BAB 9

Romance Completed 16182

"Adam. Ni mama... Umi sebenarnya mama sebenar Adam."

"Hah?" Serentak Lisahani dan Adam bersuara.

"Umi ni. Mama kandung Adam. Selama ni Adam tanya papa mana mana, kan? Umi sebenarnya mama Adam." Beritahu Khair lagi. Tegas tanpa pedulikan wajah terkejut tunang dan anaknya.

Jamilah pula hela nafas berat. Apa pula rancangan Khair kali ni.

"No! Umi bukan mama Adam! Papa tipu!! " marah si kecil tiba-tiba.Tidak puas hati dengan kenyataan papanya.

"Adam kenapa tinggikan suara macam tu?"

"Tipu. Papa kata mama dah mati! Papa tipu. Umi bukan mama Adam!" bentak Adam. Lima tahun. Lima tahun dia disogok dengan kematian mama kandungnya. Kenapa papa boleh tiba-tiba suarakan benda ni lagi.

Riak muka Jamilah makin keruh. Mati?

"Adam!" tegas Khair bersuara. Terkejut dengan bentakan anaknya. Argh!Salah dia juga sogok Adam pasal kononnya mama kandungnya dah mati.

Mata Adam mula berair. "Papa tipu! Papa jahat! Papa marah Adam!!"tangisan Adam mula bersuara. Laju tangan Lisahani mengambil Adam ke dalam pelukannya.

Tambah keruh wajah Jamilah. Melihat situasi tersebut. Jantungnya macam nak berhenti berdetak.

"Mama... papa jahat. Papa marah Adam..."

"Syuuhhh... jangan nangis. Papa tak marah. Nanti mama belikan mainan untuk Adam." Pujuk Lisahani sambil mengusap belakang si kecil. Pandangannya dikerling pada Khair dan Jamilah silih berganti. Dia turut hela nafas kecil.

"I tak tahu apa motif you beritahu Adam. Supaya dia jauh dari I? You memang dah bawa dia jauh dari I lima tahun lepas Khair. Sekarang kenapa you perlu ungkit perkara ni lagi? Kenapa tak biarkan Adam terus anggap I dah mati?"

"You memang nak sangat I jauh dari Adamkan?" soal Jamilah lagi. Kecewa, sakit hati, marah. Dia tidak tahu lagi nak ungkap macam mana perasaannya kali ni.

Jamilah berdiri. Duduk situ tambahkan lagi sakit hatinya. Takut air mata yang ditahan akan mengalir tanpa dipinta.

"Jaga Adam untuk I." tuturnya pada wanita yang sedang memeluk anaknya.

"Bukan itu maksud abang. Abang nak..."

"Sudahlah Khair. Macam I cakap sebelum ni. I hormat permintaan you
sebelum ni. Sekarang rasanya sudah tiba masa untuk you hormat permintaan
I pula."

Lega bila segalanya terluah.

Lisahani senyap seketika. Masih mencerna luahan dari tunangnya. Dipandang. "Awak masih cintakan dia."

Khair pandang tunangnya. Serba salah. Tidak pernah sekalipun cintanya hilang. Cerai tidak bermakna dia lupa cintanya pada Jamilah. Buanglah segala gambarnya bersama Jamilah. Wajah bekas isterinya tidak pernah sekalipun luput dari ingatan. Walaupun marah pada 'curang' yang disangkakan sebelum ini. Ingatan dan rindu tidak pernah padam.

Dari pandangan Khair, Lisahani cukup memahami betapa cinta dan rindunya Khair pada bekas isterinya.

"I'm sorry."

Lisahani geleng kepala. Tiada yang salah. Khair awal lagi pernah cakap dengannya. Tunang kerana Adam perlukan mama. Dan cintanya pada Lisahani tidak pernah ada. Macam tu juga dia. Tipu kalau rasa sayang dan suka itu tidak pernah ada tapi selebihnya dia setuju memang kerana Adam.

"Saya cuma minta satu. Awak minta cara baik. Dan awak pulangkan saya cara baik." Mungkin itulah sebaiknya. Rasa sedih itu ada. Tipulah jika dia terusik tapi untuk kebahagian mereka semua. Dia rela tarik diri. Lagipun baginya Jamilah perlukan Adam dan Khair lebih darinya. Jamilah juga perlu bahagia lepas apa yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience