BAB 16

Romance Completed 16182

"Terima kasih."

Ucapan Khair menyesakkan hati Lisahani. Tapi kebenaran masih juga
disimpan rapi. Pesanan dari Jamilah tetap dipegang.

Satu anggukan dibalas.

Bukan dia yang patut Khair berterima kasih.

Bukan dia yang patut terima 'kasih' Khair.

"Kenapa ni?" Sedikit timbul rasa ragu bila air muka Lisahani nyata tidak setenang asalnya.

Berat mulut Lisahani nak meluahkan kisah sebenar.

Dari perbedahan hingga Khair dan Adam sihat sepenuh. Dia masih utuh dengan janji Jamilah. Simpan rahsia. Jangan biar Khair tahu kemunculannya tempoh hari.

"Lisa..." Tahu ada benda Lisahani cuba sembunyikan. Ataupun salahnya dia pernah tolak Lisahani kerana mengejar Jamilah menjadi sebabnya?

"Lisa masih marahkan saya?"

Lisahani laju mengeleng kepala. Mana mungkin dia marahkan Khair. Malah tidak terkesan pun bila Khair minta putus tunang kerana ingin mengejar semula cintanya pada Jamilah. Kecewa itu mungkin ada tapi tidaklah meninggalkan kesan.

"Kak Jamilah ..."

Air muka Khair berubah. Terkesan dengan sebaris nama bekas isterinya. Sedikit berkecil hati kerana Jamilah langsung tidak menjengguknya dan Adam semasa mereka di hospital.

"Tak payahlah sebut pasal dia..."

Nada suara berjauh hati Khair tiba-tiba membangkitkan rasa geram Lisahani. "Takkan awak dah menyerah kalah? Lupa niat awak cari dia?"

Ditahan-tahan kancing gigi yang sedang menahan marah.

"Apa guna cari dia kalau dia sendiri menolak?" Bukan Khair tidak cuba. Lepas dia sihat tu. Memang ada dia cuba dail dan cari Jamilah.

Sekurangnya jika Jamilah tak nak jumpa dia pergilah jenguk Adam. Jangankan sambut telefon, nak bertemu dengan Fad yang diwakilkan ke kampung Jamilah pun ditolak mentah-mentah.

Geleng kepala Lisahani dengan usaha Khair. Patutlah Jamilah pun berkeras tak nak. Kalau macam ni jangan kata Jamilah. Dia pun tidak sudi! Cepat sangat menyerah walaupun pada dasarnya dia tidak tahu soal Fad yang diwakilkan jumpa Jamilah tu.

"Saya tak sangka sekecil ini usaha awak cuba pikat Kak Jamilah... "

"Jangan pernah persoalkan cinta saya Lisahani. Awak tidak tahu usaha yang saya cuba selama ni untuk pujuk dia..."

Lagi Lisahani tambah kesiankan Jamilah berbanding Khair. "Tidak Khair. Awak kalah jika dibandingkan dengan cinta Jamilah."

"Berbulan saya cari dia semula Lisa. Lepas apa yang terjadi dengan saya dan Adam. Saya masih lagi merayu. Dia masih abaikan saya walaupun tahu keadaan saya. Lagi saya marah bila Adam ikut terpalit. Dia langsung tak nak tengok anak sendiri..."

"Apa hak awak untuk judge?!" marah Lisahani.

"Awak tidak tahu apa yang dia lalui. Rajuk dia berbulan ni tidak sama jika dibandingkan marah awak bertahun-tahun hingga menceraikan dia tanpa sebab. Dia ada hak untuk marahkan awak Khair. Beberapa bulan itu tidak cukup untuk ubat hati dia yang parah ditinggalkan bertahun-tahun..."

"Lagipun..." Lisahani mula sebak. Sebak kenangkan keadaan Jamilah selepas perbedahakan tersebut.

"Kak Jamilah dia tidak sihat..."

Leher Khair terus tegak. Dahi berkerut dengar ayat terakhir Lisahani sebelum dia menangis. "Apa maksud awak?"

"Dia... kesihatan dia tidak seberapa baik selepas perbedahan buah pinggang untuk awak. Dia nekad keluar hospital selepas pebedahan tu sebab tak nak awak tahu dia penderma. Dia... dia baru je lepas derma darah untuk Adam. Lepas tu derma buah pinggang walaupun doktor menegah agar dia pulih sepenuhnya dulu."

" Jamilah dia ... langsung tidak fikir dua kali lepas tahu keputusan buah pinggang dia sesuai untuk awak. Dia langsung tidak fikirkan kesihatan sendiri... Jangan berhenti mencintai dia Khair. Jangan berhenti berusaha... sebab saya yakin cinta dia tetap ada untuk awak..."

Khair terdiam. Lama hingga tangisan Lisahani senyap pun dia masih berdiam diri.

"Leave me alone..."

"Tapi..."

"Tinggalkan saya sendiri."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience