Bab 8

Romance Completed 11113

Petang itu Haris mengambil Suria dari tempat kerjanya. Mereka kemudian singgah di masjid dalam perjalanan pulang untuk menunaikan solat asar. Dua bulan di Australia ialah tempoh yang agak lama bagi Suria, dimana dia tidak dapat berjemaah dengan Haris.

Kerinduan pada aktiviti mereka seperi ini membuat hati Suria sebak. Selesai solat, doa Haris dia aminkan setiap satu persatu.

“Jadikan kami pasangan yang membawa ketenangan kepada setiap diri kami.”

“Amin.”

“Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah. Penyejuk hati kami, penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w, nabi kami.”

“Amin.”

Dan seterusnya, doa Haris diaminkan Suria. Meminta dan meminta dari yang maha esa. Selesai, Haris kemudian berpaling, dan Suria terus menggapai tangan lelaki itu. Mengucup lama. Dia berdosa. Tangan Haris yang satu lagi mengusap ubun-ubun Suria yang berlapik tudung.

Kedua-dua Haris dan Suria keluar daripada masjid itu tanpa ada sepatah kata yang keluar daripada mulut mereka. Kedua-duanya merasakan, mensyukuri nikmat ketenangan yang baru diperlolehi. Indah dan mudah segalanya, bila diserahkan kepada Allah s.w.t sepenuhnya. Begitulah fikir Suria, dia berserah dengan rancangan Allah s.w.t kepadanya. Sepenuhnya.

* * * *

Di meja sudah tersedia beberapa jenis hidangan – western. Semuanya disediakan oleh Haris untuk makan malam mereka. Suria yang sudah selesai membersihkan dirinya itu, duduk di meja menahan kecur air liur sendiri.

Suria memang seperti orang yang sudah lama tidak makan, bila dilihat pada reaksinya menghadap makanan-makanan tersebut.

“Abang penat-penat masak semua ni, Suria tak pandang pun abang. Not even a glance.” Haris yang sudah pun mengambil tempat, duduk di hadapan Suria itu hanya memerhatikan Suria dengan tekun.

“Sorry, lapar sangat ni.” Suria usap perutnya sambil tersengih pada Haris. Padahal tadi dia tidak berasa lapar pun, tapi bila dia sudah dihadapkan dengan hidangan di depan mata, perut Suria sukarela berdondang sayang. Mungkin anaknya itu yang lapar fikir Suria.

“Nevermind.” Haris senyum, kemudian menadah tangan dan membaca doa makan.

Haris dan Suria menikmati makanan mereka dengan penuh rasa syukur. Tidak ada satu hidangan pun yang tersisa, apatah lagi dengan Suria yang begitu berselera sekali. Melihatkan Suria yang terlalu berselera makan itu, Haris hanya geleng kepala.

“Abang tak heran kalau Suria naik berat badan nanti.” Haris berkata tersengih sambil tangan mengemas dan membawa pinggan-pinggan mereka ke sinki setelah kedua-duanya selesai makan.

“Well, I am eating for two okay.” Suria mempertahankan dirinya, tapi dalam hati risau juga memikirkan berat badannya yang akan naik. Entah kenapa dia sangat berselera makan sekarang dengan Haris ada bersamanya.

Suria bangun dari duduknya, dan ingin membantu Haris membersihkan meja makan mereka walaupun tidak ada yang perlu dibersihkan sangat sebenarnya. Namun Haris segera menghalang Suria dan mengarahkan isterinya untuk duduk berehat di ruang tamu.

“But I’ll gain weight, kalau asyik duduk je.” Suria tarik muka, nampak sangat risau akan berat badannya. Haris ketawa melihat cemberut si isteri, tahu kata-katanya tentang berat badan Suria itu sudah memberi kesan kepada Suria.

“Tak payah risau lah berat badan sayang naik. It’s all normal, kalau dalam pregnancy.” Haris cuba meyakinkan Suria.

“Eleh. Ya lah tu. Nanti kalau berat badan isteri naik hah mulalah suami nak complain.” Suria mencebik dan kembali duduk semula di bangku meja makan.

“No, abang tak kan complain in sha Allah. Asalkan lepas naik berat badan nanti rupa sayang macam teddy bear yang gebu tu, it’ll be great to cuddle.” Haris masih ketawa, dan mengeyitkan matanya pada Suria yang sudah cemberut itu. Suria hanya membalas dengan jelingan, saja ingin turut melayan kerenah Haris.

“Or... you worry, yang abang akan cari lain. Don’t worry sayang you’re the only one in my heart.” Haris tersedar dengan kesasulan kata-katanya, lupa sebentar dengan situasi mereka sekarang. Dia mencuri pandang pada wajah Suria.

Suria ketip bibir, ‘Ya lah tu, only one in my heart konon’ dalam hati Suria mengejek kata-kata Haris. Dia bangun dari duduk dan menuju ke dalam bilik. Haris yang masih terdiam dan memandang Suria, tidak diendahkan oleh isterinya itu.

Haris mempercepatkan aktiviti mencuci pinggannya. Dia kemudian membetulkan kotak suara, berdehem beberapa kali. Dan langkahnya diatur ke bilik tidur Suria. Waktu maghrib juga sudah hampir masuk waktu, Haris ingin berjemaah di masjid berdekatan.

“Sayang...” Haris menyapa Suria yang sedang mengeluarkan comporter dari dalam walk-in closet di dalam biliknya itu.

“Hermm?” Suria hanya menjawab perlahan masih tidak memandang Haris. Dan meneruskan kerja-kerjanya.

“Dah nak masuk maghrib, abang ingat nak pergi masjid. I’ll be staying at the masjid till isyak. Are you fine with that? Atau sayang nak abang stay, kita boleh jemaah sama-sama.” Haris bertanya dan cuba mengalisis wajah Suria.

Suria cuba memaniskan wajahnya, dia terlalu mengikut perasaan hatinya. Suria tahu memang kebiasaan Haris untuk solat fardhu berjemaah di masjid. Dan Suria rasa bersalah untuk bermasam muka dengan Haris, sedangkan suaminya itu hanya ingin memberitahunya yang dia ingin ke masjid untuk beribadah. Istighfar dilafaz dalam hati.

“No. I’ll be fine.” Suria menjawab dan memandang sekilas pada Haris yang sedang tekun melihat ke arahnya itu. Suria senyum kecil agak janggal, seperti tidak biasa Haris memandangnya begitu.

Haris tahan senyum, tahu Suria bukanlah seorang yang keras hati. Dia juga tidak lepas daripada menyalahkan diri sendiri kerana terlepas cakap tadi. Hanya Haris yang tahu keadaan yang sebenarnya, dan Suria yang tidak tahu apa-apa itu pastinya akan terasa hati dengan kata-kata suaminya itu tadi.

Haris melangkah mendekati Suria yang sudah tidak keruan itu. Comforter ditangannya itu sudah berapa kali dibuka dan dilipat Suria semula tanpa sedar. Dan Haris pula sungguh terasa ingin pecah ketawanya melihat gelagat Suria.

“Dah, dah. Berapa kali nak lipat comforter ni.” Haris mengambil comforter daripada tangan Suria dan meletakkannya di atas katil. Senyuman masih meleret pada wajahnya. Tangan Suria digenggamnya. Suria hanya ketap bibirnya.

“Okay lah. I’ll get going. Suria jaga diri. Kalau ada apa-apa call abang okay.” Haris kucup dahi Suria.

“Tak kan nak call abang kalau abang tengah solat.” Suria baru buka mulut memikirkan logik kata-kata Haris.

“Hermm.” Haris garu kepala yang tidak gatal. “Call Allah kalau ada apa-apa nanti.” Terang Haris tersenyum dengan kata-katanya sendiri. Siapa lagi tempat bergantung sebenarnya jika bukan Allah s.w.t sendiri yang mengawal kerajaannya yang setiap perkara dibawah jagaannya.

Suria juga turut tersenyum. “Yup, call Allah.” Mengulang sama kata-kata Haris. Hilang sudah rasa kecil hatinya dengan kata-kata suaminya itu tadi.

Selepas sekali lagi Haris berpamitan dengan Suria, dia kemudian keluar dan menuju ke masjid berdekatan. Dan Suria pula bersiap untuk solat maghrib. Walaupun perut Suria sudah agak besar, namun dia belum mengalami kesulitan untuk solat seperti biasa, dan dengan itu Suria sangat bersyukur kepadaNya.

Selesai solat maghrib seperti biasa, kalam Allah di atas meja Suria capai. Dia akan membaca Al Quran sehingga masuk waktu isyak. Belum sempat Al Quran dibuka, telefon pintarnya di sisi sejadah berbunyi menandakan ada pesanan whatsapp yang baru masuk.

‘Assalamualaikum sayang. Have you called Allah?’ Mesej daripada Haris membuatkan Suria tergelak kecil.

‘Waalaikumsalam. Yes I had. And am about to read Allah’s messeges now. Dear, Mr. Hubby if you don’t mind I need some space. And you too mister, are now inside Allah s.w.t house, so mind your manner. And keep the phone away. ‘ Suria sekali lagi tergelak dengan mesejnya sendiri.

‘Aight madam. Was just checkin’ out on you.’ Haris membalas. Suria geleng kepala.

‘Am fine here. Allah’s with me remember.’ Suria membalas ringkas.

‘Thanks for the reminder wifey. Yes, Allah’s with you. With us. Tazkirah sheikh ni best. Gonna catch up with you later. Don’t go to sleep yet after isyak. Assalamualaikum.’ Suria membalas salam Haris dalam hati. Telefon pintar kembali diletakkan di sisi sejadahnya. Senyuman lebar terukir pada wajah Suria. Tenang jika dalam setiap perkara yang kita lakukan ialah untuk mengingati Allah s.w.t.

Lembaran quran Suria buka, membaca dan cuba untuk memahami maksud ayat yang dibacanya dengan membaca tafsirnya sekali. Meneruskan bacaan sehinggalah telefon pintarnya sekali lagi berbunyi, mengalunkan azan, menandakan telah pun masuk waktu isyak.

Setelah selesai menunaikan solat isyak, Suria menuju ke dapur. Menyediakan dua gelas minuman coklat buatnya dan Haris. Suaminya itu tadi sekali lagi menghantar mesej bertanya adakah dia sudah tidur. Suria hanya geleng kepala, dan membalas mesej Haris dengan emotikon yang sedang tidur. Dan dibalas Haris dengan emotikon gelak, dan ‘Not funny’.

Loceng rumah kemudian berbunyi. Meskipun yakin itu ialah Haris, Suria tetap melihat ke dalam lubang kecil di muka pintu itu. Dan membuka pintu setelah memastikan Haris yang berada di hadapan.

“Assalamualaikum.” Haris menyapa, dan salamnya dibalas Suria sebelum isterinya itu menyalami tangannya juga.

Haris dan Suria kemudian merehatkan diri di ruang tamu ditemani dengan coklat panas masing-masing. Kedua-dua mereka sememangnya merindui aktiviti mereka yang begini, dimana sambil berehat Haris akan berkongsi sedikit ilmu agama buat mereka berdua sebagai untuk refleksi diri. Saling berkongsi pandangan masing-masing.

Sikap Suria yang sentiasa matang dan terbuka ketika mereka membahaskan sesuatu topik, seperti inilah yang menarik hati Haris lagi. Mempunyi isteri yang bijak, dia sentisa bersyukur dengan angerah Allah s.w.t di hadapannya kini. Suria yang sedar, Haris yang tidak lepas memandangnya mula tidak senang duduk.

Bukan tidak suka dipandang suami sendiri. Tetapi dia masih cuba untuk membiasakan diri semula setelah beberapa bulan Haris terlalu sibuk dengan hal perkahwinannya. Suria terus mengusir ingatan itu, tidak perlu dia mengenang benda yang sudahpun terjadi walaupun dia tidak rela.

“Jadi abang kata nak kongsi tazkirah kat masjid tadi. Kalau asyik pandang Suria je, sampai besok pun tak dapat nak cerita.” Suria hirup coklat panasnya, dan mengalihkan pandangan daripada Haris yang sudah tersengih mendengar kata-kata Suria.

“Abang bukan apa. Saja. Tengah menghargai ciptaan tuhan depan mata.” Haris berkata sambil tegelak kecil, diikuti Suria yang sudah mengelengkan kepalanya.

“Seriously abang, kalau tak Suria masuk tidur.” Suria tutup mulut tanda menahan kuap kononya dia sudah mengantuk.

“Okay,okay. Sayang ni tak kasi can langsung abang nak guna pick up line.” Haris gosok dagunya.

“Won’t work on me anymore, after all.” Suria menambah dan tegelak melihat wajah Haris. Lelaki itu sudah mengecilkan matanya memandang Suria.

“Dah lah bang. Suria nak dengar apa tazkirah yang abang nak kongsi tu. Cepatlah.” Suria sudah memujuk Haris. Payah kalau terus dilayan suaminya itu.

Haris mula berkongsi tazkirah yang disampaikan oleh Sheikh di masjid tadi. Tentang kepentingan berdakwah, yang semakin dipandang enteng oleh umat Isalam masa kini. Dimana kerja-kerja dakwah itu seolah-olah ditinggalkan terus kepada para alim ulam, kepada para ahli agama. Sedangkan tugas dakwah itu ialah tugas sekalian umat Islam.

Suria setuju tentang isu itu. Apatah lagi melihatkan anak muda sekarang, walaupun bukan semua tetapi kebanyakannya begitu taksub dengan kedunian yang sementara ini. Anak muda muslim zaman kini tidak seperti zaman dahulu. Menurut sheik itu lagi penyakit cinta dunia terlalu kuat dalam hati anak-anak muda kini.

Meskipun tidak dinafikan memang ramai juga belia muslim yang mampu dijadikan ikon masa kini yang sedar akan kepentingan memartabatkan Islam semula. Tetapi seperti kata sheik itu lagi, tidak ramai.

Di dalam minda Suria bermain-main dengan persoalan tentang bagaimana dia akan mendidik amanah Allah s.w.t yang sedang dikandungnya ini. Membayangkan lagi bahawa dia ingin meminta cerai daripada Haris, dan ingin membesarkan anaknya itu sendirian. Baru kini Suria sedar tindakannya itu mungkin hanya akan memakan diri sendiri.

Suria memadang Haris yang juga sedang khusyuk dengan fikirannya sendiri, entah apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu.

“Suria takut.” Suria memecah kesunyian di antara mereka berdua.

Haris yang tadi sedang mendongak memandang siling kerana tengah berfikir, terus memandang Suria. Dahinya serta merta berkerut. Apa maksud Suria.

“Suria takut...” Isterinya itu menyambung lagi. Pandagan dihalakan tepat pada meja kopi. “...macam mana Suria nak besarkan anak-anak dalam dunia yang penuh dengan masalah seperti sekarang. Memastikan, dapat membersarkan anak-anak dalam dunia Islam yang sebenar.” Suria ketap bibir. Air mata seperti ingin membasahi kolam matanya.

Suria sangat sensitif bila memikirkan tentang kanak-kanak. Ditambah pula dengan perubahan hormon yang dia sedang alami ketika mengandung ini. Dia sering mengelak daripada membuka laman sosial seperti fac, kerana takut akan disajikan dengan berita-berita penindasan rakyat Palestine, Syria, dan dari semua pelusuk dunia. Melihat kanak-kanak yang tidak bersalah hilang nyawa ditangan manusia yang tamak haloba.

Haris juga sedang memikirkan perkara yang sama, cabaran yang perlu ditempuhi dalam menjaga amanah Allah s.w.t buat mereka. Memastikan anak-anak hidup dengan syiar Islam dan akidah yang kukuh untuk meneruskan perjuangan di muka bumi ini. Haris bangun dan duduk di sebelah Suria.

Bahu Suria dipeluk Haris erat, menyalurkan kekuatan pada diri isterinya. Dan pada saat itu juga Haris berjanji akan menjaga, amanah di hadapannya ini. “Kita sayang. Kita yang akan sama-sama besarkan anak-anak kita. In sha Allah dengan pertolongan dan petujuk daripada Allah s.w.t kita akan jaga amanah Allah ni sebaik-baiknya.” Haris mengusap perut Suria. Terasa pergerakan kecil di situ. Haris senyum.

“See, our baby pun says that she’s gonna behave too. So mommy tak pening nak jaga baby nanti. Right sayang.” Tutur Haris. Suria yang sudah beremosi tadi terus tergelak. ‘In sha Allah’ bisik hatinya.

“She always responded whenever you’re talking.” Suria berkata, sesuatu yang dia perasan dengan kehadiaran Haris di sini. Setiap kali suaminya itu berbicara dengannya, bayi di dalam perutnya itu juga turut sama dengan aktiviti menendangnya dan sering kali bergerak-gerak.

“Really?” Haris berasa teruja terus sahaja mendekatkan kepalanya ke atas perut Suria.

“Assalamualaikum little princess, anak daddy tengah bangun ke?” Haris menyoal dan seperti yang dijangka Suria sudah mengadu kerana tiba-tiba ditendang perutnya oleh si kecil di dalam. Suria pecah ketawanya, “Well, that’s rough. Rasa-rasanya baby akan geng lah dengan daddy ni. Mommy dah tak da kawan lah macam ni.” Suria tarik muncung. Dan Haris pula yang pecah ketawanya.

“Don’t worry I’ll love you both equally. Tak da berat sebelah.” Haris berkata dalam gelaknya.

Meskipun kata-kata Haris itu sekali lagi menjentik hati Suria dengan suatu kenyataan yang dia sudah punya madu, dan kata-kata Haris itu ironinya seperti merujuk kepada isteri-isterinya. Suria sudah tidak ambil peduli, dia sudah sampai dengan satu keputusan sekarang.

Ada lebih banyak benda yang lebih penting daripada masalah yang dia hadapi, yang sebenarnya bukanlah satu masalah pun jika dia mampu melihat kepada sudut yang lebih positif lagi. Ya, Suria sudah tekad dengan keputusan yang dia akan buat. ‘Maybe sharing really is caring.’

“Okay I think it’s time to sleep.” Suria padang jam di dinding. “It’s already eleven.” Sudah melimpasi waktu tidurnya kebiasaannya.

“Alright. Jom tidur.” Haris juga sudah bangun, merengangkan sedikit badannya sebelum perbuatannya terhenti dengan kata-kata Suria. “I’d prepared a comforter, pillow, and blanket for you.” Gadis itu berkata sambil membawa langkahnya menuju ke dalam bilik tidur. Haris hanya mengikuti langkah Suria dari belakang.

“Untuk apa?” Soal Haris. Suria yang sudah berada di dalam bilik itu berpaling dan berhenti daripada mengambil barang-barang yang disebutknya untuk Haris itu. “Untuk abang lah.” Mata Suria dikerdip-kerdipkan memandang Haris yang sudah terkebil-kebil.

“Why? Abang akan tidur dengan Suria kan kat sini.” Jelas Haris sambil menunjukkan ke arah katil.

“Tapi... tapi..” Suria sudah tergagap-gagap. Yang hanya menambah bingung pada Haris.

“Tapi kenapa?” Haris jongket bahu menyoal Suria.

“Suria... Suria...” Sekali lagi Suria tergagap. Haris tepuk dahi dalam minda. ‘Dah kenapa isteri aku ni dah gagap pula. Orang nak ajak tidur je’ dan Haris baru tersedar sesuatu. Pasti Suria risau jika Haris tidur dengannya dan suaminya itu meminta dia untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri. Tugas yang satu itu.

“Owh. Right.” Haris ketuk-ketuk dagu sambil menahan tawanya melihatkan lagak Suria yang ‘Sangat innocent’ pada pandangan Haris itu. “You know what. Abang nak tidur je sayang. Abang tak nak buat apa-apa. Just, tidur.” Tutur Haris sambil melihat riak perubahan pada wajah Suria. Pipi isterinya itu sudah semakin memerah.

Tidak mampu lagi menahan ketawanya Haris terus gelak besar. Dia melangkah mendekati Suria yang sudah tidak keruan dalam tingkahnya. Serta merta Haris membawa Suria ke dalam pelukannya.

“Bila pula isteri abang jadi sangat innocent sekarang ni. We’re about to become parents in sha Allah. Abang tak sangka Suria boleh jadi pemalu macam ni.” Tutur Haris lagi. Suria sudah benamkan wajahnya di dada Haris. Sungguh dia sangat berasa malu pada saat itu. Sama seperti sewaktu hari pertama perkahwinan mereka.

Setelah lama mereka berdua berdiri begitu sambil saling berada dalam pelukan masing-masing, Haris kemudian meleraikan pelukannya pada Suria setelah terasa ada pergerakkan lagi pada perut isterinya itu. Haris membawa tubuhnya tunduk pada aras perut Suria, “This little one, aktif sungguh malam ni.” Dan mengusap perut memboyot si isteri.

“Abang lah ni, sepatutnya sekarang dah masuk waktu tidur Suria tau, sebab tu little one ni pun tak tidur lagi.” Suria berkata tegas dalam gurauan.

“Okay, okay. Sorry big madam. Kita tidur sekarang okay.” Haris angkat tangan tanda mengalah pada Suria. “Ni baru big madam, kalau madam yang kecil tu dah keluar habis abang...” Harris berbisik perlahan. Namun masih dapat ditangkap Suria.

“I heard that.” Tutur Suria sambil mengecilkan matanya memandang Haris. Haris terus buat aksi menzip mulutnya, dan angguk kepala. Suria hanya senyum.

“So, boleh abang tidur atas katil ni?” Haris menyoal bila Suria sudah membawa dirinya ke atas katil.

“Erm, macam mana? Suria selalunya tidur guna bantal ni.” Terang Suria sambil menepuk bantal yang agak pelik rupanya pada pandangan Haris. “Tak muat nanti.” Sambung Suria, melihatkan bantal itu sahaja sudah mengambil separuh ruang daripada katill itu.

“Oh yeah, right. Bantal apa ni, pelik semacam je abang tengok?” Haris duduk sama di atas katil. Suria geleng kepala melihat wajah Haris yang sedang berfikir itu.

“This is, what we call maternity pillow cik abang oii.” Jelas Suria.

“Owhh.” Haris angguk-angguk kepala. “Untuk apa?” Soal Haris lagi.

“Well, bila mengandung ni kan perut dah makin besar. Susah dah nak tidur macam biasa. Kena ada selalu benda kat belakang untuk tahan belakang. In short nak bagi selesa sikit lah waktu tidur.” Terang Suria, walaupun tidak lah selesa sepenuhnya pun sebenarnya. Dan sekali lagi Haris mengangguk.

“Kalau abang yang jadi bahagian belakang tu, dan sayang boleh guna bantal guling untuk peluk kat depan boleh?” Soal Haris. Dan Suria pula bingung, “Jadi belakang?” Dia menyoal Haris semula.

“Maksud abang, macam selalu kita buat dulu bila tidur. I’ll hug you from behind as you sleep besides me.” Tutur Haris perlahan mengimbas kembali kehidupan mereka sebelum beberapa bulan ini.

“Well...” Suria jongket bahu. “Sepanjang malam kena begitu tau. Nanti abang pula yang penat nak kena stay baring macam tu.” Memberikan amaran awal-awal pada Haris.

“Herm, sepanjang kita kahwin. Dan setiap malam abang peluk sayang macam tu. Pernah tak sayang bangun pagi dimana abang dah tak peluk sayang lagi?” Haris menyoal Suria pula, dan memandang wajah isterinya yang cuba mengingati sesuatu itu.

Seingat Suria, memang tidak pernah lepas dia daripada pelukan Haris. Kerana lelaki itu memang tidurnya tidak pernah berubah posisi. Dan sentiasa dalam posisi yang sama ketika dia hendak tidur dan bangun daripada tidur.

Suria geleng kepala. “Tak pernah.” Jawab Suria.

“So?” Haris soal semula, meminta jawapan Suria samada dia boleh tidur bersama isterinya itu. “Alright, cik abang.” Suria menjawab sambil menjulingkan matanya melihat Haris yang sudah tersenyum menahan sengihnya.

Haris terus mengambil bantal Suria daripada atas katil dan meletakkannya ke dalam walk-in closet isterinya. Suria pula sudah mengibas-ngibas katilnya dan bersedia untuk tidur, dia berbaring ke kanan. Haris turut sama berbaring di sebelah Suria rapat di belakang isterinya itu, dan menarik selimut untuk menyelimuti tubuh mereka.

Haris melingkarkan tangannya pada pinggang Suria. Mengusap perut si isteri. “Miss me?” Soal Haris di telinga Suria. “No.” Suria menjawab selamba, tersenyum.

“But I miss you so much.” Haris berkata, lebih kepada berbisik sebenarnya. Suria tersentuh mendengar luahan ikhlas kata-kata suaminya. ‘I miss you too’ bisik hatinya. Pelukan Haris dieratkan, membaca doa di dalam hati. Begitu juga Suria. Dan kedua-dua meraka lena dengan perasaan syukur dan bahagia masing-masing. Hari esok masih menanti, sebagai sebuah misteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience