Hari ini ialah hari kedua, hari kedua sejak Haris keluar daripada apartment Suria. Dia tidak tahu di mana keberadaan suaminya itu. Ingin dihubungi, Suria tidak tahu nombor telefon Haris di Australia ini. Dan sudah semestinya Haris juga tidak dapat menghubunginya, atau mungkin meskipun lelaki itu dapat menghubungi Suria dia tidak akan berbuat begitu.
Marah kah Haris kepada nya, Suria melepas keluh. Sarapannya di hadapan hanya disuap perlahan. Semangkuk bijirin dengan susu, yang kebiasaanya habis licin oleh Suria tapi hari ini bijirin tersebut sempat lemau jadinya berendam di dalam susu tersebut.
Suria tarik nafas dalam, tidak bagus dia mengeluh di hadapan rezeki yang Allah s.w.t telah berikan kepadanya. Sarapannya cuba untuk dihabiskan, sebelum Suria bergegas untuk keluar. Hari ini dia ada perbincangan dengan penulis buku yang dia sedang edit. Suria suka akan jalan cerita buku tersebut, apatah lagi jalan cerita yang bertemakan islamik yang cuba disampaikan penulis.
Jaket diambil dari dalam almari yang terletak di hadapan pintu keluar dan menyarungkan pada tubuhnya. Tombol pintu dipulas, Suria yang sudah ingin melangkah keluar terus berdiri pegun di hadapan muka pintu.
“Assalamualaikum. Good morning.” Senyuman dilempar pada Suria. Gadis itu hanya terkebil-kebil.
“Waalaikumsalam.” Suria menjawab dan memandang wajah Haris. Cuba menganalisa riak wajah lelaki itu. ‘Hermm, tak marah ke?’ bisik hati Suria.
“Sayang nak pergi mana?” Haris menyoal sambil pandangan matanya tidak lepas daripada Suria.
“Going.. to.. work.” Sedikit tergagap Suria menjawab, tidak menjagkakan kehadiran Haris sekali lagi di hadapannya.
“Let’s go then.” Tutur Haris.
“Huh?” Suria bingung.
“Jom abang hantar.” Haris senyum sebelum mengambil satu lagi beg daripada tangan Suria.
Suria masih terkedu sebelum Haris menggamitnya semula dan dia bergegas keluar daripada rumah. Pintu dikunci, dan dia membontoti Haris daripada belakang. Menuju masuk ke dalam lif. Sunyi. Suria tidak tahu untuk berkata apa, sehinggalah pintu lif terbuka dan mereka sudah berada di tingkat bawa, lobi apartment itu.
“Good morning, Steve.” Haris menyapa pengawal di situ. Dan disambut semula oleh Steve dengan sapaan yang sama.
“Good morning Miss Suria.” Steve menyapa Suria juga, dan menyebut nama Suria dengan bunyi seperti ‘Surreal’ tetapi tanpa huruf L. Suria mengangguk dan menjawab sapaan Steve, lelaki itu sudah agak berusia untuk berkerja lagi pada fikiran Suria.
Haris menuju masuk ke dalam sebuah kereta. SUV. Ford. Suria tidak pasti model kereta tersebut, tetapi Suria tahu kereta itu ialah sebuah kereta lama. Dia masuk ke tempat duduk penumpang.
“Whose car is this?” Soal Suria, tidak tahu daripada mana Haris mendapatkan kenderaan tersebut. Mungkin Haris menyewa kereta tersebut, pada fikiran Suria.
“Mine.” Jawab Haris ringkas.
“Yours? Abang beli ke?” Suria menyoal lagi.
“No. Abang curi daripada sorang lelaki yang abang jumpa kelmarin. And that guy is just so generous that he just let me stole this car without even fighting. Haha.” Jawab Haris sarkastik. Suria julingkan mata ke atas.
Suria tidak melayan loyar buruk Haris. “Untuk apa? Abang tak plan untuk duduk lama kan kat sini. Membazir.” Luah Suria. Kereta sedang bergerak. Mata Haris fokus ke hadapan.
“Membazir apanya, abang beli untuk keperluan bukannya suka-suka. Because in fact, I am actually planning to stay here with you. So, we gonna need this.” Jawab Haris. Suria faham maksud Haris, lelaki itu akan tinggal di sana bersamanya sehingga lah selepas dia selamat bersalin.
“But for only a few months. Tak berbaloi langsung.” Suria masih protes.
“It is worth it sayang. Abang akan hantar dan ambil sayang dari tempat kerja, strarting today.” Haris pandang sekilas wajah cemberut Suria, dia hanya gelak kecil.
“Suria boleh je naik public transport.” Suria berhujah.
“It’s not safe.”
“It is safe. Dua bulan kat sini, memang Suria naik public transport je pegi kerja.” Suria membalas dan memandang Haris.
“For a pregnant woman. No, no. Dengan situasi sekarang ni. It’s ermm, a bit unsafe.” Jelas Haris. Tidak kisah jika dia dianggap overprotective.
Suria faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu, media sekarang sibuk dengan islamopobia yang sedang berlaku di serata dunia. Dan khabar angin juga mengatakan islamopobia sedang sedang bertapak di bumi Australia ini. Tetapi sepanjang Suria berada di sini dia belum mengalami perkara itu. Alhamdulillah.
Semua benda negatif seperti ini, hanya ditambahperisakan oleh media untuk menjadi salah satu medium bagi mereka mendapatkan hasil yang lumayan. Dan individu yang tidak tahu menahu mengenai perkara sebegini hanya menerima semua benda yang disuapkan oleh media. Mencerna segala informasi yang salah, dan melahirkan individu yang dengan pemikiran yang telah ‘dicuci’.
“But, I have never experienced any islamophobic act since I came here.” Suria masih cuba untuk berrasional dengan Haris. Lelaki itu hanya menggeleng tanda tidak, dan noktah kepada arahannya.
Beberapa hari yang lepas sahaja, Haris ada melihat satu video yang viral, dimana seorang wanita kulit hitam dengan lancang mengecam dan menyembur kata-kata yang tidak enak pada pendengaran sesiapa pun kepada pasangan suami isteri muslim di dalam subway.
Suria mengeluh, tidak ingin melanjutkan lagi persoalan tersebut dan akur kepada arahan Haris. Mungkin lelaki itu hanya risau. Risau terhadap kandungannya. Fikiran Suria berlegar bila kedua-dua dia dan Haris jatuh senyap, dan kembali teringat kejadian dua hari lepas.
“Ermm...” Suria ingin bertanya. Haris yang perasan memandang Suria sekilas, dia berharap agar Suria tidak membawa kembali topik perbualan mereka dua hari lepas. Genggaman pada stering kereta dieratkan.
“Where were you these past two days?” Suria menyoal dengan suara agak perlahan, cuba mengatur ayatnya agar tidak terlepas kata-kata yang boleh menyakitkan hati Haris lagi.
Haris terkejut sedikit, menyangka Suria akan membawa perbincangan dua hari lepas, dan Haris cuba mengawal riak wajahnya. Namun lega dengan soalan Suria itu. “Sorry. Abang ingat memang nak telefon Suria, to inform you my whereabouts. I was at the nearby masjid. Well...” Tutur Haris berjeda. Tidak ingin menceritakan dengan terperinci kenapa dia terus ke situ selepas keluar daripada rumah Suria, selain untuk menunaikan solat Zuhur.
Perasaan Haris berbaur selepas membawa langkahnya pergi daripada kediaman Suria. Dan dia terus memandu menuju ke masjid tersebut. Berdoa, meminta kepada yang maha esa. Agar dilembutkan hati Suria. Dan meminta agar Allah s.w.t mengampunkan segala dosa isterinya itu kepadanya.
Kerana Haris tahu dia sangat berkecil hati dengan perbuatan Suria, kata-kata Suria. Tapi mampu kah dia untuk tidak redha terhadap insan yang dia sayangi, cintai. Sedangkan dia juga tahu punca segala tindakan Suria itu ialah dirinya sendiri. Kerana perbuatannya terhadap Suria.
“Abang...” Panggilan lembut Suria menyentak Haris daripada ingatannya.
“Ya, apa dia?” Dipandang sekilas Suria, dan fokus semula pada pemanduannya.
“Suria tanya abang bermalam kat mana?” Soal Suria semula bila Haris tadi hanya membiarkan solannya seperti lelaki itu sedang berfikir dalam.
“Owhh, ya. Risau juga rupanya sayang dengan abang kan.” Haris kenyit mata pada Suria yang sudah menjulingkan matanya pada kata-kata Haris itu.
Haris kemudian menyambung, “Masa dekat masjid tu abang jumpa beberapa orang pelajar Malaysia dan juga local. Dorang tengah bincang satu kempen, Feed The Homeless yang grup dorang plan. Kebetulan abang kat situ, dan dorang ajak abang sekali join discussion tu.” Jelas Haris. Suria masih tekun mendengar, dia tahu betapa Haris gemar dengan kempen-kempen sebegitu.
“Kalau semua orang dalam dunia ni bersedekah, walaupun dengan hanya sekecil-kecil satu sen. Tak kan ada manusia dalam dunia ni yang kebulur, yang masih selongkar tong sampah untuk cari sisa makannan yang orang buang.” Teringat Suria kepada kata-kata Haris, sewaktu mereka berbincang topik berkenaan sedekah
“So. Bila dorang ajak, abang just decided to join them without futher thinking. All of us were staying at the masjid, iktikaf, selain sambung discussion kitaorang. The next day I joined them to the street, bagi-bagi makanan kepada homeless. And I forgot to...” Haris menggosok lehernya tanda tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Suria yang dia terlupa akan isterinya itu.
Suria gelak kecil melihat Haris yang serba salah dalam tingkahnya. “No. It’s okay. Suria faham.” Suria mematikan terus kata-kata Haris. “Lagipun macma mana abang nak call Suria kan, you don’t have my number.” Sambung Suria lagi.
Mendengarkan kata-kata Suria itu, Haris tiba-tiba ketawa kecil. Ketawa yang menyenangkan deria pendengaran Suria. Namun dahinya tetap berkerut tidak faham dengan Haris.
“What?” Suria menyoal masih dengan dahi yang berkerut.
“Ermm, I got your number actually. And for that I apologize one more time that I didn’t call you, sayang.” Haris sengih, senyum bersalah pada Suria.
“Dari mana abang dapat nombor Suria?” Membiarkan prmohonan maaf Haris, Suria menyoal lagi.
“Abang dapat dari telefon Suria lah. Masa sayang tidur pagi tu.” Jelas Haris.
“But I locked...” Tidak sempat Suria menghabiskan kata-katanya Haris terus memotong. “Abang tak sangka langsung. You love me that much ey?” Haris jongket-jongketkan kening. Kereta yang dipandu sudah pun berhenti di hadapan sebuah bangunan.
“It’s my birth date.” Tutur Haris berserta senyuman kemenangan pada wajahnya.
“Don’t flatter youself, Encik Haris. Password tu tarikh nikah saya okay.” Balas Suria sudah berpeluk tubuh dan memandang tepat ke hadapan.
“And it happened to fall on my birthday too. And the person who you’re marrying was and is me, remember. So, ya. Sayang tak payah lah nak malu, normal lah isteri sayang suami. Suami sayang isteri.” Sakat Haris lagi sambil tersenyum pada Suria.
Kata-kata terakhir Haris itu menjentik hati Suria. Haris sayang kah pada dirinya. Ataupun isteri yang disayangi suaminya itu ialah Wardah. Ya, Wardah. Suria hampir terlupa mengenai madunya itu. Baru teringat yang Haris sudah pun berkahwin dengan Wardah. Keluh kecil dia lepas tanpa sedar.
Haris yang sedar keluhan Suria itu bertanya, “Kenapa ni?” Tangan Suria digenggam dalam genggamannya.
“Owhh. Tak da apa-apa. So, we’re here.” Sedar mereka sudah berhenti di hadapan bangunan tempat dia berkerja dan sudah pun menghabiskan lima minit lagi meyambung perbualan dengan Haris di dalam kereta itu.
“Yes we are.” Tutur Haris. Suria melangkah keluar daripada kereta. Haris juga, lalu mengambil beg isterinya dari tempat duduk belakang.
Suria berdiri kejap di situ. Dan dia kemudian teringatkan sesuatu. “Suria tak ada bagi tau pun mana Suria kerja, macam mana abang boleh tau?” Soal Suria pada Haris, hairan. Tidak sedar suaminya itu yang memandu tadi tanpa dia memberitahu Haris alamat tempat dia berkerja.
“Well, I know everything about you.” Haris cuba beriak menakutkan Suria dengan ton suara yang dibuat-buat. Suria geleng kepala.
“Ya, ya. And you can be such a creepy stalker you know.” Tutur Suria beserta gelaknya terhadap aksi Haris itu.
“Don’t worry. Abang Cuma stalk isteri abang ni je.” Balas Haris dan mengeyitkan matanya pada Suria. ‘Such a charming person to not to fall for’ Bisik hati Suria tertawan seketika dengan tingkah Haris. ‘Tak salah kan, suami sendiri juga’ Hatinya berkata lagi dan senyuman kecil muncul pada bibir Suria.
“Okay lah. Suria gerak dulu. And here.” Suria menyerahkan kunci rumahnya pada Haris. “Erm, incase you wanna go have some rest.”
“Owhh, great.” Tutur Haris. Tahu Suria mengizinkannya untuk menetap di rumahnya itu. Ini bermakna dia boleh tinggal bersama-sama dengan Suria. Dan berharap segala rancangannya berjalan lancar nanti.
“Assalamualaikum. Bye.” Suria sudah ingin berlalu sebelum tangannya digenggam lembut dari belakang. Memaksanya untuk berpaling semula, dan memandang tepat anak mata Haris yang turut memandang dirinya.
“Yes?” Suria soal Haris, yang seperti ingin menyatakan sesuatu itu. Haris mendekati Suria. Rapat. Sebuah kucupan dia hadiahkan pada dahi Suria. Lama. Dan isterinya yang tidak menjangkakan itu sudah berubah rona pada wajahnya. Haris hanya tersengih memandang riak terkejut Suria.
“Take care of your self, and our baby.” Tangannya mengusap perut Suria. “And waalaikumsalam.” Genggaman pada tangan Suria dilepaskan, berat hati. Suria hanya mengangguk tanda ya pada kata-kata Haris. Dia kemudian berlalu masuk ke dalam bangunan tersebut. Tersenyum, bahagia.
‘Ya Allah, ya tuhan ku. Yang maha pengasih lagi maha pemurah. Kekalkan lah keadaan ini buat ku, nikmat ini. Perkahwinan ini, bayi ini, dan suamiku.’ Doa Suria dalam bisikannya, dalam langkahnya. Dia berharap agar saat ini berhenti seketika. Tidak ingin masa berlalu
Share this novel