BAB 2

Romance Completed 16182

Empat hari.

Empat hari Khair buat kerja bodoh.

Empat hari yang memakan diri sendiri.

"Okay?"

Angguk.

"Macam tak okay je..." Fad meneka.

"Aku jumpa Jamilah."

Muka Fad terus berubah. "Maksud kau? J Jamilah? Mana?"

Khair diam seketika. Soalan Fad dibiar sepi. Kepala masih menerawang ingatkan bekas isterinya. Sungguh! Dia masih terkejut dengan hasil intipannya pada Jamilah beberapa hari ni.

"Khair kau jangan takutkan aku. Jamilah dia okay ajekan?" tanya Fad lagi. Dia kenal Jamilah. Rakan sekelasnya ketika zaman universiti dulu.Terkejut juga bila Khair buka kisah Jamilah semula. Mereka dah berbaik ke?

"Aku... aku tak expect kehidupan dia macam tu. Aku entahlah. Aku tak nampak pun lelaki tu..."

Fad mengeluh kecil. "Kau dah ikut dia berapa hari ni?" Tengok gaya macam Khair buat kerja gila intip Jamilah.

Haih! Apa nak kenang lagi bekasisteri tu? Dah namanya bekas. Dulu dia pernah mengamuk juga pada Khair pasal Jamilah. Bercinta bagai nak rak. Dua tahun lebih kahwin dah cerai.

Ni lepas lima tahun cerai. Sekarang baru tunjuk muka menyesal.

Eh! Tak faham sungguh dia!

Khair tidak juga menjawab. Iya dia tahu tindakannya salah. Tapi tidak salah kalau dia nak tahu perkembangan Jamilah selepas dia ceraikan. Lagipun dia tetap hulurkan duit pada Jamilah walaupun bukan tanggungjawabnya lagi. Entahlah! Khair memang tidak pernah lupa hal satu itu.

Baginya Jamilah berhak dapat duit tersebut. Sekurangnya dia tahu Jamilah mampu hidup senang dengan duit pemberiannya.

Tapi bila tengok keadaan Jamilah. Langsung tidak sama seperti yang dia harapkan. Ingatkan Jamilah masih tinggal di rumah lama mereka. Tapi lagi teruk dari itu. Kehidupan yang langsung dia tidak harapkan pada seorang Jamilah!

"Aku nak jumpa dia. Face to face!" Nekad Khair bersuara. Iya! Dengan cara itu saja dia mampu tenangkan hatinya.

Selepas lima tahun...

Agaknya apa ekpresi Jamilah berjumpa dengannya semula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience