BAB 11

Romance Completed 2868

“Syaz, kesian Ain tu. Sudahlah awak tak bagi dia bekerja, lepastu awak buat dia macam tunggul aje. Ain tak ada cerita apa-apa pun dekat kakak. Tapi kakak dapat agak sendiri. Kalau balik lambat pun selalu, mesti tak balik pun pernah kan? Syaz, Ain tu isteri Syaz. Layanlah dia selayaknya. Mahu dia mati kebosanan duduk dekat rumah ni,” kata Syahirah.

Syazwan mengangguk tanda mengerti. Dia akui, kakaknya lebih mahir dalam hal rumah tangga meski Syahirah masih belum berkahwin. Sebenarnya, perkahwinan kakaknya sudah dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

“Dahlah, bawak Ain tu masuk bilik. Daripada tadi kakak tengok dia tertidur dekat situ. Tunggu Syaz punya pasallah tu. Kesian dia,” ujar Syahirah. Syazwan mengangguk. Dah macam pak turut dah Mr Frost Face ni bila dengan kakak dia.

Malam itu, buat pertama kalinya Syazain dan Syazwan tidur sebilik, sekatil, dua bantal dan seselimut. Syazwan ni hati batu betullah! Kalau dah sayang tu cakap sajalah. Ini tidak, asyik dengan gaya muka bekunya sahaja 24 jam. Bukan main lagi dipeluk isterinya pada malam itu.

SYAZAIN terkejut besar sebaik sahaja terpandangkan wajah suaminya pada muka pintu belakang rumah. Buat pertama kali dalam sejarah, dia nampak wajah suaminya yang beku itu pada siang hari.

“Lain pulak muka Mr Frost Face ni. Berseri-seri sikit waktu pagi. Kenapalah dia balik time ni? Tak cukup ke dia buat aku terkejut beruk waktu bangun pagi tadi?” gerutu Syazain. Bukan jenis biasa dia terkejut pada pagi tadi. Sampai-sampai, dia sedar sahaja daripada tidur, terus melompat turun dari katil. Terkejut sangatlah tu kiranya.

Sedang khusyuk dia menyidai kain, suara jiran sebelah menegur. Syazain membuat muka menyampah sebelum dia memaniskan kembali wajahnya. Dengan hati yang membengkak dia memandang wajah Syahid Lukman Al-Hakim, jiran terhormatnya. Nama dah macam orang Arab aje. Nasib baik muka ada ala-ala Arab, kalau tak siang-siang dah kena kutuk. Yalah, manusia zaman sekarang, mana boleh tengok orang lain senang sikit. Mulalah, nak dijadikan bahan kutukan, atau perlian.

“Waalaikumussalam saudara Syahid Lukman Al-Hakim. Tak kerja ke?” Sehabis lembut dah kiranya dia bercakap tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience