BAB 1

Romance Completed 16182

"Okay Adam, papa nak pergi kerja. Adam please behave, jangan nakal. Nanti papa belikan kek cheese kegemaran Adam okay?”

"Janji? Tapi kali ni Adam nak kek coklat dan aiskrim juga, boleh tak papa?” jari kelingking Adam dihala pada papanya.

Khair senyum memangguk. Pandai aje Adam pujuk dia. Kagum dia melihat telatah anaknya yang semakin bijak dan mencuit haati ini.

"Janji." Jari kelingking sendiri membalas jari si anak kecil. Badan Khair tegak semula.

"Bila jamuan tu ye cikgu? Maaflah. Adam dah hilangkan surat pemberitahuan tu. Tapi dia ada beritahu saya pasal jamuan. Ada apa-apa yang saya perlu bawa?"

"Jumaat minggu depan. Encik tak payah bawa apa-apa. Jamuan tu sebenarnya kenduri doa selamat sebab tiga anak kami dapat tawaran sambung belajar. Umi sendiri yang akan hulurkan tajaan seluruhnya untuk mereka."

Khair mengangguk. Tahu Umi ialah pengasas rumah anak yatim dan tadika tempat anak dia belajar. Dia sendiri tidak pernah terserempak dengan Umi yang dimaksudkan.

"Waktu?"

"In-sya-Allah doa selamat selepas solat Maghrib berjemaah. Lepas tu boleh makan-makan sekali."

"Baiklah. Kalau tiada halangan. Saya cuba datang dengan Adam."

Khair berlalu tinggalkan Adam dengan guru tadika anaknya. Sempai lambaian dihadiahkan pada si kecil. Satu keluhan dihela. Walaupun wajah Adam sebiji macam dia tapi mata dan renungan Adam tidak ubah seperti bekas isterinya.

Kerap sangat wajah Jamilah singgah ke mimpinya kebelakangan ini. Hari Khair pun jadi liang libu. Tidak sedap hati. Rasa macam sesuatu bakal terjadi pada Jamilah. Agak lama dia tidak cari bekas isterinya. Hanya duit saja tidak pernah lupa untuk dimasukkan ke dalam akaun Jamilah

Saat kereta Khair berhenti di simpang jalan. Matanya cantik memandang tepat pada wanita yang berjalan di bahu jalan. Dahi Khair berkerut.

"Takkan lah!"

Baru aje fikir. Dah muncul depan mata. Ayu berbaju kurung berjalan keluar simpang perumahan tersebut.

Pin!!

Bunyi kereta dari belakang menarik minat wanita tersebut menoleh keretanya. Ya Allah! Tambah berdetak jantung Khair memandang Jamilah yang memandang keretanya seketika sebelum buka langkah semula. Jamilahtakkan nampak dia sebab cermin kereta tinted. Tapi dia jelas nampak bekas isterinya!

Khair mulakan pemanduan bila kereta belakang tidak henti tekan hon. Tapidia tetap menoleh arah Jamilahyang menuju ke perhentian bas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience