BAB 10

Romance Completed 16182

Lega bila segalanya terluah. Lisahani senyap seketika. Masih mencerna luahan dari tunangnya. Dipandang. "Awak masih cintakan dia."

Khair pandang tunangnya. Serba salah. Tidak pernah sekalipun cintanya hilang. Cerai tidak bermakna dia lupa cintanya pada Jamilah. Buanglah segala gambarnya bersama Jamilah. Wajah bekas isterinya tidak pernah sekalipun luput dari ingatan. Walaupun marah pada 'curang' yang disangkakan sebelum ini. Ingatan dan rindu tidak pernah padam.

Dari pandangan Khair, Lisahani cukup memahami betapa cinta dan rindunya Khair pada bekas isterinya.

"I'm sorry."

Lisahani geleng kepala. Tiada yang salah. Khair awal lagi pernah cakap dengannya. Tunang kerana Adam perlukan mama. Dan cintanya pada Lisahani tidak pernah ada.

Macam tu juga dia. Tipu kalau rasa sayang dan suka itu tidak pernah ada tapi selebihnya dia setuju memang kerana Adam.

"Saya cuma minta satu. Awak minta cara baik. Dan awak pulangkan saya cara baik."

Mungkin itulah sebaiknya. Rasa sedih itu ada. Tipulah jika dia terusik tapi untuk kebahagian mereka semua. Dia rela tarik diri. Lagipun baginya Jamilah perlukan Adam dan Khair lebih darinya. Jamilah juga perlu bahagia lepas apa yang terjadi.

"Saya minta maaf."

Lisahani tersenyum. "Tiada kata maaf yang perlu awak ungkapkan pada saya. Tapi Jamilah. Dia berhak dapat kebahagian dia Khair. Dia layak untuk bahagia. Saya yakin hanya awak dan Adam yang mampu berikan dia kebahagiaan semula. Jangan risau saya tak apa-apa."

Mujur juga pertunangan mereka tidak dihebahkan atas permintaannya sendiri. Ada hikmah ikut syariah islam. Tidaklah dia malu bila pertunangan putus ditengah jalan.

"Sekarang Adam pula. Saya tak sangka macam tu sekali marahnya bila tahu Jamilah sebenarnya mama kandung dia."

"Pasal Adam. Awak janganlah risau. Marah dia tu tak lama. Lagipun satu hari nanti dia mesti akan terima Jamilah. Air yang dicincang tidak akan putus Khair. Lagi talian seorang ibu dan anak."

"Terima kasih Lisa. Saya minta maaf sebab kecewakan awak."

Lisahani geleng kepala. "Jangan risau pasal saya. Jangan sesekali menyerah kalah dari terus pujuk hati Jamilah. Hadaplah marah dia. Tapi jangan biarkan awak menyerah dengan amarah dia. Dia pun berhak untuk marah. Tapi biarlah dia lebih berhak untuk bahagia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience