BAB 18

Romance Completed 16182

"Jamilah sihat?" Bagi intro dulu sebab Khair masih tiada idea hendak mulakan ayatnya. Huh! Skill mengayat Jamilahdulu memang sudah ke laut. Karat sampai dia tidak tahu hendak mula macam mana.

"Terus terang ajelah. Apa niat datang sini?"

"Abang tak tahu macam mana nak kembalikan cinta Jamilah. Tahu abang tidak layak. Tapi... abang tetap ingin merayu... Merayu cinta Jamilah. Izinkan abang kembali menjadi syurga Jamilahsemula. Izinkan abang kembalikan kebahagian sayang..."

Jamilahhanya hela nafas. Segar angin kampung tidak mampu menghilangkan sesak dadanya.

"Abang minta maaf. Abang pernah ragui cinta JamilahTapi jujur. Abang tidak pernah tuduh melulu. Abang siasat sebelum..."

"Sebelum ceraikan saya? Siasatan awak ada masukkan sekali penjelasan saya? Tiada satu pun peluang untuk saya jelaskan. Saya dibuang macam tu je tanpa tahu sebab saya diceraikan. Lucukan?" Tawa Jamilahdihujung ayatnya. Lucu dengan diri sendiri.

Tiada satu pun jawapan Jamilahyang mampu dijawab. Sempit dadanya menahan rasa bersalah. Kepala Khair menunduk. "Ya Allah. Maafkan abang sayang. Maafkan abang...."

Tangisan Khair menolak wajah Jamilah ke sisi. Tuduhlah dia kejam tapi hatinya cukup sakit dengan perbuatan Khair sebelum ini. Maafkan Khair sudah hilang saat matanya terpandang bekas kekasih hati yang terkulai atas katil tidak sedarkan diri tempoh hari.

Lama tangisan Jamilahbergema di bilik rawatan yang menempatkan Khair pada waktu itu. Sempat dia memandang Khair sebelum tidak sedarkan diri untuk permindahan buah pinggang tersebut.

" Jamilah..."

"Kenapa Khair? Kenapa saya? Kenapa awak tak kahwin je dengan Lisahani? Dia tunang awak..."

Kepala toleh membalas pandangan Jamilah.

Khair geleng kepala. Sedar dia tidak boleh kesat air mata Jamilah. Dibiar air mata mereka berdua terus mengalir. Tidak perlu malu dengan tangisan sendiri. Sebab itu air mata kesilapan yang pernah dia buat pada Jamilah.

"Abang tak pernah cintakan Lisa. Lisa PA abang. Lisa selalu jaga Adam ketika abang outstation. Kebetulan abang perlukan mama untuk Adam. Abang lamar Lisa agar Adam merasa kasih sayang ibu. Percayalah sayang... abang tidak pernah berhenti cintakan sayang... I love you so much."

"Awak tipu!!" Ingat lagi bila Adam gelar Lisahani mama. Tersiat-siat hati Jamilah. Dia yang mengandungkan Adam. Tapi kenapa kehadirannya tidak pernah diiktiraf oleh anak sendiri.

"Awak jahat Khair... Saya benci awak!" marah Jamilah lagi. Melepaskan geram yang terkumpul selama ini.

" Jamilah..."

"Awak tak tahu apa yang saya alami selama ni. Lima tahun! Lima tahun saya terseksa kerana awak. Sekarang awak muncul semula dan pinta sesuatu yang tidak mungkin saya terima. Baliklah... Antara Jamilah dan Khair sudah lama berakhir sejak awak ceraikan saya." Jamilah terus berdiri.

Bila Khair ajak berbincang di titi sungai belakang rumah. Hati Jamilah mula mengelegak. Sejak dia bercerai memang dia elak untuk duduk lepak di titi tersebut. Kenangan dia dan Khair ada di situ. Tapi ibu terdengar permintaan Khair, terus saja ibu setuju tanpa fikirkan perasaannya.

"Jamilah..."

Ah! Pedulikan mamat tidak sedar diri tu. Dah tiga hari tidur rumah mereka. Siap guna Adam lagi kononnya nak jumpa Jamilah. Banyak cantik! Ikut suka dia saja tinggal di situ. Tak sedar lagi yang Jamilah sakit hati setiap kali terpandang wajah Khair.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience