BAB 4

Romance Completed 16182

Selera Khair memang tinggi. Jamilah sempat mengerling hiasan dalaman restoran pilihan Khair ketika masuk tadi. Orang kaya macam dia boleh la nak makan ikut suka.

"Mana lelaki tu?"

"Kenapa hidup macam ni?"

"Why?"

"Kenapa Jamilah seorang diri?"

"Ini bukan yang abang harapkan lepas..."

"Lepas apa? Lepas buang I? Lepas tinggalkan I terkontang-kanting. bangun dari sedar dan suami I tinggalkan sepucuk surat cerai dan anak yang langsung I tak pernah nampak?!" Jamilah tersenyum sinis.

Astaghfirullahalzaim! Tidak sangka Khair akan tembak dengan soalan macam tu selepas beberapa tahun.

"So that is the reason? Buang I sebab lelaki lain? You fikir I curang? God! After years... " Tertawa sinis Jamilah lepas tahu sebab dia dia diceraikan.

Wajah bekas suaminya dipandang. Jelas muka tidak puas hati Khair yang masih penuh dengan persoalan. Dan Jamilah tidak perlu tunggu lama... Dia tegakkan badan.

"I tak sangka semurah itu kepercayaan you... Thank god you ceraikan I sebab I tak perlukan cinta suami tanpa kepercayaan. Stop sending all those money. I don't need that! I bukan kahwin dengan you sebab duit. But that stupid damn love! Ugh! Stupid me."

Jamilah terus berdiri dan tinggalkan meja. Lepas bertahun akhirnya dia jumpa jawapannya. Jawapan yang tambah sakitkan hatinya.

Khair terkedu.

Tiada lagi abang Jamilah.

Tiada lagi kata-kata baik dari Jamilah.

Tiada lagi lentok manja isterinya.

Dilihat bekas isteri yang telah lama hilang dari memori.

Tegas dan langsung tidak berpaling.

Sekarang hati mula terdetik.

Salah diakah?

"Thank god you ceraikan I sebab I tak perlukan cinta suami tanpa kepercayaan." Ulangan kata-kata Jamilah tadi buat dia raup muka kasar.

What have you done Khair?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience