BAB 19

Romance Completed 16182

"Biar betul Ti? Mahu juga si Jamilah tu dengan bekas laki dia?"

"Tak tahulah. Soal rumah tangga Jamilah memang saya biarkan mereka sendiri yang atur." Itu jawapan ibu Jamilah. Tenang dan ringkas. Malas nak layan sangat kerenah orang kampung yang suka sangat bercerita pasal anak perempuannya.

Kaki Jamilah terhenti depan pintu belakang rumah. Dia mengeluh kecil. Khair pun terdengar sekali. Perlahan Jamilah melangkah pusing pintu depan. Ingat nak masuk aje pintu belakang sebab dekat. Tapi tak sangka ada pula geng jiran datang rumah korek rahsia.

" Jamilah." Serba salah Khair. Malah bertambah bersalah dengar kata-kata jiran yang datang bercerita dengan bekas ibu mertuanya.

"Eh takkan sebab duit kut Ti? Jamilah tak ingat ke lagi bekas laki dia tu ceraikan dia lepas beranak. Tak kesiankan arwah bapa dia dulu ke? Merana orang tua tua jaga Jamilah dan kamu. Sampai arwah meninggal pun tidak sekali bekas laki dia datang. Semuanya Jamilah buat sendiri... Ish! Kalau anak akulah. Dah lama aku halau laki dia tu keluar. Ke kau pun sama macam Jamilah? Duit tu bukan boleh bawak masuk kubur pun Ti oi!"

Dan lepas dengar ayat tu. Kaki Khair laju juga ikut ayat Jamilah. Tidak sanggup lagi nak dengar ayat seterusnya. Dia sendiri dengar pun sakit hati, apatah lagi Jamilah dan keluarganya yang terpaksa tadah telinga bertahun-tahun. Semua kerana silap dia!

Tiada lagi selok belok. Jamilah terus masuk dalam bilik sendiri. Tahu itu saja tempat yang Khair tidak boleh masuk selama tinggal di situ. Lama Khair berdiri depan pintu Jamilah. Nak panggil tapi takut suaranya sampai ke dapur. Nanti lain lagi cerita yang keluar.

"Dah balik?" tegur si bekas ibu mertua.

Khair angguk.

" Jamilah marah?"

Kali ni serba salah Khair hendak buka mulut. Bukan setakat marah bu...

Dengar si bekas ibu mertua mengeluh kecil. "Kamu dua dengar ke tadi?" agaknya sebab mustahil juga Jamilah tidak masuk ikut pintu depan sedangkan pintu belakang lebih dekat.

Berat kepala Khair mengangguk.

"Abaikan aje..."

"Salah Khair bu. Maafkan Khair. Khair rosakkan kehidupan anak ibu. Tapi jujur Khair tidak pernah lupakan Jamilah. Khair sayang Jamilah bu. Khair cintakan Jamilah.’’

Lembut hati ibu Jamilah dengar luahan hati bekas menantunya. Dia nampak. Hati tuanya turut nampak betapa seksanya Khair menanggung silap lama dan rasa cinta pada Jamilah.

"Pada ibu dan arwah ayah, ini ujian Allah untuk Jamilah. Kami tidak salahkan Khair atas apa yang terjadi. Semua ni ujian nak. Tipulah kalau kami tidak pernah kecil hati. Tapi selebihnya kami risau dengan masa depan Jamilah. Sejak apa yang terjadi. Kami hilang keceriaan dan wajah gembira Jamilah. Sebagai ibu bapa, kami hanya harapkan kebahagian anak kami aje."

"Hati Jamilah tu terluka. Pesan ibu, sungguh-sungguhlah ubat hati Jamilahtu semula. Ibu tidak larang. Jodoh Khair. Ibu percayakan jodoh dan aturan Allah. Kalau ada jodoh takkan ke mana...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience