BAB 8

Romance Completed 16182

"Khair okay?"

Khair toleh Lisahani disebelah. Satu anggukkan diberi. Gadis yang masih memegang baju untuk Adam angkat kening. Tahu mood Khair tidak okay.

"Kalau ada sesuatu tu. Baik luahkan. Makin dipendam buat tambah susah hati aje."

Tenang Lisahani meluahkan. Baju untuk Adam disua pada badan si kecil. Meneliti kesesuaian baju dengan si kecil.

Khair geleng kepala. "Saya okay je."

Bukan sebulan dua dia kenal Khair. Masuk tahun ni tiga tahun mereka berkenalan. Mula dia kerja sebagai setiauasaha Khair. Dan kini tunang lelaki itu. Walaupun dia tahu permintaan tunang itu kerana Adam yang rapat dengannya. Lisahani sangat memahami setiap ekspresi tunangnya tu.
Adalah yang tidak kena dengan Khair tu. Dari awal pagi tadi lagi dia perasan!

"Umi!" jeritan Adam menarik perhatian mereka berdua. Si kecil dengan senang hati melambai pada Jamilah yang sedang belek baju kanak-kanak.

Jamilah angkat kepala. Mata hala pada Khair. Kemudian beralih pada wanita yang cantik bertudung sebelah lelaki itu.

Senyuman paksa diukir. Dan bila Adam berlari padanya. Jamilah hanya mampu angkat tangan saat Adam sua tangan untuk salam. Rutin setiap kali anak-anak tadika sekiranya berjumpa dengan Umi mereka.

Muka Khair berubah. Tambah keruh bila Lisahani turut tersenyum berjalan mendekati Jamilah.

"Umi ni mama Adam." Ceria si kecil mengenalkan dia pada 'mama' yang dimaksudkan.

Kelat Jamilah menerima huluran salam wanita tersebut. "Lisahani. Kak ni Umi tempat tadika Adam?" ramah Lisahani bertanya.

Jamilah angguk. Mata kerling pada Khair yang baru datang mendekati. " Jamilah."

Jamilah hanya angguk sebagai tanda salam. Lisahani angkat kening pada tunang disebelah. Lain macam aje bunyinya.

" Jamilah free? Rasanya ada benda abang nak cakap."

"Errr..."

"I take it as yes. Jom ada benda yang abang nak cakap. Lisa bawa Adam. Kita ke restoran depan ni aje."

Tidak sempat Lisahani bersuara. Dia faham nada suara tegas itu. "Jom Adam ikut mama." Dibawa Adam bersamanya walaupun hati rasa lain. Terutamanya bila perasan cara tunangnya pandang 'umi' Adam.

Jamilah mengeluh. Apa lagi kali ni?

"Are you coming?" Khair masih setia menunggu Jamilah. Lisahani dan Adam sudah pun masuk ke dalam.

"Apa lagi ni?"

"Masuk sendiri atau nak abang bawakan."

Jamilah mendengus. Suara tegas Khair tu. Dia tidak takut tapi dia tahu Khair akan buat benda yang dia maksudkan. Kaki dibawa masuk ke dalam. Dia duduk bertentangan dengan wanita tadi.

Adam duduk ditengah antara dia yang berhadapan dengan Khair dan Lisahani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience