Bab 2

Romance Completed 11113

“Baru lima tahun kot korang kahwin tak boleh ke dia sabar sikit. Bukan dia sorang yang nak anak, kau pun nak juga kan.” Suara berang Yasmin bergema di dalam pejabat mereka itu. Terlalu geram dia setelah mendengarkan cerita Suria.

Suria tidak berniat untuk membuka aib suaminya atau apapun. Dia perlukan tempat untuk berkongsi masalah yang sedang dihadapinya itu, dan Yasmin adalah orang yang tepat. Sahabat baik Suria sejak mereka di bangku sekolah menengah lagi. Orang yang faham akan diri Suria selain ibu bapanya. Dan Suria tidak bercadang untuk berkongsikan akan hal tersebut dengan orang tuanya, tidak buat masa kini.

“He loves her Yas.” Tutur Suria perlahan.

“What.” Yasmin sudah menjengilkan matanya. “What do mean by he loves her? Haris curang ke? Dia main kayu tiga eh belakang kau?” Bertubi-tubi soalan menghujani Suria. Suria sudah senyum lucu. Kalut sungguh sahabat baiknya ini.

“Eh! Kau boleh senyum lagi. Aku tengah serius ni.” Yasmin hairan melihat Suria, seolah-olah sahabatnya tidak punya masalah pula.

“No, Yas. His first love. Perempuan tu cinta pertama Haris.” Suria melepaskan keluhannya perlahan. Benarkah kata orang, lelaki amat sukar untuk melupakan cinta pertama mereka? Apatah lagi cinta pertama seperti Wardah.

‘Bagaimana pula dengan perempuan. Bukankah mereka juga sama.’ Suria sudah bermain dengan bisikan hati sendiri.

‘Habis tu aku. Macam mana aku nak lupakan cinta pertama aku. Apa, Haris sorang je yang ada cinta pertama.’ Jiwanya semakin kacau.

‘Habis tu siapa cinta pertama kau?’ Mindanya menyoal sendiri.

‘Haris. Haris lah cinta pertama aku.’ Raut wajahnya Suria berubah mendung. Ya, hanya Haris yang bertaktah dalam hatinya. Dia dan Haris berkahwin atas pilihan keluarga. Itu yang dia pasti.

Dan satu hal juga yang dia sangat pasti meskipun dia sebenarnya tidak berapa bersetuju dengan perkahwinan tersebut pada awal-awal ketika mamanya mencadangkan perkara itu. Namun setelah berkahwin, tekad dia tanamkan dalam hati untuk mencintai lelaki yang dinikahinya itu dengan sepenuh hatinya. Tetapi Haris mungkin tidak begitu.

“Woi.” Yasmin tepuk paha Suria kuat apabila melihat sahabatnya itu jauh dalam lamunannya.

“Apa ni. Sakitlah kau tahu tak.” Suria gosok pahanya yang terasa pijar daripada tamparan Yasmin itu. Boleh tahan sakitnya tamparan gadis pemain bola tampar ni.

“Dah siapa suruh kau mengelamun. Aku dah macam tunggul dok bercakap dengan kau. Boleh pula kau buat ekspresi muka yang macam-macam.” Yasmin perasan akan perubahan wajah Suria tadi ketika sahabat baiknya itu asyik dengan lamunannya.

“Hermmm. Sorry lah. Kau ni pun, tampar alah-alah manja sudah lah. Ni kau tepuk macam paha aku ni bola tampar buat apa.” Suria tarik muncungnya.

“Ehehe. Alarrr. Sorry, sorry. Dah terbiasa. Next time tak buat lagi, janji.” Yasmin akan tangan tanda janjinya.

“Next time kau buat lagi aku bagi kau flying kick.” Ugut Suria.

“Patutnya kau bagi flying kick tu kat Haris masa dia nak minta kahwin lagi satu. Baru dia kenal siapa Suria sebenarnya.” Yasmin sudah gelak sakan. Suria hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya mendengarkan cadangan Yasmin itu.

‘Maunya tak cium bau syurga. Jadi isteri derhaka tahap lima dah tu bisik minda Suria. Hilang sedikit permasalahan yang dia sedang hadapi bila dapat berkongsi gelak tawa dengan sahabat baiknya itu. What’s friend for, right?

* * * *

Haris sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Wardah. Meskipun kedua-dua orang tua Haris tidak bersetuju dengan perancangan anak mereka itu pada awalnya. Namun setelah meminta penjelasan daripada Suria akhirnya mereka akur, kerana Suria juga sudah menyatakan akan restunya terhadap permintaan Haris itu. Terpaksa sebenarnya.

Perkahwinan Haris dan Wardah hanya akan berlangsung enam bulan daripada tarikh mereka bertunang. Wardah terikat dengan kontrak syarikat tempat dia dan Haris berkerja yang memerlukan dia bujang dalam tempoh setahun berkerja di syarikat tersebut, dan Wardah baru berkerja enam bulan di situ. Enam bulan yang akhirnya akan mengubah hidup Suria. Sebenarnya telah pun mengubah hidup Suria.

Sepanjang Haris bergelar tunangan kepada Wardah semakin kurang perhatiannya terhadap Suria. Suria tidak pasti samada benar perhatian Haris yang semakin berkurang atau dirinya yang terlalu inginkan suaminya itu. Dia sering semakin bermain dengan perasaannya.

Kebiasan yang sering dilakukan oleh Suria dengan Haris juga semakin berkurang. Mereka selalunya menghabiskan waktu hujung minggu bersama. Tetapi Haris pula semakin sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya dengan Wardah.

Suria semakin tawar hati, hari demi hari dia semakin rasa kehilangan. Haris dan Wardah belum pun lagi bergelar suami isteri namun Haris sudah seolah-olah mengabaikan Suria. Bagaimana pula nanti bila kedua-dua mereka itu sudah berumahtangga dan Haris sudah punya dua tanggungan.

Mampukah suaminya itu menunaikan setiap katanya.

Suria sudah asyik mengeluh memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang. Hari ini juga hari minggu, Suria sudah tidak mengharapkan apa-apa daripada Haris. Sedangkan minggu yang lepas dia mengajak Haris keluar membeli barang keperluan dapur mereka, suaminya itu malah menyatakan yang dia punya urusan di luar.

Hanya kerana tidak ingin menyakitkan hati Suria, Haris tidak memberitahu bahawa dia akan bertemu dengan Wardah untuk menempah baju pengantin mereka. Suria tahu sebenarnya Haris akan keluar dengan Wardah, tetapi dimaniskan juga raut wajahnya agar si suami tidak mengesan riak kecewa di situ.

“What’s for breakfast sayang?” Haris menuju ke arah Suria yang sedang mengacau kopi di dalam muk. Dirangkul erat Suria dari belakang lalu menghadiahkan kucupan pada pipi isterinya itu. Suria agak terkejut, dengan perlahan dia cuba meleraikan rangkulan Haris pada bahunya.

“Erm, tak keluar ke hari ni? Saya ingat abang keluar jadi saya tak prepare breakfast.” Terang Suria masih cuba untuk lepas dari pelukan suaminya itu. Terasa janggal pada Suria, dan dia tidak tahu kenapa.

“Amboi, suka ke abang tak duduk rumah? Suria tak rindu abang ke? Rasanya dah jarang abang dapat bermanja dengan isteri abang ni, malam penat siang kerja.” Tutur Haris sambil mengeratkan pelukannya yang sudah beralih pada pinggang Suria itu. Meskipun dia sedar Suria yang tidak selesa tetapi tidak dihiraukannya.

‘Tau tak pe, dia yang sibuk sangat dengan buah hati dia tu.’ Suria berbisik, kecil hati.

Suria sedar apa yang dimaksudkan oleh Haris, memang dia seakan cuba untuk mengelak daripada Haris. Kerap kali Suria akan masuk tidur terlebih dahulu daripada Haris. Kalau sebelum ini dia tidak akan lelap jika Haris tidak berada di sampingnya, tapi kini Suria ingin mengubah segalanya.

Dia tidak ingin terlalu bergantung dengan Haris. Suria ingin membiasakan dirinya dengan rutin itu, kerana tinggal beberapa bulan sahaja lagi rutin itulah yang akan menjadi kebiasaan buat dirinya nanti.

“Tak pe lah abang duduk dulu sementara Suria sediakan breakfast.” Sengaja Suria ingin melarikan diri daripada rangkulan suaminya itu. Namun Haris masih dalam posisi yang sama, bahkan semakin erat dia memeluk Suria.

“Abang nak makan apa-apa tak?” Masih cuba memancing Haris. ‘Hailah, suami aku ni nak jadi belangkas lah pula.’

“Abang nak makan sayang boleh?” Seloroh Haris sambil membawa wajah turun ke bahu Suria. Mengucup bahu si isteri.

“Silly.” Suria tergelak kecil mendengarkan kata-kata Haris.

“No?” Haris sudah teleng kepala mendongak memandang Suria.

“Ermm. No. I am gonna prepare our breakfast okay.” Lingkaran tangan Haris dileraikan.

Suria sudah ingin melangkah sebelum Haris terus menarik semula lengannya. Haris membawa langkahnya sambil menarik Suria bersama ke tingkat atas. Menuju ke dalam kamar mereka.

“Abang, Suria nak sediakan breakfast kita.” Genggaman tangan Haris yang kejap cuba dileraikan.

“No. It’s okay. Abang tak rasa lapar pun. Come.” Haris tidak mengendahkan, Suria sudah dibawa berbaring di atas katil mereka. Meyelimuti tubuh mereka berdua, Suria dibawa dekat ke dadanya merangkul isterinya itu ke dalam pelukan. Suria hanya membiarkan.

Lama mereka dalam keadaan begitu, senyap sebelum Haris mula bersuara. “Now, bagi tau abang. Kenapa Suria macam asyik nak mengelak daripada abang?” Soal Haris.

Suria tarik nafas dalam, dapat dia mnghidu haruman tubuh suaminya. Memang seperti apa yang dikatakan oleh Haris. Suria memang sengaja ingin mengelak daripada Haris. Dia tidak kuat untuk memandang orang yang dicintainya semakin hari semakin dekat untuk menjadi hak milik orang lain juga.

Setelah Haris melangsungkan pertunangan dengan Wardah, Suria sudah kurang bermanja dengan Haris. Kebiasaan Suria yang sering kali bercerita dengan Haris tentang aktiviti hariannya dan bertanyakan Haris akan aktiviti harian lelaki itu juga sudah tidak dilakukan oleh Suria.

Haris sangat perasan akan perubahan itu, dan dia tahu puncanya. Mungkin dia dibutakan dengan perasaan cinta terhadap Wardah sehingga tidak memikirkan sakit hati seorang wanita ketika dia meminta untuk berkahwin lagi.

“I am sorry.” Tutur Haris perlahan. Suria hanya diam, tidak ada apa yang ingin diperkatakan.

Minta maaf untuk apa. Untuk perkahwinannya dengan Wardah kah. Untuk perasaan sakit yang dia berikan pada Suria kah. Atau untuk perkahwinan mereka yang selama ini tidak pernah ada cinta buat dirinya. Suria namun tidak mampu meluahkan semua itu.

Dia ingin menangis namun kelopak matanya sudah kering. Air mata Suria sudah habis tumpah dari hari pertama Haris meminta izin untuk berkahwin dengan Wardah. Dan kekeringan itu juga sudah semakin menjalar ke hati Suria. Tanpa disedari Haris cinta dalam hati Suria juga sudah semakin kering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience