BAB 21

Romance Completed 16182

"Umi!!" jeritan Adam dari pintu menarik perhatian mereka berdua.

"Nenek panggil naik. Minum petang. Nenek buat pisang goring sedap!" jerit si kecil riang. Suka dengan suasana kampung yang baru padanya.

"Baiklah. Nanti umi dan papa datang."

Usai Jamilah sahut, Adam terus lari masuk ke dapur semula. Gembira pisang goreng kegemarannya menjadi menu.

Jamilah berdiri. Masih lagi posisi yang sama. "Baiklah. Tapi dengan syarat."

"Huh?"

"Satu peluang dengan beberapa syarat. Kalau awak sanggup saya akan ikut. Tapi sekali awak langgar syarat tu sampai hari nikah. Saya tak nak awak pijak rumah ni lagi."

"Huh?" Khair jadi blur tiba-tiba. Lepas beberapa saat baru otak dia berfungsi. Laju kepala angguk.

Sempat Jamilah buat muka sebelum berjalan tinggalkan bekas suaminya. Menjengkelkan pula dengan Khair yang buat-buat blur. Dia dah la berdebargila tadi. Buat malu aje.

"Abang nak! Apa syarat sayang..."

"Sayang..."

Laju jugak Khair angkat kaki mengejar langkah Jamilah.

"Stop it Khair... mengada-ngada." Geli pula telinga dia dengar Khair panggil manja macam tu.

"I love you."

"Urgh!" Dah tua-tua masih lagi nak bermanja macam tu. Geli telinga dia dengar. Ingat macam zaman muda-muda dulu ke? Buat malu aje kalau ingat balik.

"Syarat?" Si bekas suami ni pun tak reti sabar.

"I'll tell you later. Sabar sikit boleh tak?"

Tiada syarat pun sebenarnya. Cuma Jamilah malu nak terima bulat-bulat. Dia terima kerana Allah. Kerana Adam dan kerana hati sendiri. Ibu nasihat.

Buat istikharah sebab itu jawapan dari Allah. Dan bila hati dia menolak kuat jawapan tersebut. Jamilah tidak tenang. Dan dia tidak jahil. Tidak terima maksudnya dia tidak redha dengan ketentuan Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience