Bab 5

Romance Completed 11113

Tidak cukup dengan kejutan yang diterima oleh Haris selepas membaca email yang baru diterimanya itu, satu panggilan seolah-olah menghentak dirinya terlalu kuat hingga dia terpaksa membawa tubuhnya untuk duduk.

Haris meramas kuat rambutnya tanpa sedar. Pemanggil di sebelah masih dalam talian teresak dengan tangisan, sedangkan dia hanya diam seribu bahasa. Namun, tidak seperti email yang baru dia baca itu, Haris merasakan khabar daripada panggilan itu melepasakan satu beban daripada bahunya.

Haris tidak tahu kenapa dia merasakan perasaan begitu. Apa yang dia tahu saat ini dia mungkin akan kehilangan sesuatu, atau lebih tepat seseorang yang sangat berharga dalam hidupnya. Seseorang yang Haris baru sedar betapa sangat dia memerlukan seseorang itu, hanya pada detik kehilangannya. Haris berharap masih belum terlambat untuk dia memiliki semula seseorang itu.

“Suria.”

* * * *

Bumi Australia memancarkan sinar mentari yang terang, namun kehangatannya menyamankan dengan suhu yang agak sejuk. Setiap pagi telah menjadi rutin Suria untuk berjalan di kawasan taman tidak jauh daripada kawasan perumahan tempat dia menetap di tanah kanggaru itu.

Pagi yang agak berangin membuat Suria mempercepat langkah untuk masuk ke dalam apartmentnya. Mengelus lembut perut yang membuyung dengan kandungannya yang sudah masuk minggu ke 26 tu, bererti sudah dua bulan lebih dia meninggalkan tanah air tercinta. Termasuk orang-orang yang dicintainya juga.

“Haris.” Suria melepas keluh perlahan. Nafasnya agak semput akibat berjalan laju tadi. Baru sahaja tubuh dihempas ke atas sofa panjang yang terdapat di ruang tamu apartment itu, loceng rumah berdeting. Suria bingkas bangun, walaupun agak perlahan sebenarnya dengan perutnya yang memboyot begitu.

Tidak langsung melihat melalui lubang kecil yang ada pada pintu tersebut. Suria terus membuka luas pintu itu kerana dia memang menjangkakan kedatangan Aminah, rakan editor di syarikat tempat dia berkerja sekarang. Senyuman yang sentiasa lekat pada wajah Suria itu serta-merta mati, apabila bukan Aminah yang sedang berdiri di hadapannya kini.

Suria mati kata. Waktu seolah-olah terhenti seketika pula pada waktu itu. Berbalas pandangan dengan individu yang sedang berdiri di hadapannya kini, Suria telan air liur yang terasa kering. Dia mengelipkan matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dia lihat itu bukan khayalan.

“Assalamualaikum.” Suara garau itu menyentak Suria kembali ke alam realiti, menghantar getar pada jiwanya. Suara yang sama itu masih memberikan kesan pada diri Suria.

‘Well, baru dua bulan lebih kot. You don’t expect someone to forget their used to love ones that easily.’ Suria bermain dengan persaan sendiri.

‘Then you shouldn’t have done what you had done in the first place.’ Suara hatinya memprovokasi. ‘Shut up.’

“Miss me much. Sampai tak dapat nak jawab salam abang terus.” Haris hanya tersengih melihat Suria yang terpepam di hadapannya itu.

Suria tarik nafas dalam, genggaman pada tombol pintu dieratkan. Mencari kekuatan agar dia tidak tumbang akibat daripada terkejut dengan kehadiran Haris di hadapannya kini.

“Waalaikumsalam.” Suria akhirnya bersuara. “What are you doing here?” Menyoal Haris.

“Ermm, can I come in?” Haris tidak menjawab soalan Suria, tetapi malah sudah membawa langkahnya masuk ke dalam aparment Suria, tidak menanti kebenaran daripada gadis itu.

Suria melongoh melihat Haris yang dengan selamba duduk di sofa panjangnya. ‘Nak minta izin buat apa.’ Suria mencebik. Masih berdiri tegak di depan pintu. Dia tidak tahu harus bereaksi bagaimana.

“Awak tak boleh duduk dalam rumah ni. Saya tak nak jiran-jiran saya cakap yang bukan-bukan nanti.” Suria melepaskan kata-katanya yang agak tersangkut-sangkut itu. Dia tidak tahu status perkahwinannya dengan Haris sekarang ni, dan dia tidak ingin ada khabar angin yang tidak bagus tentangnya jika ada antara jiran-jiran yang melihat Haris di dalam rumahnya.

Meskipun dia tinggal di dalam apartment yang semestinya memberikan privasi kepada penghuni sepertinya. Namun, setiap individu yang tidak tinggal di apartment itu perlu mendaftarkan kedatangan mereka pada pengawal di kawasan lobi dan Suria tidak tahu bagaimana Haris boleh lepas masuk.

Setelah lama menunggu, Haris akhirnya bangun menuju ke arah pintu tempat Suria sedang berdiri. Suria menyangka yang lelaki itu akan berlalu keluar daripada rumahnya, tetapi sebaliknya Haris menarik genggaman Suria daripada tombol pintu, pandangannya jatuh tepat pada wajah si isteri. Suria yang agak terkejut, tidak tahu untuk berkata apa-apa.

Haris menutup pintu tersebut rapat, sebelum menguncinya. Tangan Suria masih dalam genggamannya, dan Suria tidak menunjukkan tanda-tanda protes dengan perbuatan Haris itu. Dia sebenarnya hilang kata dan lupa tingkah dengan kehadiran lelaki itu di situ.

Suria sebenarnya masih tidak dapat memproses apa sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala Haris sudah menarik Suria untuk duduk sama dengannya, seperti Suria pula yang tetamu di rumah itu.

“Your neighbors got nothing to say.” Tutur Haris.

“I am still your husband, and you’re my wife. And this marriage. Our marriage is still valid.” Terang Haris lagi. Dia cuba mencari wajah Suria yang sedang menunduk. Betapa Haris bersyukur kerana dipertemukan dengan Suria, setelah puas dia mencari Suria di serata Malaysia.

Tak usah disebut apa yang telah dia lakukan semata-mata untuk menjejaki si Isteri yang membawa diri. Haris senyum kecil mengenangkan cara Suria memberontak. Isterinya itu masih tunduk menekur lantai. Haris mengelus lembut tangan Suria yang berada dalam genggamannya.

Suria yang sedar akan perbuatan Haris itu segera menarik tangannya. Tidak selesa dengan perlakuan Haris, yang hanya menambah getar dalam jiwanya.

“But, I ask you to divorce me. Dan saya dah bagi tahu sebab-sebab saya.” Luah Suria.

“You ask. But it doesn’t mean I have to do it. Right.” Haris tidak menyoal, dia lebih menyatakan kata-katanya itu.

“But, I am sorry. Saya ingat saya mampu untuk hidup bermadu, tapi bila saya fikir semula...” Suria berjeda.

“Saya tak mampu sebenarnya. Dan saya nak awak ceraikan saya. Saya tak minta apa-apa daripada awak. Saya Cuma nakkan perpisahan.” Tutur Suria lancar, cuba mengawal getar dalam suaranya. Berdosanya seorang isteri meminta cerai daripada sang suami yang baik dan tidak ada kurangnya seperti Haris.

Haris sedikit kecil hati bila Suria membahaskannya dengan panggilan ‘awak’ dan bukannya abang seperti kebiasan mereka. Namun dia cuba untuk tidak mengambil kisah akan perkara itu, kerana dia ada matlamat yang lebih utama untuk dicapai. Mendapatkan hati Suria semula.

“Abang takkan ceraikan Suria. That’s it. No more talk.” Haris menoktakan katanya.

“You have Wardah. She’s your wife now, and that’s enough.” Balas Suria, berang dengan Haris yang pentingkan dirinya sendiri.

“Wardah lain dan Suria lain, tak sama.” Luah Haris, terpegun dengan kekerasan Suria dengan keputusannya.

“You can’t have both. No. You can have Wardah. You don’t need me. So, just let me go okay.” Suara Suria sedikit meninggi lupa sedang berbicara dengan suaminya. Haris sakit hati mendengarkan luahan Suria. ‘I need you that’s why I am here.’ Kata-kata Haris tidak terluah.

“Tidak, bukan Suria seorang yang boleh buat keputusan.” Haris mengeluh.

“So, awak boleh buat keputusan sendiri pula nak simpan isteri-isteri awak. Tanpa fikirkan perasaan orang lain.” Suria bangun mencekak pinggang. Tidak betah duduk di samping Haris mendengar semua, kata-kata lelaki itu.

“You agree with it Suria. Suria sendiri yang setuju dengan perkahwinan abang dengan Wardah.” Haris sudah sedikit geram, namun masih mampu mengawal intonasi suaranya. Suria yang mendengarkan kata-kata suaminya itu, terpepam. Dia hilang kata.

“Saya terpaksa, sebab saya nak awak dapat apa saya tak mampu berikan pada awak, dengan awak berkahwin dengan Wardah.” Suria sememangnya terpaksa. Pada waktu itu dia tidak ingin kehilangan Haris tetapi dia juga tidak ingin merampas kebahagian yang mampu dimiliki oleh lelaki itu.

Dengan berkahwin dengan Wardah, Haris akan memperoleh dua perkara yang dia ingini; anak dan cinta pertamanya. Itulah apa yang terlihat pada pandangan Suria pada waktu itu.

“Then why did you agree with it in the very first place. Kenapa tak bagi tau je yang Suria tak nak abang kahwin dengan Wardah?” Haris menyoal Suria geram. Dan Suria merasakan soalan Haris itu seolah-olah mengatakan kesalahan itu berpunca daripada dia. Bibirnya diketap kuat, cuba menahan air mata yang sedang berkolam pada kelopak matanya daripada mengalir.

Suria melemparkan pandangan pada luar jendela. “You love her...” Tutur Suria perlahan hanya pada pendengarannya sahaja.

“You love her... and she can give you the baby you have longed for.” Sambung Suria keras.

Haris sedikit terkesima, dan rasa bersalah mulai bersarang dalam dirinya. Dia tahu, bukan hanya dia yang yang menginginkan zuriat dalam perkahwinan mereka, tetapi Suria juga sama. Dan gadis itu bahkan lebih terasa dengan perkara itu, bila dia yang sudah pernah mengalami keguguran kandungan yang sangat mereka nanti-nantikan.

Bercakap mengenai zuriat, Haris baru teringat sesuatu. Dia perasan akan perut Suria yang memboyot sewaktu isterinya itu membukakan pintu untuknya tadi. Meskipun pakaian Suria longgar, kandungannya masih jelas kelihatan.

“Kenapa tak bagi tahu abang yang Suria mengandung?” Soal Haris. Dia sedar akan perubahan yang dialami Suria beberapa bulan yang lepas. Dia tahu Suria yang tidak pernah tinggal solat meskipun bila masuk pada hari sepatutnya dia datang bulan. Hubungan suami isteri mereka yang tidak ada ‘gangguan’. Dan dua bulan lebih yang lepas bila Suria tidak sihat.

Haris Cuma menantikan Suria untuk buka mulut mengkhabarkan tentang hal itu. Namun meskipun setelah seminggu selepas Suria mengatakan yang dia telah berjumpa dengan doktor, gadis itu tidak langsung membawa topik tentang kehamilan pada Haris.

Haris juga sebenarnya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, dia hanya bersyukur sekiranya Allah menganugerahkan mereka dengan kehamilan Suria. Tetapi dia juga takut melihat kekecewaan pada wajah Suria jika isterinya itu mengalami keguguran sekali lagi. Mungkin sama seperti Suria, dia juga paranoid.

Suria usap perutya. Bayinya itu sedang bergerak-gerak di dalam rahimnya. Suria senyum, merasakan pergerakan pada perutnya. Anaknya itu sungguh aktif. “I thought she wouldn’t last.” Jelas Suria, dan lebih mengatakan hal itu pada dirinya sendirir. Keputusan ultrasoundnya dua minggu yang lepas menyatakan jantina bayi yang sedang Suria kandungkan itu ialah perempuan.

“A baby girl...” Haris berbisik perlahan, senyuman terukir pada wajahnya. Dalam hati dia mengucap syukur pada Allah s.w.t.. Membayangkan wajah bayi perempuan comel, yang akan mewarisi raut wajahnya atau Suria. ‘Or she can have her mom’s round eyes, dimple on cheek like her daddy.’ Haris tersenyum lagi dengan imaginasinya itu.

Seketika kemudian senyuman Haris mati ‘I thought she wouldn’t last’ terngiang ayat Suria dalam mindanya. Perasaan bersalah Haris semakin memakan dirinya. Bagaimana jika seperti apa yang dikatakan oleh Suria itu terjadi – keguguran. Tidak dapat Haris membayangkan Suria menghadapi semua itu sendirian.

“Tapi Suria sepatutnya tetap kena bagitau abang. Suria tak terfikir ke. That I might cancel my wedding if I know that you’re pregnant.” Haris memancing Suria.

“You might. But you’re not gonna do it anyway.” Balas Suria. Haris terpukul dengan kata-katanya sendiri.

“Besides, why should I do that. Takkan saya nak halang awak untuk hidup dengan orang yang awak cintai. With your long lost love one.” Suria ketawa kecil dalam kata-katanya. Tertawa dengan kehidupannya sebenarnya yang tidak pernah ada cinta dalam perkahwinan mereka berdua.

“Suria dah halang pun sebenarnya. Suria halang abang untuk hidup dengan orang yang abang sayang.” Luah Haris, memandang batang tubuh Suria yang membelakanginya.

“What do you mean?” Suria berpaling, hanya pada pandangan Haris yang tepat memandang anak matanya. Menghantar perasaan yang sukar untuk dia tafsirkan.

“What do you mean, what I mean?” Sengaja Haris menyoal semula. Dia bangun menghampiri Suria. Mendekatkan jarak antara mereka. Suria sudah menundukkan wajahnya, tidak mampu untuk menentang pandangan Haris. Senyuman muncul pada bibir Haris, lucu melihat wajah Suria yang sudah memerah.

Suria tidak buka mulut. Kedudukan Haris yang terlalu hampir itu menyesakkan dadanya. Dia ingin melangkah ke belakang namun kakinya seolah-oleh digam lekat ke lantai, tidak mampu bergerak.

“Dengan Suria lari tinggalkan abang. Suria dah halang abang untuk hidup dengan Suria. Orang yang abang sayang.” Tutur Haris, menggenggam bahu Suria, dan membawa wajahnya tunduk pada aras ketinggian isterinya itu.

‘Sayang tak bererti cinta.’ Bisik hati Suria.

“Now look at me.” Haris mengarahkan Suria. Tetapi gadis itu masih pegun memandang lantai. Haris mengeluh perlahan, mencakup wajah Suria dengan kedua-dua belah tangannya, memaksa gadis itu untuk mendongak memandangnya. Lama dia memandang wajah Suria. Diteliti satu persatu aspek wajah Suria; mata, hidung dan bibir.

Suria tidak berkedip membalas pandangan Haris itu tiba-tiba terasa suatu perasaan mencengkam jiwanya. Dia cuba bertahan, air matanya sedikit demi sedikit semakin berkolam di kelopak mata. Diketap bibir bawahnya kuat, untuk menghalang titis mutiara itu daripada mengalir membasahi wajahnya.

Haris telan liur. Dia rindukan Suria, rindu akan segalanya tentang Suria. Dua bulan Suria menghilang mengajar Haris betapa Suria itu ialah belahan daripada jiwanya, tidur malamnya tidak pernah lena mengenangkan di mana keberadaan Suria. Bahkan kedua ibu bapa Haris juga bimbang melihat keadaan Haris.

Ibu bapa Suria juga sama. Walaupun mereka agak berkecil hati dengan Haris kerana menduakan Suria, tetapi rasa bersalah juga turut sama bertandang dalam diri mereka memikirkan tentang perbuatan Suria. Kehidupan Haris seperti hilang punca, perlbagai usaha dia lakukan untuk menjejaki Suria.

Melalu beberapa email yang Suria telah hantar kepada ibu bapanya, memaklumkan akan kesihatan dan kehidupannya sekarang. Meminta agar kedua-dua orang tuanya itu untuk tidak risau, kerana dia selamat dan memilih untuk menjalani hidup sendiri.

Suria tidak langsung memberitahu di mana dia berada sekarang, termasuk juga tentang kandungannya meskipun kandungannya itu sedang membesar dengan sihat. Suria masih takut akan kekecewan nanti dan harapan yang diletakkan kepada dirinya dan bayi dalam kandungannya.

Tidak terlintas dalam fikiran Haris yang Suria akan ke luar negara. Kerana pencariannya yang hanya dilakukan di dalam Malaysia sahaja telah mengambil masa Haris lebih lama untuk mengetahui di mana Suria berada sebenarnya. Sehinggalah, bila Yasmin mencadangkan untuk menyemak penerbangan antarabangsa yang sememangnya telah membuahkan hasil.

Sebaik sahaja dia mengetahui Suria telah ke Australia, Haris telah membuat sebanyak mungkin panggilan kepada kenalannya yang berada di Australia untuk meminta pertolongan menjejaki Suria. Termasuk juga kenalannya yang berkerja di kedutaan Malaysia di sana.

Doanya kepada Allah s.w.t juga tidak pernah putus-putus. Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. ‘Kehilangan’ Suria sememangnya sangat memberikan kesan kepada kehidupan orang-orang yang rapat dengannya. Namun mereka juga faham akan perasaan Suria, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Haris tersentak daripada ingatannya. Jarinya yang mengelus lembut pipi Suria itu basah. Matanya dibawa memandang tepat mata Suria. Gadis itu menangis bisu. Haris panik seketika.

“Sayang kenapa ni huh?” Soal Haris lembut. Air mata Suria disekanya. Suria hanya diam membisu. Wajahnya sekali lagi dibawa tunduk, membiarkan air mata yang semakin deras mengalir menitis ke lantai.

“Hey. I am sorry. Kenapa ni?” Soal Haris sekali lagi. Esak tangis Suria semakin kedengaran. Haris memaut lengan Suria, membawa isterinya itu duduk semula.

Suria cuba untuk berkata-kata tetapi tangisannya menyukarkan. Kehadiran Haris di hadapannya mengingatkannya semula akan kenyataan yang Haris sudah pun berkahwin dengan Wardah. Memberitahunya yang Haris bukan lagi miliknya, dan bayi yang akan lahir itu mungkin akan membesar di bawah jagaannya sebagai seorang ibu tunggal.

Meskipun Haris mengatakan yang dia belum menceraikan Suria dan tidak mungkin akan melakukan perkara itu, tetapi bagi Suria dia tekad. Dia tidak sanggup hidup sepanjang usianya terseksa mengenangkan apa yang dia ada kini terpaksa pula dikongsi dengan orang lain. Suria sedar tidak ada yang akan pernah menjadi milik kita sebagai manusia, apa yang ada di muka bumi ini.

Dia juga tahu, semua ini hanyalah sementara, dan akhirat itulah tujuan sebenar setiap manusia. Tetapi mampukah dia untuk mendapatkan akhirat yang diingini jika, sepanjang kehidupan di dunia ini penuh dengan kebencian dan rasa marah dengan apa yang Haris telah lakukan. Membenci suami sendiri sepanjang perkahwinan mereka nanti.

Suria tidak setegar, dan setabah isteri-isteri Nabi s.a.w yang memang terpelihara akhlak mereka. Bahkan belum pun lagi Haris berkahwin dengan Wardah sebelum dia terbang ke Australia ini, Suria sudah pun derhaka sebenarnya terhadap Haris. Keluar daripada rumah tanpa kebenaran lelaki itu, dan menyembunyikan kandungannya.

Suria menjadi takut. Takut terhadap dosa-dosa yang telah dia lakukan, oleh sebab itulah juga dia ingin Haris lebih cepat untuk menceraikannya. Walaupun, tindakan Suria itu sememangnya suatu tindakan pentingkan diri sendiri. Tetapi pada Suria dia ialah manusia, dan mungkin akan lebih banyak keburukan yang dia lakukakn andai terus dengan perkahwinan mereka.

Esakannya cuba dikawal, Suria meyeka air mata dipipinya. Sebelah tangannya masih digenggam oleh Haris. Lelaki itu cuba untuk menyalurkan kekuatan pada diri Suria yang telah terluka. Kerana Haris tahu dia lah punca kelukaan itu.

Perubahan hormon adalah penyebab Suria terlalu emosi. Emosinya bercampur baur dengan perasaan bersalah dan simpati pada dirinya sendiri. Mengenangkan bagaimana dia melalu ‘morning sickness’ yang agak teruk setelah sampai di Australia sendirian. Sering kali setiap waktu dia pergi membuat pemeriksaan di hospital sendirian tanpa ditemani suami di sisi. Suria melepaskan keluhan yang berat.

Hati Haris seperti sedang diramas-ramas, melihat keadaan Suria. Dia menahan rasa ingin menangis, dan dengan melakukan itu malah semakin menyesakkan jiwanya. Tubuhnya dibawa mendekat kepada Suria. Rapat. Dan dirangkul kemas Suria dalam pelukannya, mengusap-usap kepala si isteri yang masih berbalut dengan tudung.

Membiarkan perbuatan Haris, Suria merasa sungguh tenang. Terasa beban yang dia sedang galas diangkat perlahan-lahan daripada bahunya. Suria mengemaskan sandaran kepalanya pada bahu Haris, dia rindu ingin berbuat begitu. Bauan daripada tubuh Haris mengingatkan Suria akan lelaki yang selama ini dia inginkan untuk berada di sampingnya. Lelaki yang bergelar suami.

Lama Haris merangkul Suria sebelum terdengar dengkuran halus di telinganya. Haris menunduk untuk melihat Suria, isterinya itu telah pun lena seperti anak kecil dalam pelukan ibunya. Haris tersenyum, mengelap sisa air mata pada hujung mata Suria.

Tubuh Suria dicepung, perlahan-lahan dia menuju ke arah pintu bilik Suria yang memang sudah sedia terbuka luas. Suria yang lena dibaringkan Haris di atas katil, dan menanggalkan tudung gadis itu dengan cermat. Sanggulan rambut Suria juga dia leraikan. Kerana Haris memang tahu kebiasaan Suria yang tidak pernah mengikat rambutnya ketika tidur.

Haris berbaring sama mengiring menopang kepalanya menghadap Suria. Menaganalisis setiap raut wajah Suria. Pandangannya kemudian beralih kepada perut Suria. Mata Haris berkolam dengan air mata. Dia senyum gembira, bersyukur dengan kurnian Allah s.w.t buat mereka. Haris mengusap perut Suria lembut, dapat dia rasakan pergerakkan di situ. Haris ketawa kecil.

“Hey, little one. Assalamualaikum. It’s me, your daddy.” Bisik Haris perlahan pada perut Suria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience