Bab 16

Romance Completed 11113

Selesai menunaikan solat zuhur Suria kembali ke ruang tamu. Telefon pintar yang dibiar menjerit tadi diambil dan beberapa panggilan yang terlepas daripada Malaysia, daripada sahabat baiknya Yasmin.

Serta merta Suria membuka pesanan whatsapp dan menghantar pesanan ringkas buat Yasmin.

‘Skype *smiley face*’

Laptop di atas meja kopi dibawa ke atas ribaannya. Tidak lama menunggu, Suria sudah pun disajikan dengan imej Yasmin pada skrin.

“Assalamualaikum mak buyung.” Ceria Yasmin berkata yang membuatkan Suria tergelak besar.

“Waalaikumsalam makcik kepoh.” Tutur Suria masih tersisa dengan gelak dalam bicaranya.

Yasmin seperti biasa sudah tarik muncung bila Suria memanggilnya begitu meskipun kedua-dua mereka sudah semestinya hanya bergurau.

“Oh sampainya hati sahabat baik aku panggil aku kepoh. Dah lah lari tinggalkan aku, kata nak cuti paadahal bawa diri sampai ke sana.” Mulalah Yasmin dengan perangai dramatiknya itu.

Fikir Suria Yasmin sudah melupakan akan hal itu bila dia sudah memberitahu gadis itu perkara sebenar yang telah terjadi. Suria serta merta menjulingkan matanya.

“Dah jangan nak dramatik sangat yerr akak Yasmin oii.” Bicara Suria selamba. Yasmin terus tersengih disebalik skrin.

“So, bila kau nak balik Malaysia. Kerja dengan aku balik. You know you really owe me something right.” Yasmin jongket kening, dia ingin menghukum Suria kerana tidak memberitahu perkara sebenar kepadanya.

Jika bukan kerana Haris yang datang ke pejabatnya dua bulan lebih yang lalu, Yasmin tidak tahu pun yang sahabat baiknya itu sudah membawa diri. Baru tahu Haris dengan rajuk si isteri.

Kehilangan Suria bukan satu-satunya perkara yang mengejutkan Yasmin pada ketika itu. Tetapi terdapat khabar lain.

“Saya rasa bersalah dengan Suria.” Tutur Haris.

“Memang patut pun.” Balas Yasmin dingin. Selama ini dia kira Haris bukanlah seperit lelaki lain. Menjadikan ketiadaan zuriat dalam perkahwinan mereka sebagai alasan untuk berkahwin lain. Sedangkan usia perkahwinan mereka pada Yasmin masih lagi muda. Ada apa pada lima tahun itu.

“I’ve cancelled the wedding.” Luah Haris lagi. Yasmin masih endah tak endah.

Sedetik dua baru dia dapat menangkap kembali kata-kata Haris.

“I beg you pardon.” Yasmin ingin memastikan yang dia tidak tersalah dengar.

“There will be no wedding...” Haris berjeda. “Between me and Wardah.”

Mendengarkan itu mulut Yasmin sudah ternganga. Dipandang Haris yang dari tadi hanya tunduk menekur lantai pejabatnya itu.

“And I need to find Suria.” Jelas kedengaran keresahan dan rasa risau dalam nada suara Haris.

Yasmin hanya melepas keluh. Ya, dia perlu membantu Haris. Dia seboleh mungkin akan cuba untuk melakukan yang terbaik buat sahabatnya dan juga buat rumah tangga sahabatnya itu.

“Hello miss kepoh. Dah kenapa? Mute eh?” Bicara Suria mencantas ingatan Yasmin. Dari tadi Suria bercakap tetapi Yasmin boleh pula tiba-tiba sahaja mengelamun. ‘Jatuh cinta ke apa?’ Fikir Suria.

“Angau eh?” Suria cuba mengusik.

“Eh mana ada okay. Puan Suria jangan nak memandai-mandai.” Balas Yasmin sambil tarik muncung.

Suria hanya tergelak melihat reaksi Yasmin. Mesti Yasmin susah hendak jadi berusia, dengan perangai keanak-anakanya itu tetapi tetap sahaja sahabat baiknya itu boleh jadi orang yang sangat matang daripada usianya kadang kala.

“So how’s life? Dengan suami tercenta?” Yasmin menyoal. Pasti sahaja kehidupan Suria lebih baik kini apatah lagi bila Haris sudah membatalkan hasrat untuk memadukan sahabat bainya itu.

“Fine.” Jawab Suria ringkas. Benarkah hidupnya baik sahaja. Dapakaht Suria menjalani hidup yang baik bila dia sedang mengambil hak orang lain. Hak Wardah sebagai isteri kedua Haris. Walau apapun yang telah terjadi, Wardah tetap punya haknya sendiri. Perkara itulah yang sedang mengganggu kepala Suria sejak Haris menjejakkan kaki ke kediamannya itu.

“Just fine?” Yasmin  menyoal tidak percaya. Tidak tahu yang sahabat baiknya itu tidak ada langsung pengetahuan tetang perkahwinan Haris dengan Wardah yang telah dibatalkan.

“Well. Not really. Aku rasa bersalah dengan Wardah.” Sambung Suria pula.

“What do you mean, kau rasa bersalah. She deserved it. Siapa suruh kacau rumah tangga orang.” Marah pula Yasmin dengan sikap Suria ini. Agak-agak lah kalau nak jadi baik pun. Dan si syaitan pun mulalah hendak menghasut si anak Adam.

“No matter what she’s Haris’s wife too Yas. Semua dah jadi. Aku kena lah terima. Aku tetap tak boleh nafikan hak dia sebagai isteri Haris.” Lemah sahaja Suria menuturkan itu.

“What do you mean?” Yasmin menyoal lagi. Tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh sahabat baiknya itu.

“Haihlah. Engkau ni dari tadi what do you mean, what do mean. What do mean what I mean?” Suria pula kembali menyoal tidak faham dengan kelurusan sahabatnya pada hari ini.

Yasmin mula memikirkan sesuatu. Segala formula, dan hipotesis bermain dalam mindanya. Dia memang seorang yang dramatik fikir Yasmin mengakui sikap dirinya itu. ‘Apakah datang hipotesis pula.’ Fikir Yasmin.

“Okay. Okay. So apa yang Haris cerita pasal Wardah?” Yasmin menyoal ingin tahu, kerana dia yakin benar yang Haris memang tidak jadi berkahwin dengan Wardah. Dia sendiri menemui kedua-dua mertua Suria – ibu, bapa Haris untuk memastikan semua itu.

“All that he had told is that Wardah sekarang dekat U.S. and nothing more.” Perlahan suara Suria.

Yasmin yang memerhatikan air muka Suria, berasa kasihan sungguh dengan sahabat baiknya itu. Apa sebenarnya yang sedang direncana oleh Haris. Kenapa lelaki itu tidak menceritakan perkara sebenar-benarnya yang sudah berlaku.

Suria patut tahu tentang perkara sebenar. Berapa lama lagi dia perlu makan hati. Sudahlah Suria sedang mengandung sekarang. Pening kepala Yasmin memikirkan. Dia hanya berharap apa pun yang dirancang Haris dia sudah pun memikirkan kesannya.

“Have you ever... talked to Wardah?” Yasmin menyoal. Dipandang riak wajah sedih Suria.

“No. Tak pernah. I mean. Haris macam tak bagi.” Jawab Suria.

Yasmin kini yakin. Memang sah Haris menyembunyikan perkara itu daripada Suria.

“Kau rasa patut tak aku call Wardah. Kau tahu, aku rasa bersalah sangat sekarang ni. Sebab aku rasa Haris tak adil. This is just not right Yas.” Tutur Suria. Meskipun nada suara itu bersulam luka, tetapi Yasmin sangat kagum dengan cara Suria berfikir.

‘Ya Allah. Aku tak sanggup.’ Hati Yasmin berbisik lemah. Dia tidak mahu lagi sahabat baiknya itu terluka. Dia tahu bagaimana cintanya Suria pada Haris, dan meskipun dengan segala tindakan yang telah dibuat oleh Haris, Yasmin juga tahu yang Haris juga sangat mencintai Suria.

Hairan Yasmin. Mengapalah dua orang manusia ini gemar sungguh merumitkan keadaan.

“I think you should give her a call.” Luah Yasmin. Mungkin dengan cara ini Suria akan dapat mengetahui perkara sebenarnya. Dia tidak mampu untuk menyampaikan perkara itu sendiri kepada Suria.

Yasmin pasti dia juga akan terluka melihat Suria, bila sahabat baiknya itu sedar perkara yang dia takuti itu tidak terjadi sama sekali. ‘Haris is all yours. And you deserve to know it.’ Hati Yasmin berbisik lemah.

‘Ya Allah permudahkan segalanya buat sahabat baik ku ini. Aku tahu dia kuat. Aku tahu dia mampu untuk menghadapi segalanya. Curahkan rahmat mu dalam masjid yang telah mereka  bina ini.’ Yasmin hanya tersenyum melihat senyuman pada wajah Suria. Senyuman kekuatan.

Suria sedang membina tembok kekuatan untuk dia menghadapi Wardah nanti. Itu yang dapat dilihat oleh Yasmin sekarang ini.

‘Ya Allah, beri dia kekuatan. Amin.’ Doa itu berbisik lembut dalam hati Yasmin. ‘She’s strong. She’s really strong.’ Pelbagai perkara yang sudah ditempuh Suria, dan Yasmin menjadi saksi semua itu. Dia tahu dia sememangnya memiliki seorang sahabat yang sangat kuat.

Selesai berhubung dengan Yasmin melalui skype dan setelah kedua-duanya berbalas salam antara mereka, Suria kemudian menutup komputer riba.

Nafas dalam dia sedut. Suria sendiri tidak tahu adakah dia bersedia untuk berhadapan dengan Wardah meskipun hanya melalui perbualan telefon sahaja.

Suria mendapatkan nombor telefon Wardah melalui Yasmin. Yang telah mendapatkan nombor itu daripada seorang yang dia kenali di syarikat tempat Wardah dan Haris berkerja.

Langkah Suria atur keluar balkoni. Dingin angin menutup sedikit gementar yang dia rasakan. Suria berharap yang Haris tidak akan memarahinya, dengan tindakan yang akan dia buat itu.

Nombor Wardah dihubungi. Beberapa detik deringan, panggilan masih juga tidak bersambut. Suria ketap bibir. Terasa kuat detak jantungnya memukul ke dada. Entah kenapa Suria berasa sangat berdebar-debar.

“Hello.” Panggilan bersahut. Suria jatuh senyap.

“Hello.” Sekali lagi suara Wardah jelas kedengaran pada gegendang telinga Suria.

“Assalamualaikum, kak Wardah. Suria ni.” Dengan senyap Suria menghembus nafas yang ditahannya dari tadi.

“Owh. Waalaikumsalam.” Jelas kedengaran nada sedikit terkejut pada suara Wardah.

Buat seketika perbualan mereka terhenti di situ, meskipun panggilan masih tersambung.

“Erm. Akak sihat?” Suria bertanya.

Kedengaran gelak kecil daripada Wardah. Tidak sinis, tetapi terselindung sesuatu padanya. Entahlah Suria tidak ingin terlalu bermain dengan kata hatinya.

“Well. Alhamdulillah. I’ve been doing fine.” Terdengar keluhan dilepaskan oleh Wardah, dan kemudian diselangi ketawa kecil lagi.

“Suria...” Jeda. Wardah cuba mencari kata.

“Ya.” Suria menanti.

“I am the one who should’ve given you a call, in the first place.” Luah Wardah.

“Tapi sebaliknya akak buat Suria yang hubungi akak dulu.” Dia tarik nafas. “I am sorry.” Tutur Wardah. Suria tidak menangkap langsung maksud kata-kata Wardah.

“Akak, tak ada apa lah.” Jawab Suria sambil ketawa kecil. Cuba untuk menutup gugup dalam bicaranya.

“No Suria. Akak memang patutnya dah hubungi Suria dahulu. Akak dah ganggu rumahtangga Suria dengan Haris. And I can’t even bid my apology.”

“Suria memang seorang wanita yang hebat. Haris really deserves you. You guys are just belonged to each other. I should’ve known that. Akak minta maaf sebab dah sakitkan hati Suria.” Suara Wardah lirih berbicara. Ya, memang rasa sangat bersalah.

Wardah menyangka yang dia mampu mendapatkan kebahagian yang dia impikan bersama Haris semula. Tetapi walau bagaimana bersungguhnya manusia itu merencana sesuatu andai Allah s.w.t sudah menyatakan sebaliknya, tidak ada apa yang dapat menghalangnya.

“Apa yang akak cakap ni. Suria tak faham.” Suria benar-benar kebingungan. Buat apa lagi Wardah untuk rasa bersalah bila semuanya telah terjadi. Bila Haris sudah meminta perkahwinan lain daripada dirinya.

“Akak memang tak patut ganggu lagi kehidupan Haris.” Keluhan berat Wardah lepaskan.

“Gosh. Kejamnya akak bila tak fikir langsung pun perasaan Suria bila akak cuba untuk masuk semula dalam kehidupan Haris.” Semakin banyak yang keluar daripada mulut Wardah semakin pening kepala Suria untuk memikirkan.

Tetapi Suria masih menadah telinga cuba memproses setiap bait kata Wardah seterusnya.

“Memang tak ada jodoh antara akak dan Haris. Akak tahu Haris sayang Suria sangat. Akak tahu yang Haris hanya terbawa-bawa dengan kenangan lama yang akak ungkit semula. Dibayangi dengan janji kami untuk membina rumahtangga.” Mendengarkan semua itu, Suria merasakan air liur yang ditelan terasa kesat. Nafas yang disedut tidak sampai ke paru-paru.

“Tapi semua tu hanya kisah lama. Akak dah sedar tentang semua tu. Haris dah ada masa depan sendiri. Salah akak. Gunakan kelembutan hati Haris. Akak minta maaf Suria.” Esakan kecil sudah kedengaran daripada sebelah sana. Suria pula sudah senyap, senyap-sensyapnya.

“Kak...” Suria tidak tahu apakah yang perlu dia katakan. ‘Think Suria. Think.’ Mindanya bermonolog sendiri.

Setelah satu-persatu ayat Wardah dapat dicerna oleh akalnya baru lah Suria faham. Jadi maksudnya Haris tidak jadi berkahwin dengan Wardah. Dan dia tidak pun bermadu dengan wanita itu. Dan Haris tidak berkahwin lain.

Tapi kenapa hati Suria terasa sakit. Sakit sangat. Dia gembira, dan dalam masa yang sama sakit.

“Kak...” Seboleh mungkin Suria menahan getar suaranya. “Things happened right. Tak ada apa lagi yang boleh kita buat. What’s bygones be bygones.” Suria cuba mengukir senyuman meskipun sudah pasti Wardah tidak melihat senyuman itu.

“Sungguh. Suria memang seorang wanita yang hebat.” Ketawa kecil terlepas daripada bibir Wardah. Haris memang memiliki seorang isteri yang kuat. Malah juga tabah.

Wardah wanita, dia tahu rasa sakitnya saat wanita lain bersama dengan orang yang mereka cinta. Tetapi Suria, wanita itu pula yang malah menghubungi dirinya. Bertanya akan khabar dia – dia  yang telah menyakiti hati wanita Suria sendiri.

Subhanallah, hebatnya Suria fikir Wardah.

Terngiang dalam minda Suria. Hebatkah dia? Hebatkah dia saat dia melarikan diri meninggalkan semua ahli keluarga dan sahabat yang mengambil berat akan dirinya tanpa sebarang khabar berita. Hebatkah dia saat dia berbohong pada Haris ketika dia meninggalkan lelaki itu.

Mungkin ada yang melihat tindakan Suria tepat, sebagai seorang isteri yang membaw hati. Tapi tepatkah tindakannya itu tatkala dia melanggar perintah Allah s.w.t.. Tidak, dia tidak hebat.

Suria tersenyum sinis. Dia tidak hebat sebagaimana yang disangka Wardah. Allah. Hanya tuhan yang tahu dosa yang dia telah lakukan, ketika orang lain menganggap dirinya kuat dan hebat.

Astaghfirullahal’azim. Suria mengucap dalam hati. Dalam masa yang sama bersyukur kerana Allah s.w.t masih menutup aib dirinya.

“No kak. Kita semua sama. Kita sentiasa diuji. Kak Wardah diuji, Suria juga diuji.” Suria lebih menyatakan ayat itu pada dirinya. Mengingatkannya agar sentiasa menghadapi ujian yang maha Esa, dengan kembali kepadaNya.

“Walau apapun Suria. Akak nak minta maaf. Seriously talking, akak tak pernah tenang selepas apa yang dah jadi. I really owe you an apology.” Wardah tarik nafas dalam. “I should’ve just called you in the first place.”

‘Forgiveness isn’t me to give. I sinned, you sinned. We both did sin. To Him and only Him do we seek forgiveness, the At-Tawab. May Allah accept our repentance and forgive us.’ Hati Suria bebisik memaafkan. Yang selepas beberapa detik turut terluah pada bibirnya, memaafkan Wardah.

Mungkin selesai sudah hal antara mereka berdua. Allah permudahkan jalan bagi mereka yang ingin mengikat ukhuwah. Dan Suria juga berfikir, tidak ada gunanya dia berdendam pada Wardah meski sakit hati yang dia rasa sebelum ini. Siapa lah dia seorang yang kerdil pada yang maha besar.

Tangannya diletak pada dada kiri, setelah tamat panggilan dengan bakal madu tidak jadinya. Tenang kah dia? Tidak. Persoalan baru kembali bermain dalam minda.

‘Haris.’

Kenapa Haris merahsiakan perkara sebenar daripada pengetahuan dirinya. Sesuatu terasa mencengkam pada dada. Sakit hati. Kerongkong Suria terasa terjerut. Air mata yang terasa ingin keluar, tidak turun mengalir.

Akhirnya langkahnya tidak sedar dibawa keluar daripada kediaman mereka.

Bumi Australia tetap juga menghembuskan dingin bayunya, meski musim telah bertukar mengambil tempatnya.

****

Lima bulan kemudian....

Lamunan Suria kepada kejadian yang telah mengambil tempat dalam kitaran hidupnya – dalam masa lima bulan ini – lenyap serta merta saat pinggangnya dirangkul kemas daripada belakang.

Hangat udara tanah air – di balkoni bilik mereka – yang menampar lembut diri Suria dihangatkan lagi dengan haba daripada tubuh Haris yang rapat memeluknya dari belakang.

“Fikir apa sampai abang panggil tak dengar.” Tutur Haris sambil membawa jarak tubuh mereka lebih rapat lagi. Dagunya direhatkan pada bahu Suria.

“Sorry, abang ada panggil? Suria tak perasan lah pula.” Suria memalingkan wajahnya sambil tersenyum menghadap wajah Haris yang berada di atas bahunya itu.

Haris turut sama berpaling untuk menatap anak mata Suria. Suatu perbuatan yang sangat Haris gemari. Kerana daripada anak mata itu dia dapat melihat isi hati Suria.

Senyuman terukir pula pada bibir Haris. Bahu Suria yang dilitupi baju dikucup Haris lembut. Gemar menghidu bauan daripada isterinya itu. Bau bayi.

“Tak fikir apa pun.” Luah Suria. “Just, thinking about everything that had taken their place in our life.” Sambung Suria, sambil menghirup udara petang yang bertiup.

“Thank you.” Tutur Haris dengan tiba-tiba yang membuatkan Suria kerut dahi.

Haris sangat berterima kasih kepada Suria yang sudi memaafkan segala perbuatannya. Berterima kasih kerana Suria sudi menjadi isteri buat dirinya. Berterima kasih atas segalanya yang dia terlupa untuk ucap terima kasih.

“For what?” Suria menyoal.

“Everything.”

Suria tersenyum. Ucapan itu sering kali dituturkan Haris. Hampir setiap hari sejak lima bulan ini.

“Well, thanks to you too then...” Bicara Suria pula.

Haris menelengkan kepalanya yang masih berada pada bahu Suria dan memadang wajah si isteri. Menanti butir bicara seterusnya.

“...For making me the happiest and feel like the greatest woman I had ever been.” Sambungnya dengan gelak kecil, bila melihat Haris yang hanya terkebil-kebil.

Lelaki itu membawa dirinya tegak. Dengan perlahan tubuh Suria dipusingkan menghadap dirinya. Haris meletakkan kedua-dua belah tangannya pada penghadang balkoni, mengunci Suria ditengah-tengah. Senyuman terukir pada ulas bibir Haris.

Tanpa dipinta, secara spontan kedua-dua belah tangan Suria pula naik merangkul leher Haris. Dan kini wajah mereka berhadapan pada kedudukan yang sama, bila Haris sudah merendahkan sedikit tubuhnya untuk menyamai ketinggian Suria yang hanya pada paras lehernya itu.

Wajah mereka yang dipisahkan dengan jarak beberapa sentimeter sahaja, membolehkan Haris untuk meneliti setiap aspek wajah Suria. Daripada mata, kening, hidung dan bibir isterinya. Semua itu sudah cukup untuk membuatkan Haris tersenyum.

‘She’s mine. Alhamdulillah.’ Hati Haris berbisik syukur.

“You’re already great without me. Had been and always be.” Akui Haris, dan melabuhkan kucupan pada lengan Suria yang sedang merangkul lehernya.

Suria hanya tersenyum kecil mendengarkan butir kata Haris. Sebenarnya dia tidak berapa suka mendengar itu.

‘Without me.’

‘Without you? No. Never.’ Bicara yang hanya terluah dalam minda Suria. Dia tahu Haris masih lagi dengan rasa bersalahnya atas kejadian yang telah menimpa rumahtangga mereka.

Meski berapa kali pun dia menyatakan kata maaf buat lelaki itu. Tetapi Suria tetap juga dapat mengesan lagi rasa bersalah daripada tindak tanduk dan bicara Haris. Yang sering berhati-hati daripada menyebut tentang wanita lain, atau apatah lagi berkenaan poligami.

“Really?” Suria menyoal dalam nada ceria, ingin mengubah suasana di antara mereka berdua.

Haris angguk kepala mengiyakan.

“That’s make sense then.” Sambung Suria lagi.

Haris jongket kening tidak faham. “What?”

“Sebab Allah s.w.t dah bagi Suria seorang lelaki; suami yang hebat juga. Make sense right.” Suria tersengih selepas mengatakan itu. Haris suka dengan perangai Suria sekarang yang sudah lebih mudah untuk meluahkan perasaannya.

Haris ketawa kecil mendengarkan kata-kata Suria. Dan senyuman Suria yang masih tidak lekang itu membuatkan Haris terus mengucup dahi Suria, dan ubun-ubun isterinya itu beberapa kali.

Baru dia hendak beralih kepada pipi Suria pula, rengekkan bayi kecil mereka daripada dalam bilik menghentikan perbuatan Haris.

“Oops. Madam kecil dah panggil.” Tutur Suria tertawa kecil.

“Dah nak menyusu agaknya.” Bicara Haris pula, menganggukkan kepalanya.

Rangkulan Suria leraikan daripada leher sang suami. Dan tubuhnya ditarik rapat oleh Haris kepada sisi lelaki itu. Sambil membawa langkah mereka ke dalam bilik sempat lagi kucupan pantas daripada Haris mendarat pada pipi Suria. Isterinya itu hanya menggelengkan kepala.

Haris menuju ke arah katil bayi mereka. Mengambil si bayi kecil yang sedang menangis.

“Assalamualaikum, anak baba sayang.” Tutur Haris kepada anak perempuannya, yang sudah pun berada dalam dukungannya. Seperti tahu dia sedang berada di dalam tangan babanya, bayi kecil itu diam serta merta. Hanya sisa suara kecilnya sahaja yang masih kedengaran.

Haris tersenyum. ‘Good girl.’ Bisik hatinya. Pipi mulus bayi itu dikucup lembut oleh Haris bertalu-talu.

Suria sudah duduk di atas katil mereka sambil mamasang bantal menyusu pada pinggangnya. Memudahkan dia untuk menyusukan anak perempuan mereka itu, meskipun untuk suatu tempoh yang lama kerana bayi mereka sangat kuat menyusu.

“Humaira pergi dekat ibu okay.” Haris mengucup sekali lagi pipi Humaira sebelum menyerahkannya kepada Suria.

Sudah menjadi kebiasaan Haris yang akan sentiasa menemani Suria apabila dia menyusukan bayi mereka. Pada Haris, dia tidak ingin terlepas momen ini bersama-sama dengan isterinya. Melihat sendiri pengorbanan seorang isteri dalam penjagaan membesarkan anak-anak.

Bahkan dia sendiri yang pernah melihat Suria yang mengalami bengkak susu, berasa kasihan sungguh dengan isterinya itu bila Suria mengadu sakit. Sungguhlah wanita itu sangat hebat.

Tidak perlu rasanya wanita yang menggelar diri mereka feminis untuk cuba mencapai tahap kemampuan seorang lelaki dalam apa juga pencapaian. Kerana wanita itu sendiri sudah tercipta hebat. Kehebatan yang tidak akan pernah lelaki sepeti Haris mampu kecapi.

Haris mengangguk mengiyakan dalam minda.

Pada mulanya Suria berasa agak janggal bila Haris menghadap dirinya ketika sedang menyusukan Humaira. Dan Haris sangat sedar akan perkara itu, bila dia dapat melihat rona wajah Suria yang sudah bertukar.

Dan dia merasakan perkara itu sangat comel. ‘Apa pemalu sangat isteri aku ni.’ Fikir minda Haris.

Tetapi sekarang aktiviti itu sudah menjadi suatu kebiasaan buat mereka berdua.

“Humaira kuat sungguh menyusu.” Tutur Haris. Dan dia bersyukur untuk perkara itu.

“Yes, she  is.” Suria tersenyum memadang Humaira, jemarinya mengelus pipi montel bayi mereka.

“And you look so pretty.”  Tutur Haris rambang. Suria terus panggung kepala memandang Haris. Matanya dijulingkan memandang Haris yang hanya mengeyitkan mata padanya.

“What ever lah abang.” Tutur Suria dan kembali tunduk memandang bayi mereka. Kerana memandang Haris hanya akan membuatkan dengup jantungnya berdetak kuat, sama kuat seperti pertama kali dia melihat Haris selepas akad nikah mereka dulu.

‘It still feels like the very first time.’ Hati Suria berbisik perlahan.

Haris yang sedang duduk di hadapan Suria itu beralih duduk sama bersandar pada kepala katil –  duduk di sisi kanan Suria. Tubuhnya dirapatkan pada Suria, membuatkan Suria sudahpun bersandar pada dada Haris.

Tangan kanan Haris melingkari pinggang isterinya. Dan tangan kirinya jatuh mengusap rambut lebat bayi mereka. Suria terus sahaja melentokkan kepalanya pada bahu si suami; bahagia dan berasa sangat dekat dengan Haris.

Tiada kata yang diperlukan, hanya perlakuan dan perbuatan mereka yang berbicara suara hati yang tidak diluah. Dalam hati kedua-duanya mengucap syukur.

Bahagia itu dalam sekecil-kecil perkara, dan dalam setiap apa yang diberi olehNya. Samada suka mahupun duka dan luka. Sesungguhnya Dia lah juga yang maha penyembuh. Asy Syaafi. Manusia hanya perlu kembali kepadaNya.

Ya. Kembali kepadaNya. Itulah yang Suria dapat belajar daripada apa yang telah dia lalui. Mendekatkan dirinya dengan lebih dekat lagi kepada yang maha pencipta, membuatkan dia menerima segala ketentuan yang telah berlaku.

Haris mengucup ubun-ubun Suria. Wangian rambut Suria membawa damai dalam hati lelakinya.

Perbuatan Haris tidak hanya berhenti di situ. Kucupan-kucupan kecil jatuh pada tepi leher sehinggalah ke bahu Suria yang terdedah sedikit.

“You just couldn’t stay put, can’t you?” Suara Suria menghentikan perbuatan suaminya yang membuatkan dia mencari udara untuk bernafas, bila jantung sudah terlalu pantas berdetak.

Haris tergelak kecil. Pipi Suria hangat lagi dengan sentuhan bibirnya.

“No. Not when you’re around.” Bicara Haris.

“Kesian lah dengan Humaira, baba ni suka sangat ambil kesempatan. Macam mana ibu nak fokus dengan Humaira, kan sayang?” Suria bebicara dengan bayi mereka yang sudah berhenti aktivi menyusunya dan kini sedang memerhatikan mereka.

Humaira hanya bersuara dengan bahasa bayinya, yang tidak mereka faham.

“Sorry sayang baba. Tak ada niat nak ambil kesempatan. Ibu yang goda baba.” Haris mengucup lembut pipi Humaira, tidak menghiraukan jelingan Suria mendengarkan kata-katanya.

“Mestilah ibu kena goda baba kan sayang, takkan nak suruh orang lain pula.” Suria hanya mengikut rentak Haris, dan bebicara dengan bayi perempuan mereka.

Suria hanya tergelak bila Humaira menjerit kecil dengan suara bayinya, respon kepada kata-katanya tadi. Walaupun tahu sebenarnya Humaira tidak faham pun sepatah kata apa yang sudah dia tuturkan itu.

Tetapi sesuatu, terasa tegang dengan tiba-tiba. Senyap. Suria tidak mendengar respon Haris. Dia ada terlepas cakap kah. Perlahan-lahan Suria memalingkan kepalanya untuk memandang Haris di sisi.

Wajah suaminya itu sedkit mendung.

Suria ketuk kepala dalam minda bila tersedar akan ayatnya tadi. ‘... nak suruh orang lain.’ Orang lain yang goda. ‘Bad mouth, bad mouth.’ Hati Suria berbisik kesal.

Dia tahu betapa Haris tidak suka bila Suria bergurau tentang topik. Orang lain; orang ketiga. Haris sudahnya mengatakan, tidak akan ada orang ketiga dalam hidup mereka selain daripada anak-anak dan ahli keluarga.

“Abang...” Suria cuba untuk mengatakan sesuatu. Haris hanya melepas keluh perlahan.

“Feed Humaira, I need some air.” Luah Haris dan berlalu ke balkoni meninggalkan Suria.

‘Alahai. Merajuk kah wahai suami.’ Bisik Suria.

Humaira kembali disusukan, sehingga anak kecil itu lena. Dengan perlahan-lahan Suria meletakkan semula si kecil ke dalam katil bayinya. Anaknya dikucup beberapa kali.

“Ibu nak kena pujuk baba ni. Wish me luck sayang.” Ketawa kecil keluar daripada mulut Suria bila Humaira tersenyum dalam lenanya. ‘Such a good girl.’

Langkah di atur ke balkoni. Rasanya balkoni ni memang menjadi tempat kegemaran dia dan Haris.

“Abang.” Suria memanggil. Tetapi hanya belakang tubuh sasa Haris yang masih menghadap dirinya.

Suria garu kepala. Dia bukannya pandai pun hendak pujuk-memujuk orang ni.

Bahu Haris bergerak turun naik, menandakan dia sedang menarik nafas dalam. Menunggu sebenarnya bagaimana Suria akan memujuknya. Sedangkan dia bukannya jenis orang yang suka merajuk pun.

Tidak berlengah, kali ini Suria pula yang memeluk Haris daripada belakang. Kepalanya diletakkan pada belakang Haris. Rapat. Cuku rapat untuk dia mendengar irama jantung Haris yang berdegup dengan izinNya.

Suria tersenyum. Jantung Haris berdegup kuat.

“Abang tahu Suria tak pandai nak pujuk orang.” Suria berkata masih lagi dengan kepala yang tersandar pada belakang Haris.

“Suria minta maaf. Terlepas cakap. Tak sengaja.” Masih tiada respon daripada Haris.

Pelukan dilepas, dan Suria bergerak ke sisi kiri Haris. Memeluk erat lengan Haris pula.

“Aren’t you gonna forgive me?” Suria mendongak memandang Haris yang tidak mengendahkannya.

“Suria kena tidur luar ke malam ni?” Dengan Soalan itu sudah mampu membuatkan Haris menumpukan perhatian sepenuhnya pada Suria.

“Apa sayang cakap ni?” Soalan berganti soalan, takkan Suria serius pula sekarang ni.

“Ya lah. Bukan ke selalunya bila pasangan kita marah dia tak kan benarkan kita tidur dalam bilik yang sama.” Jawab Suria selamba.

“Orang perempuan je lah yang selalu buat suami macam tu. Mana ada suami yang sanggup buat isteri macam tu.” Tidak terus Haris ingin merajuk lama, nanti Suria ambil serius perkara itu. Tahu benar Haris bagaimana Suria sentiasa ingin menjaga hatinya.

“Okay. So, abang lah yang kena tidur luar malam ni kan?” Suria jongket kening menerima pandangan Haris, sambil tersengih. Harapnya baik lah mod Haris semula.

“Amboi. Kenakan abang pula. Sampai ke hati Suria nak suruh abang tidur kat luar?” Haris menyoal. Hailah, isterinya ini sekarang sudah pandai mengenakan dia pula.

“Hurm. Kalau abang dah tak merajuk. Well, you can sleep in the bedroom of course.” Balas Suria. Kalau tidak dapat dia memujuk Haris. Gunakan cara lain lah pula. Reverse phsycology.

“Fine.” Haris mengaku kalah. Terpaksa. Hajat ingin membuat si isteri memujuk dirinya tidak tercapai nampaknya.

Pelukan Suria pada lengannya Haris rungkai, dan dia memeluk bahu Suria pula. Membawa erat tubuh Suria rapat di sisinya.

“Never let that kinda words ever escape your lips again, sayang.” Luah Haris, perlahan. Kerana perkataan itu hanya menimbulkan semula rasa bersalahnya pada Suria.

“I’m sorry. I promise. It will never.” Suria angkat tangan tanda berjanji.

Haris menangkap tangan Suria ke dalam genggamannya. Dan membawa belakang tapak tangan Suria kepada kucupannya.

“Sepatutnya abang yang kena pujuk. Tapi kenapa abang rasa macam abang yang tengah pujuk sayang sekarang ni.” Haris kecilkan mata memandang Suria.

Suria tersenyum. “Abang tahu kan yang Suria tak pandai nak pujuk orang.” Luah Suria lemah.

“Lain kali, just look me in the eye. And say that you love me so much and then kiss me.” Luah Haris sambil tersengih.

“Cheesy.” Suria julingkan mata.

“Nope. It’s called romantic, and seductive.” Tutur Haris yang sudah tersulam nada nakal dalam suaranya itu.

“Gatal.” Suria menyiku perut Haris, tanpa sengaja dia terlebih menggunakan tenaganya sedikit yang sudah membuatkan Haris mengadu sakit.

“I am sorry. I am sorry.” Suria panik sebentar dan meletakkan tapak tangannya pada perut Haris.

“Sayang... you.” Haris memanah anak mata Suria.

“I am sorry. I love you so much.” Suria yang tidak tahu untuk berbuat apa lagi, spontan menuturkan kata-katanya, dan sebuah kucupan pantas dia labuhkan pada bibir Haris.

Ingin segera berlalu dari situ, Suria sudah mengatur langkahnya pantas untuk melangkah masuk ke dalam bilik. Tetapi tubuhnya sebaliknya tersentak berpaling semula ke belakang bila Haris sempat mencapai tangan Suria dan menarik Suria ke dalam pelukannya.

“Not so fast.” Tutur Haris yang sudah tersengih.

“You are such a fast learner.”

Suria faham maksud Haris. “Well.” Dia hanya menjongketkan bahu, sambil menahan sedikit rasa malu.

Haris gelak kecil. Kepalanya menunduk dan membawa rapat wajahnya pada Suria. Sedetik kemudian mereka berada dalam dunia sendiri. Waktu terhenti. Rangkulan diperkemas. Dan jantung mereka berdetak irama yang harmonis. Seiring.

Ini bukan yang terakhir. Kisah cinta mereka. Tidak berakhir, dengan bahagia selamanya.

‘Everything is up and down. Twist and turn. But nevertheless we will never let go of the hold. Till He calls for an end, this love will still remain.’

“What about Suria, man?” Azam menyoal. Diteliti wajah Haris.

“Our marriage is not based on love Zam. Semua atas pilihan keluarga.” Tutur Haris.

Pandangan Haris tepat ke hadapan. Nafas ditarik dalam dan perlahan.

“Tapi...” Jeda.

“Tapi apa Haris.” Azam tidak betah menanti.

“Tapi itu tak bermakna aku tak cintakan Suria. Terus terang.  As chessy as it may sound...” Haris gelak kecil sebelum menyambung kata-katanya. “There’s always love developing in here for her.” Haris menepuk dada kirinya.

‘I knew it.’ Bisik hati Azam.

“But still.” Luah Azam.

“Yeah. But still. Maybe this is what it has meant to be.” Sambung Haris dan sejujurnya dia juga tidak tahu.

‘Will I be strong enough to see her got hurt. But, is she hurt?’ Fikiran Haris berterbangan dengan segala macam persoalan.

“You sure?” Azam masih menyoal.

‘No.’ Hati Haris menjawab serta merta. Entah percaturan apa yang dia telah masukkan dirinya ke dalam.

‘Will I get check-mated by my own move.’

“Frankly saying. I am not.” Jawab Haris yang mendapat respon gelengan kepala daripada Azam.

Pintu yang diketuk, membuatkan perbualan kedua-dua lelaki itu tergendala.

Terjengah kepala Suria dari sebalik pintu yang dibuka. “Foods’ ready.”

Suara Suria bernada riang, tetapi terdapat getar yang dapat dikesan oleh Haris.

Suria  memandang ke arah Azam dan kemudian beralih kepada Haris, anak matanya ditangkap dalam pandangan mata Haris. Senyuman dia beri. Jantung Haris berdetak.

‘I love her. Had been and always.’ Jawapan Haris temui pada hari itu. Tetapi adakah semuanya telah terlambat kini. Haris tidak tahu. Langkah sudah dia atur. ‘But, there’s no turning back, isn’t it.’ Bisik hatinya.

‘Ya Allah aku berserah kepada mu.’

Tidak seorang pun daripada mereka mengetahui akan perancangan Allah s.w.t buat hamba-hambanya pada detik itu.

Haris tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada masa akan datang, dan Suria tidak akan pernah tahu apa yang telah terjadi pada masa yang lepas.

“When are we gonna stop?” Suria tersenyum menyoal. Haris seperti tidak ingin melepaskannya. Masih kemas rangkulannya pada pinggang Suria.

“It’s the matter that we live this moment. Right now. Because it’s a gift. Present. So, shush.” Hanya ayat itu yang terluah dan Haris meneruskan kucupannya. Suria tergelak dan membalas mesra.

‘Dialah yang menciptakan dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangan, agar dia merasa senang kepadanya...’ Al-A’raf : 189.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience