan memandang Haris.

“Aren’t you gonna eat?” Soal Suria sambil menyuap spageti ke dalam mulut.

Haris geleng kepala, bukan tanda mengiakan soalan Suria. Tetapi lucu melihat sos spageti yang sudah sampai mencalit tepi bibir Suria, malah di bahagian pipinya juga. Haris mencapai tisu dan spontan mengelap bibir dan pipi Suria lembut. Suria terhenti daripada aktiviti meyuapnya.

“Thank you.” Tutur Suria kepada Haris.

“Dua bulan abang tak ada Suria tak makan ke?” Haris menyindir Suria dan ketawa kecil.

Faham dengan sindiran Haris itu. Suria meletakkan sudunya. Tetapi masih dalam genggamannya. “I take back my thank you.” Tutur Suria selamba. Dan kemudian kembali kepada makanannya. ‘Like I said, don’t strikes on food.’ Bisik hati Suria. Haris hanya ketawa dengan telatah Suria, dan kemudian menyuap makanannya.

“You’re a newly-wed. What are you doing here.” Suria mula bertanya setelah piring ditolak ke tepi. Lincin piring itu, seperti kata Haris, Suria seolah-olah tidak makan selama dua bulan itu. Tapi sebenarnya itulah selera bagi dua orang untuk makan.

“Well, My wife ran away. And I am here to find her.” Haris menjawab sarkastik. Dan meneguk air daripada gelas Suria yang diisikannya air tadi.

Suria merengus. Seolah tidak percaya dengan kata-kata Haris. “Saya serius tau awak jang...” Ayat Suria tergantung, bila Haris mengjengilkan matanya tanda amaran kepada isterinya itu kerana membahaskannya dengan panggilan ‘awak’.

Suria diam sebentar, cuba mencari ayat sesuai. ‘I’ll just speak in English then’ Suria senyum kemenangan sebelum senyumannya mati dengan kata-kata Haris yang selanjutnya.

“Dan kita orang Malaysia, tolong bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau sayang cakap dalam bahasa orang putih, orang hitam, orang coklat ke selain bahasa Melayu. You’ll get your punishment.” Luah Haris dalam satu nafas.

“But you just spoke in English too.” Suria membantah, wajahnya memerah berang.

“Abang okay je kalau Suria nak hukum. I like it even more.” Haris sengih, berjaya.

“So, are you gonna punish me?” Masih sengaja mencabar Suria. Isterinya itu mengetap bibir sambil mata tepat memandang gelas di hadapannya.

“Apa sebenarnya tujuan abang datang sini? Abang dah jumpa Suria kan. Dan Suria sihat dan selamat kat sini. Abang dah boleh balik Malaysia pun sekarang.” Akhirnya Suria kalah dengan perasaan ingin tahunya sendiri. Dia berpeluk tubuh, istighfar bermain di bibir. Dia terasa sangat emosi.

Haris senyum mendengarkan ayat-ayat yang keluar daripada mulut Suria. “Ha, macam tu lah. Good girl.” Perli Haris sambil mengeyitkan matanya pada Suria. Lalu bangun membawa piring-piring kotor mereka ke sinki untuk dicuci.

Soalan Suria masih belum terjawap. Dia sabar menanti tutur kata daripada mulut suaminya yang kini sedang berdiri membelakanginya. Figura lelaki itu dulu sering menjadi mangsa pelukan Suria. Dia terkenang kenangan mereka selama bergelar suami isteri dalam tempoh lima tahun ini.

Haris berpaling setelah selesai mencuci segala kelengkapan yang dia gunakan untuk memasak tadi. Padangan jatuh pada anak mata Suria yang bersinar. Bukan bersinar gembira atau apa pun. Tetapi bersinar dengan butir mutiara daripada air mata gadis itu.

Suria berdehem, cuba mengawal air matanya yang tiba-tiba bertakung itu daripada tumpah. Haris menghulurkan segelas air kepada Suria, faham melihat reaksi pada wajah Suria itu. Gelas berisi air diteguk Suria, perlahan-lahan. Dan kembali menanti kata daripada Haris.

“Suria masih isteri abang, dan Suria adalah tanggungjawab abang. Apatah lagi dengan Suria yang tengah sarat macam ni. I’ll be here.” Terang Haris serius dan tenang.

“Abang jangan lupa yang abang juga ada satu lagi tanggunggan.” Suria ketap gigi dalam tuturnya.

Senyuman Haris hampir pecah menjadi tawa. Namun dia sedaya upaya mengawal reaksi wajahnya. Tetap meneruskan aktivitinya. Wajahnya kembali pada riak serius. Dipandang Suria yang memandang ke serata tempat itu tapi tidak pada wajah Haris dihadapannya.

“She understands.” Luah Haris. Menanti perubahan riak wajah Suria.

Suria tarik nafas dalam, sebelum memulakan bicaranya. “Dia perempuan, saya perempuan. Saya faham perasaan dia. Mungkin dia hanya bagi tau yang dia faham dengan semua ni. Tapi dalam hati dia yang dalam, isteri mana yang nak ditinggalkan sedangan baru sahaja berumahtangga.” Suria melepas kata-katanya dan mengalihkan pandangannya daripada membalas panahan mata Haris.

“Dia ada nama. Wardah. Dan Wardah bukan macam tu. Dia cukup matang untuk faham dengan semua situasi yang sedang berlaku sekarang ni.” Balas Haris bersahaja tidak sedar, kata-katanya melukakan lagi hati Suria yang memang sudah sedia parah.

Pada Suria pula, dia rasa tercabar dengan kata-kata Haris. Kata-kata suaminya itu seolah-olah menyatakan secara tidak langsung kekurangan diri Suria berbanding madunya, Wardah. Dalam minda Suria menarik semula perasaan rindunya kepada Haris. Benci.

“Well, Suria rasa. It’s just for the baby that you’re here. Kalau macam tu abang tak payah risau. Dua bulan saya di sini sendiri, I can still handle things. Everything’s just fine without you. Saya boleh hidup berdikari sendiri.” Tenang dan teratur tutur Suria, dia malas ingin menimbulkan perbalahan hanya kerana rasa cemburu yang menyelubungi dirinya.

Haris mengeluh. Suria amat keras kepala. Gadis itu salah satu kelebihannya ialah dia tetap dengan pendiriannya, tapi kelebihan itu juga menjadi beban buat diri Haris kini. Di dalam mindanya Haris mencongak segala kemungkinan. ‘Tak bukan sekarang. Bukan masanya lagi’ Bisik hati Haris.

“Love it or hate it, honey. I am already here.” Haris menjawab, agak terkesan juga dengan kata-kata Suria itu. Dia bukan hanya mementingkan bayi dalam kandungan Suria, meskipun itu juga ialah salah satu sebabnya. Tetapi kedua-dua Suria dan anak mereka, cinta dan sayang Haris pada mereka tidak terungkap. Kedua-dua mereka mengisi tempat di hati Haris.

Suria tidak menjawab, lama mereka tenggelam dengan minda masing-masing. Cuba mencari jalan keluar daripada sebarang masalah. Suria kemudian mendongak memandang Haris yang juga lenyap dalam fikirannya itu. “And, love it or hate it. Selepas Suria bersalin...” Suria berjeda, menelan air liur untuk melancarkan kata-kata selanjutnya.

“...I want a divorce.” Suria menyambung ayatnya, memandang tepat anak mata Haris untuk menyalurkan kesungguhannya tentang perkara itu. Namun sebaliknya yang mampu Suria tafsir daripada pandangan lelaki di hadapannya itu, ialah kesakitan dan patah hati daripada mendengar kata-katanya.

Sabda Rasulullah s.w.a “Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga (yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. Al-Jami’ as-Saghier, no. Hadis; 2944)

Teringat kepada hadis yang disampaikan seorang Ustazah yang merupakan warga Australia juga sewaktu dia menghadiri Sister’s Circle di kawasan tempat tinggalnya itu. Jantung Suria seolah-olah dihimpit. Perjumpaan mereka pada kali itu, membincangkan hak-hak wanita dalam Islam – pembahagian harta, hak seorang isteri kepada suami, dalam pemilihan jodoh, bahkan perceraian.

“Sometimes, dear sisters. We thought that we’re having the worst problem in our marriage. That we cannot bear it anymore. But come to think about it. Is the matter that we think is effecting our marriage is bad enough? Bad enough to end that marriage it self? Enough to go through the things that Allah s.w.t hates...” Kata-kata Ustazah Aisyah terngiang-ngiang dalam kotak fikiran Suria.

Tazkirah Ustazah Aisyah bersambung dengan, menyingkap kisah-kisah serikandi Islam. Bagaimana mereka menangani masalah dalam rumahtangga mereka. Peringatan daripada Ustazah Aisyah juga, yang bertutur dalam longhat Australia itu serta senyuman yang sentiasa menghiasa kata-katanya, kadang kala kita manusia terlepas pandang kepada benda yang lebih utama. “...Because we’re so cought up with things that only matter for us. It’s not even too harsh if I say, that we’re being selfish.”

‘Adakah aku sedang pentingkan diri sendiri’ Bisik hati Suria.

“Often our acts move way ahead. Before our mind has the chance to think, think a deep thought, over what the consequences our actions will bring.”

‘Aku akan menyesal ke dengan perbuatan aku sendiri’ bisikan Suria berbelah bagi, tidak bertanya tetapi lebih kepada menyatakan.

“I need some air.” Tutur Haris berserta senyuman tidak bersemangat kepada Suria. Isterinya itu tidak membalas, bahkan tidak juga memandang Haris yang sudah membawa langkahnya keluar daripada apartment Suria.

Hanya dentuman perlahan daripada pintu yang ditutup oleh Haris menyedarkan Suria semula. Kembali ke alam realiti. Realiti dosa yang baru dia lakukan kepada suami sendiri.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahakan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat At-Tarmidzi)

Setitis demi setitis air mata Suria jatuh. Terasa dosanya semakin menggunung. Inilah yang Suria takutkan seandainya sahaja, dia masih tetap terus dengan perkahwinan mereka, takut dia semakin melakukan dosa. Ya dia memang pentingkan diri sendiri. Suria tewas dengan tentangan diri sendiri.

Suria sedikit lega bila Haris membawa dirinya keluar. Sekurang-kurangnya dia dapat menangis di sini sendirian. Tidak ingin Haris melihat dirinya yang penuh dengan rasa bersalah kepada Haris.

Suria juga gentar, perutnya diusap. Selalu dia mendengar, cerita-cerita para isteri yang sukar ketika melalui proses kelahiran akibat daripada tidak mendapat kemaafan daripada suami mereka. Suami tidak redha dengan mereka. Dan perbuatan salah mereka kepada suami. Mungkinkah dia akan menjadi salah satu daripada para isteri itu.

Proses bersalin bukan sahaja proses kelahiran semata-mata. Tetapi juga proses pertarungan dengan nyawa sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Bagaimana jika Haris tidak redha dengannya. Bagaimana jika Allah s.w.t mentakdirkan, sewaktu proses bersalinnya nanti menjadi asbab kepada kematiannya. Suria gerun memikirkan itu.

“Often our acts move way ahead. Before our mind has the chance to think, think a deep thought, over what the consequences our actions will bring.” Kata-kata Ustazah Aisyah menghempuk kuat dirinya. Ya, dia lah individu yang tidak berfikir sebelum berbicara, sebelum bertindak.

Suria bangun membawa dirinya duduk di balkoni. Angin dingin musim sejuk masih terasa mencengkam tubuh meskipun musim sudah beralih masuk musim bunga. Musim kegemaran Suria.

The seasons may change, but the winter chill still sending shivers in every blow of wind. Seperti Suria juga, dia mungkin sudah membawa dirinya ke bumi Australia ini, namun kenangan di bumi kelahiran sendiri tidak pernah meninggalkan dirinya.

Lama Suria melayan perasaannya di balkoni, sebelum masuk semula ke dalam untuk menunaikan solat zuhur. Bukan hanya solat zuhur yang perlu dia laksanakan, tetapi juga solat sunat taubat. Kerana kita manusia adalah pendosa, begitulah juga Suria yang jelas dengan apa yang telah dia lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience