BAB 17

Romance Completed 16182

Bersendiri. Lama Khair diam diri sampailah dia ambil keputusan memandu terus ke kampung bekas isterinya. Termenung jauh dalam kereta memandang rumah separuh batu dan kayu depan mata.

Situ ada kenangan. Kenangan dia pegang tangan tok kadi. Mengangkat status Jamilahmenjadi syurga cintanya. Tapi dia ceraikan Jamilahtanpa pulangkan dengan cara baik.

Cermin bahagian kereta diketuk. Menyedarkan Khair dari terus termenung jauh. Kalut dia mengatur langkah laju keluar dari kereta. "Assalamualaikum ibu..." Tangan bekas mak mertuanya disalam hormat.

"Waalaikumsalam. Cari Jamilah?" Persoalan terus timbul seolah faham niat Khair.

Angguk.

"Naiklah. Dia ada dekat atas." Dari pagi tadi tengok anaknya macam tidak betul. Jamilah tahu ke Khair memang nak datang? Tapi tidak dilayan perasaan si anak. Biarlah. Jamilah cukup dewasa untuk kawal dan tanggani perasaan sendiri.

"Adam tidur. Saya angkat dia naik dulu."

Angguk. Sempat si ibu mengerling pada budak lelaki yang sedang nyenyak tidur di kerusi penumpang hadapan. Dapat terasa getaran Khair ketika bersalaman dengannya tadi. Soal Khair dan Jamilah, memang dia tidak mahu masuk campur walaupun hati ibu agak berkecil hati dengan layanan Khair
pada Jamilah sebelum ni.

"Eh?"

Berkerut kening Jamilahpandang Khair yang naik dengan ibunya. Siap gendong Adam bawa masuk ke ruang tamu lagi. "Ibu yang jemput naik. Lama dia dalam kereta tadi."

"Oh er... err... Jamilahmasuk pakai tudung dulu." Dalam rumah sendiri. Mana mungkin dia bertudung. Jadi bila Khair main terjah macam ni.

Bingung seketika tak tahu nak buat apa. Untung baju sopan. Kain batik dan baju T. Kalau tak pasal-pasal tunjuk body percuma. Kain pun dia tarik dari lipatan baju yang tersedia. Kain-kain lain pun masihberselerak atas lantai ruang tamu. Sangat tidak bersedia untuk terima tetamu!

"Bawalah Adam tu tidur dalam bilik Jamilah. Selesa sikit." Kening Jamilah terangkat dengar pelawaan ibunya.

"Pergilah." Gesa si ibu lagi.

Dalam keterpaksaan Jamilah terpaksa kembali berjalan ke bilik Bersama Khair. Usai letak Adam atas katil Jamilah. Khair keluar tanpa sebarang pamitan. Sedar kehadirannya mengundang ketidakselesaan pada Jamilah.

" Jamilahdah masak ni. Khair makan lah dulu. Jamilahtolong sediakan makanan untuk Khair. Makanlah sekali temankan Khair." Keluar bilik bekas ibu mertua pula baik mempelawa. Terkesan juga riak Jamilahyang berubah setelah diarah.

"Tak apalah bu."

Ibu geleng kepala. "Pergi makan. Tak elok biar perut tu kosog. Khair pun mesti belum makan tengahari."

Serba salah Khair hendak menolak. Lagi bertambah bila Jamilahyang sama-sama keluar dengannya mengeluh kecil di sebelah.

"Jom la." Jamilahmelintasi Khair dan bersuara kecil. Hati yang masih terkejut mengumpul geram. Tapi perintah ibu dan adat melayan tetamu tidak diketepikan.

Menurut saja dari belakang. Baru cuci tangan dan berniat nak tolong Jamilah. Awal lagi bekas isterinya memangkah. "Duduk je. Biar Jamilah sediakan."

Akur. Kaki dibawa ke meja makan. Mata tidak lari dari memandang tingkah Jamilahyang menyediakan makan untuknya.

" Jamilah. Abang sebenarnya..."

"Makan dulu. Nanti lepas makan baru cakap." Dari makan hati sambil isi perut. Baik mereka makan nasi dulu.

Akur bila Jamilah potong ayatnya. Dia capai pinggan berisi nasi putih. Terharu juga bila Jamilahkekalkan tradisi isikan nasi ke pinggannya. Seolah mereka masih lagi suami isteri. Khair senyum sendiri walaupun hati masih berdebar. Berdebar dengan penerimaan Jamilahselepas dia
utarakan hajatnya.

Ya Allah permudahkan urusan kami untuk bahagia bersama semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience