BAB 13

Romance Completed 16182

"Jamilah pulang ni. Pusat jagaan tu macam mana?" Ibu menyoal. Pelik bila anaknya kembali tinggal bersama.

"Khair jaga bu."

"Khair..."

Ibu belum tahu. Hampir dua bulan dia pulang ke kampung. Sekalipun tidak pernah dia luahkan pasal Khair dan Adam. Wajarlah ibu tayang muka pelik bila dia sebut nama bekas suaminya. ‘’ Jamilah buat tu semua pakai duit Khair. Sekarang Jamilah pulangkan semuanya semula."

"Bila Jamilah jumpa Khair?" Tidak pernah keluar persoalan pasal Khair. Tiba-tiba saja muncul nama itu semula di bibir anaknya.

"Adalah dalam dua bulan lepas."

Pelik si ibu tengok Jamilah. Rileks macam tiada apa yang berlaku. Jamilah tu! Bekas suami yang diceraikan dia tanpa sebab. Telatah Jamilah dipandang. Buat selamba saja sejak pulang tempoh hari. Kalau Jamilah tidak buka mulut, agaknya sampai ke sudah dia tidak tahu Jamilah sudah bertemu semula dengan Khair.

"Khair ada rancang nak bersatu semula?"

Tergelak kecil Jamilah dengar soalan nada selamat ibunya. "Ibu, kalau Jamilah nak bersatu semula dengan Khair. Buat apalah Jamilah balik kampungtinggal dengan ibu?"

"Ibu tanya je. Muka kau ni buat ibu risau. Selamba aje macam tiada apa yang berlaku. Betul ke Khair tak nak sambung semula?"

"Niat tu ada bu. Siap suarakan lagi. Tapi dah lima tahun. Buat apa lagi Jamilah nak masuk cerita lama? Adam pun tak nak mengaku langsung Jamilah ni mama. Biarlah. Sekarang pun Jamilahbahagia jaga ibu..."

"Bahagia ke kalau asyik dengar kutukan orang kampung?" provok si ibu.

Walaupun dia suka si anak ambil keputusan tinggal dengannya. Kata-kata busuk orang kampung selalu mengusarkan hati tuanya. Ada saja cerita busuk pasal anaknya yang berstatus janda. Takut sangat laki kena kebas.

"Kalau Jamilah fikir pasal orang kampung. Dari dulu lagi Jamilah Dah kecundang bu. Baik buat bodoh aje. Tak luak pun setakat kena kutuk."

"Hati tu pula macam mana? Dah tak kecundang dari Khair. Jangan luaran saja nampak pulih sedangkan dalam tu merana."

Faham kata perli si ibu. Jamilah hanya meneruskan kerja yang berbaki. Pura-pura sibuk. Senyap mengatur lipatan daun pisang untuk nasi lemak. Balik kampung bantu ibu jual nasi lemak di sekolah bukanlah cita-cita dia. Lagi-lagi keluaran luar negara macam dia.

Balik belajar kerja dengan syarikat Khair. Kenal dari zaman belajar buat dia terima lamaran lelaki itu ketika mereka bekerja bersama. Kahwin terus berhenti kerja, layan Khair macam raja di rumah. Lagipun waktu tu dia memang dilimpahi dengan kemewahan. Khair memang tidak lokek soal
duit. Tapi entah macam mana. Hidup jadi terumbang ambing lepas tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience