Di hadapan bangunan syarikat penerbitan itu Suria berdiri tegak, memandang tepat ke hadapan, menanti kedatangan Haris untuk menjemputnya pulang. Seminggu lagi sudah berlalu. Pantas sahaja masa meninggalkan mereka-mereka yang terleka.
Suria tarik nafas dalam. Jam pada pergelangan tangan kiri dikerling. Haris lambat. Selalunya suaminya itu akan tiba lebih awal daripada waktu yang telah ditetapkan oleh Suria.
Minda Suria berlegar kepada pertemuannya dengan penulis kepada buku yang sedang dia sunting sekarang. Seorang gadis yang tidak jauh beza usia dengannya, berdarah Pakistani-Australia. Penulisan gadis itu yang pada Suria sangat matang sekali menarik minat Suria untuk mengenalinya dengan lebih dalam lagi.
‘I wish I could have the same thought like her.’ Fikir Suria.
Dia sempat bertanya apa yang menginspirasikan gadis itu untuk menulis cerita yang sebegitu. Tanpa sebarang pengalaman yang dilaluinya sendiri.
“You see. Polygamy isn’t something that really acceptable in the society. Even in our muslim community where polygamy is permissible, it’s still something that can’t be easily openly talked about.” Dengan kenyataan itu Suria setuju. Meskipun dia tidak menolak poligami, tetapi dia juga tidak menerima poligami dengan sendirinya.
“Isteri kedua, ketiga atau mungkin yang keempat. Mereka sering dianggap sebagai seorang yang jahat. Seorang perosak kebahagian kepada seseorang. Kebahagian isteri pertama.” Suria tersenyum kecil mendengarkan itu. Ironik.
“Sebab itu saya memilih untuk menjadikan Mahra si isteri kedua sebagai watak utama di dalam buku ini.” Sambung gadis muda itu lagi.
“Kerana poligami bukan hanya semata-mata, perkongsian dan pembahagian dalam perkahwinan.”
“It’s more than that. That’s what our society has overlooked nowadays. And maybe, because the men, well not everyone. They do polygamy not for the sake of islam, but solely for sexual matter. Indeed I must say, no one could ever be at the same level in polygamy, as our prophet Muhammad s.a.w.”
“Indeed.” Sambung Suria pula.
“And you. What about you?” Suria menyoal gadis di hadapannya itu.
“What about me?” Soalan dijawab dengan soalan semula. Gadis itu sudah tersenyum, tahu akan maksud soalan Suria sebenarnya.
“Do you accept polygamy?” Adakah gadis itu dapat menerima poligami sebagaimana pandangannya dalam penulisannya sendiri.
“I do.” Baiklah. Suria tidak menjangkakan itu. “Only if my husband can find someone better than me.” Gadis itu mengeyitkan matanya. Suria sudah tergelak. Sudah semestinya tidak.
“You got some confident there girl.” Tutur Suria. Gadis itu hanya menjongketkan keningnya sebelah. Sambil tersenyum.
Adakah Wardah seorang wanita yang lebih daripada dirinya. Sehinggakan Suria sanggup menerima wanita itu untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya – hidup Haris.
Suria tersenyum sinis. Wardah sudah semestinya lebih baik daripada dirinya. Banyak kelebihan wanita itu jika dibanding dirinya. Tetapi mungkin sahaja Allah s.w.t pula menyatakan yang sebaliknya.
Lamunan Suria terhenti bila kereta yang dipandu Haris berhenti tepat di hadapan. Dia memanjat naik ke dalam kenderaan SUV itu.
Seperti biasa, senyuman Haris pasti menyambutnya terlebih dahulu. Senyuman yang tidak pernah jemu untuk Suria memandang. Tetapi ego; Suria membalas dengan senyuman kecil yang tidak penuh.
Suria ingin tetap terus memandang wajah tampan Haris, tetapi pandangannya hanya dilontarkan ke luar tingkap kenderaan yang dipandu Haris dengan kelajuan perlahan.
Haris hanya diam tenang memandu. Memberikan ruang buat Suria. Meskipun kebisuaan itu terlalu kuat sehinggakan mampu memekakkan diri Haris sendiri, tetapi dia relakan.
“I need some space. Time.” Begitulah yang dituturkan Suria beberapa hari yang lepas.
Percaturan Haris tidak kena. Lain ang dia jangka namun lain pula yang menjelma. Jadi Haris memutuskan untuk menuruti permintaan Suria. Meskipun hari-hari berlalu selama seminggu itu sangat menyeksa dirinya.
‘I miss you.’ Hati Haris berbisik lemah. Memahatkan pandangan pada Suria di sisinya yang masih memandang ke luar, ketika kereta yang dipandu berhenti pada lampu isyarat yang bertukar merah.
Suria masih tidak mengalihkan pandangannya. Dia tidak berani menoleh ke sisinya, kerana perasaan Suria kuat menyatakan yang sepasang mata sedang memerhatikannya. Suria ketap bibir. Kenapa dia gemar sekali merumitkan keadaan? Itu yang dikatakan oleh sahabat baiknya Yasmin.
‘You’re such complicated person.’
Sama seperti kisah hidupnya sekarang.
Dan sehinggalah kedua-duanya tiba di rumah, perjalanan mereka hanya bertemankan bisu.
Loud silence – that is deafening.
“Haris kena fikir dulu.” Tutur Haris dalam nada serius kepada si pemanggil di sebelah sana.
Suria yang berada di ruang tamu dapat menangkap nada suara Haris yang sedang berada di balkoni. Meskipun rasa ingin tahunya memuncak namun Suria hanya meneruskan kerja-kerja di komputer riba.
“Of course. Tapi bukan dalam masa terdekat ni abah.” Haris menamatkan panggilan setelah salam dia beri dan perbualan dengan abahnya di Malaysia selesai.
Keluh kecil Haris lepas. Dia memandang lepas ke hadapan. Terlalu banyak keputusan yang dia telah buat dan perlu buat.
Langkah Haris atur masuk ke dalam rumah, pandangannya jatuh pada Suria yang sedang duduk di atas sofa dengan komputer riba berada di atas ribaanya. Haris tidak terus masuk tetapi bersandar pada french door. Dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan Suria yang sedang menaip.
Tidak dinafikan Suria memang sudah berisi, pipi isterinya yang semakin bulat itu memang nampak ketara sekali. Tetapi Haris suka. Suria kelihatan lebih comel dan keanak-anakan.
Haris sememangnya gemar melakukan perbuatannya memerhatikan Suria sehingga wanita itu yang tidak senang sendiri. Dan tepat sekali bila Suria sudah mendongak memandangnya.
Kening Suria terangkat sebagai tanda bertanya akan sebab pandangan Haris kepadanya itu. Namun Haris tidak bersuara sebaliknya hanya terus memandang tepat anak mata Suria, tidak sedetik pun sepasang mata lelaki itu berkelip.
Jika tidak mengenangkan Haris ialah suaminya, Suria sudah pasti sahaja melabelkan Haris sebagai seorang psaiko.
‘Apa pandang-pandang.’ Fikir minda Suria. Dia tidak betah dipandang sebegitu. Jantungnya pantas sahaja memainkan irama okestra yang secara langsung akan membuatkan wajahnya merona.
“What?” Suria terpaksa juga bersuara bila Haris masih tidak memberikan respon apa-apa.
“Nothing.” Jawab Haris. “Hanya dengan buat macam ni je Suria akan bercakap dengan abang kan.” Tutur Haris lagi sambil tersenyum.
Malas melayan, Suria terus kembali memahatkan pandangan pada komputer ribanya. Membuatkan Haris melepas keluh kecil.
Dia mendekati Suria, dan melabuhkan duduk di sebelah isterinya itu. Suria masih tidak bereaksi hanya membiarkan Haris rapat kepadanya.
“Abah nak abang kerja dengan dia.” Tutur Haris tanpa dipinta.
Suria mendengar, tetapi hanya buat tidak endah.
“Well, Suria pun tahu kan abang dah berhenti di tempat kerja abang. So what say you?” Haris menoleh kepada Suria. Entah berapa lama Suria ingin meneruskan mogoknya ini. Haris tidak betah.
“I don’t know. You always do whatever you want. So.” Suria hanya menjongketkan bahu menjawab dan memandang wajah Haris yang dia tidak sedar berada begitu hampir dengan wajahnya.
Meskipun jawapan Suria itu sedikit mengecewakan Haris. Dan dia dapat menangkap maksud tersirat daripada kata-kata isterinya itu, tetapi Haris sedikit gembira. Ini ialah suatu kemajuan. Sekurang-kurangnya Suria sudah ingin bercakap dengannya.
Tetapi harapan Haris berkecai semula, bila Suria kembali kepada mod senyapnya. Dan lebih teruk lagi wanita itu sudah melangkah ke arah dapur sambil membawa komputernya bersama. Petanda yang Suria tidak ingin berada dekat dengan Haris.
Haris hanya memandang Suria yang sudah duduk di kerusi tinggi pada meja kaunter di dapur. Dia mengetap bibir, geram dengan Suria. Otak Haris ligat berfikir. Apa yang perlu dia lakukan.
Haris bangun daripada duduk santainya. Diperhatikan Suria yang berada di dapur. Dia tidak boleh lagi menurut setiap perbuatan Suria.
Haris sedar dia memang bersalah. Bersalah terhadap apa yang telah berlaku sepanjang beberapa bulan ini. Tetapi, bukan begini cara yang sesuai untuk dia selesaikan segala kekusutan yang dia telah timbulkan.
“So, sayang memang nak hukum abang dengan silent treatment sayang ni. How long you’re planning to do this. Weeks? Months? Years? I can’t...”
“If you can’t handle it then just leave.” Luah Suria dingin dan perlahan. Dia sendiri tidak pasti adakah dia memaksudkan kata-katanya itu.
Haris mencekak pinggang. Dia tidak terasa dengan kata-kata Suria itu. Mengenali Suria dia sedar Suria memang mudah melepaskan bicara menyakitkan hati tanpa berfikir terlebih dahulu bila dia sedang marah.
“You know what sayang knowing you. I know you didn’t mean it.” Tutur Haris menanti reaksi Suria.
Jari-jemari Suria yang sedang bermain pada kekunci komputer terhenti. Haris benar. Dia memang tidak memaksudkan kata-katanya. Dia benci bila Haris sangat mengenalinya.
Suria menahan riak wajahnya, dan berpaling daripada skrin computer kepada wajah Haris.
Tidak ingin mengakui kenyataan Haris, dia membalas kata-kata lelaki itu. “No. You don’t know me. And I mean it what I had said.” Tutur Suria dan tanpa menanti reaksi Haris dia kembali semula memandang skrin di hadapannya.
Suria tidak mudah untuk dilembutkan bila dia sudah berkeras, fikir Haris. ‘One step at a time.’ Ya, selangkah demi selangkah diambil untuk melembutkan semula hati Suria, fikir Haris.
Atau mungkin dia boleh sahaja terus memecut mengejar Suria yang sedang berlari menjauh. ‘You’re not going any further.’ Minda Haris berbicara.
Dia perlu tahu kenapa penjelasannya minggu lepas malah hanya memburukkan keadaan. Bukankah sepatutnya Suria gembira atau senang hati. Wanita sememangnya sangat sukar untuk diduga.
Haris masuk ke dapur mengikuti Suria duduk di atas kerusi tinggi di sebelah isterinya itu.
Suria benci. Dia sudah bangun dan ingin melangkah pergi daripada ruangan itu. Tetapi tidak sempat Suria melangkah jauh, tubunya ditarik ke belakang dan rapat pada tubuh Haris. Lelaki itu melingkarkan rangkulannya pada bahu Suria.
“Stop running away.” Bisik Haris perlahan. Rangkulan semakin dieratkan. Suria ketap bibir.
“Lepas...” Dingin bicara yang terluah daripada bibir Suria, meskipun dia tidak menginginkannya begitu. Ego. Dia cuba untuk merungkai pelukan Haris
“Just stay.” Kata-kata Haris membuatkan perbuatan Suria terhenti. Dia tidak mampu untuk protes mendengarkan getar pada suara lelaki itu.
Haris membawa wajahnya pada paras bahu Suria. Merehatkan dagunya di atas bahu si isteri.
Keluh kecil Haris lepaskan. Nafas ditarik dalam. Haruman daripada tubuh Suria memberikan damai dalam jiwa lelakinya. Semuanya harus diselesaikan diantara mereka.
“Abang ingat Suria akan gembira bila dah dapat tahu yang abang tak jadi kahwin dengan Wardah. But...” Bicara Haris terhenti. Ya, tetapi kenapa dengan reaksi Suria dengan semua itu.
“I know you didn’t hear it directly from me. Abang memang dah rancang untuk bagi tahu sayang. So I am sorry that you have to hear it from someone else. And especially from Wardah.” Tutur Haris lagi.
Seminggu sebelum majlis akad nikah antara dia dengan Wardah – Haris menerima panggilan telefon daripada gadis itu. Dalam keadaan teresak-esak Wardah mengkhabarkan kepada Haris yang kedua-dua orang tua gadis itu menyuruh mereka untuk membatalkan majlis perkahwinan tersebut.
Ternyata Wardah tidak memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapanya yang dia akan mengahwini Haris yang sudahpun beristeri. Dan sebaik sahaja Wardah membuka mulut memberitahu akan perkara itu – dengan harapan bila hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum majlis mereka, kedua-dua ibu bapanya akan tetap menerima perkahwinan tersebut.
Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ibu bapa Wardah berkeras untuk membatalkan majlis perkahwinan tersebut. Mereka tidak ingin melihat anak perempuan mereka menjadi perosak kepada rumahtangga wanita lain apatah lagi bila mereka mengetahui yang Haris juga tidak tahu bahawa Wardah tidak memberitahu tentang diri Haris yang sudah beristeri, kepada ibu bapanya.
Haris tidak tahu apa yang perlu dia lakukan pada ketika itu. Tetapi dalam kepala Haris semestinya tidak tertumpu kepada memikirkan bagaimana cara yang membolehkan dia dapat mengahwini Wardah, sebaliknya hanya kepada di mana dia perlu mencari Suria apabila dia menerima email daripada isterinya itu.
Haris juga tidak tahu adakah dia perlu merasa bersalah bila dia sebenarnya bersyukur apabila dia tidak jadi mengahwini Wardah. Naluri lelakinya membuatkan dia berasa seperti seorang yang tidak bertanggungjawab tetapi hatinya; hati Haris lega. Dan pada detik itu juga dia merasakan rasa bersalah yang menggunung terhadap Suria.
Dan setelah mengetahui keberadaan Suria, Haris tekad untuk tidak melepaskan lagi isterinya itu lari meninggalkannya. Tidak akan pernah walau sekali pun.
“But why, Suria? Don’t you happy?” Bila Haris membahaskan Suria dengan namanya, Suria tahu lelaki itu sedang serius. No more playing around.
“Abang bersyukur yang Allah s.w.t takdirkan abang tak ada jodoh dengan Wardah. Because I can’t bear losing you. Abang cinta dan sayangkan Suria, more than towards the person who had come first in my life.” Tidak ingin menyebut nama wardah, Haris tahu Suria faham siapa orang yang dimaksudkannya.
Haris mengeratkan lagi pelukannya. Tetapi Suria masih diam.
“Please say something.” Luah Haris dekat pada telinga Suria. ‘Say something that can tell me you love me too.’
Suria menelan air liur yang terasa kering di kerongkongnya. Cuba untuk menelan sesuatu, menelan rasa ingin menangis dan menghamburkan perasaannya pada saat itu juga.
Tubir mata Suria sudah bergenang.
“What take you so long?” Bergetar suara Suria untuk meluahkan semua itu.
“Months...” Suria sudah menahan esak tangisnya.
“Kenapa abang tak bagi tahu Suria terus.” Bicara Suria terlontar lemah. Selemah dirinya menanggung rasa sendiri untuk beberapa bulan itu, memikirkan orang yang dia cinta dan sayang menjadi milik wanita lain.
Dan pipi Suria kini dibasahi air mata yang sudah pun membanjiri kolam matanya dan mengalir laju turun, menitis jatuh pada lengan Haris.
Haris yang merasakan hangat air mata Suria menyentuh deria rasa pada kulitnya terus memalingkan tubuh Suria menghadap dirinya.
“Hey. Why are you crying?” Pantas jemari Haris mengesat pipi Suria. Tetapi air mata isterinya itu lebih laju turun membasahi kembali wajah Suria.
Kepala Suria tertunduk memandang lantai yang sudah kabur pada penglihatannya akibat air mata yang memenuhi ruang anak matanya. Esak tangis Suria juga sudah semakin kedengaran. Tangisan yang dia tahan selama beberapa bulan ini akhirnya terhambur keluar di hadapan Haris.
“Kenapa abang tak bagi tahu Suria masa abang sampai sini. Kenapa buat Suria ingat yang abang dah kahwin dengan perempuan lain.” Suria tidak kuat untuk menyebut nama Wardah. Meskipun dia tidak menyalahkan wanita itu. Tetapi sedikit sebanyak wanita itu jugalah yang menyumbang kepada rasa sakit yang terbesar Suria rasakan di dalam hatinya.
“Do you know how much it hurts?” Suria sudah mula memukul dada Haris.
“Do you know how much it hurts thinking of the person you love the most marrying another woman.” Suria masih memukul dada Haris yang hanya membiarkan perbuatan Suria itu.
Mungkin kerana berada dalam keadaan marah, pukulan Suria pada dada Haris boleh tahan sakitnya. Tetapi sakit lagi rasa hati Haris melihat keadaan Suria begitu. Dan lebih teruk apabila Haris tahu dia adalah punca disebalik semua itu.
“Do you know how much it hurts? Hurt by the image of you kissing your new wife on your wedding night – by your image in her embrace.” Suria meluahkan rasa hatinya perlahan. Kepalanya mendongak memandang wajah Haris.
Suria dapat menangkap sinar mata Haris. Lelaki itu juga terluka melihat dirinya. Tetapi Suria belum selesai lagi. Terlalu banyak yang dia simpan, dan dia ingin semuanya keluar terlepas bebas daripada menyesakkan dadanya setiap hari.
“It hurts abang. It really hurts. Here.” Suria menunjuk ke arah dada kirinya.
“And you asked me why? Why am I being like this? When I was supposed to be happy to hear you announced about your cancelled wedding.” Suria masih meneruskan kata-katanya yang sudah pasti sahaja telah membuatkan Haris terdiam seribu bahasa. Pandangan mata Haris tida dilepaskan oleh mata Suria. Dia ingin Haris tahu perasaannya.
“And I even have these silly thoughts of mine, about your future with her. How both of you gonna have your own children. And how happy you would be to become a father, to the child I could never give you all these years.” Air mata Suria mengalir lagi. Tetapi dia bersyukur pada kurniaan Allah s.w.t yang sedang menumpang di dalam rahimnya kini.
Haris sudah menahan air mata lelakinya daripada mengalir. Tidak pernah terlintas dalam mindanya yang Suria akan memikirkan tentang semua itu. Betapa dia berasa sangat bersalah kepada Suria.
Kain baju Haris sudah kusut digenggam oleh telapak tangan Suria yang masih berada pada dada lelaki itu. Tanpa Suria sedar dia sedang mencengkam kuat baju Haris.
“I am sorry. I really am sorry.” Suara Haris keluar berbisik. Dia menelan liur, dan mengerdipkan matanya beberapa kali untuk menghalang dirinya daripada mengalirkan air mata.
Tangan Suria yang berada pada dada Haris dibawa lelaki itu ke dalam genggamannya. Jarak mereka didekatkan lagi sehingga perut memboyot Suria menyentuh perut Haris. Dia turut dapat merasakan pergerakkan bayi mereka – yang sentiasa turut aktif setiap kali Haris dan Suria berbicara bersama.
“It never crossed my mind, that my actions gonna hurt you so badly.” Haris tidak pernah terfikir akan perkara itu kerana Suria sering mempamerkan sisi dirinya yang sentiasa kuat dan tabah. Seolah-olah Suria tidak pernah terluka.
Tangisan Suria sudah semakin kuat. Sekali lagi Haris sudah membuatkan Suria menangis sejak dari hari pertama dia tiba. Serta-merta Haris membawa tubuh Suria ke dalam dakapannya. Suria membenamkan wajahnya pada dada Haris. Dan baju lelaki itu sudah mula lencun dengan air matanya, tetapi Haris tidak kisah.
Sekarang baru Haris tahu betapa lemah dan rapuhnya Suria. Dan sekarang baru Haris sedar betapa menyesalnya dia kerana telah mengabaikan Suria selama beberapa bulan ini – menyesal kerana menyangka Suria tidak pernah peduli. Menyangka yang Suria tidak punya perasaan dalam perkahwinan mereka.
‘And now I know she loves me. Word could never tell enough.’ Bisik hati Haris.
Bila tangisan Suria sudah mula redah, Haris melepaskan pelukannya. Wajah Suria dicengkam lembut dengan kedua-dua belah tangannya, dan mendongakkan wajah isterinya itu untuk memandangnya.
Rona wajah Suria sudah memerah dan sedikit sembap kerana menangis. Tetapi tidak sedikit pun semua itu dapat mengugat bagaimana indahnya Suria terlihat pada pandangan mata Haris.
“Abang minta maaf.” Jari jemari Haris menghapus sisa air mata Suria daripada pipi isterinya itu. Suria hanya diam dan fokus menanti kepada kata-kata Haris seterusnya.
Kedua-dua mereka saling berbalas pandangan.
“Abang minta maaf sebab selama ni abang tak pernah sedar tentang rasa sayang Suria pada abang.” Haris merapatkana wajah mereka. Dahinya dan dahi Suria sudah bersentuhan. Haris memejamkan mata.
“Abang ingat sayang tak pernah peduli dengan perkahwinan kita. Abang ingat sayang hanya menjadi isteri abang yang sebenar hanya atas dasar sebuah perkahwinan.” Suria melepas keluh kecil mendengarkan itu. Dia sememangnya bukanlah seorang yang mudah melafaz dan mempamerkan rasa cinta dan sayangnya.
Haris tertawa kecil. Berasa lucu dengan pemikirannya sendiri. Dia seharusnya lebih matang dalam menilai kasih dan sayang seseorang.
“To be honest, when I asked to marry Wardah...” Haris menelan liur, kalau boleh dia tidak ingin mengungkit lagi kisah dia hampir memadukan Suria itu.
“Abang tak boleh nak fikir dengan betul. At some point I ever wondered myself, why? Just why I did that when I know I’ve loved you so much.” Dan sekarang dengan mata yang masih terpejam – setitis demi setitis air mata Haris mengalir bila memikirkan yang perbuatannya itu telah melukai orang yang dia sangat sayang.
Suria hanya memerhatikan bagaimana air mata lelaki Haris mengalir membasahi pipi suaminya itu.
“And when you agreed to that marriage, I feel hurt. Because that’s not what I had expected.” Haris berharap yang Suria akan berkeras dan tidak mengizinkannya untuk mengahwini Wardah.
“Maybe we just don’t come along in the term of loving. When I think that a person should fight for what they love, in the other hand you think to let what you love find what they love.” Perlahan-lahan Haris membuka kelopak matanya dan disajikan dengan sepasang mata milik Suria yang masih memandangnya. Dia menemui sinar pada pandangan Suria. Cinta.
Mereka berdua diam seketika. Hanya pandangan mata masing-masing yang berbicara kata-kata cinta.
Suria kemudian melepaskan sebelah tangannya daripada genggaman Haris. Dan membawa tanganya pada wajah lelaki itu. Sisa air mata yang masih hangat pada wajah Haris dikesat Suria. Dia tidak pernah menyangka akan melihat suaminya mengalirkan air mata.
Hati wanita Suria tersentuh. Terlalu tersentuh, sehinggakan air matanya yang sudah berhenti keluar tadi mengalir kembali membasahi pipinya.
Ketawa kecil terbit pada bibir Haris. “Macam mana sayang boleh nak lap air mata orang lain bila sayang sendiri pun menangis.” Tutur Haris dan jemari kasarnya pula yang naik mengesat air mata Suria. Suria tertunduk dan turut tertawa kecil.
Dagu Suria diangkat Haris untuk memalingkan wajah isterinya itu kepada dirinya. Wajah Suria digenggam semula. Dan Haris kemudian melabuhkan sebuah kucupan hangat pada dahi Suria. Lama. It still feels like the first time.
Suria hanya memejamkan matanya.
“I am sorry.” Dan kucupan Haris beralih kepada pipi Suria pula. Masih terasa lembap wajah Suria yang dibasahi sisa air matanya saat bibir Haris mendarat di situ.
“I am sorry.” Kucupan beralih pula kepada sebelah lagi pipi Suria. Lebih lama.
Kemudian Haris mengalihkan bibirnya.
“I don’t need anymore apologi...” Belum sempat Suria menghabiskan ayatnya kedua-dua ulas bibirnya terkunci dengan sentuhan bibir Haris.
Haris merangkul pinggang Suria, dan lebih kemas dan erat bila dia masih lagi mengunci bibir Suria.
Sedetik dua berlalu. Kedua-dua Haris dan Suria hanya membiarkan sebentar diri mereka hilang di dalam dunia mereka sedirinya.
Kedua-dua Haris dan Suria hanya menghentikan perbuatan mereka bila terasa tendangan si kecil dalam perut Suria. Ketawa kecil terlepas daripada kedua-dua mereka.
Haris mengusap lembut perut Suria. Dia kemudian melutut di hadapan Suria, wajahnya dirapatkan pada perut si isteri. Suatu kucupan Haris hadiahkan di situ.
Suria tersenyum kecil dengan perbuatan Haris itu. Rasa bahagia muncul dengan serta merta di dalam jiwanya. Dan segalanya syukur kepada Dia, Allah s.w.t yang menyalurkan rasa bahagia tersebut.
Haris kembali bangun dan menghadap Suria. Mereka tidak perlu berbicara banyak, hanya pandangan masing-masing yang menuturkan kata-kata yang tidak terluah.
“I miss you sayang.” Tutur Haris. Tangan Suria dikucupnya.
“Abang nak tebus semula setiap masa yang kita dah terlepas untuk bersama.” Bila dikenangkan semula, mereka terlalu sibuk dengan diri sendiri. Tidak pernah menyangka yang badai akan menampar kehidupan rumahtangga mereka.
Segala yang terjadi dalam perkahwinan mereka sedikit sebanyak telah membuatkan Haris dan Suria menuju jalan mereka masing-masing. Dan tanpa sedar mereka saling menjauh. Tidak ada sesiapa yang perlu dipersalahkan.
Mungkin mereka berdua diuji agar kekuatan cinta mereka dapat dibentuk semula. Begitulah yang bermain dalam minda kedua-dua suami isteri itu.
“I know. And I am sorry too.” Luah Suria. Dia juga terlalu mengikut kata hati sendiri. Dia juga telah banyak menyumbang kepada masa mereka yang terbuang.
“Shhh. You need not to sorry. I am the one who being thoughtless. Tak pernah Nampak rasa cinta sayang.” Mendengarkan itu Suria terus merona. Dia dilamun cinta, telalu dilamun cinta dengan lelaki di hadapannya itu.
Senyuman Haris terbit, suka melihat tingkah Suria. ‘I never got enough of you.’ Fikir minda Haris.
“Abang.” Luah Suria lembut.
“Hermm?” Haris menjawab ringkas keningnya terangkat melihat riak wajah Suria.
“Suria penat lah. Lama sangat dah rasanya kita berdiri ni.” Perlahan-lahan Suria mengatakan. Tidak ingin merosak suasana mereka sekarang.
Meskipun Haris masih merangkul pinggang Suria erat. Tetapi perut Suria yang sudah ke depan itu tetap membuatkannya berasa penat bila berdiri begitu lama.
Haris kelam kabut bila tersedar akan hal itu. Tubuh Suria terus dilepas dan membiarkan Suria duduk semula di atas kerusi tinggi tadi.
“Abang. Suria ada banyak sangat nak tanya abang.” Tutur Suria setelah dia selesa dalam duduknya. Kepalanya mendongak memandang Haris yang masih dalam keadaan berdiri.
“I don’t mind starting all over again.” Jawab Haris sambil menghadiahkan senyuman buat Suria.
“Suria rasa banyak sangat tentang abang yang Suria tak tahu.” Suria berkata sambil memandang tepat ke dalam mata Haris dan turut tersenyum.
Lucu bagaimana baru sebentar tadi mereka saling meluahkan rasa masing-masing dalam keadaan yang emosi sekali. Bagaiman hubungan dingin beku mereka selama ini seolah-olah hilang tersejat dengan kehangatan yang sedang menyelubungi diri mereka sekarang ini.
“I’d be an open book for you to read sayang.” Balas Haris pula yang membuatkan Suria ketawa. ‘Well, I love reading.’ Bisik hati Suria perlahan.
Sungguh sebuah perkahwinan bukan hanya untuk dijalani setahun dua, mahupun selama lima tahun. Tetapi perkahwinan ialah suatu fasa yang mengambil masa selamanya, untuk tetap saling mengenali pasangan masing-masing. Mungkin perkara itulah yang Haris dan Suria telah terlepas pandang. Iaitu untuk tetap saling belajar mengenali diri mereka.
“We surely got so much to catch up.” Tutur Suria pula.
Mungkin sahaja selama ini hanya prolog kisah mereka yang telah dilalui Haris dan Suria. Dan mungkin sekarang ialah detik kisah yang sebenarnya untuk bermula. Mereka berdua tidak akan dapat menjangka perkara yang terakhir menanti di sana.
Share this novel