BAB 11

Romance Completed 16182

Bibirnya tersenyum.

Jamilah tidak pernah berubah. Suka letak kunci bawah pasu yang sama. Dia buka pintu guna kunci tersebut.

Khair melangkah masuk. Mata melilau ruangan yang ditinggalkan sejak bertahun dulu. Masih lagi seperti dulu. Langsung tiada yang berubah seperti dia tinggalkan.

Rasa sayu dan sepi sungguh terasa.

"Apa guna rumah besar kalau isinya kosong?" Teringat kembali kata-kata bekas isterinya.

Langkah dihala ke arah setiap tempat yang mengimbau memori dia Bersama Jamilah.

Dia dekati meja solek. Tidak silap lagi. Cincin kahwin Jamilah elok terletak bersama hiasan-hiasan yang pernah dihadiahkan untuk wanita itu. Malah telefon dan kad bank turut tersusun cantik.

Khair keluh kecil. Sampai macam tu sekali benci Jamilah padanya.

Cincin kahwin isterinya diambil. JamilahyKhair

Ukiran nama dia dan Jamilah dibaca. Ukiran yang ditempah khas untuk cincin perkahwinan mereka. Tapi... Argh! Sesal tiada kesudahan yang tinggal. Semua salah dia sendiri.

"Auch!" jeritan kecil dari bilik sebelah mengejutkan Khair.

Laju kaki melangkah ke bilik sebelah.

Jamilah yang kutip kaca dengan tangan berdarah didekati.

"Sayang okay?" tanya Khair gugup. Tangan Jamilah ditarik. Berdarah kena kaca!

Jamilah tarik tangannya kasar. Terkejut dan geram bila Khair tiba-tiba muncul.

"I okay..."

"Tapi tu darah..."

‘’Its okay. You buat apa sini?"

"I errr..."

"Oh okay. You nak ambil balik kunci?" Dia dah cakap dia tak nakkan rumahni. Tapi cepat sangat pula Khair datang nak ambil. Tak sabar-sabar nak halau dia agaknya.

"Bukan tu..."

It's okay. I kemas ni dulu. Nanti I bagi..." Sisa kaca pecah kembali dikutip.

Khair tarik kembali tangan Jamilah. Tidak suka tengok darah dari tangan tersebut terus mengalir.

"Don't!"

"Don't simply touch me!" tegas Jamilah bersuara. Tidak lagi Bersama menegaskan mereka tiada lagi tiket halal untuk mereka berdua. Khair harus tahu soal itu.

Khair telan liur. Angguk. "Tapi biar abang kutip. Balut luka sayang tu dulu." Laju dia gerakkan tangan mengutip sebelum Jamilah berdegil.

Satu hela nafas diluah. Jamilah hanya pandang Khair yang ikut melutut mengutip sisa kaca. Dia ambil kepingan gambar yang terdampar. Gambar dia yang sedang mengandung bersama Khair.

In-sya-Allah syurga kita

#JamilahKhair

"Buang sekali ni..." tuturnya lepas baca bait kata yang tertulis pada belakang gambar.

" Jamilah..."

"Benda ni. Tiada makna lagi selain menyakitkan..."

Dada Khair sesak. Kenapa sekarang dia rasa sesal dengan perpisahan yang dia pinta? Lebih-lebih lagi lihat air mata Jamilah yang menitik pada gambar tersebut.

"Adam pun tak kenal I. Jadi lebih baik you buang gambar ni sebelum dia nampak." Tutur Jamilah sebak. Lagi sakit ingatkan anak yang tidak mengaku dia ibu. Sedangkan dia yang kandungkan Adam sembilan bulan.

"Maafkan abang..." Argh! Sah silap dia ceraikan Jamilah. Bukan dia saja berpisah. Malah perpisahan terbesar ialah pisahkan anak yang baru lahir dari ibu.

Air mata Jamilah makin laju menitik. "You bakar semua ni. Buang. It's okay Adam tak nak I. I boleh terima. I harap mama tiri dia akan saying dia. She looks fine to me. Harap-harap perempuan tu akan jaga anak I." tuturnya sambil kesat air mata. Biarlah asalkan Adam bahagia. Dia tidak mahu paksa Adam terima dia.

"Lisa bukan isteri I. Adam anak sayang. Adam anak kita Jamilah..."

Jamilah geleng kepala. Apa guna ada anak kalau anak pun tidak mengaku ibu. Siap panggil orang lain mama lagi. Sakit hati bila panggilan yang diimpikan dari anak sendiri hanya tinggal kenangan pahit buatnya. "Lepas you ambil semua ni semula. I takkan ada di sini."

"Sayang nak ke mana?"

Jamilah tersenyum. Sayang. Bibir Khair masih lagi dengan pangilan tersebut. Sedangkan dia sendiri kekok dengan panggilan yang dah lama ditinggalkan.

"Cari syurga yang you buang Khair. Cari Bidadari syurga I..." tuturnya sambal memegang tapak tangan yang masih berdarah. Ditekan kuat. Sakit tapi sakit lagi hati menutur kata yang tidak diingini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience