BAB 14

Romance Completed 16182

Lima tahun.

Waktu yang cukup lama untuk dia hidup berdikari. Bukan satu dua kutukan dia terima. Lagi lepas beranak. Balik kampung tinggal dengan ibu dan arwah ayah waktu tu. Hati dia turut luluh bila ibu dan arwah ayah terpaksa terima cemuhan orang kampung padanya.

Sampai sekarang dia tidak akan lupa.

Lagi bila arwah ayah meninggal dunia. Waktu tu kelam lagi hidup seorang Jamilah. Hilang kasih seorang ayah yang tidak pernah luntur untuk dia. Tanpa suami, tanpa anak.

Dia teruskan hidup, urusan jenazah hinggalah kenduri arwah. Semua dia bimbing guna bahu sendiri. Ibu bukannya kuat jadi waktu tu dia sedar kuatnya seorang Jamilah harus dilipat ganda. Sekarang Khair senang-senang minta maaf.

Melupakan kisah dulu. Tidak.

Melupakan cinta lama. Pun tidak.

Sebab cinta yang dibuang itu buat dia sedar. Dia mampu teruskan hidup walaupun tanpa hadirnya cinta Khair.

Bila hati terpaut. Bukan senang untuk Jamilah lupa. Tapi untuk terima semula. Dia tidak mampu untuk kembali.

Jamilah hela nafas kecil.

"Jangan dikelu pada keputusan sendiri." Ibu bersuara bila dengan dia mengeluh.

"Kadang rasa hidup ni tidak adil bu. Bila kita dihukum tanpa salah yang kita tahu. Perit. Bila kebenaran depan mata. Situasi memaksa kita untuk terima maaf orang. Jamilah bukan baik untuk terima bulat-bulat kata maaf tu bu... lima tahun bukan tempoh yang singkat. Anak yang dalam kandungan pun mampu berlari dan barcakap. Dan cukup mampu terima atau tidak seorang ibu yang tidak pernah dodoi dia..."

Air mata terus gugur. Soalanak, tidak pernah sekali pun dia gagal untuk rasa tewas.

"Jamilah..."

"Jamilah tidak mahu ulang benda yang sama bu. Adam bukan alasan untuk Jamilah bersama Khair semula. Adam sudah terima orang lain sebagai mama. Cukup untuk Jamilahberpuas hati asalkan anak Jamilah gembira bu."

Kasih seorang ibu. Faham bila Jamilah begitu. Tapi sampai bila Jamilah nak terus hidup dalam keadaan begini. Dia sendiri tidak mahu tengok Jamilah terus berkeras macam ni. Jamilah juga layak bahagia. Dan andai maaf Khair diterima.

Dia yakin.

Jamilah pasti bahagia.

Sebab kemaafan itu bahagia.

"Jamilah..."

"Huh?"

"I... I minta maaf..."

Pandangan Jamilah kosong. Sekarang mula tanya diri sendiri. Betulkah keputusan dia datang ke sini?

" Jamilah..."

Nama dia diseru lagi. Mata pejam serapat yang boleh.

"Kenapa Fir? Kenapa mesti kau?"

Giliran Fir pula menunduk. Sesal dengan perbuatan dia dulu. Tahu pasti Jamilah sukar terima hakikatnya.

Lepas Jamilah dan Khair bercerai. Dia memang tidak lepas peluang depan mata. Tapi nyata cinta Khair memang untuk Jamilah. Bercerai bukan bermaksud Khair lupakan cintanya.

Mengalah. Dan rahsia disimpan sampai sekarang. Dah kahwin pun dia. Alhamdulillah suami dia pilih dia yang berdosa ni sebagai isteri. Dia bahagia.

Tapi lepas terjumpa dengan Khair semula. Perasaan dosa lama mula mengejar. Memaksa dia untuk cari Jamilah bagi membetulkan keadaan.

"Kau tahu selama ni aku sayang kau macam adik beradik aku sendiri. Walaupun kau kawan dengan Khair dari kecil. Sayang aku pada kau tidak pernah berubah. Percaya aku... kepercayaan aku pada kau tidak pernah sikit pun luak Fir..."

Ketenangan Jamilah melumatkan lagi hati Fir. Tenang tapi dia tahu hati Jamilah pasti berombak. Lagi rahsia yang dia simpan bertahun akhirnya terluah pada si kawan.

"Maafkan aku Jamilah... maafkan aku..."

"Bukan salah kau seratus peratus Fir. Kalau pun cerita tu dari kau. Khair tiada hak untuk hukum aku tanpa sebarang siasatan. Dia hukum aku tanpa sebarang penjelasan Fir..." Betul Fir mulakan fitnah. Tapi selaku suaminya, kenapa Fir percaya tuduhan itu sebulatnya.

Fir geleng kepala. "Dia tidak percaya Jamilah. Langsung tidak percaya. Dia minta bantuan aku siasat..."

Terpana Jamilah dengar kenyaataan baru dari Fir.

Fir siasat?

Dia tertawa kecil.

Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience