BAB 15

Romance Completed 16182

Benda tu sejak dia awal mengandungkan Adam. Pandai sungguh Khair simpan rahsia. Siasat dibelakang tanpa pengetahuannya. Langsung Jamilah tidak terdetik rasa curiga.

Fir dah kembali untuk terima rawatan. Suami dia sendiri tolong pimpinkan. Kacak suami Fir. Nampak sangat penyayang. Bahagia walaupun tengah bertarung dengan nyawa. Kanser rahim. Ujian untuk Fir. Katanya ini hukuman dunia sebab pisahkan anak dan ibu. Sampai sekarang seorang zuriat pun dia tidak mampu kurnia untuk suaminya.

Bertahanlah Fir. In sya Allah. Jamilah doakan kebahagian Fir. Minta ampun dari Allah. Sebab dia akan ampunkan dosa fitnah Fir padanya.

"Kak Jamilah..."

Jamilah angkat kepala.

Lisahani.

Seorang lagi wanita. Bakal suri Khair. Tadi bakal tidak jadi dating meminta satu pertemuan. Sekarang bakal isteri Khair mewujudkan satu pertemuan.

Jamilah paksa diri senyum. Tapi diri tidak mampu untuk berdiri dan menyambut Lisahani.

Rasa lembik kaki dengan kebenaran yang baru dia terima tadi.

"Kak Jamilah datang nak tengok Khair dan Adam?"

Persoalan Lisahani hanya disambut dengan kerutan dahi. Lisahani turut tayang muka pelik. "Bukan?" soalnya lagi tidak puas hati.

Kepala geleng perlahan. "Kenapa? What happened?" Mohon janganlah ada sesuatu yang buruk terjadi.

"Accident. Khair masih dalam bilik perbedahan. Adam pula kekurangan darah. Both on their way to your kampung awal tadi. Baru je... Lisa pun baru datang..."

Tercenggang. Jamilah ukir senyum sinis. "You're kidding, right?"

Lagi tidak puas hati Jamilah bila Lisahani geleng kepala. Kali ni betullah lutut dia rasa betul-betul lembik. Teruknya dia! Ya Allah! Khair dan Adam sedang bertarung nyawa pun dia masih tidak tahu apa-apa yang berlaku.

Air mata Jamilah mula jatuh lagi. O negative.

Itu jenis darah dia. "Tolong akak Lisa. Tolong bawa akak jumpa mereka..."

Laju Lisa paut lengan Jamilah masuk ke dalam hospital. Hati turut tertanya kemunculan Jamilah di situ tapi siapa dia untuk meneka percaturan Allah. Dipermudahkan Jamilah bertemu saat Khair dan Adam sedang bertarung nyawa.

'Ambil buah pinggang saya doktor.'

Itu ayat terakhir selepas mengesahkan pinggang Jamilah sesuai dengan buah pinggang Khair. Keputusan pun keluar selepas Jamilah selesai derma darah untuk Adam. Besarnya hati wanita itu. Dan sekarang Jamilah tengah bertarung untuk permindahan tersebut.

Dicerai tanpa sebab kuku.

Dipisahkan tanpa mengetahui status anak.

Jamilah masih sudi membantu Khair. Organ penting diberikan kepada lelaki yang meletakkan kebahagiannya ditempat paling hina. Luhurnya cinta Jamilah tidak dapat Lisahani bayangkan.

Ingat lagi pesanan dan kata tegas Jamilah tadi. 'Kalau sesuatu terjadi. Janji dengan akak. Jaga Khair dan Adam.'

'Tapi.'

Khair cintakan Jamilah. Itu Lisahani pasti.

'Tidak ada yang kedua jika cinta dia pasti.'

Seolah faham isi hati Lisahani. Tenang Jamilah memintas dan terus mengarah doktor tolak dia ke bilik rawatan.

Ada perkara lain Jamilah tidak tahu.

Keputusan Khair untuk bertunang dan ingin mengahwini Lisahani bukan sebab cinta.

Tapi kerana Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience