BAB 5

Romance Completed 16182

Jamilah ketuk tingkap kereta Khair. Dia belum buta lagi untuk tipu diri sendiri. Khair memang rajin 'ikut' dia dua tiga hari ni. Ugh! Rasanya firasat ada orang ikut dia dari minggu lepas memang benar.

Mata Khair celik. Tersedar dari tidur. Muka cemberut Jamilah dipandang sebelum tingkap diturunkan.

"I tak tahu pula you pindah rumah area sini."

Amboi sinisnya ayat keluar dari mulut Jamilah. Khair telan liur. Argh! Macam mana boleh kantoi ni. Tak sangka boleh pula terlelap!

" Jamilah... abang..."

Jamilah geleng kepala. "Baliklah." Tuturnya perlahan. Niat nak turun bawah pergi gerai hujung beli makanan untuk malam ni. Tak sangka lain pula yang dia ternampak.

"Abang..." Argh! Khair kelu lagi. Nak cakap tapi ayat dalam kepala berterabur.

"I tak rasa you ada urusan penting di kawasan ni. Baliklah Khair. Macam mana I ikut cakap you selama ni agar jangan jumpa you. Macam tu juga I minta. Jangan cari I lagi."

"Sayang..."

Satu nafas berat dihela. Khair. Dia baru sedar. Dia baru rasa sakitnya hati menahan rindu selama ni. Salahkan pada yang tidak bersalah. Dia yakin dia yang silap kerana tidak percayakan Jamilah suatu masa dulu.

Sedar sukar diterima semula. Dia hanya mampu tengok Jamilah dari jauh untuk mengubat rindu yang selama ini ditanggung.

Jamilah tidak sanggup lagi dengar. Takut hati sakit selama ini tambah perit tengok muka Khair. Ada baiknya dia pergi dari situ. Silap juga patutnya dia biarkan saja Khair dengan tidurnya tadi tu!

Kaki digerakkan semula. Membiarkan Khair terpingga buat ayat sendiri. Jangan dilayan sangat hati tu. Nanti baiklah sendiri. Pesan buat diri sendiri.

Bergegas Khair keluar dari kereta. Langkah Jamilah dikejar. " Jamilah nak ke mana? Biar abang hantar." Pelawanya. Nak ke mana maghrib macam ni? Bahaya!

"Baliklah Khair."

" Jamilah please..." Lengan Jamilah ditahan. Menghalang wanita itu dari terus melangkah. Waktu tu Khair sedar suhu badan Jamilah yang panas. Laju telapak tangan naik ke dahi.

" Jamilah demam."

Sinis senyuman Jamilah terukir. Tangan Khair ditolak kasar. "Kaitan?"

"Abang hantar Jamilah ke klinik. Jamilah mana boleh demam. Nanti susahbaik." Kenyataan. Bertahun kenal Jamilah yang susah sakit. Tapi bila sakit susah nak baik.

"Tak perlulah Khair. I sakit atau sihat. Tiada langsung kaitan dengan you." Menyesal pula malas masak hari ni.

Waktu tu Khair sedar wajah Jamilah memang sangat pucat. Tapi haih degil betullah Jamilah ni. "Abang hantar ya."

Jamilah mengeluh. "Balik." Sepatah dan tegas. Lepas tu hilang selera Jamilah nak beli lauk untuk makan malam ni. Biarlah dia berlapar. Tengok gaya dan muka Khair tambah demam badannya!

Waktu tu Khair memang tidak mampu buat apa selain senyap mengatur langkah ikut Jamilah sampai ke depan pintu rumah. Jamilah pun senyap. Masuk saja tanpa pelawa Khair masuk sekali.

Nak halau Khair pun dia tidak mampu. Dia tahu sikap keras kepala Khair tu. Bila dia kata putih maka putihlah. Sebab tu Jamilah kena cerai pun tanpa sebarang penjelasan. Sinis lagi pada diri bila ingatkan perkara tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience